Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan pembangkang menjadikan Barisan Nasional (BN) dan Umno sebagai sasaran pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti memang dijangkakan kerana mereka ketiadaan modal untuk berkempen.
Oleh kerana tidak dapat mengemukakan rancangan atau pelan pembangunan untuk rakyat di kawasan Penanti, Timbalan Perdana Menteri berkata pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan peluang kempen itu untuk menyerang peribadi, memfitnah dan memutarbelitkan fakta mengenai BN dan Umno.
"Oleh kerana tiada modal, BN yang tidak bertanding pun dijadikan "punching bag" tetapi saya mendapat maklum balas bahawa kempen mereka langsung tiada fokus kepada apa yang seharusnya menjadi perjuangan utama mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di sini, semalam.
Tindakan itu jelas membuktikan bahawa PKR yang bertanding tidak mempunyai sebarang agenda yang khusus untuk membela rakyat di kawasan Penanti, kata Timbalan Presiden Umno itu sebagai mengulas tindakan pembangkang menghentam BN dan Umno dalam siri ceramah kempen mereka walaupun BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu.
Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan setelah wakil rakyat kawasan itu, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan pada 16 April lalu atas alasan mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah.
Pilihan raya kecil 31 Mei itu membabitkan pertandingan empat penjuru antara calon PKR, Mansor Othman dan tiga calon Bebas iaitu bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Aminah Abdullah, pengurus syarikat keturunan Siam, Nai Khan Ari dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris.
Muhyiddin juga berkata walaupun kebanyakan isu yang dibangkitkan pembangkang dalam kempen mereka itu telahpun dijelaskan oleh kerajaan namun beliau telah mengarahkan jentera penerangan parti peringkat bahagian memberikan penjelasan kepada anggota parti dan masyarakat setempat dengan menggunakan platform yang lain.
"Pada masa yang sama, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), saya serta rakan pemimpin akan memberikan penjelasan dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau juga menyerahkan kepada kebijaksanaan penyokong BN di Penanti untuk membuat keputusan mengenai apa yang harus mereka lakukan pada pilihan raya kecil itu ekoran BN tidak bertanding atas sebab prinsip.
Mengenai rancangan pembangkang mahu melancarkan mogok lapar selama tiga hari bagi mendesak bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, beliau berkata, itu adalah hak mereka untuk berbuat demikian.
Tepat sekali. Selama ini pun kempen pembangkang mana ada isu yang dibangkitkan. Yang ada cuma kutuk mengutuk pemimpin BN lepas tuh penyangak semua bertepuk tangan. Kalau setakat nak menang dan nak berkuasa laepas tuh hampehhhhh tak payah.... Bincang kat dewan rakyat dan parlimen tuh lagi baik.....Apa yang diaorang buat kat kelantan sampai sekarang? penang, selangor,kedah dan perak ??
BalasPadamADA YANG PEMBANGKANG NAK BUAT KAT 5 NEGERI TU...TAK BAIK KATA PAKATAN TAK BUAT SESUATU...TU YANG DIA ORANG NAK BUAT KANDANG BABI TU KAN UNTUK RAKYAT JUGA.....MEMANG BODOH PAKATAN NI....YANG NAK DIBELA BABI...CUBA LA BELA YANG LAIN...
BalasPadam