tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 8 Mac 2009

NIAT PAKATAN MAHU LIHAT MELAYU BODOH

Memang inilah kerja parti pembangkang...tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu...bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.

Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.

ppsmi march 070309 tear gas.jpg
Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.

Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.

anti ppsmi rally 070209 rally banner
Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.

Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.

Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris .Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI.

anti ppsmi rally 070209 pak samad chokes
Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.







Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.

Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh ,biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.

Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.

Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.

Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.

PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.

Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.

Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk jenerasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan. LU PIKIR LA SENDIRI.

Sabtu, 7 Mac 2009

Gambar- gambar sekitar perhimpunan 100 ribu PPSMI




Sebuah kenderaan polis pecah cermin. Peserta sudah masuk kedalam kawasan masjid tetapi mereka terus di serang. Tembakan gas pemedih mata hampir 20 di lepaskan dan air kimia turut di tembak sama. Ramai mencari tempat perlindungan - notoumno

Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang berada di lokasi berhampiran Istana Negara memaklumkan bahawa Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap oleh pihak polis di depan pintu istana.

Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang berada di lokasi berhampiran Istana Negara memaklumkan bahawa Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap oleh pihak polis di depan pintu istana.

Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap oleh pihak polis di depan pintu istana. -

3.40pm Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap!

Terkini|KUALA LUMPUR, 7 Mac - Terkini menurut Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang berada di lokasi berhampiran Istana Negara memaklumkan bahawa Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap oleh pihak polis di depan pintu

FRU kini katanya telah melancarkan tembakan gas pemedih mata kepada para peserta himpunan dan dalam masa yang sama pasukan anggota polis kelihatan mengejar beberapa para peserta di lokasi berdekatan stesen Keretapi KTM berdekatan Istana Negara.

Menurut beliau, kawasan sekitar Istana Negara kelihatan ‘memutih’ kerana lebih 100,000 orang ramai masih bertahan sungguhpun terasa bahang gas pemedih mata yang dilancarkan oleh FRU.

“Saya sudah tak nampak kawasan sekitar, mata sangat pedih kena tembakan gas…saya akan maklumkan kemudian,” katanya singkat ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Dilaporkan Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pimpinan PAS termasuk para pejuang bahasa yang lain turut berada di sekitar kawasan istana negara.

Sebelum mereka berarak kira-kira jam 2.10 petang tadi, kelihatan ketua Persatuan Penulis Nasional (Pena) Dato’ Baha Zain dan naib presiden PAS Mohamad Sabu di Masjid sejak sebelum solat zohor, kira-kira jam 1.15 petang tadi.

Kira-kira jam 3.15 petang Lutfi memaklumkan bahawa ribuan orang ramai sudah mula berundur dari Istana Negara ke Masjid Negara kerana ‘asakan’ dan serangan yang dilakukan oleh pihak FRU dan para peserta di minta berkumpul ke sana.

JAM 3.31 DI MASJID NEGARA

Tembakan gas pemedih mata berterusan.

Para demonstrasi di kejar polis. Polis mengejar demonstran.

Kucing mengejar tikus. Tikus lari dan muncul kembali.

Ini memening kepala tikus.

JAM 3.27 - DI MASJID NEGARA


Pihak polis sedang bercakap melalui alat pembesar suara memaksa warga yang berada didalam Masjid Negara agar meninggalkan masjid.

Pihak polis sedang melarang warga dari datang ke masjid.

Pihak polis meminta para demonsran meninggalkan kawan Masjid Negara.

JAM 3.23 - DI MASJID NEGARA


Warga kota dan para demonstran sedang bertempiran lari untuk mengelakkan dari serangan kimia.

Tembakan gas pemedih mata datang bertalu ke dalam kawasan masjid.

Ramai yang masuk ke dalam tempat ibadah untuk menyelamtkan diri.

Ini samalah seperti serangan tentera Zionis terhadap warga Palestin.

JAM 3.18 - BERKUMPUL KEMBALI KE MASJID NEGARA


Di Masjid Negara serang gas pemedih mata sedang datang bertalu-talu.

Serangan meriam kimia telah berulang lagi.

Para demonstran yang ingin berkumpul kembali ke Masjid Negara telah di halang.

Belum pasti apakah KERANDA 152 telah selamat di bawa ke Masjid Negara.

JAM 3.14 - KERANDA 152


Kumpulan PKPIM yang bertahan di Kampong Atap dengan KERANDA 152 telah mula berundur
ke Masjid Negara.

Arahan telah di buat untuk kembali berkumpul ke Masjid Negara.

Dalam masa yang sama kawasan Masjid Negara dan di sekitarnya masih dikawal oleh mata-mata dan FRU.

KERANDA 152 - adalah simbol perjuangan Bahasa Melayu. Angka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia

JAM 3.03 - MASJID NEGARA DI KEPUNG DAN DISERANG

Mata mata dan FRU sedang mengepong Masjid Negara. Para demonstran yang ingin mengundur dan berkumpul kembali ke Masjid Negara sedang di serang dengan gas pemedih mata dan tembakan meriam kimia.

JAM 2.59 - PUBLIC BANK

SERANGAN MERIAM KIMIA BARU SAJA BERMULA DI HADAPAN PUBLIC BAK.

DI HADAPAN BANK INI ADA BERIBU DEMONSTRAN YANG MASIH INGIN MENERUSKAN PERJALAN KE MASJID NEGARA.

KETIKA BERITA INI DI TULIS SERANGAN MASIH DI TERUSKAN.

HELIKOPTER SEDANG BERLIGAR LIGAR DI KAWASAN MASJID NEGARA,PASAR SENI, SOGO DAN JALAN SYED PUTRA.

JAM 2.56 - MAT SABU

MAT SABU PEMIMPIN PARTI PAS HAMPIR PENGSAN. KETIKA BERITA INI DITULIS BELIAU SEDANG TERBARING DAN SEDANG DI RAWAT OLEH UNIT AMAL.

MAT SABU KENA TEMBAKAN GAS DAN KIMIA.

BELIAU SEDANG DI BERI MINUM AIR DAN DI KIPAS UNTUK MELEGAKAN NAFAS.

Mat comot melaporkan GAS PEMEDIH MATA sudah di lepaskan di sekitara kampong atap untuk menghalang rombongan. Orang ramai bertempiaran dan berpecah. Keadaan menjadi kecoh. Wak suruh mat comot pergi ke depan, tapi dia kata dah lupa bawak topeng muka.

Mat comot melaporkan GAS PEMEDIH MATA sudah di lepaskan di sekitara kampong atap untuk menghalang rombongan. Orang ramai bertempiaran dan berpecah. Keadaan menjadi kecoh. Wak suruh mat comot pergi ke depan, tapi dia kata dah lupa bawak topeng muka - notoumno

JAM 2.40 - KE ISTANA NEGARA


PARA DEMONSTRAN MASIH CUBA KE ISTANA NEGARA.

SATU KILOMETER DI JALAN SYED PUTRA ADA LAPORAN DI TERIMA YANG MEREKA
DAPAT MENDENGAR TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA YANG BERTERUSAN TIDAK HENTI HENTI.

HELIKOPTER SEDANG BEERLIGAR-LIGAR DARI ISTANA NEGARA ARAH KE TAMAN SEPUTEH DAN PULANG KEMBALI KE ISTANA NEGARA.

TEMBAKAN INI BETUL BETUL MENYUSAHKAN KANAK KANAK DAN ORANG TUA YANG INGIN TURUT SAMA KE ISTANA NEGARA.

PARA DEMONSTRAN MASIH BERTEKAD KE ISTANA NEGARA.

JAM 2.31 - TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA BERMULA

PARA DEMONSTRAN TELAH DISERANG OLEH TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA.

PARA DEMONTRAN MASIH MENERUSKAN KE ISTANA NEGARA.

BERITA BARU MASUK

——————–

PULUHAN TEMBAKAN TELAH DI ARAHKAN KEPADA PARA DEMONSTRAN

TETAPI MEREKA MASIH BERGERAK MENUJU KE ISTANA NEGARA.

http://tukartiub.blogspot.com

2.40 pm
laporan dari tukar tiub -
PARA DEMONSTRAN YANG DI GANGU OLEH TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA KINI
TELAH BERJAYA BERKUMPUL KEMBALI.

PARA DEMONSTRAN BERTEKAD UNTUK SAMPAI KE MASJID NEGARA

2.38 pm
Di laporkan ada blogger yang kena gas pemedih mata dan ramai antara mereka terpaksa berpatah balik. Sebahagian sudah melepasi dan tidak dapat di ketahui siapa yang berjaya melepaskan diri dari sekatan. Laporan sedang di nanti.

Terkini Dari Wartawan Harakah……dan pelbagai sumber

PARA DEMONSTRAN YANG MENCECAH 15,000 SEDANG BERGERAK KINI TELAH SAMPAI KE BANGUNAN KOPERASI POLIS TIDAK BAGITU JAUH DARI ISTANA NEHARA.

PEMIMPIN ANGKATAN MUDA KEADILAN DAN PEMUDA PAS SEDANG MEMANDU PARA DEMONSTRAN DI BARISAN HADAPAN.

UNIT AMAL SEDANG BERTUGAS UNTUK MEMASTIKAN SEMUA BERJALAN DENGAN AMAN.


KINI ANGKA PARA DEMONSTRAN TELAH MENCECAH DIANTARA 10 KE 15 RIBU

CIK GU BAD AHLI MPT PARTI KEADILAN KELIHATAN DI HADAPAN PERARAKAN.

KERETA DI SANA SINI MEMBUNYIKAN HON TANDA SOKONGAN.

SELURUH JALAN DI KAWASAN SEKITAR MASJID NEGARA BERBUNYI HON KERETA TANDA SOKONGAN !!

2.13 pm
Perbincangan dengan pihak polis untuk ke istana negara beramai ramai gagal !!!
FRU menghalang orang ramai meninggalkan kawasan Masjid.
Rempuhan di buat dan pihak FRU tidak dapat mengawal keadaan dan sekarang rombongan sudah bergerak ke Istana Negara.
1 anggota UNIT AMAL telah di pukul oleh anggota FRU dan beberapa orang lagi di tahan.

2.10 pm
Jumlah FRU teramat kurang berbanding mana mana perhimpunan yang di lakukan sebelum ini.

2.05 petang:Pihak polis sedang menghalang beberapa kumpulan di Pasar seni daripada berhimpun dan berarak ke Masjid Negara.

2.00 petang: Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat sertai AJK GMP sedang berucap untuk menaikkan semangat rakyat yang hadir agar berarak ke Istana Negara.

1.52 petang: Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub,Dr Syed Azman, Dato’ Mahfuz Omar sedang memimpin perarakan daripada Kompleks Sogo bersama lebih 1,000 orang yang menyokong untuk membantah dasar PPSMI.

1.58pm
Di dalam kawasan masjid sahaja sudah ada lebih kurang 4,000 orang.
Pihak penganjur sedang berbincang dengan pihak polis untuk kebenaran berarak ke istana negara.
Terdapat dua helikopter di ruang udara, Helikopter Tentera dan Polis.
Hujan di Masjid negara - renyai renyai …
Suasana agak riuh dengan jeritan jeritan dan laungan laungan.
Masih menanti rombongan dari luar untuk sampai ke Masjid Negara.

1.53pm
Di central market orang ramai sudah berkurang, ramai yang sudah menuju ke Masjid Negara. Tapi di beritahu, di kawasan SOGO masih ramai rakyat di sana dan sedang menanti isyarat untuk bergerak.
Helikopter masih berlegar di ruang udara.
Hujan sudah mulai turun … bukak payong wooooooiiiiii !!!!
Gerai gerai sementara banyak terdapat di central market. sudah seperti pesta minggu. wakakakak !!!
di laporkan oleh blogger mat comot. Blogger kulup sakah dan edyes sedang menghala ke sana.

1.58pm
Di dalam kawasan masjid sahaja sudah ada lebih kurang 4,000 orang.
Pihak penganjur sedang berbincang dengan pihak polis untuk kebenaran berarak ke istana negara.
Terdapat dua helikopter di ruang udara, Helikopter Tentera dan Polis.
Hujan di Masjid negara - renyai renyai …
Suasana agak riuh dengan jeritan jeritan dan laungan laungan.
Masih menanti rombongan dari luar untuk sampai ke Masjid Negara.

1.53pm
Di central market orang ramai sudah berkurang, ramai yang sudah menuju ke Masjid Negara. Tapi di beritahu, di kawasan SOGO masih ramai rakyat di sana dan sedang menanti isyarat untuk bergerak.
Helikopter masih berlegar di ruang udara.
Hujan sudah mulai turun … bukak payong wooooooiiiiii !!!!
Gerai gerai sementara banyak terdapat di central market. sudah seperti pesta minggu. wakakakak !!!
di laporkan oleh blogger mat comot. Blogger kulup sakah dan edyes sedang menghala ke sana.

1.48 pm
Keadaan cuaca yang tidak berapa cantik ni sedikit mengganggu
talian broadband. Internet sering terputus putus.

1.50 petang:Pihak kerajaan melaksanakan ‘languange cleansing’ (pembersihan bahasa) kerana berdegil untuk meneruskan dasar PPSMI walaupun dibantah oleh rakyat.

1.35 petang: Dua buah bas yang membawa orang asli daripada Tapah,Perak telah ditahan pihak polis di Damansara dan dibawa ke Balai Polis Sentul untuk disoal siasat.

1.25 petang:Sekumpulan wakil daripada Chinese Assembly Hall telah tiba di pekarangan Masjid Negara dan turut menyatakan sokongan terhadap bantahan PPSMI.

LAYAK KE ?LU PIKIR LA SENDIRI ANWAR

Semalam sudah bermula perancangan Anwar untuk mengheret DSN kedalam kancah fitnah yang dasyat untuk memusnahkan perjalanan politik DSN dari mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada awal april nanti.

LAYAK KE ?LU PIKIR LA SENDIRI ANWAR

Calon Perdana Menteri Malaysia Ke-6

Calon Perdana Menteri Malaysia Ke-6



Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation semalam Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih.

Dengan tiga pilihanraya yang bakal diadakan serentak nanti akan ada lagi kejutan besar yang akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya kecil nanti.

Dengan kes perbircaraan Anwar yang akan dipindahkan ke mahkamah tinggi di umumkan semalam dengan serentak Anwar memainkan isu Timbalan Perdana Menteri yang kononnya satu pendedahan baru yang menuduh Najib dan isterinya terlibat dalam isu pembunuhan model Mongolia Altantauya.

Anwar merasakan DSN telah menggagalkan cita cita nya untuk menjadi Perdana Menteri disebabkan kegagalan nya untuk menubuhkan kerajaan melalui lompat parti.Akhirnya DSAI tewas juga pada DSN apabila tiga ahli Dun perak telah keluar dari pakatan dan menyokong BN yang akhirnya tumbang kerajaan pakatan di perak.

Bagi matlamat ini, Anwar sanggup melakukan apa sahaja sekalipun jelas bertentangan dengan falsafah perjuangannya sekian lama. Yang penting Anwar dapat menjadi Perdana Menteri walau terpaksa menggunakan apa cara sekali pun bagi mencapai matlamatnya akan tercapai.

Anwar yang sangat mengidam jawatan Perdana Menteri telah menangguk di air keruh dengan menuduh kerajaan BN adalah kerajaan yang rasuah.Apa kah beliau lupa semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dulu, Anwar telah bersetuju untuk menerima pakej bantuan IMF bagi menyelamatkan Malaysia daripada krisis mata wang?

Selepas Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi yang baik dalam PRU 12, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) amat lantang menyuarakan keinginan untuk menjadi Perdana Menteri. Lantaran itu beliau menjaja sekeliling pelosok kota dan desa melaungkan keinginannya.




Apa kah layak Anwar menjadi PM setelah peristiwa penderhakaan pada sultan diperak.Anwar lah segala punca kemelut yang melanda diperak sekarang.







Adakah Nik Aziz faham mengenai kes Elizabeth? Atau beliau tetap dengan pendirian mahu menegak benang yang basah? Dia bukan dianiayai tetapi dia sendiri yang mencari masalah. Dia melakukan hubungan seks bebas dengan sesiapa yang dia suka. Adakah ini dibenarkan oleh Islam PAS?




Layakkah Anwar kalau dalam pakatan sendiri tidak lepas dari berbagai skandal sex dan ini termasuk lah Anwar sendiri yang menghadapi tuduhan liwat.Apa kah kita(rakyat) mahu seorang PM yang suka dengan perangai main belakang ini.




Apa kah layak Anwar menjadi PM sekiranya dulu cakap lain sekarang cakap lain,






Apakah layak Anwar jadi PM sekiranya ini lah rakan rakan nya yang terang terang menentang islam.


Sekiranya sebesar itu Persatuan Gereja Calvary akan membina pusat konvesyen mereka, apakah nasib generasi muda Malaysia akan datang. Apakah golongan muda Melayu akan diKristiankan secara besar-besaran pada masa akan datang ? Wajarkan Majlis gereja Malaysia membina pusat konvesyen sebesar itu sedangkan penagnut mereka hanya 15 peratus di negara ini ? Jadi kalau 15 peratus, mereka ingin tampung siapa di pusat konvesyen itu ?




Jelas.. penderhaka yang dicipta oleh Anwar ini mengisi penilaian yahudi terhadapnya bahawa "Anwar is a good agen. He is terminator will destroy the Malaysia's politic as soon as posible. Perak is our first target".





Kawan baik anda (Gus Dur) tulis di laman webnya, bahawa dia terlibat sama semasa pertemuan anda dengan Paul Wolfowitz di Munich pada tahun 2004. Dia kata anda telah dilantik oleh Paul Wolfowitz (ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika) sebagai Agen Amerika atau jurucakap Amerika di negara Islam untuk melemahkan semangat golongan muda menubuhkan Negara Islam.



ANWAR IBRAHIM dilaporkan telah menandatangani surat 'sokongan' deklarasi itu sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA; SHLOMO BEN-AMI, bekas Menteri Luar Negara Israel; HARRIET BABBITT bekas Pengarah NDI; JOHN MALOTT, bekas Duta US; CHRISTOPHER PATTEN, Co-Chair of ICG; STEVEN CLEMONS, Pengarah, New America Foundation dan lain-lain lagi



Dari apa yang dipaparkan ini adakah rakyat akan menerima Anwar sebagai PM?Mari kita sama sama fikir dan renungkan bagi kebaikan seluruh rakyat malaysia agar negara ini tidak akan diterajui oleh seorang pemimipin yang penuh dengan muslihat.

LU PIKIR LA SENDIRI

Jumaat, 6 Mac 2009

Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat

Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat


Abdul Rahim Sabri | Mar 6, 09 7:53pm
Dewan Pemuda Pusat sekali mencabar Pergerakan Pemuda Umno Malaysia untuk berdebat.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak cabaran Dewan Pemuda PAS berdebat mengenai isu pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)

khairy jamaluddin and umnoKali ini, Dewan Pemuda PAS mencabar Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berdebat tentang isu siapakah sebenarnya penderhaka kepada Sultan.

Cabaran tersebut dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam surat yang dihantar kepada Khairy bertarikh hari ini.

Katanya, beliau menyerahkan kepada Khairy untuk memilih tarikh, tempat dan masa yang sesuai.

Nasrudin juga menyarankan agar debat tersebut disiarkan secara langsung oleh mana-mana saluran TV untuk membolehkan rakyat mengadilinya.

nasrudin hassanKetika dihubungi Malaysiakini Nasrudin berkata, surat cabaran tersebut dihantar kepada Khairy pagi tadi.

Jawab tohmahan

Menurutnya, debat itu bertujuan untuk mencari kebenaran terutama berhubung isu penderhakaan dan krisis politik di Perak.

Debat, jelasnya, adalah satu mekanisme untuk menjawab tohmahan bahawa Pakatan menderhaka kepada Sultan Perak.

"Pakatan Rakyat tidak ada peluang untuk menjelaskan kepada umum, kerana media utama dikuasai kerajaan.

"Cuma kita ada media yang terhad seperti media parti, internet dan blog untuk membolehkan masyarakat mengakses maklumat yang mana benar dan yang tidak benar," katanya.

Ditanya mengenai tarikh, tempat dan masa yang sesuai untuk mengadakan debat tersebut, Nasrudin berkata: "Perkara yang lebih penting ialah Pemuda Umno menerima cabaran ini.

"Terima tawaran, selepas itu kita berbincang di mana tempat dan masa yang sesuai untuk berdebat. Kita bersedia di mana dan bila-bila masa sahaja".

Sehubungan itu, Nasrudin berharap Khairy, yang juga ahli Parlimen Rembau, menerima cabaran Pemuda PAS.

Bagaimanapun, tegas Nasrudin, pihak bersedia berdebat dengan mana-mana pemimpin Pemuda Umno sekiranya Khairy menolak cabaran itu.

Khamis, 5 Mac 2009

BENAR ATAU INI KONSPIRASI ANWAR

Akhbar: Najib jumpa Altantuya di kelab


Mar 5, 09 3:20pm
Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

najib on kuala terengganu by election 060109 03Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Beliau juga pernah bersumpah mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersekongkol dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud DubusArnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.

Khairy jawab isu ECM-Libra

Khairy jawab isu ECM-Libra
Mar 5, 09 4:17pm

eksklusif Khairy Jamaluddin menjadi sasaran kecaman dari setiap penjuru sejak beliau melangkah masuk ke gelanggang politik lima tahun lalu. Khairy menjadi sasaran pelbagai tuduhan - termasuk pembabitan beliau dalam bank pelaburan ECM-Libra.

Salah seorang daripada 'kaki pukul' tersebut ialah penulis blog kontroversial, Raja Petra Kamarudin - yang tidak pernah ditemuinya walau sekali pun.

Khairy berkata, semuanya adalah mengenai Khairy Jamaluddin yang
'anda benci' dan Raja Petra yang 'anda sukai'.

Dalam bahagian ketiga daripada lima siri wawancara Khairy dengan Malaysiakini, menantu perdana menteri itu ditanya mengenai tuduhan yang dilempar terhadapnya - termasuk dakwaan cuba menyertai syarikat-syarikat terkemuka kerajaan seperti Khazanah Holdings, minatnya untuk menyertai kabinet dan tuduhan bahawa beliau dapat habuan daripada rebat petrol.

khairy jamaluddin interview 030309 sequenceDitanya mengenai imejnya yang tercalar dengan pelbagai tuduhan itu, Khairy berkata, sehingga ini tiada pihak yang dapat membuktikan bahawa semua dakwaan tersebut adalah benar.

Ditanya mengenai pegangannya sebelum ini dalam ECM Libra, sebelum menjual pegangannya itu kemudiannya, Khairy berkata: "Apa yang salahnya?"

Khairy menjelaskan bahawa beliau menyertai syarikat tersebut sebagai anggota pengurusan kanannya, yang turut ditawarkan opsyen saham dalam syarikat tersebut.

Katanya, beliau menerima tawaran opsyen saham tersebut "dan semua anggota pengurusan kanan ditawarkan opsyen saham yang sama, berserta dengan pinjaman dari orang yang menawarkan saham berkenaan".

Jelasnya, bercanggah dengan apa yang orang sangka, syarikat berkenaan tidak memberi pinjaman kepadanya untuk membeli saham tersebut kerana ia adalah salah.

"Orang yang menjual saham dan memberi pinjaman itu (kepada saya) adalah pemegang saham pengasas syarikat tersebut - Kali (Kalimullah Hassan), David Chua, Lim Kian Ong. Mereka yang memberi saya pinjaman...," jelasnya.

Khairy berkata, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk menjual saham tersebut apabila menyedari beliau menjadi sasaran kecaman dan pihak syarikat turut terjejas kerananya.

"Kerana itu, lebih baik saya tarik diri daripada membiarkan syarikat berkenaan terjejas kerana pemegang sahamnya ramai. Itulah yang sebenarnya berlaku.

"Jika pun saya dianggap bersalah, kesalahan itu ialah kerana (saya) ditawarkan peluang seumpama itu pada tahap usia yang muda. Tetapi niatnya adalah untuk membina syarikat untuk jangka masa panjang, membesarkan syarikat dan memastikan ia berjaya menjadi sebuah institusi perkhidmatan kewangan," katanya.

Dilema Melayu: UMNO, Pas atau PKR?

BASHIR AHMAD

BERSEMBANG sambil menghirup teh tarik dan mengunyah roti canai bersama seorang teman lama di sebuah kedai mamak di Ampang, penulis kemudian pulang dengan persoalan yang membenak sehingga ke pangkin tidur.

Si teman lama itu, seorang ahli perniagaan, bertanya apakah parti yang patut disokongnya sekarang? Tanpa penulis memberikan jawapan, beliau menyambung isu yang dibangkitkannya. Katanya, bolehkah UMNO diharapkan seperti dulu?

Sambil menegaskan bahawa parti yang terbaik untuk orang Melayu sejak dulu adalah UMNO, beliau mempertikai keadaan parti itu sekarang. Katanya, tengoklah UMNO masih tidak habis-habis dengan masalah politik wang.

Maka secara spontan penulis menjolok pendirian sebenarnya dengan menganjurkan:``Sokonglah PKR!''

Si teman itu menjawab pantas, Anwar Ibrahim tidak boleh diharap. Katanya, kerana Anwarlah orang-orang Melayu bersikap defensif dan menjadi sasaran bukan Melayu sekarang.

Jika begitu sokonglah Pas.

Si teman itu terdiam sejenak sebelum meluahkan pandangannya. Katanya, jika Pas boleh berubah corak, mungkin majoriti orang Melayu boleh mengalih sokongan kepada parti itu.

Maksudnya, Pas tidak boleh lagi dilihat sebagai parti yang dikuasai oleh golongan ustaz. Peranan golongan profesional dalam Pas perlu lebih ketara. Sudah sampai masanya Pas dipimpin oleh golongan profesional yang berimej Islam dan berakhlak bersih.

Pertanyaan dan pandangan si teman itulah yang membuat penulis berfikir lama mengenai masa depan UMNO, Pas dan PKR dalam konteks orang Melayu. Persoalan yang sama, penulis percaya turut bermain di fikiran ramai orang Melayu sekarang, terutama setelah melihat perkermbangan mutakhir yang mencabar kedudukan mereka, bukan sahaja dari segi ekonomi dan politik, malah agama Islam yang mereka anuti.

Hampir setiap minggu ada-ada saja ahli-ahli politik dan NGO bukan Melayu yang menyerang kedudukan Melayu. Perihal majoriti kakitangan orang awam adalah Melayu turut dipersalahkan sebagai berpunca daripada dasar UMNO. Kuota 30 peratus terus menjadi tuntutan supaya dihapuskan. Kerajaan dukungan UMNO juga pernah dituduh melakukan ethnic cleansing terhadap kaum India. Malah terbaru ini, fatwa mengenai penkid turut dibantah oleh NGO-NGO bukan Islam.

Jika orang Melayu masih tidak sensitef kepada perkembangan ini, maka itu adalah tanda dunia akan kiamat bagi mereka.

Benarlah kata mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada Program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 19 November 2008, dalam keadaan sekarang sudah tiba masanya orang Melayu mengambil sikap `menyerang', bukan lagi defensif bagi mempertahankan hak-hak keistimewaan Melayu dan Islam.

Tugas menyerang ini tidak boleh diserahkan saja kepada ahli-ahli politik Melayu kerana mereka sudah terperangkap dalam kemelut politik selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008. Peranan yang lebih ketara hendaklah dipikul oleh NGO-NGO Melayu dan Islam. Ahli-ahli politik Melayu tidak boleh diharapkan lagi kerana sebilangan mereka adalah punca kepada kemelut sekarang.

Kemunculan Anwar Ibrahim yang memburu cita-cita untuk menjadi PM dengan menjuarai `politik pelbagai kaum' sehingga tergamak menolak DEB yang dipertahankan bermatian-matian ketika dalam UMNO dulu, adalah salah satu faktor yang meransang bukan Melayu untuk menyerang hak-hak Melayu dan Islam sekarang.

Dalam Barisan Nasional sendiri, UMNO terperangkap dengan kebangkitan barisan pemimpin baru MCA dan Gerakan yang secara terbuka menuntut hak-hak sama rata bagi semua kaum. Presiden baru MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat telah menyuarakan kepercayaannya kepada politik pelbagai kaum yang asalnya dipelopori oleh DAP dan kini diperkuat oleh Anwar dan PKR.

Semuanya ini membayangkan bahawa suasana hubungan politik dalam BN pada masa akan datang adalah tidak sebagaimana dulu lagi. Tidak sebagaimana zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Siew Sin dan Tun Sambanthan memimpin Perikatan dulu.

Sekalipun Mahathir berkali-kali menegaskan bahawa politik perkauman masih relevan, suasana sekarang meragui kepercayaannya itu. Sebab itulah Anwar masih berkeyakinan tinggi untuk menjadi PM walaupun tarikh 16 September 2008 yang diuar-uarkan sebagai titik peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat pimpinannya tidak menjadi kenyataan.

Punca kegagalan 16 September 2008 adalah kerana Pas pimpinan Haji Hadi Awang telah melihat bahawa kerajaan yang Anwar rancang akan ditunjangi oleh bukan Melayu (bukan Islam). Anwar yang mendabik dada sudah mempunyai `angka' yang cukup untuk membentuk kerajaan baru, sebenarnya hanya berjaya menarik ahli-ahli Parlimen bukan Melayu (kebanyakan dari Sabah) untuk melompat keluar dari BN.

Sebab itulah Pas enggan menyertai kerajaan yang Anwar bakal tubuhkan kerana mereka melihatnya akan menjadi boneka bukan Melayu dan bukan Islam. Disebabkan ugutan Pas tersebut, Anwar terpaksa membatalkan rancangannya buat sementara waktu.

Kini Anwar berkempen di Sarawak untuk memastikan beliau akan memperoleh `angka' yang cukup. Pada perkiraannya, kerajaan Pakatan Rakyat masih boleh ditubuhkan jika beliau mendapat sokongan penuh ahli-ahli Parlimen bukan Melayu, sekalipun Pas enggan menyertainya kelak.

Jika kita lihat apa yang berlaku di Selangor sekarang, sekalipun Menteri Besarnya seorang Melayu, kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa akur dalam banyak hal kepada tuntutan bukan Melayu. MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim turut mengesyorkan UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera kerana mahu mengambil hati bukan Melayu yang ternyata menjadi sumber kekuatan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU 12.

Dari segi sokongan kaum, ternyata kaum India paling ketara menyokong PKR. Pertubuhan haram Hindraf menonjolkan kehadirannya lebih daripada Pas dan DAP pada perhimpunan-perhimpunan Pakatan Rakyat yang diadakan di Selangor, negeri yang mempunyai paling ramai rakyat keturunan India.

Maka tidak hairanlah si teman penulis itu awal-awal lagi menolak PKR sebagai parti yang boleh membela nasib orang Melayu.

Baginya UMNO tetap relevan sebagai wadah perjuangan Melayu. Bagaimanapun, beliau risau kerana UMNO masih dibelenggu politik wang yang memberikan imej `rasuah' kepada parti tersebut.

Pas pula masih merupakan parti ustaz yang beliau ragui boleh membawa kemajuan kepada umat Islam pada zaman global yang sangat diwarnai oleh kekuatan ekonomi dan teknologi negara.

Si teman yang suatu masa dulu menyokong kuat UMNO, kini berada dalam keadaan dilema. Parti mana yang boleh beliau harapkan. Dilema sahabat penulis itu sebenarnya adalah dilema Melayu pasca PRU 12.

Inilah cabaran kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang akan mengambilalih teraju kepimpinan UMNO dan negara daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ada tanda-tanda bahawa peralihan kuasa yang akan berlaku pada atau selepas Mac 2009 itu akan memberikan satu dorongan baru kepada orang Melayu untuk memberikan semula sokongan besar kepada UMNO.

Bagaimanapun sokongan itu adalah sokongan bersyarat. Syaratnya Najib boleh menjuruterakan semula perubahan dalam UMNO supaya bangkit kembali sebagai parti Melayu yang bukan sahaja disayangi oleh Melayu, tapi juga dihormati dan digeruni oleh bukan Melayu.

Polis siasat 28 Adun Pakatan bersidang bawah pokok

Polis siasat 28 Adun Pakatan bersidang bawah pokok


Mar 5, 09 12:28pm
kemaskini 1.03pm Polis akan menyiasat kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak, termasuk Speaker DUN V Sivakumar, berhubung persidangan tergempar bawah pokok kelmarin.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata mereka semua, termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, akan dipanggil atas dakwaan berhimpun secara haram, lapor Sin Chew Daily.

Dalam sidang tergempar itu yang diadakan di tempat letak kenderaan tidak jauh dari bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), mereka meluluskan tiga usul, termasuk membubarkan dewan.

perak state govt crisis state adun assemble under the rain tree 030309Mereka berbuat demikian apabila gagal memasuki bangunan rasmi DUN setelah dihalang oleh polis.

Adun DAP Pasir Pinji, Thomas Su Keong Siong semalam dipanggil ke balai polis Ipoh selama dua jam untuk siasatan berhubung perhimpunan tersebut.

Beliau, yang juga exco kerajaan Perak bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, hadir bersama lima peguam.

Polis juga mencari enam orang yang terlibat dalam satu perhimpunan di pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, Selasa lalu, sewaktu 28 orang wakil rakyat itu cuba memasuki DUN.

Enam orang ini dipercayai kehendaki berhubung dakwaan maki-hamun polis sewaktu pihak berwajib itu cuba menyuraikan perhimpunan tersebut.

Polis setakat ini membuka 31 kes siasatan sejak krisis politik di negeri itu awal bulan lalu, melibatkan 12 kes perhimpunan haram, dua (Akta Hasutan), tiga (Akta Penerbitan dan Mesin Cetak) dan 14 (Kanun Keseksaan).

Semua siasatan kes ini sekarang di peringkat akhir dan akan diserahkan kepada pendakwaraya dalam waktu terdekat, kata Zulkifli.

ISYTIHAR SAHAJA DARURAT DIPERAK

Bagi menteteramkan keadaan yang semakin tidak menentu sejak akhir akhir ini diperak wajar pihak kerajaan mengisytiharkan darurat diperak .

Tindakan parti pembangkang yang sering memprovokasi dan membuat tindakan yang jelas bertentangan dengan undang undang sudah sampai masanya tindakan diambil bagi meredakan keadaan yang semakin tidak menentu ini.

Dengan mengadakan sidang DUN dibawah pokok dan dengan pengantungan MB bersama dengan enam ahli Exco dari menghadiri persidangan Dun jelas disini yang parti pakatan sudah terdesak untuk meraih simpati rakyat agar rakyat menerima segala tindakan pakatan untuk kembali mendapat kuasa.

Keadaan akan menjadi tidak menentu sekiranya tiada sebarang tindakan yang diambil maka akan ada lagi tindakan tindakan yang boleh menjadikan keadaan diperak akan lebih kucar kacir lagi.

Sekira tiada tindakan yang diambil bagi meredakan keadaan ,orang ramai akan terus bersimpati
dan menyokong tindakan bodoh parti pakatan pembangkang.

Tindakan speaker Dun perak mengadakan mesyuarat dibawah pokok jelas sekali menghina dan menunjukan mereka bersikap kurang ajar pada sultan perak malah memburukkan lagi keadaan dengan menimbulkan keadaan tidak tenteram dalam negeri.

Sebenar nya rakyat perak sudah tidak yakin dengan parti pembangkang yang sering mencetuskan huru hara bagi meraih simpati dan sokongan rakyat.Pakatan pembangkang sepatutnya akur kehilangan kerajaan negeri selepas tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Jika para pemimpin parti pembangkang terbabit ikhlas mahu membela rakyat, mereka tidak sepatutnya melakukan perkara-perkara yang akan menimbulkan kesan negatif dan sekiranya
mereka benar-benar ikhlas, tidak perlu buat itu semua. Ini menunjukkan semuanya telah pun disusun sebegitu rupa untuk tatapan seluruh dunia.

Kedangkalan serta kejahilan Speaker, yang mengetuai sidang bawah pokok dan sempat meluluskan tiga usul, membuatkan rakyat semakin muak melihat perebutan kuasa yang memasuki tahap paling memalukan.

Ketika membentuk kerajaan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum lalu ia dilakukan dengan restu Sultan Perak, bukannya dibuat di dalam Dewan Undangan Negeri. Jadi apa bezanya antara kerajaan Pakatan Rakyat dulu dengan kerajaan baru Perak hari ini - kedua-duanya dilantik di dalam Istana Perak.

Rabu, 4 Mac 2009

Speaker DUN Perak boleh disiasat salah guna kuasa: SPRM

Speaker DUN Perak boleh disiasat salah guna kuasa: SPRM


MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menjalankan siasatan ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, atas dakwaan menyalahgunakan kuasa sebagai pegawai badan awam, berikutan tindakannya memanggil sidang tergempar tidak sah semalam.

Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, berkata pihaknya mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan berkenaan mengikut Akta SPRM 2009.

"Mengikut Seksyen 29(3) Akta SPRM, ia memperuntukkan kuasa untuk menyiasat berdasarkan peruntukan mengikut akta ini dan Kanun Tatacara Jenayah bila mana disyaki perlakuan suatu kesalahan mengikut akta berkenaan.


"Berdasarkan kepada aduan atau maklumat yang diterima, Speaker DUN Perak ini disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009.

Semalam, Sivakumar mengadakan sidang tergempar DUN Perak di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan. Sidang yang dihadiri semua 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat itu tidak pernah mendapat perkenan Sultan Perak.

Beberapa jam selepas itu, Mahkamah Tinggi Ipoh mengeluarkan arahan menghalang Sivakumar untuk mengadakan sebarang sidang DUN tanpa kebenaran Sultan Azlan Shah


Najib, bekas SU Dun Perak hina perlembagaan


Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Mar 04, 09 | 9:17:51 am MYT

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar menegaskan Speaker Dun Perak, V Sivakumar mempunyai peruntukan kuasa besar berdasarkan kedudukan Dun dalam sistem perundangan negara.

Untuk itu katanya keputusan memanggil sidang Dun Tergempar pada 3 Mac lalu adalah sah dari segi kuasa Speaker yang diperuntukan dalam perlembagaan.

Sejak merdeka sistem demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan adalah tunjang kepada pemerintahan, yang mana Dun atau Parlimen mempunyai kedudukan, sementara raja mempunyai peranannya, kata beliau.

Justeru kenyatan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa sidang dun tergempar yang dipanggil Sivakumar sebagai tidak sah adalah satu penghinaan kepada kemuliaan Dun dan perlembagaan, katanya.

"Di sinilah kuasa yang terdapat pada Speaker Dun atau Dewan Rakyat.Sebenarnya saya telah membaca tulisan peguam kanan di negara ini kesimpulan mereka jelas speaker Dun atau Dewan Rakyat ada kuasa besar dalam tentukan keputusan dan uruskan dewan," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Tumpat.

Ujar Kamarudin, secara jelas tindakan Speaker Dun Perak memanggil sidang tergempar adalah sah mengikut pandangan peguam kanan Tommy Thomas.

Sehubungan itu, tiada siapa termasuk TPM atau Setiausaha Dun Perak boleh untuk buat apa-apa kenyatan atau tindakan arahkan polis dan mengarahkan bangunan ditutup, katanya.

Bagi Kamarudin, perbuatan itu bercanggah dengan perlembagan negara, negeri dan bercanggah dengan iktiraf ketelusan institusi Dun dan speakernya,

"Maka oleh sebab itu tindakan Setiausaha Dun dan TPM adalah menghina kuasa Speaker Dun dalam hal ini,"katanya. - azm _



Nik Aziz tidak mahu panjangkan isu penggunaan perkataan Allah

KOTA BAHARU 4 Mac. — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu memanjangkan isu penggunaan perkataan Allah bagi agama lain kerana khuatir ia boleh mengelirukan rakyat dan umat Islam.

Mursyidul Am PAS itu berkata ini kerana beliau mempunyai pandangan berbeza dari sudut lain, manakala orang lain berpandangan dari sudut lain. “Bagi mengelakkan ia boleh mengelirukan orang ramai, lebih baik saya tidak ulas panjang tentang isu itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar yang mahu menteri besar itu memberi penjelasan lebih lanjut mengenai kenyataannya sebelum ini bahawa perkataan Allah boleh digunakan oleh semua agama, bagi mengelakkan kekeluruan umat Islam mengenai isu itu.

Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor sebagai menyifatkan tidak salah untuk orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Beliau dilaporkan berkata dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman berzaman lagi.

“Saya mempunyai pandangan berbeza dari sudut lain, manakala orang lain berpandangan lain dari sudut mereka faham. Bagi mengelak kekeliruan, baik saya tidak ulas panjang tentang isu itu,” kata Nik Abdul Aziz. — Bernama

UMNO SEBAGAI POKOK YANG HAMPIR MATI


Kata kata ini lah yang di label pada umno oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.Kalau umno pokok yang hampir nak mati kenapa pulak yang pakatan nak buat persidangan DUN bawah pokok.Bawah pokok yang nak mati juga la pakatan meluluskan tiga usul iaitu memberi sokongan pada DSNJ sebagai MB berak yang sah,mencadangkan sultan perak memperkenankan Dun dibubarkan dan mengesahkan larangan pada zambry dan enam Exco dari menghadiri sidang dewan.

Lain kali jangan la menuduh dan melabel umno sebagai pokok yang hampir nak mati....tapi dibawah pokok itu juga pakatan mencari poerlindungan ...Nasib la pokok(umno)tu kuat dan tak tumbang menghimpap ,kalau tumbang hancur apa yang ada dibawah.Memang dah hancur pun pakatan di perak,hancur kerana tamakan kuasa dan hancur kerana menderhaka pada sultan dan hancur kerana menjadi boneka DAP.

Belom pernah terjadi sidang DUN diadakan dibawah pokok yang nak mati.Ini semua kerana ingin meraih simpati rakyat.Tapi rakyat perak sudah bosan dengan sikap keanak anakan dengan kerajaan pokok yang nak mati ini.

Walau kerajaan pokok yang nak mati ni sedar yang sidang DUN bawah pokok nak mati tidak akan merubah segala keputusan yang ingin mereka lakukan apatah lagi untuk membubarkan sidang DUN.Tidak pernah sultan perak memberikan keizinan pada kerajaan pokok nak mati ni untuk bersidang walau dibawah pokok yang nak mati.

Tujuan sebenar kerajaan pokok nak mati ni mengadakan sidang DUN hanyalah untuk menarik simpati rakyat agar menyokong kerajaan pokok nak mati ni.Apa lagi kerajaan pokok nak mati ni nak buktikan pada rakyat sedangkan hampir satu tahun diberi kepercayaan mentadbir tapi habis semua harta warisan melayu dihadiahkan pada pekerja pekerja timah yang selama ini hanya menumpang dengan ehsan melayu .

Jadi siapa yang kata umno adalah pokok yang nak mati,sebenarnya pakatan lah yang sebenarnya pokok yang nak mati kerana berlindung dibawah pohon yang mati


Usaha jatuhkan martabat raja Melayu

TINDAKAN bekas Menteri Besar Perak memohon untuk derhaka pada 4 Februari yang lalu mengejutkan rakyat, terutama sekali orang Melayu. Ramai hanya pernah membacanya di dalam hikayat-hikayat lama. Sekiranya peristiwa ini terjadi di zaman kesultanan Melaka, si pemegang jawatan dengan rela hati akan meletakkan jawatan yang disandangnya dan menyerahkan kembali keris kerajaan serta persalinan pakaian kepada sultan.

Keris, atau persalinan pakaian hanyalah perlambangan kuasa yang diperturunkan kepada si pemegang jawatan oleh pemerintah, yakni raja. Si penderhaka pula biasanya di buang daerah dan dilucutkan daripada apa-apa gelaran yang pernah dianugerahkan kepadanya.

Anehnya Mohammad Nizar Jamaluddin tidak mengambil tindakan yang sama. Bukan saja beliau enggan menyerahkan semula harta benda kerajaan negeri yang diamanahkan kepadanya, termasuk kereta rasmi Camry, bahkan terus menganggap dirinya sebagai Menteri Besar Perak.

Bahkan Mohammad Nizar maju setapak lagi dengan membawa kes tersebut ke mahkamah. Pada suatu ketika dulu, di padang bola sekolah kampung ada yang memainkan peranan sebagai "goalie bocor" di belakang tiang gol. Apakah dalam politik juga ada "menteri besar bocor"?

Hakikatnya insiden bekas Menteri Besar yang mencabar institusi kesultanan ternyata memalukan dirinya sendiri. Konsisten dengan tindakan derhaka tersebut, eloklah beliau menyerahkan semula gelaran SPMP yang dianugerahkan kepadanya. Takut-takut jikalau anugerah tersebut dilucutkan sendiri oleh Sultan Perak, tentulah Mohammad Nizar akan beroleh malu yang bukan kepalang.

Risiko yang diambil Mohammad Nizar menderhaka kepada Sultan Perak sudah dicongaknya terlebih awal. Meskipun begitu ia tidak datang dengan tiba-tiba. Malahan rentetan peristiwa pasca Pilihan Raya Umum ke-12 telah membentuk sifat sombong serta biadab beliau. Lebih daripada itu beliau mempunyai mentor yang berpengalaman.

Hubungan mentor-mentee inilah agaknya yang mendorong beliau untuk menderhaka. Ia bermula dengan campur tangan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu kedudukan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak yang dilihat sebagai mencabar kuasa Sultan Perak.

Kerajaan Perak terus diperkudakan sebagai medan uji kaji kuasa oleh kerajaan campuran pembangkang apabila mencabar Kanun Tanah Negara dan Majlis Tanah Negara dalam isu pemberian hak milik kekal kepada kampung-kampung baru Cina di seluruh negeri Perak.

Terbaru mereka menolak kuasa serta budi bicara Sultan Perak sebagai ketua negeri dalam isu pelantikan Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Karpal Singh sebenarnya cuba mengalihkan fokus rakyat, disebabkan punggungnya sudah terlalu panas hasil pendiriannya untuk menyaman Sultan Perak ke mahkamah atas isu pelantikan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar.

Hakikat beliau sendiri sudah hilang sengat dalam DAP tidak lagi dapat disembunyikan. Kenyataan demi kenyataannya dilihat tidak sealiran dengan kehendak parti DAP sendiri.

Beliau terus-menerus membangkitkan isu-isu yang menyentuh sentimen perkauman, dan menimbulkan kemarahan rakyat jelata. Pada masa yang sama beliau ingin menguji sejauh mana pakatan pembangkang akan mempertahankannya.

Strategi terbaru pakatan pembangkang ialah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 3 Mac 2009. Pada masa yang sama dua ADUN yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat, seorang ADUN yang keluar DAP, Menteri Besar serta enam orang Ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang baru dilantik tidak dibenarkan hadir di sidang tersebut.

Tujuannya adalah untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Kerajaan BN negeri Perak. Dr. Zambry sudah tentu dapat mencium jerat Mohammad Nizar dan konco-konconya dalam pakatan pembangkang.

Sekali lagi Sultan Perak dicabar, oleh kerana kuasa memanggil sidang Dewan Undangan Negeri adalah prerogatif Sultan.

Pada tahap ini bagi menjamin kestabilan dan keamanan, serta kepatuhan terhadap kedaulatan undang-undang, kerajaan jangan lengah untuk mengambil tindakan. Nampaknya cacing sudah naik ke mata. Pengajaran keras hendaklah diambil ke atas kumpulan pengacau ini.

Semua ini adalah bertujuan mencarik baju raja, hatta mencarik baju Melayu. "Carik baju raja, disebabkan akal budak" di dalam peristiwa Singapura dilanggar todak membawa pengertian kecacatan terjadi dengan tidak disengajakan.

Tetapi kali ini ia bukan lagi opera Cina atau parodi Barat. Pakatan pembangkang benar-benar berusaha untuk mengoyakkan baju raja demi menjatuhkan martabat institusi kesultanan Melayu.

Walaupun raja-raja adalah milik rakyat umum, tidak siapa dapat menafikan bahawa adat beraja ialah lanjutan adat istiadat dan tradisi orang Melayu.

Inilah asas kukuh falsafah raja sebagai payung untuk orang Melayu. Dalam kata lain mencabar raja bolehlah disamakan dengan mencabar jati diri Melayu.

Walaupun kini raja-raja tidak lagi memerintah dengan menggunakan kuasa mutlak, kuasa tersebut tidak pernah terhakis, malah terus terpelihara di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sungguhpun transformasi berlaku ke atas cara dan bentuk kerajaan apabila diwujudkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, pada asasnya susur-galur kuasa tidak banyak berubah daripada tangan raja-raja Melayu.

Umumnya kuasa raja-raja terbahagi kepada:

(a) Kuasa yang dilaksanakan mengikut nasihat, dan,

(b) Kuasa yang bersifat budi bicara.

Peruntukan berhubung dengan tindakan menurut nasihat penting dalam menegakkan konsep raja berperlembagaan. Meski pun begitu tanggungjawab mengenainya hanyalah peruntukan umum.

Sebagai mana peruntukan-peruntukan umum lain, pada waktu-waktu tertentu peruntukan "bertindak mengikut nasihat" perlu diketepikan, yakni ia menjadi tidak relevan.

Fenomena mencabar undang-undang dan konvensi secara berleluasa oleh pakatan pembangkang terjadi apabila terdapat ramai orang tua yang berfikiran serta berkelakuan seperti 'budak-budak' di kalangan kepemimpinan mereka. Akibatnya mereka tidak dapat membezakan antara ilusi dan fakta.

Bak kata Almarhumah penyanyi Zaharah Agus, kemahiran diperlukan bagi mengenal "yang mana semut api, yang mana anai-anai, yang mana roti prata, yang mana roti canai…"

Dengan istilah 'celaka' yang membawa makna malang, sial, keparat, jahanam, bedebah (T.Iskandar, Kamus Dewan, DBP 1970) yang dilemparkan oleh Pengerusi DAP kepada Pemuda UMNO, akan lahirkah pula ungkapan "carik baju pemuda, disebabkan akal si tua bangka"? Penulis sedar wujudnya bidalan Melayu lama: "Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa."

Tempoh 24 jam yang diberi oleh Khairy Jamaludin kepada Pengerusi DAP untuk membuktikan tuduhan-tuduhan beliau terhadap Pemuda UMNO sudah lama berlalu. Kalau hendak menitik dan menempa besi, eloklah ketika tengah panas.

MALIM GHOZALI PK ialah penulis karya kreatif, esei akademik serta isu-isu semasa.

Selasa, 3 Mac 2009

MALAYSIA NEGARA PERPADUAN



Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi awang telah mencadangkan agar negara ini diperentah bersama oleh sebuah kerajaan campuran atas nama perpaduan yang akan mengabongkan parti parti Barisan Nasional dan parti parti yang ada ditanah air ini.

Tidak mustahi apa yang disarankan oleh Hj Hadi ini akan dapat dilaksanakan sekiranya segala kepentingan politik mengatasi segala galanya demi untuk kemakmuran dan keharmonian dalam negara yang berbilang kaum dan budaya ini.

Dalam suasana politik hari ini ia mungkin sesuatu yang sukar difikirkan namun jika kita semua meletakkan kepentingan Negara di hadapan, pembelaan nasib dan kebajikan rakyat agenda utama kita, maka tidak mustahil cadangan ini dapat dilaksanakan dengan syarat semua pihak jujur dan ikhlas.

Sekiranya apa yang disarankan oleh Hj Hadi ini berhasil di jelmakan ianya adalah satu kejayaan pada seluruh rakyat malaysia yang sedang mengalami betapa suasana ekonomi global kini begitu meruncing dan kegawatan besar di Amerika Syarikat dan Eropah bakal singgah dan mempengaruhi ekonomi Negara kita.

Dengan adanya kerajaan perpaduan yang sama sama berusaha untuk membawa malaysia keluar dari masaalah ekonomi dan perpaduan kaum akan ada kesungguhan dan tanggungjawab untuk mempertahankan Negara kita dari ancaman ekonomi ini dan sama-sama perlu menyatukan idea dan fikiran untuk membawa negara ini kesatu tahap yang dapat dirasai oleh seluruh rakyat untuk merasai sebuah negara perpaduan yang bebas dari sebarang pertelingkahan dan permusuhan.

Cadangan tersebut boleh dipertimbangkan dan rundingan perlu dibuat di peringkat semua parti dan dilakukan secara menyeluruh agar impian seluruh rakyat untuk menikmati suasana yang bebas dari sebarang sengketa dan perebutan kuasa sehinggakan pihak istana turut terlibat dan terbabit secara langsung.

Bagi saya apa yang di nyatakan dan di perjelaskan oleh Hj Hadi mengenai kerajaan perpaduan ini adalah satu tindakan yang berani dan ianya harus mendapat sokongan dari rakyat kerana kita sudah penat memikirkan segala kemelut yang melanda sejak akhir akhir ini.

Semoga kerajaan perpaduan akan menjadi kenyataan dan akan menjadi satu permulaan untuk kita hidup dalam keadaan yang harmoni dan sejahtera.







Image

KHAIRY JAMALUDDIN

Khairy, Pak Lah dan 'budak' Tingkat Empat
Mar 3, 09 2:23pm


Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin menyifatkan 'perjalanan politiknya' sejak lima tahun kebelakangan ini seperti menaiki 'roller-coaster'.

Muncul sebagai "orang muda paling berkuasa" ketika berusia 28 tahun, Khairy yang kini mencecah usia 32 tahun, sedang berhempas pulas untuk memenangi kerusi ketua Pemuda umno, yang beberapa tahun lalu, bukanlah satu perkara yang sukar baginya.

Dalam wawancara selama 90 minit - yang pertama dengan Malaysiakini - Khairy menceritakan mengapa ia terjadi demikian.

khairy jamaluddin interview 030309 sequenceDalam siri pertama daripada lima siri wawancara itu, Khairy mempertahankan bapa mertuanya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - yang mesra dengan panggilan Pak Lah - dan mengenai Tingkat Empat - yang menempatkan sekumpulan anak muda yang menjadi pembantu kepada perdana menteri.

Ditanya bagaimanakah beliau menyampaikan idea-ideanya kepada kerajaan - sama ada terus menemui perdana menteri atau menggunakan Tingkat Empat, Khairy menjawab:

"Saya boleh melakukannya di Parlimen, tetapi seperti yang anda sendiri tahu, memang ada batasannya (seperti) di segi masa, tetapi anda boleh tulis mengenainya dan menghantar cadangan."

Ditanya sama beliau pernah membincangkan perkara-perkara seumpama itu ketika makan malam bersama perdana menteri, Khairy berkata, ia adalah perkara terakhir yang beliau akan cakap (contohnya), tentang insurans pengangguran dan pinjaman untuk merangsang SMEs (industri kecil dan sederhana).

Mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Abdullah akan terus memegang jawatan perdana menteri sekurang-kurangnya setahun lalu, Khairy berkata beliau tidak merasakan begitu.

Beliau berkata, setahunya, perdana menteri telahpun membuat keputusan, dan telah bulat hatinya mengenai peralihan kuasa.

"Saya fikir kita semua harus menghormati keputusan itu. Membuat tanggapan sebaliknya, akan mewujudkan ketidak tentuan, tetapi setakat yang saya tahu, ianya (peralihan kuasa) akan berlaku," kata Khairy.

Dr Mahathir merupakan pengkritik paling lantang terhadap Khairy dan bapa mertuanya itu.

Ditanya pandangannya mengenai legasi Pak Lah, calon ketua Pemuda Umno itu berkata, Abdullah telah berusaha untuk membawa perubahan kepada arus perdana dan sebahagiannya sudahpun bermula.

"Ia mungkin bukan produk yang sudah siap - sama ada kita bercakap mengenai masyarakat yang lebih bebas, dari segi (kebebasan) bersuara atau sama ada kita bercakap tentang institusi, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman...," katanya.

Namun, tegas Khairy, semua itu adalah asas-asas kukuh untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.

"Dan suatu hari nanti, jika perubahan-perubahan ini berterusan, maka mereka akan menoleh ke belakang dan berkata di sinilah ianya bermula... dan beliau (Abdullah) memutuskan untuk mengorbankan (dirinya) demi parti," tambah Khairy.

Bagaimanapun, beliau yakin, bila mereka menoleh kembali kepada tempoh perubahan itu berlaku - walaupun ketika itu berlaku pergolakan - "kita akan dapat melihat bahawa ketika itulah bermulanya perubahan..."

Khairy berkata, terdapat banyak perkara yang dilakukan oleh Abdullah yang kurang diberi perhatian seperti usahanya meningkatkan prestasi syarikat berkaitan kerajaan sehingga menjadi kukuh.

Malah, kata beliau, hakikatnya bahawa negara mempunyai wang untuk berbelanja walaupun ketika berdepan dengan krisis ekonomi adalah kerana sikap jimat cermat yang diamalkan oleh Abdullah dalam pengurusan ekonomi.

Isnin, 2 Mac 2009

BN DAN PAKATAN MENGGUNA SEGALA KUASA:SIAPA YANG TERSUNGKUR AKHIRNYA?

Speaker Perak pecat Setiausaha DUN


IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, memecat Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, dan melantik Misbahul Munir Masduki mengisi jawatan itu.

Misbahul ialah setiausaha politik bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pada sidang media pada 7.45 malam tadi, Sivakumar turut memberi amaran kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah, bahawa beliau boleh dipenjara sehingga tujuh tahun mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan jika menghalang sidang DUN.

Speaker

Harakahdaily
Mon | Mar 02, 09 | 9:13:22 am MYT

IPOH, 2 Mac (Hrkh)-Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar berkata sidang tergempar Dewan itu esok adalah sah dan akan diadakan seperti yang telah ditetapkan.

Iklan

Sivakumar berkata beliau dengan pakar undang-undang perlembagaan telah meneliti peruntukan Undang-undang Tubuh dan Perintah-perintah Tetap Perak dan mendapati beliau mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar itu.

"Saya dimaklumkan dengan jelas oleh pakar-pakar perlembagaan bahawa memanggil persidangan Dewan secara tergempar adalah terletak dalam ruang lingkup bidang kuasa Speaker," katanya yang dipetik daripada laporan agensi berita.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri semalam yang mengatakan Speaker DUN Perak tidak boleh memanggil satu sidang tergempar Dewan itu kerana tindakan itu tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Setiausaha DUN Perak itu juga berkata mengikut Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) 8(1) yang perlu dibaca bersama-sama dengan Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan berkehendakkan perkenan Tuanku Sultan untuk memanggil apa-apa sidang Dewan Negeri sama ada dalam keadaan biasa atau tergempar.

Sivakumar sebaliknya menegaskan Abdullah tidak mempunyai kuasa untuk menafsir Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) dan sebaliknya kewajipan beliau (Abdullah) adalah hanya untuk mematuhi perintah dan arahan Speaker serta menjalankan tugas seperti yang termaktub dalam PT.

Speaker DUN Perak itu berkata Abdullah telah membuat tafsiran yang salah ke atas PT kerana PT 8 (1) jelas menyatakan notis bertulis menarik perhatian kepada pemasyhuran memanggil Dewan adalah tidak diperlukan, sebaliknya hanya memerlukan notis memanggil Dewan bersidang dikeluarkan dengan seberapa segera.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak pula hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh digunapakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama," katanya.-azm


BIAR ANAK BANGSA MUNDUR DAN BODOH

FORUM

Kenapa dibantah langkah memajukan anak bangsa sendiri?

SAYA berasa amat tersinggung dan tidak puas hati dengan kumpulan-kumpulan pendesak yang mahu kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Apakah tujuan mereka sebenar-benarnya?

Ingin menjadi hero agar dimasukkan ke dalam buku sejarah Malaysia pada masa akan datang? Tidakkah mereka sedar, orang Melayu telah jauh ketinggalan dan diperkotak-katikkan dalam segala bidang. Apakah mereka ingin bangsa Melayu terus mundur dan ketinggalan sampai bila-bila?

Memang benar bahasa ibunda kita mesti dipertahankan. Bahasa Melayu mesti didaulatkan. Tetapi ada banyak cara lain lagi. Kalau betul mereka ini hero Bahasa Melayu, perjuangkan Bahasa Melayu di papan-papan tanda jalan di Pulau Pinang yang dianaktirikan.

Perjuangkan kenapa bahasa Melayu diketepikan dalam sektor swasta yang jelas memperkecilkan bahasa Melayu, walhal mereka menjalankan aktiviti mereka dalam negara Malaysia, sehingga secara langsung mengenepikan hak-hak anak Melayu untuk memperoleh pekerjaan dalam syarikat mereka.

Perjuangkan kenapa Bahasa Melayu hanyalah secebis tulisan kecil (atau kadang-kala tiada langsung) pada papan tanda kedai-kedai dan premis-premis di bandar seluruh Malaysia. Perjuangkan itu semua, barulah hero namanya.

Ini yang dihebohkan, yang dibantah, sesuatu yang dilakukan untuk kemajuan untuk anak bangsa sendiri.

Difikirkan sedalam-dalamnya, mereka ini golongan yang hanya mementingkan diri sendiri. Mereka berkata, Jepun dan Korea tidak perlu Bahasa Inggeris untuk kemajuan negara mereka.

Cubalah berfikiran terbuka dan teliti. Jepun dan Korea tidak menggunakan bahasa Inggeris kerana segala teknologi itu mereka yang cipta sendiri. Mereka bebas menamakan ciptaan mereka menggunakan bahasa mereka. Mereka rajin berfikir dan berusaha. Tetapi kita masih lagi negara membangun dan kita masih belajar.

Negara kita masih mengharapkan kemahiran, kepakaran dan maklumat-maklumat daripada orang lain yang ternyata mengutamakan Bahasa Inggeris. Berapa banyakkah buku-buku mereka diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu?

Lagi pun ada banyak mata pelajaran lain lagi yang masih menggunakan Bahasa Melayu? Kalau Sains dan Matematik dikembalikan ke bahasa Melayu, mereka yang berpangkat dan berada boleh menghantar anak-anak ke pusat tuisyen yang terbaik atau hantar saja anak-anak ke sekolah antarabangsa.

Tetapi bagi kami yang berpendapatan kecil dan bukan senang, apalah daya kami? Nampaknya golongan ini mahu terus fenomena yang kaya terus berjaya, yang susah sentiasa mundur sampai bila-bila.

Harapan saya dan seluruh rakyat Malaysia kelas menengah dan rendah, supaya kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan oleh mereka ini.

Lagi pun bekas perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berjanji, Sains dan Matematik akan dikembalikan ke Bahasa Melayu apabila kita menjadi negara maju dan menguasai semua teknologi dan kepakaran nanti, insya-Allah. Hidup ini kadang-kala perlu penghijrahan dan anggaplah ini sebahagian daripada Hijrah.

PAK MAT BERWAWASAN

Cheras, Kuala Lumpur


YANG MEMBANTAH SEMUANYA YANG TINGGI ILMU NYA TAPI TIDAK MAHU MELIHAT ANAK BANGSA SENDIRI MAJU UNTUK MENGHADAPI HARI HARI YANG PENUH CABARAN.SEKIRANYA SEMASA DIPERINGKAT MUDA KITA TIDAK YAKIN UNTUK MENGHADAPI CABARAN APATAH LAGI SEMASA MENDATANG.

BAGI SAYA ADALAH LEBIH BAIK SEGALA YANG TELAH DILAKUKAN DITERUSKAN TANPA KITA PUSING KEBELAKANG KERANA UNTUK MENGHADAPI ABAD YANG MENCABAR PERLU DIBERIKAN PERHATIAN YANG MENDALAM.

TERUSKAN AGENDA YANG DISUSUN DAN CARILAH JALAN PENYELESAIAN AGAR SEGALA PERANCANGAN UNTUK MENGHADAPI WAWASAN 2020 AKAN TERCAPAI SUPAYA ANAK ANAK KITA TIDAK AKAN MENERIMA AKIBAT DARI APA YANG KITA RANCANGKAN.

SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK

Sidang tergempar: Speaker dan setiausaha DUN bercanggah
Mar 1, 09 5:29pm


Kemelut politik yang melanda negeri Perak, selepas Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan negeri baru awal bulan lalu, terus berlanjutan.

Hari ini, Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Abdullah Antong Sabri berkata cadangan Speaker V Sivakumar untuk memanggil satu sidang tergempar Selasa ini adalah tidak sah.

Katanya, ia tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenan
Sultan Perak berdasarkan Perintah Tetap Dewan Negeri serta
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Abdullah menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Sivakumar dilaporkan berkata sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.

Sivakumar memanggil sidang tergempar itu untuk membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa
kerajaan negeri itu.

Bagaimanapun dalam reaksinya terhadap kenyataan Abdullah itu, Bernama memetik Sivakumar berkata sidang tergempar Dewan itu Selasa ini adalah sah dan akan diadakan seperti yang telah ditetapkan.

Sivakumar berkata beliau dengan pakar undang-undang perlembagaan telah meneliti peruntukan Undang-undang Tubuh dan Perintah-perintah Tetap Perak dan mendapati beliau mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar itu.

"Saya dimaklumkan dengan jelas oleh pakar-pakar perlembagaan bahawa memanggil persidangan Dewan secara tergempar adalah terletak dalam ruang lingkup bidang kuasa Speaker," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Sehingga hari ini, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin masih mengakui beliau merupakan menteri besar Perak yang sah.

Manakala menteri besar BN, Datuk Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah awal bulan lalu, selepas BN menubuh kerajaan baru di negeri itu.

Abdullah dalam kenyataannya berkata mengikut Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) 8(1) yang perlu dibaca bersama-sama dengan Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan berkehendakkan perkenan
Tuanku Sultan untuk memanggil apa-apa sidang Dewan Negeri sama ada dalam keadaan biasa atau tergempar.

Menurutnya, beliau telah menerima arahan dari Sivakumar supaya
mengeluarkan notis segera untuk mengadakan sidang tergempar DUN Selasa ini melalui urat Sivakumar yang bertarikh 25 Februari 2009 yang turut disertakan notis usul aripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja dan ADUN Titi Serong.

Abdullah berkata, walaupun ia sidang tergempar, "dalam apa jua pun keadaan, saya hendaklah menghantar notis bertulis tersebut berserta dengan warta pemasyhuran memanggil dewan kepada tiap-tiap anggota DUN menarik perhatian mereka kepada pemasyhuran tersebut.

"Permasyhuran memanggil dewan dibuat oleh DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Sultan. Ini adalah berdasarkan PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan "maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat.."

Kuasa mutlak

"PT 10 (1) mengatakan " Penggal Dewan hendaklah diadakan pada
waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta," katanya.

Beliau berkata berasaskan PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.

"Ini adalah kerana Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang," katanya.

Beliau berkata, Perkara XXXVI (1) memperuntuk "DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan."

Abdullah berkata peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak.

Khamis lalu, Sivakumar menerima dua usul dengan yang pertama daripada ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah daripada PAS, adalah bagi dewan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, manakala usul kedua oleh Chang Lih Kang (PKR-Teja) yang memohon supaya dewan itu dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya negeri diadakan.

Mengulas lanjut kenyataan Abdullah itu, Sivakumar sebaliknya menegaskan setiausaha DUN itu tidak mempunyai kuasa untuk
menafsir Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) dan sebaliknya kewajipan beliau Abdullah) adalah hanya untuk mematuhi perintah dan arahan Speaker serta menjalankan tugas seperti yang termaktub dalam PT.

Speaker DUN Perak itu berkata Abdullah telah membuat tafsiran yang salah ke atas PT kerana PT 8 (1) jelas menyatakan notis bertulis menarik perhatian kepada pemasyhuran memanggil Dewan adalah tidak diperlukan, sebaliknya hanya memerlukan notis memanggil Dewan bersidang dikeluarkan dengan seberapa segera.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak pula hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat.

"Artikel ini tidak boleh digunapakai dalam keadaan setelah Dewan
ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama," kata Sivakumar.

DUN PERAK AKAN DITUTUP,ELAK DARI SIDANG TERGEMPAR



Mar 2, 09 12:27pm
Dalam tindakan mengejut untuk menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang esok, kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu akan ditutup esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian khidmat pengurusan, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Bukit Gantang Wahab akan ditutup.

perak state assembly building closed on 3rd march 2009 notice 020309Kakitangan yang menetapkan temujanji di bangunan tersebut esok diarah membatalkannya.

Notis tanpa tandatangan itu dari pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) menggunakan logo rasmi kerajaan negeri.

Terdahulu, seorang exco kerajaan BN Perak ingin Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu berhubung dakwaan salah laku V Sivakumar.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak itu diserahkan kepada setiausaha Speaker, A Basu di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

Mohd Zahir Abdul Khalid berkata notis itu juga berkaitan tindakan Speaker menggantung dan melarang Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN, lapor Bernama.

Tindakan ini dipercayai sebagai reaksi balas terhadap usaha Speaker memanggiil sidang tergempar DUN jam 10 pagi esok bagi membahaskan usul-usul undi percaya terhadap Datuk Seri Mohamad Nizar Jamamaluddin, yang ditumbangkan oleh BN, dan membubarkan dewan.

Semalam, Setiausaha DUN Abdullah Antong Sabri berkata cadangan Speaker untuk memanggil sidang tergempar itu tidak sah.

Ia tidak boleh diadakan dengan tidak mendapat perkenan
Sultan Perak berdasarkan perintah tetap dewan serta
undang-undang tubuh kerajaan negeri, tambahnya.

Sivakumar mingggu lalu dilaporkan berkata sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan baginda terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.

Semalam, beliau bertegas akan tetap meneruskan sidang tergempar itu - melanjutkan lagi krisis peralihan kuasa di negeri itu yang berlarutan kira-kira sebulan.

Kerajaan BN juga akan memohon perintah injunksi daripada mahkamah bagi menghalang sidang tergempar itu.


[Laporan penuh menyusul]


Ahad, 1 Mac 2009

ALLAH HANYA UNTUK UMAT ISLAM

'Allah' hanya untuk Islam

Oleh Hassan Omar
bhnews@bharian.com.my


Syed Hamid Albar

KDN kuatkuasa larangan sehingga Mahkamah Tinggi buat keputusan

KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian.

Berikutan itu, Herald-The Catholic Weekly dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya, sehingga keputusan mengenainya dibuat Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengakui ada kesilapan dalam penggubalan perintah bertarikh 21 Januari yang diwartakan pada 16 Februari lalu itu, hingga menimbulkan kekeliruan.

Beliau berkata, perintah itu seolah-olah memberi gambaran kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly sedangkan keputusan sudah dibuat melarang perkataan itu digunakan dalam penerbitan berkenaan.

Akhbar semalam melaporkan, Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria yang mewakili Pejabat Peguam Negara berkata, Mahkamah Tinggi diberitahu, penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan khusus untuk agama Kristian adalah dilarang kecuali jika di kulit muka depan dokumen dan penerbitan itu ditulis perkataan 'Untuk Agama Kristian.'


KALAU PERKATAAN ALLAH TU UNTUK ISLAM SAHAJA TAK PERLU LA KECUALI LAGI BAIK DI KULIT MUKA DEPAN ATAU DIMANA PUN.JANGAN DIBIARKAN NAMA ALLAH YANG AGONG ITU DI PERMAIN MAIN KAN OLEH KRISTIAN LAKNAT INI.SEBENARNYA KRISTIAN NI MEMANG MEMPUNYAI AGENDA UNTUK MENYEBARKAN AGAMA MEREKA PADA RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA ORANG MELAYU YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN MACAM SUDAH HILANG PEDOMAN HIDUP KERANA TERLALU MENGEJAR KUASA SAMPAI KITA TERLUPA YANG PUAK PUAK KRISTIAN TELAH MERESAP DENGAN SENYAP BAGI MERESAPI PEMIKIRAN ANAK ANAK MELAYU YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN HILANG KEKUATAN IMAN BAGI MENANGKIS SEGALA PROPAGANDA PUAK PUAK KRISTIAN YANG TELAH MERACUNI PEMIKIRAN ANAK ANAK KITA DENGAN PERBAGAI SUAPAN DAN RANCANGAN UNTUK MELIHAT KEHANCURAN UGAMA ISLAM ITU DI MALAYSIA.

JADI SUDAH SEWAJARNYA KERAJAAN JANGAN MEMBERI RUANG UNTUK AGAMA LAIN MENERBITKAN PERKATAAN ALLAH BAGI AKAN MENIMBULKAN KEKELIRUAN PADA ANAK ANAK ISLAM .SUDAH TENTU SEKIRANYA DIBENARKAN AKAN MUDAH PUAK KRISTIAN INI UNTUK MERACUNI PEMIKIRAN ANAK ANAK YANG INGIN MENGETAHUI AKAN PERSAMAAN ANTARA ISLAM DAN KRISTIAN.



Orang Melayu perlu bijak tangani provokasi-utusan

Orang Melayu perlu bijak tangani provokasi

SEDARKAH kita rentetan peristiwa yang berlaku mutakhir ini baik dari segi politik, agama dan budaya menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada masyarakat di negara ini. Lebih membimbangkan apabila peristiwa itu amat berhubung kait dengan intipati Perlembagaan Persekutuan. Setiap peristiwa yang berlaku menyentuh elemen-elemen penting yang terkandung di dalam tonggak pembentukan negara bernama Malaysia itu. Ia bermula dengan dengan tindakan mahu mengheret Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke mahkamah semata-mata kerana tidak mengiktiraf pelantikan Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Sultan dicemuh, diperlekehkan dan dihina - hanya kerana baginda berfungsi mengikut budi bicara dan kuasa yang ada. Cuma malangnya keputusan Sultan Perak berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). Itu yang menjadi punca institusi diraja diperlakukan sedemikian rupa. Keadaan seperti itu tidak berlaku selepas pilihan raya umum Mac 2008, ketika Sultan juga menggunakan budi bicara dan kuasanya untuk menerima pakatan tiga buah parti bagi menubuhkan kerajaan negeri. Biar pun parti-parti itu bertanding atas tiket masing-masing dan induknya 'pakatan pembangkang' tidak didaftarkan secara sah dan rasmi.

Senyap sunyi wakil rakyat tiga parti ketika itu - tidak diketahui sama ada mereka berterima kasih kepada Sultan Perak. Yang pasti istana tidak diperlekeh jauh sekali ada niat untuk mengheret penaung negeri itu ke mahkamah. Semuanya itu kerana keputusan baginda memihak kepada pakatan pembangkang. Suasana sebegitu tidak berlaku sekarang. Istana bukan sahaja ditentang malah 'ditelanjangkan' di blog-blog. Institusi raja dipijak dan dijadikan bahan senda gurau. Yang aktif berbuat demikian adalah anak-anak muda yang hingga ke satu peringkat bersepakat mahu membuang institusi raja.

Bagi mereka institusi raja tidak ada gunanya justeru mereka bersetuju dengan tindakan Karpal Singh (yang bukan bangsa Melayu) mahu mengheret raja ke mahkamah. Begitu juga dalam kemelut di Parlimen - ketika mana institusi yang fungsi dan peranannya tercatat di dalam Perlembagaan secara begitu jelas, ada saja cubaan untuk menurunkan martabatnya. Parlimen yang menjadi pelindung kepentingan intipati Perlembagaan termasuk kemuliaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dijadikan platform untuk menggesa supaya bahasa lain diiktiraf di agensi kerajaan.

Mengapa begitu? Perlukah dicadangkan bahasa Mandarin turut digunakan di agensi kerajaan? Perlukah juga dijadikan alasan bahawa sistem pendidikan di negara ini menjadi punca seseorang itu gagal mengusai bahasa Melayu? Sedangkan hakikatnya apabila kerajaan sebut sahaja tentang sekolah satu aliran menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, melentinglah puak yang tempang bahasanya. Puak yang mendakwa rakyat Malaysia sejati ketika menuntut ekuiti tapi pelat sebutan bahasanya umpama tiada jati diri - masih enggan mengaku bahawa masalah penguasaan bahasa kebangsaan berpunca daripada keegoan mereka enggan tunduk kepada satu sistem persekolahan. Tidakkah kita sedar bahawa masih ramai rakyat Malaysia berketurunan bukan Melayu masih tidak boleh bertutur menggunakan bahasa kebangsaan dengan fasih. Bukan sahaja tergagap-gagap malah bunyi sebutan mereka juga amat memalukan kadang-kadang memualkan sehingga menimbulkan tanda-tanya bangsa apa agaknya mereka ini. Di mana agaknya mereka dilahirkan? Lebih menjengkelkan apabila wujud saranan supaya bahasa Mandarin digunakan di agensi-agensi kerajaan. Ketika kerajaan berusaha mahu memartabatkan penggunaan bahasa Melayu termasuk di mahkamah, cadangan itu semestinya tidak dilihat sebagai positif jauh sekali membantu merapatkan hubungan masyarakat di negara ini. Jika benar niat si pencadang itu ikhlas maka terimalah sekolah wawasan yang mampu membentuk penguasaan bahasa rakyat pelbagai kaum. Terimalah juga sekolah kebangsaan yang matlamatnya menyatukan pelbagai bangsa, ketika itu barulah boleh dimasukkan subjek bahasa Mandarin dan bahasa-bahasa lain. Janganlah dipasang papan tanda pelbagai bahasa yang boleh mengelirukan rakyat dan memberi gambaran betapa gagalnya bahasa Melayu menjadi alat penyatu bangsa di negara ini.

Tidaklah kelak kerajaan dan sistem pendidikan negara dipersalahkan apabila ada kalangan rakyat terutama yang memegang jawatan tinggi tidak cekap menguasai bahasa Melayu. Begitu juga dengan isu bumiputeraisme vs aparteid yang cukup untuk kita membuat kesimpulan bahawa bukan sahaja penguasaan bahasa mereka lemah, malah pengetahuan sejarah juga cetek sehingga melahirkan kenyataan yang amat dangkal itu. Mengapa dasar yang matlamatnya juga terkandung di dalam Perlembagaan - bukan sahaja untuk kepentingan Melayu malah demi memakmurkan bangsa lain - diungkit sedemikian rupa. Wajarkah Dasar Ekonomi Baru (DEB) disamakan dengan aparteid sedangkan ada bangsa lain yang turut kaya raya kerana DEB juga. Soalnya satu demi satu isu yang termaktub di dalam Perlembagaan berkaitan dengan Melayu diungkit dan dipersoalkan. Ada ketikanya diperlekehkan sehingga membangkitkan kemarahan Melayu. Mengapa begitu, jika tidak ada agenda provokasi di pihak-pihak tertentu sengaja mahu menyakiti hati Melayu sehingga tidak mustahil tercetusnya demonstrasi yang boleh melemahkan negara. Dan ketika itu tentulah Melayu akan dipersalahkan walaupun yang mencetuskan provokasi adalah bangsa lain. Sebab itu tiada rasa hormat jauh sekali segan silu untuk memanggil pemuda Melayu sebagai celaka - lantaran kerana tiada tindakan diambil terhadap mereka.

Kepada bangsa Melayu - usah dilayan segala provokasi yang agenda tersembunyinya ialah supaya bangsa Melayu dipersalahkan dalam semua hal.

Matlamatnya ialah supaya bangsa Melayu melakukan amuk dan kesannya ialah orang Melayu dipandang rendah. Bertindak bijak tangani provokasi ini.

Sikap agresif YB di Parlimen perlu dikawal


LAPORAN perselisihan faham di pekarangan lobi Parlimen sebenarnya menggambarkan bagaimana demokrasi Malaysia sudah berevolusi ke satu tahap luar biasa. Namun, evolusi politik itu perlu dikawal agar tidak terbabas jauh daripada nilai Islam dan Timur yang sudah sekian lama menjadi teras budaya masyarakat Malaysia.

Senario bertegang urat kerana mempertahankan pendapat masing-masing dan berselisih pendapat secara agresif perlu dirawat dengan menggunakan panduan al-Quran kerana majoriti wakil rakyat yang galak berhujah dan berdebat di Parlimen adalah beragama Islam.

Peranan mereka bukan setakat membawa suara rakyat, malah membawa mesej Islam sebagai satu agama untuk semua.

Dikhuatiri sikap segelintir mereka yang mengabaikan aspek akhlak ketika berhujah akan menjauhkan lagi golongan bukan Islam daripada Islam.

Pada dasarnya, perselisihan pendapat di antara manusia adalah perkara biasa dan lumrah alam.

Wujudnya perselisihan pendapat kadangkala menjadikan kehidupan manusia lebih menarik dan berwarna-warni. Namun, persoalannya, bagaimanakah cara untuk menangani masalah perselisihan secara bijaksana agar tempias kesan buruk daripada perselisihan terbabit tidak berpanjangan dan terkena orang lain.

Untuk itu, Islam melalui al-Quran sudah sekian lama menggariskan adab yang perlu diikuti setiap umat Islam dalam isu perselisihan pendapat atau berdebat. Firman Allah :

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk - (al-Nahl ayat 16:125).

Namun, kejahilan sesetengah umat Islam mengenai inti pati Islam yang menyeluruh memalitkan umat Islam lain dengan lumpur tohmahan yang pelbagai.

Perkara itu berlaku kerana sesetengah umat Islam beranggapan Islam yang mereka anuti hanya terbatas pada amalan ritual dan tidak merangkumi isu lain seperti akhlak dan cara berpolitik.

Perlu disedari, Islam dianugerahkan kepada manusia ditegakkan di atas tiga asas utama iaitu, akidah, syariah dan akhlak.

Wakil rakyat Melayu yang beragama Islam sepatutnya memberikan contoh akhlak Islam terbaik ketika berhujah di Parlimen.

Akhlak baik paling berkesan untuk melembutkan hati semua pihak termasuk musuh atau lawan.

Ahli politik di negara ini tidak sepatutnya terlalu fanatik berpolitik sehingga mengabaikan aspek akhlak dan dakwah.

Gabungan akhlak mulia dan hujah jitu akan menjadi pendorong untuk bukan Islam menerima Islam dengan hati tenang dan terbuka.

Dengan kata lainnya, berhujah, berdebat dan berpolitik di Parlimen sepatutnya menjadi satu cabang dakwah yang boleh dieksploit dengan bijaksana.

Saranan itu juga selari dengan kempen bulan dakwah yang dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Hakikatnya, sikap agresif melawan sebarang tindakan agresif orang lain kepada kita hanya akan menghasilkan impak yang lebih negatif.

Sebaliknya, tanganilah tindakan musuh atau lawan dengan akhlak mulia kerana langkah itu bakal membuka hidayah kepada mereka.

Pendekatan akhlak yang mulia ketika berhujah dan berdebat di Parlimen bukan saja mampu mencerminkan keindahan Islam serta penganutnya, bahkan tidak mustahil mampu menarik orang seperti Karpal Singh dan yang lainnya kepada Islam.

Sekiranya mereka masih berkeras menyerang dan bersikap biadab, kita perlu yakin bahawa tidak akan runtuh bukit yang disalak anjing dan peganglah firman Allah:

“Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya) - (al-A’raf ayat 7:199).

ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM,
Pensyarah Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa
Universiti Islam Antarabangsa.

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH