tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 7 Mac 2009

Gambar- gambar sekitar perhimpunan 100 ribu PPSMI




Sebuah kenderaan polis pecah cermin. Peserta sudah masuk kedalam kawasan masjid tetapi mereka terus di serang. Tembakan gas pemedih mata hampir 20 di lepaskan dan air kimia turut di tembak sama. Ramai mencari tempat perlindungan - notoumno

Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang berada di lokasi berhampiran Istana Negara memaklumkan bahawa Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap oleh pihak polis di depan pintu istana.

Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang berada di lokasi berhampiran Istana Negara memaklumkan bahawa Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap oleh pihak polis di depan pintu istana.

Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap oleh pihak polis di depan pintu istana. -

3.40pm Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap!

Terkini|KUALA LUMPUR, 7 Mac - Terkini menurut Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang berada di lokasi berhampiran Istana Negara memaklumkan bahawa Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap oleh pihak polis di depan pintu

FRU kini katanya telah melancarkan tembakan gas pemedih mata kepada para peserta himpunan dan dalam masa yang sama pasukan anggota polis kelihatan mengejar beberapa para peserta di lokasi berdekatan stesen Keretapi KTM berdekatan Istana Negara.

Menurut beliau, kawasan sekitar Istana Negara kelihatan ‘memutih’ kerana lebih 100,000 orang ramai masih bertahan sungguhpun terasa bahang gas pemedih mata yang dilancarkan oleh FRU.

“Saya sudah tak nampak kawasan sekitar, mata sangat pedih kena tembakan gas…saya akan maklumkan kemudian,” katanya singkat ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Dilaporkan Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pimpinan PAS termasuk para pejuang bahasa yang lain turut berada di sekitar kawasan istana negara.

Sebelum mereka berarak kira-kira jam 2.10 petang tadi, kelihatan ketua Persatuan Penulis Nasional (Pena) Dato’ Baha Zain dan naib presiden PAS Mohamad Sabu di Masjid sejak sebelum solat zohor, kira-kira jam 1.15 petang tadi.

Kira-kira jam 3.15 petang Lutfi memaklumkan bahawa ribuan orang ramai sudah mula berundur dari Istana Negara ke Masjid Negara kerana ‘asakan’ dan serangan yang dilakukan oleh pihak FRU dan para peserta di minta berkumpul ke sana.

JAM 3.31 DI MASJID NEGARA

Tembakan gas pemedih mata berterusan.

Para demonstrasi di kejar polis. Polis mengejar demonstran.

Kucing mengejar tikus. Tikus lari dan muncul kembali.

Ini memening kepala tikus.

JAM 3.27 - DI MASJID NEGARA


Pihak polis sedang bercakap melalui alat pembesar suara memaksa warga yang berada didalam Masjid Negara agar meninggalkan masjid.

Pihak polis sedang melarang warga dari datang ke masjid.

Pihak polis meminta para demonsran meninggalkan kawan Masjid Negara.

JAM 3.23 - DI MASJID NEGARA


Warga kota dan para demonstran sedang bertempiran lari untuk mengelakkan dari serangan kimia.

Tembakan gas pemedih mata datang bertalu ke dalam kawasan masjid.

Ramai yang masuk ke dalam tempat ibadah untuk menyelamtkan diri.

Ini samalah seperti serangan tentera Zionis terhadap warga Palestin.

JAM 3.18 - BERKUMPUL KEMBALI KE MASJID NEGARA


Di Masjid Negara serang gas pemedih mata sedang datang bertalu-talu.

Serangan meriam kimia telah berulang lagi.

Para demonstran yang ingin berkumpul kembali ke Masjid Negara telah di halang.

Belum pasti apakah KERANDA 152 telah selamat di bawa ke Masjid Negara.

JAM 3.14 - KERANDA 152


Kumpulan PKPIM yang bertahan di Kampong Atap dengan KERANDA 152 telah mula berundur
ke Masjid Negara.

Arahan telah di buat untuk kembali berkumpul ke Masjid Negara.

Dalam masa yang sama kawasan Masjid Negara dan di sekitarnya masih dikawal oleh mata-mata dan FRU.

KERANDA 152 - adalah simbol perjuangan Bahasa Melayu. Angka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia

JAM 3.03 - MASJID NEGARA DI KEPUNG DAN DISERANG

Mata mata dan FRU sedang mengepong Masjid Negara. Para demonstran yang ingin mengundur dan berkumpul kembali ke Masjid Negara sedang di serang dengan gas pemedih mata dan tembakan meriam kimia.

JAM 2.59 - PUBLIC BANK

SERANGAN MERIAM KIMIA BARU SAJA BERMULA DI HADAPAN PUBLIC BAK.

DI HADAPAN BANK INI ADA BERIBU DEMONSTRAN YANG MASIH INGIN MENERUSKAN PERJALAN KE MASJID NEGARA.

KETIKA BERITA INI DI TULIS SERANGAN MASIH DI TERUSKAN.

HELIKOPTER SEDANG BERLIGAR LIGAR DI KAWASAN MASJID NEGARA,PASAR SENI, SOGO DAN JALAN SYED PUTRA.

JAM 2.56 - MAT SABU

MAT SABU PEMIMPIN PARTI PAS HAMPIR PENGSAN. KETIKA BERITA INI DITULIS BELIAU SEDANG TERBARING DAN SEDANG DI RAWAT OLEH UNIT AMAL.

MAT SABU KENA TEMBAKAN GAS DAN KIMIA.

BELIAU SEDANG DI BERI MINUM AIR DAN DI KIPAS UNTUK MELEGAKAN NAFAS.

Mat comot melaporkan GAS PEMEDIH MATA sudah di lepaskan di sekitara kampong atap untuk menghalang rombongan. Orang ramai bertempiaran dan berpecah. Keadaan menjadi kecoh. Wak suruh mat comot pergi ke depan, tapi dia kata dah lupa bawak topeng muka.

Mat comot melaporkan GAS PEMEDIH MATA sudah di lepaskan di sekitara kampong atap untuk menghalang rombongan. Orang ramai bertempiaran dan berpecah. Keadaan menjadi kecoh. Wak suruh mat comot pergi ke depan, tapi dia kata dah lupa bawak topeng muka - notoumno

JAM 2.40 - KE ISTANA NEGARA


PARA DEMONSTRAN MASIH CUBA KE ISTANA NEGARA.

SATU KILOMETER DI JALAN SYED PUTRA ADA LAPORAN DI TERIMA YANG MEREKA
DAPAT MENDENGAR TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA YANG BERTERUSAN TIDAK HENTI HENTI.

HELIKOPTER SEDANG BEERLIGAR-LIGAR DARI ISTANA NEGARA ARAH KE TAMAN SEPUTEH DAN PULANG KEMBALI KE ISTANA NEGARA.

TEMBAKAN INI BETUL BETUL MENYUSAHKAN KANAK KANAK DAN ORANG TUA YANG INGIN TURUT SAMA KE ISTANA NEGARA.

PARA DEMONSTRAN MASIH BERTEKAD KE ISTANA NEGARA.

JAM 2.31 - TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA BERMULA

PARA DEMONSTRAN TELAH DISERANG OLEH TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA.

PARA DEMONTRAN MASIH MENERUSKAN KE ISTANA NEGARA.

BERITA BARU MASUK

——————–

PULUHAN TEMBAKAN TELAH DI ARAHKAN KEPADA PARA DEMONSTRAN

TETAPI MEREKA MASIH BERGERAK MENUJU KE ISTANA NEGARA.

http://tukartiub.blogspot.com

2.40 pm
laporan dari tukar tiub -
PARA DEMONSTRAN YANG DI GANGU OLEH TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA KINI
TELAH BERJAYA BERKUMPUL KEMBALI.

PARA DEMONSTRAN BERTEKAD UNTUK SAMPAI KE MASJID NEGARA

2.38 pm
Di laporkan ada blogger yang kena gas pemedih mata dan ramai antara mereka terpaksa berpatah balik. Sebahagian sudah melepasi dan tidak dapat di ketahui siapa yang berjaya melepaskan diri dari sekatan. Laporan sedang di nanti.

Terkini Dari Wartawan Harakahdan pelbagai sumber

PARA DEMONSTRAN YANG MENCECAH 15,000 SEDANG BERGERAK KINI TELAH SAMPAI KE BANGUNAN KOPERASI POLIS TIDAK BAGITU JAUH DARI ISTANA NEHARA.

PEMIMPIN ANGKATAN MUDA KEADILAN DAN PEMUDA PAS SEDANG MEMANDU PARA DEMONSTRAN DI BARISAN HADAPAN.

UNIT AMAL SEDANG BERTUGAS UNTUK MEMASTIKAN SEMUA BERJALAN DENGAN AMAN.


KINI ANGKA PARA DEMONSTRAN TELAH MENCECAH DIANTARA 10 KE 15 RIBU

CIK GU BAD AHLI MPT PARTI KEADILAN KELIHATAN DI HADAPAN PERARAKAN.

KERETA DI SANA SINI MEMBUNYIKAN HON TANDA SOKONGAN.

SELURUH JALAN DI KAWASAN SEKITAR MASJID NEGARA BERBUNYI HON KERETA TANDA SOKONGAN !!

2.13 pm
Perbincangan dengan pihak polis untuk ke istana negara beramai ramai gagal !!!
FRU menghalang orang ramai meninggalkan kawasan Masjid.
Rempuhan di buat dan pihak FRU tidak dapat mengawal keadaan dan sekarang rombongan sudah bergerak ke Istana Negara.
1 anggota UNIT AMAL telah di pukul oleh anggota FRU dan beberapa orang lagi di tahan.

2.10 pm
Jumlah FRU teramat kurang berbanding mana mana perhimpunan yang di lakukan sebelum ini.

2.05 petang:Pihak polis sedang menghalang beberapa kumpulan di Pasar seni daripada berhimpun dan berarak ke Masjid Negara.

2.00 petang: Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat sertai AJK GMP sedang berucap untuk menaikkan semangat rakyat yang hadir agar berarak ke Istana Negara.

1.52 petang: Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub,Dr Syed Azman, Dato’ Mahfuz Omar sedang memimpin perarakan daripada Kompleks Sogo bersama lebih 1,000 orang yang menyokong untuk membantah dasar PPSMI.

1.58pm
Di dalam kawasan masjid sahaja sudah ada lebih kurang 4,000 orang.
Pihak penganjur sedang berbincang dengan pihak polis untuk kebenaran berarak ke istana negara.
Terdapat dua helikopter di ruang udara, Helikopter Tentera dan Polis.
Hujan di Masjid negara - renyai renyai …
Suasana agak riuh dengan jeritan jeritan dan laungan laungan.
Masih menanti rombongan dari luar untuk sampai ke Masjid Negara.

1.53pm
Di central market orang ramai sudah berkurang, ramai yang sudah menuju ke Masjid Negara. Tapi di beritahu, di kawasan SOGO masih ramai rakyat di sana dan sedang menanti isyarat untuk bergerak.
Helikopter masih berlegar di ruang udara.
Hujan sudah mulai turun … bukak payong wooooooiiiiii !!!!
Gerai gerai sementara banyak terdapat di central market. sudah seperti pesta minggu. wakakakak !!!
di laporkan oleh blogger mat comot. Blogger kulup sakah dan edyes sedang menghala ke sana.

1.58pm
Di dalam kawasan masjid sahaja sudah ada lebih kurang 4,000 orang.
Pihak penganjur sedang berbincang dengan pihak polis untuk kebenaran berarak ke istana negara.
Terdapat dua helikopter di ruang udara, Helikopter Tentera dan Polis.
Hujan di Masjid negara - renyai renyai …
Suasana agak riuh dengan jeritan jeritan dan laungan laungan.
Masih menanti rombongan dari luar untuk sampai ke Masjid Negara.

1.53pm
Di central market orang ramai sudah berkurang, ramai yang sudah menuju ke Masjid Negara. Tapi di beritahu, di kawasan SOGO masih ramai rakyat di sana dan sedang menanti isyarat untuk bergerak.
Helikopter masih berlegar di ruang udara.
Hujan sudah mulai turun … bukak payong wooooooiiiiii !!!!
Gerai gerai sementara banyak terdapat di central market. sudah seperti pesta minggu. wakakakak !!!
di laporkan oleh blogger mat comot. Blogger kulup sakah dan edyes sedang menghala ke sana.

1.48 pm
Keadaan cuaca yang tidak berapa cantik ni sedikit mengganggu
talian broadband. Internet sering terputus putus.

1.50 petang:Pihak kerajaan melaksanakan ‘languange cleansing’ (pembersihan bahasa) kerana berdegil untuk meneruskan dasar PPSMI walaupun dibantah oleh rakyat.

1.35 petang: Dua buah bas yang membawa orang asli daripada Tapah,Perak telah ditahan pihak polis di Damansara dan dibawa ke Balai Polis Sentul untuk disoal siasat.

1.25 petang:Sekumpulan wakil daripada Chinese Assembly Hall telah tiba di pekarangan Masjid Negara dan turut menyatakan sokongan terhadap bantahan PPSMI.

5 ulasan:

  1. Bodoh...Tulisan Jawi yang terpinggir pun x de diperjuangkan sebegitu. Anak bangsa Melayu takkan terpinggir jika belajar bahasa English dalam mana2 subjek pun. Kalau nak perjuangan bahasa, biarlah sepenuhnya,dari Iklan hingga ke papan tanda. Berapa ramai orang melayu yang tergagap cakap english bila bekerja dan terngaga bila sebut terminology sain & matematik.

    Bapa anak 4 yang suruh anak belajar agama, jawi, bahasa dan english .

    BalasPadam
  2. SAYA SOKONG SAUDARA...MMANG ITULAH PRKATAAN YANG PATUT DI BERI PADA MEREKA YANG TERUS2 MENENTANG PPSMI INI...PRJUANGAN MEREKA HANYA INGINKAN KUASA...100,000 YANG BANTAH...ADA 10 JUTA YANG MENYOKONG....ANAK 7....YANG INGIN LIHAT KEJAYAAN ANAK2

    BalasPadam
  3. Kita di tuntut (oleh Nabi S.A.W) supaya belajar sampai ke negeri China walhal negeri (negara) China bukan negara Islam..

    PPSMI ialah perintis kepada perkembangan anak-anak bangsa kita kepada pembelajaran BI dalam Math & Sains.

    Buku2 rujukan Sains di IPTA boleh dikatakan banyak yang berbahasa inggeris.. ada yang berbahasa Indonesia.

    Jangan politikkan PPSMI.. ia adalah produk terbaik untuk anak-anak kita..

    Warisi lah anak-anak kita dengan pelbagai ilmu yang bermunafaat, bukan keganasan & demo..

    wassalam...

    BalasPadam
  4. br td aku tgk paklah ulas pasal PPSMI.hai,pelik dan lemah lah org tua ni.pasal dia lah yg memulakan huru-hara dlm negara ni.lemah nak mampus.klo boleh dia berundurlah cepat2.aku menyampah tgk muka dia.buat komen mcm kuli batak jer.xpayah lah bt kenyataan klo x pandai.nampak sgt kebodohan dia.sama mcm kes tok ketampi dulu gak.

    anyway,jgn tunduk pada mainan politik puak PR.teruskan PPSMI!!

    BalasPadam
  5. x nampak seorang pun nak kibarkan bendera malaysia,tanda mereka sayangkan negara dan buat perhimpunan aman..ni apa dah jadi,cari pasal buat demonstrasi.nasib baik kena tembak gas oleh polis,klo peluru hidup?mati katak plak nanti.apa2 masalah nanti pg jg balai polis minta tlg.pas buat hal pergi "berkubu" kat masjid.nak tunjuk konon polis buat salah serang masjid plak.bodoh nak mampus spesis2 mcm ni..patut duk kat masjid di GAZA dulu.baru real cerita "zalim" kena serang kat masjid nanti..

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH