PETALING JAYA: Mogok lapar 72 jam anjuran Pakatan Rakyat mulai hari ini tidak akan berjaya menarik perhatian Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mahupun kerajaan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), demikian komen penganalisis politik.
Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan pemimpin Pakatan Perak yang merancang mengadakan mogok lapar selama tiga hari bermula pagi ini sebagai sebahagian daripada usaha terbaru mereka untuk mendapatkan kembali hak rakyat.
Pakatan akan mengadakan mogok lapar di Wisma DAP yang terletak berhampiran denganBangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Exco dan DUN.
Menurut Nidzammudddin, usaha tersebut tidak akan berjaya menarik perhatian kerajaan mahupun Baginda Sultan untuk membubarkan sidang DUN kerana mentaliti masyarakat sudah berubah.
"Mereka cuba gunakan taktik meraih sokongan rakyat yang pernah digunakan di India. Kita tidak boleh samakan masyarakat sekarang dengan zaman dulu.
"Ketika zaman Mahatma Gandhi dulu, mereka gunakan taktik mogok lapar untuk meraih kemerdekaan.
"Hakikatnya, dalam situasi hari ini, ada yang tidak endah dengan ugutan sedemikian (mogok lapar). Lebih buruk, ada rajkyat yang tidak tahu bila aktiviti itu berlangsung," katanya.
Beliau yang juga pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, usaha pakatan pembangkang itu tidak akan ke berhasil sebaliknya mereka hanya menyusahkan diri masing-masing.
Sementara itu, Dr. Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM)berkata mogok lapar yang akan berlangsung esok dilihat sebagai satu usaha yang memperlihatkan Pakatan bersifat kolektif dalam apa jua mereka lakukan.
"Bagi saya hala tuju mereka adakan mogok lapar ini tidak dapat dipastikan. Sama ada mereka berjaya atau tidak, ia merupakan satu lagi persoalan," katanya.
Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Sivamurugan yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM berkata, mogok lapar tersebut dapat ditafsirkansebagai usaha yang komited ketiga-tiga parti gabungan dalam Pakatan.
"Mereka (DAP, PKR dan PAS) mahu menunjukkan mereka mengambil jalan penyelesaian secara kolektif dalam usaha membubarkan DUN Perak dan jalan terbaik yang mereka pilih adalah dengan mengadakan mogok lapar itu," katanya.
apa la punya mogok lapar yg tak lapar. apa macam mogok lapar tapi boleh minum susu. cuba la nijar yg pandai tu rampas microphone dap dan ajar cara berpuasa sunat yg sebenar. baru le ada dapat hikmah dan hidayah. baru tertonggeng cina dgn keling gila kuasa ni. baru betul menahan lapar dan dahaga. kalu boleh cukupkan 28 hari macam ramadhan. niat sebagai latihan. mana tau masuk islam nanti. kan si ngeh dah pandai baca Quran. cuma tak diajar bahwa islam tu agama yg amalnya didahulukan niat dan perbuatan, bukan main sebut-sebut aje.
BalasPadam