tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 29 Oktober 2010

GALAS:PEMIMPIN PAS TAK TERMAMPU LAKUKAN APA YANG DILAKUKAN RAZALEIGH

Di usia 73 tahun, Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Galas, Tengku Razaleigh Hamzah sanggup meredah belantara hampir 12 jam dalam usahanya untuk bertemu dengan lebih dekat pengundi Orang Asli.

Untuk memastikan Barisan Nasional mencapai kemenangan besar, Tengku Razaleigh menaiki kereta pacuan empat roda berkonvoi dengan jentera BN seawal 8.30 pagi melalui jalan tanah merah berdebu selama empat jam menuju ke Pos Balar.

Walaupun menghadapi perjalanan yang sukar dengan beberapa kenderaan konvoi tersangkut dalam selut tanah merah, namun ia tidak mematahkan semangat Tengku Razaleigh untuk mendengar rintihan dan keluhan masyarakat di situ.

Dalam ucapannya, ketika mengadakan pertemuan lebih 100 penduduk Orang Asli di Pos Balar, Tengku Razaleigh berkata kehadirannya ke situ adalah untuk meninjau lebih dekat permasalahan Orang Asli bagi memastikan mereka turut mendapat pembelaan sama seperti rakyat lain.

"Kerajaan BN tidak pernah meminggirkan Orang Asli dari arus pembangunan dan ia terbukti apabila kerajaan Pusat menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti klinik kesihatan dan sekolah serta peruntukan RM10.8 juta untuk pembangunan Orang Asli di Gua Musang," katanya. Beliau berkata, ia berbeza dengan kerajaan Pas Kelantan yang kononnya hendak menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli tetapi dalam masa yang sama sanggup menggadai tanah yang diduduki mereka kepada pihak lain bagi tujuan pembalakan dan Ladang Rakyat.

"Kita akan berunding dengan kerajaan negeri supaya memberikan hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli untuk dijadikan tapak rumah, tanah perkuburan dan tanah pertanian supaya mereka juga mempunyai harta pusaka untuk diwariskan kepada generasi mereka.

"Ladang rakyat yang kononnya dilaksanakan untuk kebaikan Orang Asli hanya karut kerana mereka hanya menjadi kuli dan sedangkan mereka (Orang Asli) mahukan tanah sendiri," katanya.

Selepas berada di situ selama sejam, Tengku Razaleigh kemudian pergi ke Pos Hau, yang mengambil masa empat jam perjalanan lagi dengan laluan yang lebih sukar berikutan hujan.

Tanpa menghiraukan penat, Tengku Razaleigh menunjukkan sikap pemimpin yang berjiwa rakyat melayan mesra penduduk Pos Hau yang mempunyai kira-kira 200 penduduk.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Tengku Razaleigh berkata, hasil pertemuannya dengan masyarakat Orang Asli kebanyakan mereka membangkitkan soal tanah.

"Mereka mahukan pemilikan tanah dan mahu kekalkan tanah rezab mereka tanpa pencabulan mana-mana pihak. Apa yang berlaku sekarang, banyak tanaman dan kawasan perburuan musnah menyebabkan mata pencarian mereka hilang.

"Walaupun tanah mereka diceroboh kadangkala secara haram, namun masyarakat Orang Asli ini tidak berani mengambil tindakan sendiri kerana mereka takut kepada undang-undang. Jadi kita akan bantu rundingkan perkara ini dengan kerajaan negeri," katanya sebelum bertolak pulang ke Bandar Gua Musang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH