Pembangkang ketiadaan isu besar untuk dibangkitkan bagi PRK Galas sehingga terpaksa mereka-reka isu yang tidak wujud sama sekali.
Antaranya dengan membuat dakwaan wujud keretakan dalam jentara UMNO Gua Musang sehingga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata pembangkang mula mencipta dan memperbesar-besar isu yang sepatutnya tidak diadakan.
"Saya tengok pembangkang ketandusan isu, ceramah yang diadakan pihaknya semalam juga dilihat menyebut isu-isu yang sengaja diperbesar seperti Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua UMNO bahagian Gua Musang) tidak masuk ke dalam dewan penamaan calon, seolah-olah ada keretakan dalam UMNO Gua Musang.
"Selain itu dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Ketua Pemuda UMNO bahagian Gua Musang, Bazlan Baharuddin
Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyadangnya dari PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah.
Pada pilihan raya 4 November ini, calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusof, 49, akan menentang calon PAS Dr Zulkefli Mohamad, 44.
Khairy berkata UMNO dan BN tidak mempunyai sebarang masalah, ahli dan Pemuda UMNO sedang bergandingan memantapkan jentera dalam usaha menawan Galas.
Justeru beliau berkata pengundi tidak harus menyimpan rasa ragu terhadap kepimpinan UMNO dan BN yang digambarkan pembangkang sebagai berada di ambang perpecahan.
Katanya pengundi juga perlu yakin dan tidak menelan segala fitnah dan isu rekaan yang sengaja diwujudkan pembangkang.
Khairy berkata Pemuda UMNO kini giat turun
"Kita terus jalankan kempen, sudah berjumpa beberapa kumpulan kecil pengundi antaranya di hospital, melawat peti undi, adakan kem cakna pemuda, lawatan baik pulih beberapa buah rumah dan juga ceramah, singgah di kedai kopi dan sebagainya kerana ia lebih memberi impak berbanding ceramah besar-besaran," katanya.
Beliau juga berkata pihaknya mengenal pasti ramai pengundi 'atas pagar' di kalangan pengundi muda.
Menyifatkan kumpulan itu turut menjadi penentu kepada kemenangan BN, beliau berkata Pemuda UMNO kini bergerak dengan lebih agresif untuk meyakinkan kumpulan itu agar memilih BN.
"Pengundi muda okey...cuma saya tengok mereka masih atas pagar. Saya jumpa mereka dalam kempen dan sebahagian yang jumpa itu masih terbuka dan kita kena yakinkan mereka," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA