tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 27 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:NIZAR /PEMBANGKANG SEMAKIN MELAMPAU

Lagak masing-masing bagaikan hero.Provokasi demi provokasi dilakukan secara berterusan seolah undang undang ada dibawah tapak kaki mereka.

Keputusan Sultan Perak tidak dipedulikan,sidang Dewan Undangan Negeri jadi kecoh dan kini keputusan mahkamah pula dipersendakan.

Baik DAP,PAS maupun PKR tahu protes, candlelight vigil dan terbaru aksi mogok lapar ini tidak akan bawa mereka kemana dalam usaha mendesak agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan.

Motif mereka jelas sekali setelah segala ruang untuk kembali berkuasa di Perak nampaknya sudah tertutup rapat.

Disebalik sangkaan mereka tindak tanduk bikin kecoh sana sini kononnya atas nama demokrasi boleh menarik simpati,makin ramai orang yang sudah naik jelak melihat gelagat yang tak sudah sudah ini.

Malah ada yang melihat pembangkang sudah makin melampau dan melampau.

“ Kita pun tahu apa jua tindakan pihak berkuasa untuk mengawal mereka akan digunakan sebagai modal untuk terus menjerit lagi.Bagi saya pihak berkuasa harus bertindak untuk menamatkan terus segala angkara ini,”kata seorang pembaca yang menelefon Agendadaily dengan nada geram.

Katanya dalam semua hal ada batasnya tetapi pembangkang merasa mereka semacam sudah ada lesen untuk buat apa saja.

This is too much …,”kata seorang pemanggil lain yang kata negara ini perlu ‘ ketenangan ‘ .

“Mereka yang mula dulu nak pancing dan nak pujuk wakil rakyat BN melompat…sekarang diri sendiri terjerat…apa lagi nak memekak tak sudah sudah ni.Mereka juga yang bawa hal ini ke mahkamah…mahkamah sudah buat keputusan Dr Zambry Menteri Besar yang sah…kenapa tak mau terima ,”katanya.

Seorang pemanggil lain berpendapat ini masalah sindrom orang yang merasa dirinya terlalu kuat,hebat dan hanya mau menang saja.

“Kita sama sama tengok sejauh mana mereka dapat membakar kemarahan orang akan berpihak kepada mereka.Saya sendiri dah naik fed up tengok sandiwara ini.

"Apa yang ada di depan mata di Perak cukup jelas 31 wakil rakyat di sebelah BN dan 28 di pihak mereka.Sebenarnya kita tak perlu mahkamah pun untuk putuskan siapa yang pegang majoriti,”katanya.

Menurutnya pihak berkuasa tidak harus bertolak ansur lagi dalam mengekalkan ketenteraman.” Ada masa berpolitik…ada masa orang nak hidup,”ujarnya.

1 ulasan:

  1. BACA NIE
    --------

    Seorang wartawan MSTAR, Zieman di dalam soalannya kepada Dr. Mohd Asri apakah hukumnya bagi seorang muslim yang menyertai mogok lapar menjawab:

    "Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.

    Dengan mukaddimah sedemikian, kita mendapati dua perkara yang jelas, yang pertama wartawan yang bernama Zieman sengaja menimbulkan soalan yang cuba memberikan persepsi negatif terhadap mogok lapar yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat Perak, dan yang kedua MAZA yang tidak tahu hujung pangkal menjawab solan provokatif wartawan berkenaan yang menjelaskan kepada kita beliau keliru atau tidak mengetahui bahawa program mogok lapar itu tidak seperti yang beliau fahami.

    Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang menjelaskan apa yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat ialah Program Puasa Sunat dan ia dianjurkan oleh PAS Perak yang berkebetulan dengan Program Mogok lapar dimana ia telah diputar belit oleh pihak tertentu sehingga memerlukan pejelasan lebih lanjut.

    Menurut beliau apa yang dianjurkan oleh PAS Perak adalah yang dianjurkan dalam ajaran Islam iaitu pada setiap awal bulan kalender Islam kita dianjurkan puasa sunat 3 hari berturut. Berkebetulan semalam adalah tepat 1 Jamadal akhir dan kita berpuasa sehingga Khamis ini.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH