Nizar menarik diri dari mencalonkan dirinya bertanding jawatan Naib presiden kerana Nizar sudah merasakan yang perwakilan Pas akan menolak beliau kerana Nizar terlalu banyak masaalah dari membawa kebaikan pada Pas.
Pas selama ini telah lama bersabar dengan segala tindak tanduk Nizar yang telah banyak memalitkan kerosakan pada Pas.Mungkin Nizar tahu keadaan ini dan kerana tidak mahu menanggung malu Nizar menarik diri sahaja agar sekiranya beliau bertanding banyak rahsia rahsia busuknya akan dibongkar pesaingnya.
Apakah Penarikan Nizar ada berkait rapat dengan apa yang dinyatakan oleh Harun Din Yang menyifatkan PAS harus berhati-hati terhadap usaha "musuh dalam selimut", termasuk yang ditaja oleh Umno atau negara asing, dalam kalangan pemimpin yang bakal menguasai pucuk pimpinan parti - demikian amaran timbalan mursyidul amnya.
Semua perwakilan dan orang luar dari Pas tahu Nizar mempunyai hubungan yang baik dengan DSAI.Siapa yang mahu Nizar bertanding jawatan Naib kalau bukan Anwar yang beria ia mahu Nizar bertanding .Anwar mngharapkan Nizar dapat menduduki jawatan yang kanan agar ini akan memudahkan laluan masuk Anwar bagi menghancurkan Pas sautu ketika nanti.Inilah sahaja peluang Anwar untuk menyusup masuk kedalam Pas tanpa disedari pihak pihak pemimpin tertinggi Pas.
Datuk Dr Haron Din berkata musuh-musuh parti berpeluang menaikkan pemimpin tertentu melalui liputan meluas di media seperti yang terjadi menjelang muktamarnya, awal bulan depan.
Faktor kemenangan dalam pemilihan parti ialah kekerapan liputan dalam akhbar seperti (organ rasmi) Harakah dan (mingguan politik) Siasah atau media-media lain. Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti.
Apakah Nizar salah seorang apa yang dimaksudkan oleh harun Din Itu adalah Nizar.Kemungkinan itu ada kebenarannya kerana sejak akhir akhir ini pemimpin yang selalu mendapat liputan media baik harakah dan media lain tak lain adalah Nizar.Nizar semacam sudah memasang strategi selama ini untuk menaikan namanya sebagai orang yang penting dalam kepimpinan Pas.
Atau apakah Nizar menarik diri kerana beliau merasakan perwakilan akan menolaknya kerana beliau terlalu banyak kerenah baik semasa beliau masih menjadi MB Perak.Kerana Nizarlah Perak jatuh ketangan BN kerana kecuaian Nizar dalam menjalankan tugas sebagai MB.Perwakilan merasakan Nizar tidak mampu untuk pergi jauh dalam Pas kerana Nizar terlalu banyak masaalah yang tidak memungkinkan perwakilan memilihnya sebagai naib Presiden.
Perwakilan juga akan menolak Nizar kerana selama Nizar menjadi MB Nizar disifatkan MB yang tiada pendirian yang tegas.Nizar tunduk lemah pada Dap sedangkan Nizar seharusnya tegas terhadap kerenah Dap yang menuntut berbagai tuntutan .
Nizar juga menimbulkan suasana kurang senang dikalangan ahli Pas kerana Nizar sanggup untuk menentang titah Sultan dengan mengheret MB Zambry kemahkamah.Ahli Pas faham bahawa perbuatan Nizar mencabar Zambry dimahkamah ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakit juga.Ini bermakna walaupun Nizar mengheret Zambry tapi tingkah laku Nizar ini juga terpalit juga kepada Sultan Perak.
Dan yang terbaru yang membuat ahli Pas merasakan Nizar tak layak untuk bertanding jawatan Naib kerana Nizar telah memaklumkan yang Pakatan Rakyat akan menganjurkan mogok lapar yang akan dituruti oleh ahli ahli Pakatan.Kerana keculuparan Nizar ,Pas diserang kerana menggalakan mogok lapar dikalangan orang orang Islam.
Kerana mendapat desakan dan tekanan dari para Alim Ulama Nizar menukar pula dari mogok ke puasa sunat.Inilah diri Nizar ,dah tahu diri tu bersalah cepat cepat dia tukar tajuk...inikah pemimpin yang kita kehendaki.kejap kata begini ...kejap kata begitu....yang penting diri terlepas dulu....inilah sikap Nizar sejak dari menjadi MB lagi.....Nama je MB tapi semua bicara dan percakapannya diselia oleh Dap....Yang Nizar pulak sentiasa akur dengan Dap...kerana Dap dah pegang kunci Nizar supaya jangan banyak cakap tentang hal Dap.
APA LAGI YANG NIZAR NAK...PARTI PAS PUN TOLAK,APATAH RAKYAT.....RENUNG RENUNG KAN LA ...LU PIKIR LA SENDIRI
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA