tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 27 Mei 2009

UMNO PAS:UMNO ADA PELUANG CERAH DI MANIK URAI.

PAS tidak perlu mendabik dada mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sebagai kubu kuat mereka kerana pada hakikatnya Barisan Nasional (BN) pernah menang kerusi itu.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata calon BN pernah menewaskan calon PAS di kawasan itu pada pilihan raya umum 1978 dan pilihan raya umum 2004, sekaligus membuktikan BN dan Umno mempunyai peluang pada pilihan raya kecil kali ini.

"Saya melihat cahaya yang terang di hujung terowong. Kita dapat lihat respons positif daripada penduduk di sini, saya sendiri pun terperanjat.

"Sebelum ini kita pernah menang di DUN Manik Urai, jadi kubu kuat PAS tidak pernah kukuh," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk miskin di Kampung Lela Jasa, Sungai Rek, di sini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam mengadakan perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Kuala Krai di Pejabat Umno, di sini, dan bermalam di kampung berkenaan.

Katanya BN mengakui kehilangan banyak undi daripada golongan muda pada pilihan raya umum yang lalu namun tumpuan gerak kerja ditekankan kepada semua peringkat, tidak hanya tertumpu kepada golongan muda semata-mata.

Perubahan sikap juga semakin dapat dilihat terutama di kalangan golongan muda yang mula menaruh kembali keyakinan kepada BN dan kerajaan khususnya.

"Sebenarnya tidak semua golongan muda menyokong pembangkang tetapi dengan barisan baru pimpinan parti dan kerajaan, kita dapat lihat orang muda memahami peranan Umno dan BN sebagai sebuah parti dan kerajaan yang bertanggungjawab," katanya.

Berhubung soal calon, beliau berkata perkara itu diserahkan kepada pimpinan bahagian, negeri dan pusat untuk menentukan.

Pilihan raya kecil itu bakal diadakan berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri PAS kawasan itu Ismail Yaacob.

Ismail meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Baharu kirakira 5.55 pagi Jumaat lepas setelah dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak April lalu akibat sakit jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilapor akan bermesyuarat esok untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu

PENANTI:CALON BEBAS TERIMA PANGGILAN UGUTAN,DAN KAK MIN AKAN TERUS AKAN BUAT PENDEDAHAN LAIN,ANWAR KECUT PERUT

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah, berkata beliau tidak gentar dengan ancaman disaman mahupun ugutan dan maki hamun yang diterimanya berikutan pendedahannya mengenai tawaran berbentuk sogokan kepada beliau oleh dua anggota parti itu.

Sebaliknya, Aminah berkata beliau sedia membuat satu lagi pendedahan yang berkaitan secara langsung dengan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, dalam masa terdekat.

"Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di Jawi pada 2007? Kak Min minta dia jawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum. Maruah dibayar dengan maruah," katanya kepada pemberita di sini selepas berkempen mengedar poster beliau selaku calon Bebas bagi pilihan raya kecil Penanti yang akan berlangsung Ahad ini.

Ketika diminta mengulas kenyataan Zahrain semalam bahawa PKR sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang jika beliau terus membuat pelbagai dakwaan terhadap parti itu, Aminah berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataannya atau memohon maaf kerana beliau berada di pihak yang benar.

"Kalau nak saman, teruskanlah. Kak Min tak takut sebab Kak Min benar," katanya. Mengenai ugutan dan maki hamun yang dibuat oleh pemanggil yang tidak dikenalinya, Aminah menyifatkan orang itu sebagai pengecut kerana membuat panggilan ke telefon bimbitnya daripada pondok telefon awam.

"Kalau mereka berani, pakailah telefon yang saya boleh hubungi mereka balik. Apa nak takut pada Kak Min?" katanya.

Isnin lalu, Aminah mendakwa ditawarkan ganjaran wang tunai RM80,000 dan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang sekiranya menarik diri daripada pertandingan itu selain ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang dan juga wang tunai RM80,000 sekiranya beliau menyertai semula parti itu jika menang pilihan raya kecil itu.

Beliau turut mengemukakan bukti rakaman perbualan beliau dengan dua anggota PKR yang didakwanya telah membuat tawaran itu di rumahnya pada 13 Mei lepas.

TERUSKAN KAK MIN....KAMI RAKYAT YANG BENCI RASUAH AKAN MEMBANTU KAK MIN DALAM MEMBONGKAR SEGALA RAHSIA PKR TERUTAMA ZAHRIN DAN ANWAR ALJUBURI....RAKYAT SEBENARNYA SUDAH MENYAMPAH DENGAN PKR YANG HANYA MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN.KESALAHAN SENDIRI DI SIMPAN...KITA RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI....

ZAMBRY NIZAR:PROGRAM NIZAR TIADA SAMBUTAN,BUKTI RAKYAT MELUAT DENGAN NIZAR.

Beberapa ADUN dan ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini gagal menarik perhatian ramai dengan gimik menanam 10 'pokok demokrasi' di kawasan lapang berhampiran sebuah bank di Medan Istana, Ipoh.

Malah seorang petugas bank itu pula dilihat mengambil kesempatan daripada program itu dengan mengedarkan risalah promosi produk perbankannya kepada wartawan, anggota polis serta beberapa ADUN yang hadir, lapor Bernama.

Mereka yang hadir termasuklah ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran (DAP), Lim Pek Har (ADUN Menglembu-DAP), Leong Mee Meng (DAP-Jalong), Chang Lih Kang (PKR-Teja) dan Thomas Su Keong Siong (DAP-Pasir Pinji).

Program yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu, tamat sejam kemudian.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang dijadualkan hadir bersama untuk menanam pokok itu hanya tiba pada pukul 10.15 pagi selepas pokok-pokok itu selesai ditanam, lapor agensi berita itu lagi.

Semua yang hadir bersurai kira-kira 15 minit kemudian

INI ADALAH BUKTI YANG NIZAR SUDAH DITOLAK OLEH SELURUH RAKYAT PERAK.RAKYAT PERAK SUDAH MELUAT DENGAN SEGALA KERJA MELOYAKAN RAKYAT YANG HANYA INGIN MEMBUAT KERJA KERJA ORANG YANG BODOH,TIADA ADA SATU PUN RANCANGAN NIZAR UNTUK MEMAJUKAN ADUN PASIR PANJANG DAN BUKIT GANTANG.YANG DIBUAT NIZAR HANYA LAYAK DIBUAT ORANG YANG SUDAH HILANG AKAL...

NIZAR SEHARUSNYA PERLU MENUMPUKAN PERHATIAN DIKAWASANNYA DARI TERUS MENGGANGGU PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI.TIADA FAEDAH APA SAHAJA YANG DILAKUKAN NIZAR ....YANG DIANJUR KAN NIZAR HANYA MOGOK LAPAR YANG TELAH MENDAPAT BANTAHAN SELURUH RAKYAT PERAK.KERANA ITULAH RAKYAT TIDAK MAHU TERBABIT DENGAN RANCANGAN NIZAR DAN KERANA ITU LAH JUGA RANCANGAN NIZAR TELAH GAGAL TANPA DISOKONG OLEH RAKYAT....YANG HANYA MENYOKONG BELIAU HANYA LAH AHLI DAP YANG DIANGGAP NIZAR SEPERTI ADIK BERADIK BAGINYA.

KERANA SOKONGN DAP LA NIZAR SEMAKIN HARI SEMAKIN KURANG AJAR TERUTAMA DENGAN SULTAN PERAK.NIZAR SANGGUP MEMPERTAHANKAN ABANG ABANGNYA DALAM DAP DARI MEMPERTAHANKAN MARUAH ORANG ORANG MELAYU DAN RAJA RAJA MELAYU.

BAGI NIZAR ,DAP TELAH BANYAK MEMBANTUNYA DALAM MENAIKAN NAMA BELIAU DALAM POLITIK TANAH AIR MALAYSIA.JADI SEBAGAI BALASAN KEPADA DAP NIZAR AKAN LAKUKAN APA SAHAJA DEMI MEMPERTAHANKAN DAP DARI DISERANG OLEH MUSUH MUSUH POLTIKNYA.

KERANA NAK MENJAGA PERASAAN DAP LAH NIZAR SANGGUP MELANCARKAN KEMPEN MOGOK PADA SELURUH RAKYAT PERAK KONONNYA UNTUK MEMBUBARKAN DUN PERAK.SEKALI LAGI NIZAR TELAH DIPERGUNAKAN OLEH DAP DALAM MEMPERTIKAIKAN KUASA SULTAN

BAGI NIZAR PERASAAN DAP HARUS DIUTAMAKAN DARI MENJAGA PERASAAN RAKYAT PERAK.NIZAR TAHU TANPA SOKONGAN KUAT DAP BELIAU TIDAK AKAN DAPAT MEMEGANG TAMPUK MB PERAK.KERANA INILAH NIZAR KETEPIKAN PERASAAN ORANG ORANG MELAYU YANG MASIH MENGHARAPKAN BANTUAN KERAJAAN

KERANA PERANGAI NIZAR BEGINILAH MEMBUAT RAKYAT MAKIN LAMA MAKIN MENYAMPAH DENGAN PERANGAINYA DAN KERANA ITU JUGALAH SETIAP APA SAHAJA PROGRAM YANG DISERTAI NIZAR AKAN DIBOIKOT OLEH RAKYAT PERAK...INILAH TERJADI DENGAN MOGOK LAPAR TAJAAN NIZAR ...TIADA SAMBUTAN...

BENDA BENDA BEGINI YANG DILARANG UGAMA YANG DILAKUKAN NIZAR....BENDA BENDA YANG BERMAFAAT LANGSUNG TAK DIPANDANG NIZAR....INI KERANA BENDA BENDA YANG MEMBAWA KEBAIKAN SUDAH MATI DIDALAM HATI DAN JIWA NIZAR.

ZAMBRY NIZAR:NIZAR TAK TANDING NAIB,BUKTI PAS TAK MAHU PEMIMPIN SEPERTI NIZAR

Nizar menarik diri dari mencalonkan dirinya bertanding jawatan Naib presiden kerana Nizar sudah merasakan yang perwakilan Pas akan menolak beliau kerana Nizar terlalu banyak masaalah dari membawa kebaikan pada Pas.

Pas selama ini telah lama bersabar dengan segala tindak tanduk Nizar yang telah banyak memalitkan kerosakan pada Pas.Mungkin Nizar tahu keadaan ini dan kerana tidak mahu menanggung malu Nizar menarik diri sahaja agar sekiranya beliau bertanding banyak rahsia rahsia busuknya akan dibongkar pesaingnya.

Apakah Penarikan Nizar ada berkait rapat dengan apa yang dinyatakan oleh Harun Din Yang menyifatkan PAS harus berhati-hati terhadap usaha "musuh dalam selimut", termasuk yang ditaja oleh Umno atau negara asing, dalam kalangan pemimpin yang bakal menguasai pucuk pimpinan parti - demikian amaran timbalan mursyidul amnya.

Semua perwakilan dan orang luar dari Pas tahu Nizar mempunyai hubungan yang baik dengan DSAI.Siapa yang mahu Nizar bertanding jawatan Naib kalau bukan Anwar yang beria ia mahu Nizar bertanding .Anwar mngharapkan Nizar dapat menduduki jawatan yang kanan agar ini akan memudahkan laluan masuk Anwar bagi menghancurkan Pas sautu ketika nanti.Inilah sahaja peluang Anwar untuk menyusup masuk kedalam Pas tanpa disedari pihak pihak pemimpin tertinggi Pas.

Datuk Dr Haron Din berkata musuh-musuh parti berpeluang menaikkan pemimpin tertentu melalui liputan meluas di media seperti yang terjadi menjelang muktamarnya, awal bulan depan.
Faktor kemenangan dalam pemilihan parti ialah kekerapan liputan dalam akhbar seperti (organ rasmi) Harakah dan (mingguan politik) Siasah atau media-media lain. Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti.

Apakah Nizar salah seorang apa yang dimaksudkan oleh harun Din Itu adalah Nizar.Kemungkinan itu ada kebenarannya kerana sejak akhir akhir ini pemimpin yang selalu mendapat liputan media baik harakah dan media lain tak lain adalah Nizar.Nizar semacam sudah memasang strategi selama ini untuk menaikan namanya sebagai orang yang penting dalam kepimpinan Pas.

Atau apakah Nizar menarik diri kerana beliau merasakan perwakilan akan menolaknya kerana beliau terlalu banyak kerenah baik semasa beliau masih menjadi MB Perak.Kerana Nizarlah Perak jatuh ketangan BN kerana kecuaian Nizar dalam menjalankan tugas sebagai MB.Perwakilan merasakan Nizar tidak mampu untuk pergi jauh dalam Pas kerana Nizar terlalu banyak masaalah yang tidak memungkinkan perwakilan memilihnya sebagai naib Presiden.

Perwakilan juga akan menolak Nizar kerana selama Nizar menjadi MB Nizar disifatkan MB yang tiada pendirian yang tegas.Nizar tunduk lemah pada Dap sedangkan Nizar seharusnya tegas terhadap kerenah Dap yang menuntut berbagai tuntutan .

Nizar juga menimbulkan suasana kurang senang dikalangan ahli Pas kerana Nizar sanggup untuk menentang titah Sultan dengan mengheret MB Zambry kemahkamah.Ahli Pas faham bahawa perbuatan Nizar mencabar Zambry dimahkamah ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakit juga.Ini bermakna walaupun Nizar mengheret Zambry tapi tingkah laku Nizar ini juga terpalit juga kepada Sultan Perak.

Dan yang terbaru yang membuat ahli Pas merasakan Nizar tak layak untuk bertanding jawatan Naib kerana Nizar telah memaklumkan yang Pakatan Rakyat akan menganjurkan mogok lapar yang akan dituruti oleh ahli ahli Pakatan.Kerana keculuparan Nizar ,Pas diserang kerana menggalakan mogok lapar dikalangan orang orang Islam.

Kerana mendapat desakan dan tekanan dari para Alim Ulama Nizar menukar pula dari mogok ke puasa sunat.Inilah diri Nizar ,dah tahu diri tu bersalah cepat cepat dia tukar tajuk...inikah pemimpin yang kita kehendaki.kejap kata begini ...kejap kata begitu....yang penting diri terlepas dulu....inilah sikap Nizar sejak dari menjadi MB lagi.....Nama je MB tapi semua bicara dan percakapannya diselia oleh Dap....Yang Nizar pulak sentiasa akur dengan Dap...kerana Dap dah pegang kunci Nizar supaya jangan banyak cakap tentang hal Dap.

APA LAGI YANG NIZAR NAK...PARTI PAS PUN TOLAK,APATAH RAKYAT.....RENUNG RENUNG KAN LA ...LU PIKIR LA SENDIRI

PENANTI:RASUAH SUDAH JADI BUDAYA BUAT PKR

Ketika PKR terus ding dong pasal dakwaan tawarkan habuan wang ringgit dan jawatan kepada calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Aminah Abdullah, bekas orang kuat parti itu, Ezam Mohd Nor tidak terkejut jika cerita itu benar.

Malah beliau mendakwa perbuatan itu sudah jadi budaya dalam PKR dan stail Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak bebas hukuman penjara dan kembali memimpin parti itu.

“Tawar duit, tawar pangkat..itu cara Anwar. Itu (dakwaan Aminah) hanya contoh kecil sedangkan banyak lagi perkara serupa dia buat untuk capai tujuannya,” kata bekas Ketua Pemuda Keadilan itu kepada Agendadaily Selasa.

Senang cakap kata Ezam, cara itu bukan asing pada Anwar malah sejak dulu lagi ketika berjawatan dalam kerajaan beliau dikatakan sudah bersikap demikian.

“Cuma dulu kalau bagi dia kata reward bukannya rasuah. Saya percaya mereka akan nafikan dakwaan calon Bebas tersebut dengan macam-macam helah,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar menolak parti yang sanggup jual prinsip dengan membeli maruah orang lain seperti didakwa Aminah

ZAMBRY NIZAR:NIZAR /PEMBANGKANG SEMAKIN MELAMPAU

Lagak masing-masing bagaikan hero.Provokasi demi provokasi dilakukan secara berterusan seolah undang undang ada dibawah tapak kaki mereka.

Keputusan Sultan Perak tidak dipedulikan,sidang Dewan Undangan Negeri jadi kecoh dan kini keputusan mahkamah pula dipersendakan.

Baik DAP,PAS maupun PKR tahu protes, candlelight vigil dan terbaru aksi mogok lapar ini tidak akan bawa mereka kemana dalam usaha mendesak agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan.

Motif mereka jelas sekali setelah segala ruang untuk kembali berkuasa di Perak nampaknya sudah tertutup rapat.

Disebalik sangkaan mereka tindak tanduk bikin kecoh sana sini kononnya atas nama demokrasi boleh menarik simpati,makin ramai orang yang sudah naik jelak melihat gelagat yang tak sudah sudah ini.

Malah ada yang melihat pembangkang sudah makin melampau dan melampau.

“ Kita pun tahu apa jua tindakan pihak berkuasa untuk mengawal mereka akan digunakan sebagai modal untuk terus menjerit lagi.Bagi saya pihak berkuasa harus bertindak untuk menamatkan terus segala angkara ini,”kata seorang pembaca yang menelefon Agendadaily dengan nada geram.

Katanya dalam semua hal ada batasnya tetapi pembangkang merasa mereka semacam sudah ada lesen untuk buat apa saja.

This is too much …,”kata seorang pemanggil lain yang kata negara ini perlu ‘ ketenangan ‘ .

“Mereka yang mula dulu nak pancing dan nak pujuk wakil rakyat BN melompat…sekarang diri sendiri terjerat…apa lagi nak memekak tak sudah sudah ni.Mereka juga yang bawa hal ini ke mahkamah…mahkamah sudah buat keputusan Dr Zambry Menteri Besar yang sah…kenapa tak mau terima ,”katanya.

Seorang pemanggil lain berpendapat ini masalah sindrom orang yang merasa dirinya terlalu kuat,hebat dan hanya mau menang saja.

“Kita sama sama tengok sejauh mana mereka dapat membakar kemarahan orang akan berpihak kepada mereka.Saya sendiri dah naik fed up tengok sandiwara ini.

"Apa yang ada di depan mata di Perak cukup jelas 31 wakil rakyat di sebelah BN dan 28 di pihak mereka.Sebenarnya kita tak perlu mahkamah pun untuk putuskan siapa yang pegang majoriti,”katanya.

Menurutnya pihak berkuasa tidak harus bertolak ansur lagi dalam mengekalkan ketenteraman.” Ada masa berpolitik…ada masa orang nak hidup,”ujarnya.

ZAMBRY NIZAR:MOGOK NIZAR DITOLAK ISLAM

MOGOK lapar selama 72 jam yang bermula semalam, menurut bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, bertujuan menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan hak (mengundi) dikembalikan kepada rakyat.

Dr. Mohd Asri ketika ditanya apakah hukumnya bagi seorang muslim yang menyertai mogok lapar menjawab:

"Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.

"Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish.

"Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.

"Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah.

"Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka. Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam.

"Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat.

"Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya. Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini.

"Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun,” katanya Dr. Mohd Asri yang kini berada di Lampeter, United Kingdom menerusi emel.

ZAMBRY NIZAR :PEMBANGKANG HANYA MAHU BUAT HURU HARA.

Tindakan pakatan pembangkang melancarkan kempen mogok lapar bukan sekadar mahu menarik perhatian rakyat tetapi matlamat yang lebih besar ialah mengkucar-kacirkan suasana dalam negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tindakan pakatan pembangkang itu juga bertujuan memastikan kerajaan negeri pimpinannya gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

''Hari ini mereka mungkin bercakap soal mogok lapar, esok mungkin tentang soal lain pula, maknanya ada siri-siri yang akan diwujudkan oleh mereka.

''Mereka tidak akan membiarkan keadaan begitu sahaja, itu cara mereka. Kita tunggu dan lihat apa tindakan selanjutnya daripada mereka," katanya selepas menghadiri majlis meraikan veteran-veteran UMNO sempena sambutan ulang tahun yang ke-63 parti Melayu itu di Bangunan UMNO Perak di sini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kempen mogok lapar selama tiga hari bermula hari ini anjuran pakatan pembangkang.

Menurut Zambry, apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang amat jelas dan beliau percaya rakyat dapat menilai sendiri setiap tindak-tanduk mereka itu.

''Itulah matlamat mereka untuk mengaburi mata rakyat dengan harapan orang tidak datang ke Perak dan rakyat semakin hilang sabar. Tetapi saya yakin, lagi mereka buat begini, lagi rakyat meluat (dengan mereka).

''Saya harap rakyat dapat menilai sendiri perangai mereka kerana saya tak nampak manusia yang rasional boleh menerima cara mereka ini," katanya.

Tentang saman yang dikemukakan oleh ketua-ketua kampung yang dilantik ketika pentadbiran pakatan pembangkang, Zambry berkata, beliau tidak kisah dengan tindakan itu kerana yakin berada di landasan yang betul.

''Saya tidak ada masalah, biarlah mereka nak saman ke, buat apa ke. Cuma saya kasihan tengok ketua-ketua kampung digunakan oleh pembangkang untuk memenuhi kepentingan politik mereka seperti disebutkan tadi," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Zambry berkata, golongan veteran UMNO wajar menggembleng tenaga membantu memberi kesedaran kepada golongan muda tentang semangat perjuangan parti yang telah banyak mencorak negara hari ini.

''Anak-anak muda kita makin lupa pada jasa-jasa UMNO, kita kena buat sesuatu. Orang lama seperti veteran UMNO kena bimbing mereka ini," katanya.

ZAMBRY NIZAR:MOGOK LAPAR TAK DAPAT SAMBUTAN

Kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang di sini hari ini bukan sahaja tidak mendapat sambutan, sebaliknya berjaya disekat daripada merebak hasil tindakan tegas pihak polis.

Pakatan pembangkang dilihat cuba mengheret kempen itu di luar bangunan Wisma DAP apabila mereka berarak ke bangunan Mahkamah Tinggi Ipoh.

Kumpulan terbabit memberi alasan berbuat demikian untuk memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) kerana memberhentikan ketua kampung lantikan pembangkang sebelum ini.

Pihak polis yang berkawal sejak awal pagi terpaksa memberi amaran berulang kali supaya mereka menghentikan perarakan itu namun kira-kira 70 orang penyokong pembangkang terbabit tetap berdegil.

Berikutan itu, polis terpaksa mengambil tindakan tegas dengan menangkap pemimpin dan penyokong parti pembangkang berkenaan seorang demi seorang sehingga pukul 11.15 pagi ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, jumlah keseluruhan yang ditahan adalah seramai 19 orang termasuk lapan wakil rakyat pembangkang atas dakwaan menyertai perhimpunan haram dan menghasut.

Kata beliau, lapan wakil rakyat yang ditahan itu adalah Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran (DAP); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V. Sivakumar (DAP) serta ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh (DAP).

Turut ditahan ialah ADUN Menglembu, Lim Pek Har (DAP); ADUN Jalong, Leong Mee Meng (DAP); ADUN Teja, Chang Lih Kang (Parti Keadilan Rakyat); ADUN Pasir Pinji, Thomas Su Keong Siong (DAP) dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai (PKR).

Jelas beliau, pada masa sama, polis turut menahan lapan orang awam termasuk dua warga asing yang turut terbabit dalam kempen tersebut.

"Polis melakukan tangkapan pertama pada pukul 7.45 pagi ke atas lima pekerja termasuk dua warga asing yang sedang memasang belon udara yang ditulis dengan kata-kata hasutan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Zulkifli berkata, tangkapan seterusnya dilakukan semasa mereka mahu berarak ke bangunan Mahkamah Tinggi kira-kira pukul 11.15 pagi kerana jelas sekali mereka mahu mengganggu ketenteraman awam.

"Sehingga pukul 4.30 petang ini, semua wakil rakyat dan empat penyokong pembangkang telah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Lima lagi lelaki yang memasang belon pula dijangka dibebaskan petang ini juga selepas keterangan mereka diambil," katanya.

PENANTI:PKR JANGAN NAK BODOHKAN RAKYAT

Pengarah pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution mengesahkan dua pegawai khas kepada exco negeri dan pemimpin Majlis Tertinggi (MT) parti itu pernah berjumpa dengan calon Bebas, Aminah Abdullah seperti mana yang didakwanya.

Beliau berkata, pertemuan di rumah Aminah pada 13 Mei lalu adalah atas undangan untuk makan tengah hari di rumahnya di Jelutong.

''Ya, memang benar saya telah bercakap dengan kedua-dua individu yang dimaksudkan oleh Aminah tetapi mereka sebenarnya dijemput oleh Aminah untuk makan tengah hari di rumahnya,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Saifuddin bagaimanapun enggan mengulas sama ada benar atau tidak segala dakwaan Aminah berhubung sogokan jawatan dan wang yang didedahkannya supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Ahad ini.

Beliau sebaliknya meminta supaya cakera padat yang mengandungi rakaman perbualan di antara Aminah bersama dua individu berkenaan, didengar dan membuat tafsiran sendiri.

Tambahnya, berdasarkan kepada rakaman perbualan dan setelah bertanya kepada kedua-dua pegawai khas exco dan MT PKR berkenaan, beliau difahamkan pertemuan di antara Aminah dan mereka sekadar perjumpaan kawan lama.

Dalam pada itu, beliau berkata, Aminah diberi tempoh selama seminggu untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik dakwaan yang disifatkan tidak berasas.

''Kita telah menghantar surat tuntutan kepada Aminah hari ini melalui peguam, Ong Chin Wen yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah kerana dakwaannya itu mencemarkan imej PKR.

''Jadi, beliau diberi masa seminggu memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan itu dan sekiranya gagal, tindakan selanjutnya akan diambil terhadapnya,'' katanya.

Semalam, Aminah mendedahkan bukti berhubung tawaran jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM 1) dan masuk semula ke dalam parti PKR sekiranya menang dalam Pilihan Raya Kecil DUN Penanti.

Selain itu, beliau mendakwa ditawarkan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sekiranya bersetuju menarik diri daripada bertanding serta wang berjumlah RM88,000 termasuk perbelanjaan kempen yang telah dikeluarkan dan bayaran deposit untuk bertanding kerusi DUN Penanti.

PENANTI:DENGAN BEBAS PUN PKR DIKENCING,DENGAN UMNO KENA CINCANG LA

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menimbang kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Aminah Abdullah yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang sekiranya beliau kembali menyertai parti itu dan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Penanti Ahad ini.

Pengerusi Badan Perhubungan PKR Negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata PKR tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Aminah dan dakwaan mengenai tawaran itu tidak berasas semasa sekali. Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini (dakwaan oleh Aminah) berterusan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Aminah pada sidang media semalam turut mengemukakan rakaman audio yang didakwanya mengandungi bukti bahawa beliau ditawarkan RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang jika beliau menyertai semula parti sekiranya menang pilihan raya kecil Penanti Ahad ini. Zahrain berkata, beliau tidak pernah mendengar sebarang arahan daripada pemimpin PKR untuk menawarkan sebarang ganjaran kepada Aminah.

Saya juga tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk buat tawaran kepada Aminah dan saya rasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi peluang membuat siasatan terlebih dahulu sebelum kami buat sebarang keputusan berhubung dakwaan itu.

ITU KATA ZAHRIN:

Menyahut cabaran PKR agar membuktikan dakwaannya, calon bebas Aminah Abdullah telah mengemukakan bukti dan membuat laporan polis, laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPRM juga telah memulakan siasatan. PKR dalam reaksinya kepada tindakan Aminah itu, hari Selasa mengkui dua ahlinya ada menemui Aminah. Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution ketika mengakui pertemuan itu bagaimanapun berkata, rakaman perbualan seperti yang dirakam dan diedar Aminah itu tidak mewakili parti itu. Beliau berkata demikian pada sidang media Yayasan Aman Penanti. - 26/5/2009

Berita sebelum ini: Setelah membuat laporan polis berhubung dengan dakwaan cubaan sogokan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), calon bebas Aminah Abdullah hari Selasa membuat laporan pula kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) serta menyerahkan bukti cubaan sogokan tersebut.

Selain itu, Aminah turut mengesahkan bahawa Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah mengambil keterangan daripadanya semalam.

Beliau dijangka akan memberikan keterangan lanjut kepada SPRM petang ini.

Difahamkan pada pertemuan semalam dengan SPRM, Aminah telah menyerahkan cakera padat yang dikatakan mengandungi rakaman perbualannya dengan dua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang datang menemuinya dan membuat tawaran tersebut.

Dalam pendedahannnya, Aminah yang bertanding menggunakan lambang kunci berkata, PKR menarakan wang sebayak RM80,000, jawatan yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang jika beliau menarik diri dariapda bertanding dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 jika beliau terus bertanding dan menang.

PKR dalam rekasinya terhadap pendedahan yang dibuat Aminah itu dikatakan akan menghantar notis meminta Aminah memohon maaf dan menarik balik tuduhannya jika tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Pulau Pinang itu.

Setakat ini Aminah masih berpegang kepada dakwaannya dan berpendirian beliau tidak akan menarik balik dakwaannya kerana mempunyai bukti.


KITA TUNGGU APA KESUDAHANNYA DENGAN PKR NI...SILAP HARIBULAN PKR BUNGKUS TAK LAYAK BERTANDING..MANA TAHU....ATAU DIBUNGKUS OLEH RAKYAT PENANTI....PADA PAS PERMATANG PAUH...AJAR SIKIT ANWAR NI....ANWAR NI KALAU TAK DI AJAR MAKIN BESAR ANUNYA...ASYIK JE LA CARI BUNTUT ORANG....

RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI...

Selasa, 26 Mei 2009

PENANTI:DENGAN BEBAS PUN PKR DIKENCING,DENGAN UMNO KENA CINCANG LA

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menimbang kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Aminah Abdullah yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang sekiranya beliau kembali menyertai parti itu dan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Penanti Ahad ini.

Pengerusi Badan Perhubungan PKR Negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata PKR tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Aminah dan dakwaan mengenai tawaran itu tidak berasas semasa sekali. Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini (dakwaan oleh Aminah) berterusan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Aminah pada sidang media semalam turut mengemukakan rakaman audio yang didakwanya mengandungi bukti bahawa beliau ditawarkan RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang jika beliau menyertai semula parti sekiranya menang pilihan raya kecil Penanti Ahad ini. Zahrain berkata, beliau tidak pernah mendengar sebarang arahan daripada pemimpin PKR untuk menawarkan sebarang ganjaran kepada Aminah.

Saya juga tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk buat tawaran kepada Aminah dan saya rasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi peluang membuat siasatan terlebih dahulu sebelum kami buat sebarang keputusan berhubung dakwaan itu.

ITU KATA ZAHRIN:

Menyahut cabaran PKR agar membuktikan dakwaannya, calon bebas Aminah Abdullah telah mengemukakan bukti dan membuat laporan polis, laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPRM juga telah memulakan siasatan. PKR dalam reaksinya kepada tindakan Aminah itu, hari Selasa mengkui dua ahlinya ada menemui Aminah. Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution ketika mengakui pertemuan itu bagaimanapun berkata, rakaman perbualan seperti yang dirakam dan diedar Aminah itu tidak mewakili parti itu. Beliau berkata demikian pada sidang media Yayasan Aman Penanti. - 26/5/2009

Berita sebelum ini: Setelah membuat laporan polis berhubung dengan dakwaan cubaan sogokan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), calon bebas Aminah Abdullah hari Selasa membuat laporan pula kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) serta menyerahkan bukti cubaan sogokan tersebut.

Selain itu, Aminah turut mengesahkan bahawa Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah mengambil keterangan daripadanya semalam.

Beliau dijangka akan memberikan keterangan lanjut kepada SPRM petang ini.

Difahamkan pada pertemuan semalam dengan SPRM, Aminah telah menyerahkan cakera padat yang dikatakan mengandungi rakaman perbualannya dengan dua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang datang menemuinya dan membuat tawaran tersebut.

Dalam pendedahannnya, Aminah yang bertanding menggunakan lambang kunci berkata, PKR menarakan wang sebayak RM80,000, jawatan yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang jika beliau menarik diri dariapda bertanding dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 jika beliau terus bertanding dan menang.

PKR dalam rekasinya terhadap pendedahan yang dibuat Aminah itu dikatakan akan menghantar notis meminta Aminah memohon maaf dan menarik balik tuduhannya jika tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Pulau Pinang itu.

Setakat ini Aminah masih berpegang kepada dakwaannya dan berpendirian beliau tidak akan menarik balik dakwaannya kerana mempunyai bukti.


KITA TUNGGU APA KESUDAHANNYA DENGAN PKR NI...SILAP HARIBULAN PKR BUNGKUS TAK LAYAK BERTANDING..MANA TAHU....ATAU DIBUNGKUS OLEH RAKYAT PENANTI....PADA PAS PERMATANG PAUH...AJAR SIKIT ANWAR NI....ANWAR NI KALAU TAK DI AJAR MAKIN BESAR ANUNYA...ASYIK JE LA CARI BUNTUT ORANG....

RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI...

PENANTI:PEMIMPIN PKR AKUI JUMPA AMINAH.

Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan mereka telah menawarkan ganjaran dalam bentuk ganti rugi kepada calon Bebas, Aminah Abdullah jika sanggup menarik diri daripada bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Bagaimanapun Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam mengaku mereka adalah dua individu yang terdapat dalam rakaman suara yang didedahkan oleh Aminah semalam.

"Kami tidak menawarkan apa-apa kepadanya... hanya berbincang perkara-perkara biasa," kata Cheah pada sidang media khas bagi menjelaskan mengenai isu tersebut di sini hari ini.

Selain itu mereka juga menafikan dakwaan Aminah bahawa kedua-dua mereka datang menemuinya, sebaliknya menjelaskan pertemuan pada 13 Mei itu telah diatur oleh Aminah sendiri.

"Kak Minah (Aminah) sebelum ini selalu jemput saya datang ke rumahnya... jadi pada 12 Mei saya hubungi beliau untuk aturkan makan tengah hari keesokkan harinya dan Kak Minah minta saya ajak (Cheah) Ka Peng bersama.

"Kemudian pada pagi 13 Mei, Kak Minah hubungi saya semula untuk pastikan mengenai temu janji pada tengah hari itu.

"Beliau kata akan masak untuk kami, saya tak jangka kawan baik seperti kami telah digunakan dan dipermainkan oleh beliau.

"Beliau bukan hanya sediakan makanan, tapi juga sediakan perakam suara untuk kami... saya sangat sedih dan kecewa," kata Peter dalam sidang media tersebut.

BERITA TV 3 SEBENTAR TADI MENYATAKAN SAIFUDIN NASUTION MENGAKUI ADA DUA PEMIMPIN PKR MENAWARKAN GANJARAN PADA AMINAH,TAPI BUKAN ATAS KAPASITI PKR....BETUL KE......

ZAMBRY NIZAR:MAHKAMAH KATA ZAMBRY MB SAH,JADI SIAPA YANG HARAM?NIZAR LA YANG HARAM

Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan itu dibuat selepas panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Md. Raus Shariff berpuas hati bahawa Sultan Perak betul ketika melantik Zambry menggantikan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 6 Februari lalu.

Dengan itu, mahkamah sebulat suara membenarkan rayuan Zambry terhadap perintah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) yang mengesahkan sebaliknya terhadap Mohammad Nizar.

Hakim Md. Raus bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop.

Zambry selaku perayu mahupun Mohammad Nizar sebagai responden dalam rayuan itu tidak hadir bagi mendengar keputusan yang mendapat perhatian meluas pihak media dan orang awam.

Hakim Md. Raus ketika membacakan penghakiman itu menyatakan, Sultan Perak betul ketika melantik Zambry berdasarkan Perkara 16(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKNP) 1957 selepas berpuas hati bahawa perayu mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Menurut beliau, Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf mentafsir beberapa peruntukan dalam UTKNP ketika mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.

Katanya, kegagalan menilai dan meneliti secara terperinci keseluruhan fakta dan dokumen bertulis yang dikemukakan sepanjang perbicaraan menjadikan perintah yang dikeluarkan itu salah dan wajar diketepikan.

Hakim Md. Raus berkata, Perkara 16(6) UTKNP jelas menunjukkan Sultan Perak mempunyai budi bicara mutlak menolak permohonan Mohammad Nizar untuk membubarkan sidang Dewan.

Menurut beliau, dalam menjalankan budi bicara baginda menolak permohonan itu, Mohammad Nizar bersama-sama barisan Exconya harus meletak jawatan.

Jelasnya, tiada keperluan mendesak dalam UTKNP yang menyatakan bahawa usul tidak percaya perlu dibentangkan terhadap Mohammad Nizar dalam persidangan Dewan.

''Berdasarkan kepada fakta yang dibentangkan ketika perbicaraan, jelas bahawa Mohammad Nizar telah kehilangan sokongan majoriti ahli-ahli Dewan,'' katanya.

Sehubungan itu, mahkamah berpuas hati bahawa Sultan Perak betul ketika menjalankan sesi temu bual bagi memastikan Mohammad Nizar benar-benar kehilangan sokongan majoriti ADUN sebelum membuat keputusan menolak permohonannya membubarkan Dewan.

Zambry merayu terhadap perintah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada 11 Mei lalu yang mengisytiharkan Mohammad Nizar, 52, sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Abdul Aziz membenarkan permohonan semakan kehakiman Mohammad Nizar agar mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah berdasarkan perlembagaan negeri itu kerana beliau yang bertindak menasihati Sultan untuk membubarkan persidangan Dewan.

Alasan-alasan penghakiman Hakim Abdul Aziz antara lain menyatakan Mohammad Nizar masih Menteri Besar yang sah kerana tiada undi tidak percaya dibuat terhadapnya.

Selain itu, Perkara 16(6) UTKNP tidak menyatakan bahawa seseorang Menteri Besar boleh dipecat atau jawatan itu boleh dikosongkan dalam keadaan Mohammad Nizar tidak meletak jawatan.

Bagaimanapun, sehari selepas itu, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali membenarkan permohonan Zambry agar perintah Mahkamah Tinggi ditangguhkan sementara menunggu rayuan penuh diputuskan.

Mohammad Nizar yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan selanjutnya mengemukakan permohonan untuk mengetepikan perintah penangguhan yang diperoleh Zambry.

Panel hakim yang bersidang hari ini menolak permohonan tersebut.

Sebaik sahaja keputusan diumumkan, peguam Sulaiman Abdullah memberitahu, pihaknya diarahkan memfailkan kebenaran untuk merayu keputusan itu ke Mahkamah Persekutuan.

Beliau memohon agar mahkamah menyediakan penghakiman bertulis secepat mungkin bagi membolehkan pihaknya memfailkan notis kebenaran merayu.

Hakim Md. Raus memberi jaminan akan menyiapkan penghakiman penuh keputusan itu dalam tempoh seminggu.

Peguam Datuk Cecil Abraham mewakili Zambry manakala Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah bagi pihak Kerajaan Malaysia.

PENANTI:AMINAH BERI KETERANGAN KEPADA SPRM:KALI NI MATI LA ANWAR

PULAU PINANG: Calon Bebas, Aminah Abdullah telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang kira-kira enam jam berhubung pendedahan bukti beliau ditawarkan ganjaran daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Aminah berkata beliau telah dihubungi SPRM agar hadir memberikan keterangan berhubung perkara tersebut.

"Semalam SPRM hubungi Kak Min (Aminah), mereka suruh datang beri keterangan sekejap saja, tapi dari pukul 4.30 petang sampai pukul 10.30 malam mereka masih tak benarkan Kak Min balik," katanya ketika ditemui di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di sini hari ini.

Jelasnya, sewaktu pertemuaan tersebut juga beliau telah menyerahakn kesemua bukti yang ada bagi menyokong pendedahannya untuk disiasat.

"Masa itu juga Kak Min serahkan bukti-bukti yang ada iaitu rakaman perbualan dan gambar.

"Ada tiga rakaman perbualan bagi tiga kali pertemuan antara Kak Min dan mereka serta tiga keping gambar yang dirakamkan menggunakan telefon bimbit," katanya.

Semalam Aminah mendedahkan bukti berbentuk rakaman audio perbualan antara beliau bersama dua wakil PKR iaitu seorang Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang dan seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang cuba menawarkan ganjaran kepadanya termasuk wang sebanyak RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Tambah Aminah SPRM telah menghubunginya lagi awal pagi tadi dan meminta beliau tampil menyambung keterangan.

"Hari ini pun SPRM minta Kak Min datang lagi nak beri keterangan, semalam mereka tanya perkara-perkara normal sahaja.

"Kak Min memang sedia nak berikan kerjasama yang sebaik mungkin agar mereka dapat jalankan siasatan, tapi mungkin lewat sikit Kak Min pergi.

"Mungkin selepas jumpa pengunji dan jentera Kak Min di Penanti baru Kak Min akan ke SPRM, tapi tak pasti lagi pukul berapa," katanya.

BERITA TERDAHULU

Dakwaan ganjaran: Aminah buat laporan di SPR

Calon Bebas, Aminah Abdullah hari ini telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaannya ditawarkan ganjaran daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Beliau juga mengemukakan bukti berbentuk cakera padat yang mengandungi rakaman perbualan bersama wakIl PKR tersebut serta tiga keping gambar yang dirakamkan menggunakan telefon bimbit.

"Kehadiran Kak Min (Aminah) hari ini ialah untuk serahkan bukti-bukti yang ada.

"Kak Min amat berharap supaya pihak SPR akan membuat siasatan dengan adil untuk tegakkan kebenaran, katanya ketika ditemui di pejabat SPR negeri hari ini.

Bukti-bukti berkenaan diserahkan kepada Pengarah SPR Negeri, Morat Pora melalui Ketua Pembantu Tadbir SPR, Normah Shaari.

ZAMBRY NIZAR:MOGOK LAPAR NIZAR:SPEAKER HARAM SIVA DITAHAN

IPOH: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, adalah antara lapan wakil rakyat dan enam penyokong Pakatan Rakyat yang ditahan kerana berhimpun tanpa permit di luar Wisma DAP di sini, sebentar tadi.

Turut ditahan ialah Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.

Mereka ditahan selepas enggan mematuhi arahan polis supaya bersurai.Terdahulu, mereka menyertai perasmian mogok lapar pemimpin Pakatan Rakyat untuk mendesak DUN Perak dibubarkan.

PENANTI:PEMBANGKANG JADIKAN BN SASARAN KEMPEN KERANA TIADA MODAL

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan pembangkang menjadikan Barisan Nasional (BN) dan Umno sebagai sasaran pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti memang dijangkakan kerana mereka ketiadaan modal untuk berkempen.

Oleh kerana tidak dapat mengemukakan rancangan atau pelan pembangunan untuk rakyat di kawasan Penanti, Timbalan Perdana Menteri berkata pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan peluang kempen itu untuk menyerang peribadi, memfitnah dan memutarbelitkan fakta mengenai BN dan Umno.

"Oleh kerana tiada modal, BN yang tidak bertanding pun dijadikan "punching bag" tetapi saya mendapat maklum balas bahawa kempen mereka langsung tiada fokus kepada apa yang seharusnya menjadi perjuangan utama mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di sini, semalam.

Tindakan itu jelas membuktikan bahawa PKR yang bertanding tidak mempunyai sebarang agenda yang khusus untuk membela rakyat di kawasan Penanti, kata Timbalan Presiden Umno itu sebagai mengulas tindakan pembangkang menghentam BN dan Umno dalam siri ceramah kempen mereka walaupun BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan setelah wakil rakyat kawasan itu, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan pada 16 April lalu atas alasan mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah.

Pilihan raya kecil 31 Mei itu membabitkan pertandingan empat penjuru antara calon PKR, Mansor Othman dan tiga calon Bebas iaitu bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Aminah Abdullah, pengurus syarikat keturunan Siam, Nai Khan Ari dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris.

Muhyiddin juga berkata walaupun kebanyakan isu yang dibangkitkan pembangkang dalam kempen mereka itu telahpun dijelaskan oleh kerajaan namun beliau telah mengarahkan jentera penerangan parti peringkat bahagian memberikan penjelasan kepada anggota parti dan masyarakat setempat dengan menggunakan platform yang lain.

"Pada masa yang sama, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), saya serta rakan pemimpin akan memberikan penjelasan dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau juga menyerahkan kepada kebijaksanaan penyokong BN di Penanti untuk membuat keputusan mengenai apa yang harus mereka lakukan pada pilihan raya kecil itu ekoran BN tidak bertanding atas sebab prinsip.

Mengenai rancangan pembangkang mahu melancarkan mogok lapar selama tiga hari bagi mendesak bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, beliau berkata, itu adalah hak mereka untuk berbuat demikian.

ZAMBRY NIZAR:NIZAR NIZAR,KAN DAH CAKAP IDEA KAU TU IDEA ORANG BODOH

Lima pekerja syarikat pengurusan acara ditahan polis sewaktu sedang menyiapkan khemah untuk acara kempen mogok lapar Pakatan Rakyat yang mendesak DUN Perak dibubarkan.perak hunger strike police arrest at ipoh dap office 260509 03Mereka ditangkap di depan Wisma DAP di Ipoh selepas jam 6 pagi ini. Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.


Belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' turut dirampas. Difahamkan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh cuba meruntuh khemah untuk majlis pelancaran tetapi tidak meneruskan niat mereka.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan pasukan pencegah rusuhan kelihatan di sekitar ibu pejabat DAP negeri itu.

perak hunger strike police arrest at ipoh dap office 260509 02Pakatan Rakyat melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu.

Menteri besar mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok tersebut.

Beberapa ADUN Pakatan dan penyokong DAP, PAS dan PKR dijangka menyertainya sebagai bantahan terhadap rampasan kuasa BN.

Mogok lapar ini akan berakhir di pejabat PAS Perak petang Khamis in

ZAMBRY NIZAR:MOGOK LAPAR NIZAR TIDAK AKAN BERHASIL

PETALING JAYA: Mogok lapar 72 jam anjuran Pakatan Rakyat mulai hari ini tidak akan berjaya menarik perhatian Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mahupun kerajaan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), demikian komen penganalisis politik.

Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan pemimpin Pakatan Perak yang merancang mengadakan mogok lapar selama tiga hari bermula pagi ini sebagai sebahagian daripada usaha terbaru mereka untuk mendapatkan kembali hak rakyat.

Pakatan akan mengadakan mogok lapar di Wisma DAP yang terletak berhampiran denganBangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Exco dan DUN.

Menurut Nidzammudddin, usaha tersebut tidak akan berjaya menarik perhatian kerajaan mahupun Baginda Sultan untuk membubarkan sidang DUN kerana mentaliti masyarakat sudah berubah.

"Mereka cuba gunakan taktik meraih sokongan rakyat yang pernah digunakan di India. Kita tidak boleh samakan masyarakat sekarang dengan zaman dulu.

"Ketika zaman Mahatma Gandhi dulu, mereka gunakan taktik mogok lapar untuk meraih kemerdekaan.

"Hakikatnya, dalam situasi hari ini, ada yang tidak endah dengan ugutan sedemikian (mogok lapar). Lebih buruk, ada rajkyat yang tidak tahu bila aktiviti itu berlangsung," katanya.

Beliau yang juga pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, usaha pakatan pembangkang itu tidak akan ke berhasil sebaliknya mereka hanya menyusahkan diri masing-masing.

Sementara itu, Dr. Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM)berkata mogok lapar yang akan berlangsung esok dilihat sebagai satu usaha yang memperlihatkan Pakatan bersifat kolektif dalam apa jua mereka lakukan.

"Bagi saya hala tuju mereka adakan mogok lapar ini tidak dapat dipastikan. Sama ada mereka berjaya atau tidak, ia merupakan satu lagi persoalan," katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Sivamurugan yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM berkata, mogok lapar tersebut dapat ditafsirkansebagai usaha yang komited ketiga-tiga parti gabungan dalam Pakatan.

"Mereka (DAP, PKR dan PAS) mahu menunjukkan mereka mengambil jalan penyelesaian secara kolektif dalam usaha membubarkan DUN Perak dan jalan terbaik yang mereka pilih adalah dengan mengadakan mogok lapar itu," katanya.

ZAMBRY NIZAR:NIZAR SEORANG YANG DEGIL, KEPALA BATU

Pakatan pembangkang nampaknya tidak menghiraukan nasihat pihak berkuasa dan alim ulama apabila berkeras mahu meneruskan mogok lapar.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pihaknya tidak akan berganjak daripada mengadakan mogok lapar seperti yang dirancang selaras dengan keputusan untuk terus mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya sendiri akan bersama-sama dalam kempen itu dan saya akan berpuasa sunat hari ini kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mogok lapar anjuran DAP itu dijadual berlangsung tiga hari atau 72 jam bermula hari ini (Selasa) dan berakhir Khamis ini.

Menurut Mohammad Nizar, penganut agama lain tidak dihalang berpuasa dan mereka bebas berpuasa mengikut ajaran agama masing-masing.

Mengenai pandangan tokoh agama yang melarang masyarakat Islam terbabit dalam kempen seumpama itu, Mohammad Nizar enggan mengulas.

ORANG YANG BODOH SOMBONG DAN DAH HITAM HATI NYA NI MEMANG PAYAH NAK DINASIHAT...MEMANG TAK NAK LANGSUNG DENGAR APA KATA ORANG LAIN....YANG BETUL DIA JE....PPIIIIIIRAAAAAHHHHHH....RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI...

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH