Seorang wakil kumpulan itu, Mohd. Naim Yaakob, 30, berkata, dia mengambil keputusan keluar daripada Pas kerana melihat parti itu hanya pandai menabur janji tetapi tidak melaksanakannya selepas mengambil alih teraju pemerintahan negeri sejak dua tahun lalu.Katanya, dia tidak yakin lagi dengan perjuangan Pas sebaliknya melihat UMNO yang sentiasa kehadapan dalam membela nasib rakyat.Pas hanya pandai janji tapi tiada kesan yang dilakukannya. UMNO pula tidak berjanji tetapi banyak menghulurkan bantuan dan melakukan perubahan demi kemudahan serta kesejahteraan rakyat, itu yang kita mahu," katanya ketika ditemui pada majlis itu.
Rakannya, Mohd. Bukhairi Idris, 26, pula berkata, dia melihat pentadbiran kerajaan Pas Kedah gagal menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat untuk menjadikan Kedah sebagai sebuah negeri kebajikan sebagaimana yang terkandung dalam manifestonya.Menurutnya, isu seperti kenaikan tarif air baru-baru ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri yang sepatutnya mengutamakan kebajikan penduduk.Dalam pada itu, Haris yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO negeri berkata, penyertaan bekas penyokong Pas itu membuktikan kehendak golongan muda untuk bersama-sama UMNO bagi membela nasib mereka.
Hanya UMNO terbukti sebagai parti yang boleh diharap untuk memperjuangkan hala tuju bangsa dan agama dari dulu hingga sekarang," katanya.Dia yakin lebih ramai lagi penyokong pakatan pembangkang akan menyertai UMNO menjelang pilihan raya umum akan datang.Menurutnya, di Kampung Lubuk Keriang dan beberapa kawasan sekitarnya, lebih 80 penyokong pakatan pembangkang telah mengisi borang untuk menjadi ahli UMNO dan 52 borang yang lengkap diisi diserahkan kepadanya pada majlis tersebut.
Salam, Tahniah kepada yg meninggalkan Parti ajaran sesat
BalasPadam