tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 27 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR :PEMBANGKANG HANYA MAHU BUAT HURU HARA.

Tindakan pakatan pembangkang melancarkan kempen mogok lapar bukan sekadar mahu menarik perhatian rakyat tetapi matlamat yang lebih besar ialah mengkucar-kacirkan suasana dalam negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tindakan pakatan pembangkang itu juga bertujuan memastikan kerajaan negeri pimpinannya gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

''Hari ini mereka mungkin bercakap soal mogok lapar, esok mungkin tentang soal lain pula, maknanya ada siri-siri yang akan diwujudkan oleh mereka.

''Mereka tidak akan membiarkan keadaan begitu sahaja, itu cara mereka. Kita tunggu dan lihat apa tindakan selanjutnya daripada mereka," katanya selepas menghadiri majlis meraikan veteran-veteran UMNO sempena sambutan ulang tahun yang ke-63 parti Melayu itu di Bangunan UMNO Perak di sini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kempen mogok lapar selama tiga hari bermula hari ini anjuran pakatan pembangkang.

Menurut Zambry, apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang amat jelas dan beliau percaya rakyat dapat menilai sendiri setiap tindak-tanduk mereka itu.

''Itulah matlamat mereka untuk mengaburi mata rakyat dengan harapan orang tidak datang ke Perak dan rakyat semakin hilang sabar. Tetapi saya yakin, lagi mereka buat begini, lagi rakyat meluat (dengan mereka).

''Saya harap rakyat dapat menilai sendiri perangai mereka kerana saya tak nampak manusia yang rasional boleh menerima cara mereka ini," katanya.

Tentang saman yang dikemukakan oleh ketua-ketua kampung yang dilantik ketika pentadbiran pakatan pembangkang, Zambry berkata, beliau tidak kisah dengan tindakan itu kerana yakin berada di landasan yang betul.

''Saya tidak ada masalah, biarlah mereka nak saman ke, buat apa ke. Cuma saya kasihan tengok ketua-ketua kampung digunakan oleh pembangkang untuk memenuhi kepentingan politik mereka seperti disebutkan tadi," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Zambry berkata, golongan veteran UMNO wajar menggembleng tenaga membantu memberi kesedaran kepada golongan muda tentang semangat perjuangan parti yang telah banyak mencorak negara hari ini.

''Anak-anak muda kita makin lupa pada jasa-jasa UMNO, kita kena buat sesuatu. Orang lama seperti veteran UMNO kena bimbing mereka ini," katanya.

2 ulasan:

  1. Yang pasti kepimpinan ulamak sudah tidak relevan lagi dalam pas. pas bukan lagi pejuang islam tapi pejuang demokrasi ciptaan yahudi. aku cadangkan pas tukar nama dari parti islam semalaysia (PAS) kepada parti demokrasi semalaysia (PDS). atau pas bergabung aje dengan DAP kerana pejuangan pas sekarang ni mirip dengan perjuangan DAP. lagi pun dalam DAP ada lim guan eng yang mirip-mirip dengan umar abdul aziz. bagaimana pula dengan lim kit siang, adakah bapak lim guan eng ni pulak mirip-mirip umar al-khatab??? kena tanya orang pas ni. bagaimana pula dengan elizabeth manja ni??? mirip siapa pulak??? husam pondan tu kenapa tak nak berhujah dengan ezam semalam??? bila pihak tv bagi peluang untuk berhujah puak-puak yang mengaku diri mereka ni pejuang islam tak nak datang, takut ker??? tak ada kote ker??? belum pergi perang lagi, baru berhujah aje dah lari sembunyikan diri. tapi sibuk komplen kata pihak tv pro umno lah, berat sebelah lah, koruplah... dan macam-macam lagi. kalau pun husam tak dapat datang sebab sibuk sangat, tak kan tak boleh hantar wakil dari pas, macam mahfuz gelap ker, salahudin ker, nizar bintang 3 ker, mat sabu ker. kata islam, kalau islam janji kena tunai kan. mungkir janji dan penipu ni hanya yahudi dan orang kafir aje. kesimpulannya, islam adalah sempurna yang tidak sempurna adalah pas dan pengikut-pengikutnya. lagi sekali aku ulang pas pergi tukar nama jangan guna nama islam untuk kepentingan diri dan ahli keluarga, lagi pun kepimpinan ulamak sudah tidak relevan lagi dalam pas.

    BalasPadam
  2. Sape yg tak tunai janji dulu bro?? Husam sepatutnya berhujah ngan Zahid Hamidi. Zahid tu yg kecut teloq tak jadi mai... ada ka suruh si sesumpah Ezam ganti. Siapa dia tu? Sampah terbuang. Kalu aku jadi Husam pun tak mau lah berhijah ngan pembohong, putar belit lidah bercabang tu. Tanya Ezam kebanggaan kome tu sikit... apa dah jadi ngan KOTAK-KOTAK nya??

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH