PAS pilih Dr Zulkefli Mohamad,44 yang tewas kepada Tengku Razaleigh bagi kerusi Parlimen Gua Musang pada pilihanraya umum 2008 sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri, Galas.
Pemilik klinik di Chiku,Gua Musang itu juga adalah Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan nama beliau sebagai calon pada ceramah perdana sempena 20 tahun pemerintahan Islam di Kelantan kira-kira 12 tengah malam Khamis di Dataran Ilmu Gua Musang.
Masa bertanding dengan Tengku Razaleigh Hamzah pada pilihanraya umum lalu beliau tewas dengan majoriti 4,394 undi.
Barisan Nasional akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu Ahad ini.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang
Salam, kita doakan BN menang di Galas.
BalasPadam