PAS tidak perlu mendabik dada mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sebagai kubu kuat mereka kerana pada hakikatnya Barisan Nasional (BN) pernah menang kerusi itu.
Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata calon BN pernah menewaskan calon PAS di kawasan itu pada pilihan raya umum 1978 dan pilihan raya umum 2004, sekaligus membuktikan BN dan Umno mempunyai peluang pada pilihan raya kecil kali ini.
"Saya melihat cahaya yang terang di hujung terowong. Kita dapat lihat respons positif daripada penduduk di sini, saya sendiri pun terperanjat.
"Sebelum ini kita pernah menang di DUN Manik Urai, jadi kubu kuat PAS tidak pernah kukuh," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk miskin di Kampung Lela Jasa, Sungai Rek, di sini.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam mengadakan perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Kuala Krai di Pejabat Umno, di sini, dan bermalam di kampung berkenaan.
Katanya BN mengakui kehilangan banyak undi daripada golongan muda pada pilihan raya umum yang lalu namun tumpuan gerak kerja ditekankan kepada semua peringkat, tidak hanya tertumpu kepada golongan muda semata-mata.
Perubahan sikap juga semakin dapat dilihat terutama di kalangan golongan muda yang mula menaruh kembali keyakinan kepada BN dan kerajaan khususnya.
"Sebenarnya tidak semua golongan muda menyokong pembangkang tetapi dengan barisan baru pimpinan parti dan kerajaan, kita dapat lihat orang muda memahami peranan Umno dan BN sebagai sebuah parti dan kerajaan yang bertanggungjawab," katanya.
Berhubung soal calon, beliau berkata perkara itu diserahkan kepada pimpinan bahagian, negeri dan pusat untuk menentukan.
Pilihan raya kecil itu bakal diadakan berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri PAS kawasan itu Ismail Yaacob.
Ismail meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Baharu kirakira 5.55 pagi Jumaat lepas setelah dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak April lalu akibat sakit jantung.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilapor akan bermesyuarat esok untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu
bagi beras dan bermalam disana,,esok lak pakai kain pelikat dan minum kopi sambil berselipar jepun je,,aku dah muak fed up dan geli tengkuk selama lamanya lah rakyat digula gulakan utk sesuatu yang bila ada je pilihanraya kecil pembangunan mee segera akan ada..aku nak cabar bn lah jangan hadkan masa nak membuat kebaikan dalam sesuatu masa je,,,aku nak korang dari sekarang hingga kiamat hulurkan lah setidak tidaknya beras sekilo gula sekilo kopi/teh/milo sekampit.minyak masak sekilo roti 4 segi cap pingpong sebungkus dan sedozen telur ayam Gred aaa pada seluruh umat manusia di malaysia ni,,baru lah layak najib di gelar PM RAKYAT..ape yang dimerepekkan tak semua orang muda suka pembangkang,,kau punya research tak mantap dan fakta kau tak kukuh,,selama ni penyelamat bn hanya pengundi saluran satu je dan orang asli macam bah lontok je yg selamatkan korang,,adapun pemuda2 yg ada kat umno tu nak projek je dan besarkan tembolok,,engkau tahu tak yang golongan mudalah yg memenangkan pembangkang dan tertawan 5 buah negeri dari tangan bn,,itu fakta penamat dari aku semuga korang sedar segala kebobrokkan dalam bn mahupun UMNO,,piirah hulukan beras konon,,tapi tak pe dapat gula kacau dapat kain pakai dapat duit ambik tapi pangkah TETAP BULAN utk membangunkan ISLAM DAN MENEGAKKAN HUKUM ALLAH DI BUMI MALAYSIA,,SEKIAN DULU DAN BALIK KE ANGKASAPURI UNTUK BERITA MELOYA
BalasPadamaku dah agak dah ..ulasan aku tak kan berani nyer kau nak siar
BalasPadamulasan panjang lebar aku tadi mana
BalasPadam