Memang inilah kerja parti pembangkang...tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu...bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.
Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.
Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.
Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.
Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.
Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.
Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris .Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI.
Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.
Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.
Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh ,biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.
Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.
Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.
Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.
PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.
Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.
Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk jenerasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan. LU PIKIR LA SENDIRI.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
A SAMAD SAID....DGN ANAK CUCU DIA..CAKAP ORG PUTIH...PEJUANG BAHASA AMAMENDE...
BalasPadamkalau mereka boleh hntar memorandum bantah PPSMI, mengapa tidak ada usaha daripada pihak2 tertntu untuk melakukan sesuatu sebagai tanda sokongan terhadap PPSMI? mungkin NGO2 dan profesional2 melayu boleh melakukannya..
BalasPadamkalau GMP mengadakan demonstrasi membantah ppsmi dengan 20,000 kita buat lak dengan 200,000 yang menyokong PPSMI...jangan ingat 100,000 yang membantah akan ada 1 juta yang akan menyokong
BalasPadamcakap melayu pun gagap gagap..apa cerita..
BalasPadam