tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 14 Jun 2011

HASSAN ALI KEKAL EXCO....UMPAN JE NI....

MB Selangor tidak berhasrat ingin menggugurkan hassan Ali sebagai Exco Selangor buat masa sekarang.Tapi bagi saya ini semua hanya helah MB untuk menenangkan hati Hassan Ali buat sementara waktu.Sudah semestinya Pas akan mendesak Khalid untuk menggugurkan Hassan Ali.ebaik sahaja keputusan pemilihan pada muktamar lalu yang melihat golongan ulama ‘tumbang’, sudah kedengaran cakap-cakap kedudukan Datuk Dr Hasan Ali sebagai pesuruhhjaya PAS negeri Selangor bakal tergugat.

Apatah lagi, kumpulan Erdogan yang dikaitkan sebagai penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim menguasai pemilihan tersebut termasuk ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang diketahui tidak sebulu dengan Dr Hasan.

Cakap-cakap Dr Hasan akan digugurkan daripada jawatan yang dipegang hampir 10 tahun jadi kenyataan apabila mesyuarat pertama Jawatankuasa PAS Pusat petang Ahad menggugur beliau dan beberapa pemimpin lain termaduk Datuk Harun Taib, sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Harun juga adalah Ketua Dewan Ulama PAS yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan baru-baru ini.

Di sebalik penguguran Dr Hasan, ada pihak dalam PAS Selangor melihat tindakan itu usaha terancang bagi menyingkirkan Dr Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

Dr Abd Rani Osman yang juga ADUN Meru dinamakan sebagai pengganti Dr Hasan.

Beliau dikatakan rapat dengan Khalid dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa ali.

Sebab itu, ada cerita kononnya mereka berdua adalah tangan di sebalik penguguran Dr Hasan.

Ada pemimpin PAS melihat Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia sudah jadi liabiliti kepada PAS.

Beliau juga dilihat sebagai pemimpin yang kerap mencetuskan kontroversi dengan PKR dan DAP ekoran beberapa isu termasuk isu penjualan arak secara terbuka di Bandaraya Shah Alam.

Dr Hasan juga bertelagah dengan Exco DAP, Ronnie Liu dalam isu terbabit.

Beliau pernah memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang setiausaha kerajaan negeri Selangor yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin Munawi meskipun pelantikan itu dibantah Pakatan Rakyat.

Nama Dr Hasan ibarat sudah dihitamkan dan digambarkan sebagai pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan PKR dan DAP.

Dr Hasan juga dikaitkan cenderung menyokong 'kerajaan perpaduan' dengan UMNO meskipun kepimpinan pusat PAS telah menolak perkara itu.

Dengan penyingkiran itu, Dr Hasan kini hilang penguasaan terhadap PAS Selangor.

Beliau kini cuma Ahli Jawatankuasa PAS Pusat setelah menang tipis pada pemilihan 3 Jun lalu dengan menduduki tempat ke-16.

Pengguguran Dr Hasan dijangka membuka laluan kepada Khalid mengambil alih jawatan berkenaan pada pemilihan akan datang.

Dr Abd Rani dikatakan hanya memegang jawatan itu sementara sahaja kerana jika melantik Khalid menggantikan Dr Hasan, akan nampak penguasaan kumpulan Erdogan secara mendadak dalam parti itu.

Namun tindakan itu turut menimbulkan rasa kecewa penyokong Dr Hasan.

Mereka merasakan Dr Hasan tidak patut diperlakukan sedemikian tanpa ambil kira jasa ditaburnya sejak mengetuai PAS Selangor kira-kira 10 tahun lalu.

Masa Dr Hasan, PAS Selangor lebih mantap, kata sumber itu.

Inikah cara PAS membalas jasa-jasanya, soal sumber tersebut.

Sumber itu mengakui ada cakap-cakap kononnya Dr Hasan akan diberikan peranan di peringkat Pusat dan perlu tumpu pada tugas Exco di Selangor, tdetapi itu bukan alas an mengenepikan beliau.

Timbul teka teki kini adakah kedudukan Dr Hasan sebagai Exco turut tergugat setelah beliau bukan lagi pesuruhjaya PAS negeri.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak boleh sewenang-wenangnya dengar ‘suara ghaib’ minta tempat Dr Hasan digantikan dengan pemimpin PAS lain.

Beliau kena ingat bagaimana Ronnie tewas pada pemilihan DAP tetapi masih kekal dalam barisan exco kerajaan negeri.

Jika faktor ini diambil kira, kedudukan Dr Hasan sebagai exco akan kekal sehingga pembubaran Dewan Undangan Negeri nanti.

Namun, apa yang menimpa Dr Hasan pasti melegakan pemimpin tertentu dalam PAS.

Malah PKR dan DAP juga bertepuk tangan kerana sampah dalam mata mereka selama ini sudah dibuang. -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH