tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 15 September 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:UNDI POS HANYA ALASAN PAS ELAK MALU JIKA KALAH

SELAIN isu pengundi hantu yang sering dibangkitkan Pas setiap kali pilihan raya diadakan, undi pos juga dijadikan polemik mereka apabila merasakan kesukaran untuk memenangi kerusi yang akan ditandinginya.

Namun isu pengundi hantu dan undi pos tidak pula dibangkitkan sekiranya Pas memenangi kerusi terbabit. Alasan demi alasan akan ditonjolkan Pas sekiranya mereka kurang yakin untuk menang. Secara kebetulan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan, mempunyai kira-kira 4,000 pengundi pos dan ia adalah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.

Melihat kesukaran untuk merampas kerusi terbabit daripada Barisan Nasional (BN), Pas awal-awal lagi menjadikan undi pos sebagai halangan untuk mereka menang dan mempertikai ketelusan sistem undi pos. Tetapi jika kerusi yang kosong itu disandang pembangkang, nescaya Pas dari awal lagi akan mendabik dada bahawa mereka akan menang di kawasan itu. Berbeza di Bagan Pinang Pas bagaikan tiada ‘nafsu’ untuk bertanding.

Isu undi pos yang dipertikaikan Pas dipersoalkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, baru-baru ini.

“Saya hendak tanya kepada pembangkang, jika ada kawasan yang mereka menang, mengapa tidak dibangkitkan isu undi pos,” katanya.

BN tidak pula mempersoalkan kemenangan Pas di kawasan yang mempunyai undi pos. Contohnya di Parlimen Kuala Terengganu, kerusi BN jatuh ke tangan Pas.

Sedar akan laluan yang cukup berliku di DUN Bagan Pinang dan juga untuk mengelak malu jika kalah, maka awal-awal lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, mendakwa undi pos adalah ancaman kepada parti itu untuk menang.

“Ancaman kita di sana adalah undi pos yang mana jumlahnya agak besar. Jika tidak disabitkan undi pos, Pas hanya tewas kepada BN dengan majoriti 500 undi pada pilihan raya umum lalu.

“Anggota tentera yang membuang undi secara pos bukan saja menerima kertas undi, tetapi perlu melengkapkan borang khas yang perlu dikepilkan bersama dengan kertas undi sebelum dimasukkan ke dalam sampul surat.

“Pada borang itu pengundi perlu melengkapkan maklumat diri masing-masing dan ia akan membimbangkan anggota tentera untuk mengundi secara jujur sekiranya ingin memilih pembangkang,” katanya

Bagaimanapun BN tidak boleh terlalu yakin bahawa undi pos akan memihak kepada mereka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 3 Oktober sebagai tarikh penamaan calon dan 11 Oktober hari pengundian bagi pilihan raya kecil itu. Beberapa perubahan yang dibuat SPR sebelum ini menjadikan undi pos lebih telus.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata tidak bermakna pengundi pos dan juga kakitangan kerajaan akan menyokong BN.

“Jangan kata mereka yang mengundi secara pos akan menyokong kerajaan dan jangan juga yakin bahawa kakitangan kerajaan akan pangkah BN. Gaya pengundi kini sudah berubah dan kita melihat banyak juga yang tidak memihak kepada BN.

“Oleh itu BN perlu melakukan beberapa perubahan bagi mempertahankan kerusi itu, usah berkempen secara streotaip dan asyik menawarkan pembangunan, cara berkempen BN perlukan sentuhan baru,” katanya.

Namun, katanya faktor utama yang akan menentukan kemenangan BN pada pilihan raya itu nanti ialah calonnya. BN perlu mempertaruhkan calon yang benar-benar ‘bersih’ bagi memenangi hati pengundi kawasan itu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagaimanapun menegaskan undi pos dilaksanakan secara telus tanpa mengenakan sebarang ‘ancaman’ kepada pengundi yang tidak memihak kepada parti kerajaan.

Sambil merujuk pada dakwaan Pas bahawa undi pos memberi ancaman kepada parti itu, beliau menganggap tindakan sedemikian seperti takut pada bayang-bayang sendiri.

“SPR cukup telus dan sudah melakukan banyak pembaharuan termasuk terhadap sistem undi pos yang boleh menimbulkan banyak kekeliruan dan bantahan.. Malah, dengan tujuh daripada lapan pilihan raya kecil yang memihak kepada pembangkang sudah cukup membuktikan bahawa SPR telus dalam melaksanakan tugas,” katanya.

ANWAR NIZAR BANGSA=T:KENAPA PAS TAKUT SANGAT DENGAN PENGUNDI POS

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberi jaminan tidak berlaku penipuan atau pengundi hantu pada undi pos atau biasa dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, 11 Oktober depan.
kenapa Pas begitu takut dengan pengundi pos.Mereka sebagai rakyat Malaysia berhak untuk memilih kerajaan yang mereka fikir layak.Jadi jangan lah Pas terlalu takut dan sangsi dengan undi Pos.Dalam sejarah pilihanraya Malaysia belum lagi berlaku penyelewengan terhadap undi Pos.Yang menjadi masaalah hanyalah tidak mempercayai apa yang dilakukan oleh SPR.Sebagai sebuah badan bebas SPR tidak dikawal oleh sesebuah kerajaan.SPR adalah sebuah badan bebas dan tidak perlulah Pas terlalu emosi dalam keadaan ini.Mungkin ini alasan Pas nanti ,kerana memang diketahui Dun Bagan Pinang adalah kubu kuat BN dan Pas akan mencari berbagai alasan untuk menafikan kemenangan BN pada prk nanti.Seharusnya Pas harus mempercayai SPR yang memang menjalankan kerja mengikut lunas undang undang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ia kerana hanya mereka yang layak boleh mendaftar sebagai pengundi pos dan proses pengundian dilakukan dengan disaksikan pegawai SPR, ejen calon dan parti yang bertanding dalam pilihan raya berkenaan.

Beliau berkata, kertas undi yang sudah ditanda pengundi pos juga akan dijaga rapi pegawai SPR di dalam bilik khas berkunci dan bantuan daripada pihak polis turut diminta bagi memastikan tiada cubaan untuk menambah kertas undi dalam karung undi pos.“Saya memberi jaminan tidak berlaku apa-apa penipuan dalam pengundian sama ada undi pos atau undi biasa tetapi sekiranya ada bukti, saya meminta mereka memaklumkannya kepada SPR,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak yang ragu-ragu dengan ketelusan undi pos.

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:KHIR TOYO DISOAL OLEH SPRM

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo disoal siasat kira-kira enam jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rumah mewah beliau di Seksyen 7, Shah Alam dan penggunaan dana Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Beliau berada di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sejak pukul 8.30 pagi dan meninggalkan bangunan suruhanjaya itu kira-kira 2.30 petang tadi.

Timbalan Pengarah Siasatan SPRM, Sazali Salbi mengesahkan kehadiran bekas Menteri Besar itu untuk diambil keterangan.

Beliau juga mengesahkan Dr. Mohd. Khir diambil keterangan berhubung isu rumah mewah miliknya yang didakwa mencecah berjuta-juta ringgit dan penggunaan wang Balkis untuk tujuan bercuti di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Dr. Mohd. Khir berjaya mengelak daripada diburu wartawan dan jurugambar yang menunggu beliau di lobi Ibu Pejabat SPRM sejak 8 pagi dengan menggunakan laluan paras bawah tanah.

Malah difahamkan bekas Menteri Besar Selangor itu tidak menggunakan kereta beliau tetapi datang dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira bagi mengelak dikesan wakil-wakil media.

Dr. Mohd. Khir dalam kenyataan yang dipetik dari akhbar China Press hari ini berkata, beliau mampu membeli banglonya di Seksyen 7 kerana pernah menjadi Menteri Besar dan juga ahli politik.

Menurutnya, ketika mula membeli rumah itu, ia hanya bernilai RM3.5 juta tetapi selepas tiga tahun dan setelah diubahsuai, nilai rumah itu meningkat kepada RM5 juta.

Berhubung laporan siasatan SPRM ke atas banglo mewahnya itu, Dr. Mohd. Khir pernah berkata, beliau sentiasa bersedia untuk disiasat.

Isnin, 14 September 2009

ANWAR NIZAR MEMANG GILA KUASA:CALON BN PADA PRK DUN BAGAN PINANG

Penerimaan pengundi setempat wajib dijadikan kelayakan utama sewaktu memilih calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, kriteria lain seperti jawatan dalam UMNO bahagian mahupun umur calon tidak wajar digunakan sama sekali.

Katanya, pandangan itu adalah berasaskan pengalaman dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini yang menyaksikan kekalahan BN.

"Kita telah banyak belajar dalam pilihan raya kecil sebelum ini, memegang jawatan ketua bahagian tidak menjamin kemenangan seperti yang berlaku di Kuala Terengganu atau kerana calon itu muda (di Permatang Pasir), ia tidak bermakna pembangkang tiada isu untuk dipermainkan.

"Pilihan raya kecil sebelum ini menunjukkan yang penting ialah calon yang diterima rakyat tanpa mengira jawatan, umur, jantina, pangkat dan darjat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) dan menyempurnakan majlis pelancaran Pakaian Seragam Baru Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini hari ini.

Beliau mengulas isu calon yang sesuai untuk mempertahankan DUN Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohd. Nor akibat jangkitan darah awal bulan ini.

Berikutan kekosongan itu, UMNO Bahagian Teluk Kemang telah mencadangkan nama ketuanya iaitu Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang juga merupakan bekas Menteri Besar selama 22 tahun.

Beliau dicadangkan kerana mempunyai pengaruh yang kuat di kawasan berkenaan selain telah banyak berbakti kepada penduduk setempat.

Sementara itu, ditanya adakah kenyataan beliau memberi gambaran bahawa Mohd. Isa adalah calon yang paling sesuai, Hishammuddin berkata: "Tidak, saya tidak kata begitu, yang penting kalau seseorang calon itu tidak sesuai pada kita tetapi sesuai kepada pengundi di sana, maka bukan hak kita untuk menentukannya kerana ia adalah bidang kuasa pengundi di kawasan tersebut.

"Kalau Mohd. Isa sesuai untuk kawasan itu, maka sesuailah dan kalau tidak sesuai maka tidak sesuailah."

Ahad, 13 September 2009

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:PEMBANGKANG TIADA MASA DEPAN DALAM POLITIK MALAYSIA.

Sejak berjaya memenangi beberapa negeri pada pru lalu,Pakatan Rakyat dilihat tidak mampu memberikan pentadbiran yang baik sebagaimana yang diberikan oleh kerajaan BN dari sejak negara belum Merdeka lagi.Kemenangan Pakatan pada pru lalu boleh diibaratkan hanya sebagai satu protes rakyat yang melihat kerajaan BN sedikit terlalai kerana terlalu yakin dengan kemenangan cemerlang pada pru ke 11 dahulu.

Belum sampai dua tahun kerajaan Pakatan mentadbir dilihat banyak sekali kepincangan yang membawa implikasi yang besar pada rakyat yang berbilang kaum dinegara ini.Ini memandangkan kemelut antara mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) semakin membimbangkan terutama dalam isu membabitkan soal kaum dan agama.

Contoh yang ketara adalah isu kuil di seksyen 23 Shah Alam.Dilihat kerajaan negeri tidak mampu untuk menjadi sebuah kerajaan yang dihormati bila soal perpindahan kuil ini hanya diluluskan kerajaan negeri tanpa ada sebarang rundingan dengan masyarakat Islam yang merupakan suara majoriti di kawasan berkenaan.Perkara ini tidak akan menjadi isu sekiranya kerajaan Selangor yang diterajui PKR bertindak dengan adil terutama pada orang Islam disana dimana dilihat kerajaan negeri tidak perihatin dan tidak langsung mengambil berat akan masaalah orang Islam.

Kerajaan negeri hanya memikirkan keuntungan politik tanpa memperdulikan bantahan rakyat terutama masyarakat Islam.Begitu juga dengan soal arak dimana kerajaan negeri tidak langsung mengadakan sekatan dalam penjualan arak oleh peniaga peniaga yang mahu mengaut keuntungan dari hasil penjualan arak ini.

Lihat kerajaan Pakatan di Pulau Pinang pula dimana semasa pru lalu mereka telah membuat banyak janji kepada rakyat.Tapi akhirnya rakyat yang menjadi mangsa sekarang ini kerana kegagalan kerajaan menyelesaikan masaalah mereka.Ini termasuklah soal Kampong Buah Pala.Akhirnya rakyat faham siapa kerajaan yang perihatin dengan masaalah mereka.

Sabtu, 12 September 2009

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:KEPALA LEMBU,PENDUDUK SEKSYEN 23 DIJADIKAN MANGSA

KITA merasa amat pelik dengan pendakwaan segera yang dibuat oleh Peguam Negara dan polis ke atas pihak yang kononnya telah menghina agama Hindu dengan mengusung kepala lembu ke pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Isu kepala lembu ini pula telah dibesar-besarkan dan ditayang berulang kali dalam televisyen.

Tetapi bagaimana pula dengan isu pembinaan kuil Hindu di kawasan majoriti Melayu yang menjadi punca segala krisis? Kita harus melihat puncanya dan bukan mencari helah untuk menyelesaikan isu lain dan melupakan punca sebenarnya.

Penduduk Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, rasanya sudah cukup bersabar selama ini tanpa diambil peduli oleh kerajaan negeri Selangor. Bantahan yang dibuat secara berhemah tiada jawapan atau tindakan. Amat mengecewakan walaupun Ahli Parlimen dan ADUNnya adalah daripada Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam. Lalu pilihan apa lagi yang ada pada penduduk Seksyen 23?

Dalam isu ini, di manakah perginya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam untuk menyokong penduduk Seksyen 23 ini? Wakil Pas yang kononnya memperjuangkan kedaulatan Islam juga membisu, tidak boleh diharap malah telah bersekongkol dengan Pakatan Rakyat dalam isu ini.

Kita tidak mahu bercakap mengenai isu mengusung kepala lembu itu kerana ia terlalu subjektif. Apa yang ingin kita timbulkan di sini ialah selesaikan isu sebenarnya, iaitu pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu. Mengapakah dan dengan logik, apakah tempat itu yang dipilih oleh Kerajaan Selangor tanpa rundingan dengan penduduk setempat?

Kita juga ingin bertanya kepada Peguam Negara dan pihak polis, mengapa pendakwaan segera diambil hanya kerana isu kepala lembu dan konon menghina agama tertentu? Bagaimana pula penghinaan demi penghinaan yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu terhadap agama Islam? Malah kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu sering dipertikaikan di kalangan ahli politik sehingga membangkitkan kemarahan kepada orang Melayu dan agama Islam. Berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat tetapi mengapakah pendakwaan ini tidak disegerakan?

Insiden membuang kepala babi dalam masjid di Melaka dan di tepi pantai telah beberapa kali berlaku. Begitu juga dengan puluhan tunjuk perasaan dengan menyalakan lilin di hadapan balai polis, Padang Merdeka, pencerobohan Parlimen, sidang DUN bawah pokok, pergaduhan dalam DUN negeri Perak, benteng manusia di Kampung Buah Pala, tidur di atas jalan, Hindraf yang diharamkan masih aktif dan banyak lagi. Tindakan pendakwaan patut disegerakan, bukan pendakwaan pada kes-kes yang terpilih sahaja.

Bagaimanapun, kita amat bersimpati dengan penduduk Seksyen 23 berkenaan bantahan ini. Tetapi mungkin inilah harga yang amat mahal yang perlu dibayar oleh sebahagian daripada mereka kerana memilih parti Pakatan Rakyat.

TEOH BENG HOCK:PANDANGAN PAKAR DIPERLUKAN SPRM UNTUK MENENTUKAN KESASIHAN SAKSI DIDERA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendapatkan pandangan pakar dalam usaha menentukan kesan ‘lebam’ pada perut saksi ke-20 inkues, T. Sivanesan seperti ditunjukkan dalam gambar, benar-benar akibat kecederaan.

Peguam Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili SPRM pada prosiding inkues siasatan kematian Teoh Beng Hock memberitahu Mahkamah Koroner hari ini, pihaknya khuatir lebam yang didakwa Sivanesan hanyalah warna ubat yang disapu sebelum dia pergi ke kedai untuk mengambil gambar.

Selain ketiadaan gambar asal, laporan perubatan untuk mengesahkan kesahihan kecederaan dialami Sivanesan juga belum diperoleh SPRM untuk dijadikan asas dan panduan menyoal saksi berkenaan.

Sehubungan itu, Abdul Razak yang sepatutnya menyoal balas Sivanesan hari ini memohon supaya prosiding inkues tersebut ditangguhkan.

Permohonan Abdul Razak bagaimanapun dibantah oleh peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga mendiang Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

Kata Gobind, gambar-gambar ‘kecederaan’ yang dikemukakannya merupakan salinan yang dicetak daripada gambar asal yang tulen.

Beliau turut membantah permohonan Abdul Razak supaya inkues ditangguhkan memandangkan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang bersidang di Petaling Jaya semalam memerintahkan prosiding hari ini diteruskan seperti biasa.

Koroner Azmil Muntapha Abas yang membenarkan permohonan Abdul Razak kemudian menangguhkan inkues sehingga 17 September ini.

Menurut Azmil, penangguhan itu dibuat untuk memberi peluang kepada SPRM mendapatkan salinan gambar asal dan laporan perubatan yang diperlukan bukan sahaja untuk peguam bahkan bagi kegunaan mahkamah.

Terdahulunya, Abdul Razak memaklumkan, pihaknya telah memfailkan notis rayuan dan sijil perakuan segera di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Yeoh Wee Siam yang menolak permohonan semakannya semalam.

Wee Siam memutuskan, Azmil tidak terkhilaf ketika membenarkan Sivanesan memberi keterangan sebagai saksi dalam inkues tersebut.

Mahkamah Tinggi mendengar permohonan semakan itu setelah SPRM tidak berpuas hati dengan keputusan koroner bahawa keterangan Sivanesan adalah relevan kepada inkues tersebut.

Inkues tersebut diadakan berikutan kematian Beng Hock, 30, yang mayatnya ditemui pada pukul 1.30 petang, 16 Julai lalu di Plaza Masalam, telah menimbulkan banyak persoalan.

Ini kerana beberapa jam sebelum itu, mendiang baru selesai ditemu duga di ibu pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 plaza itu sebagai saksi berhubung dakwaan penyalahgunaan wang kerajaan negeri melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa saksi T.Sivanesan tu?? Dari hutan mana dia muncul? Tujuan bawak dia dlm inkues, hanyalah nak bagi tahu orang yg SPRM mendera orang bila menyiasat. Betul ke??? SPRM bukan polis atau tentera.

Kalau Teoh memang didera, kenapa dia masih nak lepak lagi kat premis SPRM dan minta izin tidur kat situ lepas sessi siasatan beliau habis?? kalau ikut lojik, mereka yg didera teruk, apabila habis siasatan, akan terus lari dan keluar dari kawasan tersebut dgn serta merta dan mungkin terus membuat laporan polis atau mengadu kpd SUHAKAM.

Dey thambi loyar Gobind Sink Biol, ..don't waste time ok...Teoh mati sebab bunuh diri. Ini teori yg paling besar kemungkinan. Teori kamu yg mengatakan Teoh didera memang tak logik langsung,dan hanya menunjukkan kebodohan kamu.


Jumaat, 11 September 2009

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:DUIT PERUNTUKAN KERAJAAN SELANGOR.EXCO TOLONG PERUT BESAR ATAU TOLONG RAKYAT

Nampak gaya dari apa yang di nyatakan oleh Ronnie,sejak Pakatan mengambil kerajaan dari BN makin ramai orang miskin lahir dalam zaman Pakatan menjadi kerajaan.Kenapa ini berlaku? sedangkan negeri Selangor boleh dikatakan sebagai sebuah negeri yang maju.Apakah yang dimaksudkan golongan miskin adalah perut perut besar yang hanya mahu membaham duit kerajaan dengan sewenang wenangnya.

Exco Selangor, Ronnie Liu membelanjakan semua peruntukan tahunan berjumlah RM600,000 yang disediakan kerajaan negeri untuk pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran dalam tempoh Januari sehingga Julai tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Pembangunan negeri itu juga berjanji memberi sumbangan RM88,180 termasuk majlis makan malam kepada beberapa pertubuhan dalam DUN itu sejak Ogos sehingga hari ini.

“Peruntukan untuk setahun itu habis kerana terlalu ramai golongan miskin yang perlu dibantu, selain permintaan sumbangan pihak persatuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan,” kata Liu pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Nampak gaya kerajaan Pakatan hanya membantu perut perut besar sedangkan rakyat yang memerlukan tidak merasai apa yang sepatutnya mereka dapat. Mungkin perkara inilah yang menyebabkan Teoh Beng Hock merasa tertekan dengan lalu.......lu orang pikir la sendiri.....

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:UMNO PARTI ISLAM,PAS PULA PARTI APA?

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat di negara ini.

Perdana Menteri berkata, ini kerana perjuangan UMNO adalah untuk membela dan menaik taraf hidup umat Islam termasuk membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutama di rancangan-rancangan Felda.

Beliau berkata, perubahan dalam kehidupan peneroka Felda yang kini menikmati kehidupan lebih baik berbanding dahulu hasil perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah selari dengan perjuangan Islam.

''Apakah yang kita (kerajaan) lakukan sekarang tidak Islam? Siapa kata perjuangan kita tak selari dengan tuntutan Islam?

''Walaupun tidak ada label Islam tapi kita telah melaksanakan tuntutannya, melakukan perubahan sehingga mengubah nasib peneroka Felda.

''Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam,'' tegas beliau.

Beliau menegaskan demikian dalam ucapannya pada Program Rahmat Ramadan Warga Felda (PRRWF) 2009 di Masjid An-Nur, Felda Teloi Timur di sini, hari ini.

Najib berkata, kerajaan tidak mahu Islam dianggap lemah tanpa menguasai pelbagai bidang termasuk ilmu, ketenteraan dan ekonomi.

''Kita tidak mahu melihat umat Islam berbalah seperti di Iraq sehingga masyarakat hidup dalam ketakutan di mana-mana,'' katanya.

Beliau turut meminta umat Islam mengambil iktibar ibadah pada bulan Ramadan dan perjuangan Rasulullah SAW dalam membentuk kekuatan rohani serta jasmani.

Perdana Menteri memberikan contoh, peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadan, seramai 313 umat Islam berjaya menewaskan musuh yang lebih besar walaupun dalam keadaan berpuasa.

''Mengapa tidak ambil panduan menerusi perkara ini. Kalau menerusi ibadat puasa pada zaman Rasulullah boleh menang, mengapa kita pada zaman ini tidak boleh mencipta kejayaan,'' katanya.

Perdana Menteri juga berjanji akan memastikan peneroka Felda sentiasa mendapat perhatian daripada kerajaan.

''Sebab itu, sejak dulu semasa saya menjadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri, saya minta untuk jaga Felda dan sekarang pun apabila menjadi Perdana Menteri, saya tak mahu lepaskan Felda," kata beliau.

Terdahulu, Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).

Beliau juga menyerahkan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM1.34 juta kepada lebih 4,000 peneroka Felda Wilayah Alor Setar serta menyampaikan Anugerah Khas PRRWF 2009.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan.

MUNGKIN KERANA PAS SUDAH TERJAMIN KEDUDUKAN NYA DI SYURGA TELAH MENYEBABKAN PAS TERUTAMA TGNA TIDAK LAGI MAHU PERPADUAN DENGAN ORANG ISLAM LAIN TERUTAMA DENGAN UMNO.BAGI PAS DAP DILIHAT LEBIH BAIK DAN MENUJU KEARAH ISLAM BERBANDING UMNO.

ANWAR NIZAR BANGSA=T:SIAPA PAK JANGGUT YANG DIMAKSUDKAN ,ADAKAH NIK AZIZ?

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya ‘Pak Janggut’ yang sanggup memutar belit ayat-ayat al- Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, ‘Pak Janggut’ turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

“Yang paling jelik, ‘Pak Janggut’ ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,’’ katanya.

Zulkifli berkata demikian di dalam blognya, http://zul4kulim. blogspot.com/ bagi mengulas isu pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam yang dirancang kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang tetapi dibantah penduduk Islam di situ.

Ia menyebabkan 12 penduduk Islam di kawasan itu dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dalam perhimpunan haram mengarak kepala lembu di hadapan bangunan kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini bagi membantah pembinaan kuil itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan identiti individu yang digelar ‘Pak Janggut’ itu.

Zulkifli berkata, memang umat Islam disuruh berlaku adil termasuk kepada bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam tetapi ia hanya terhad kepada soal menjaga kebajikan mereka termasuk memelihara tempat ibadah.

Katanya, umat Islam di situ bagaimanapun dilihat seolah-olah tidak mempunyai hak untuk bersuara dan hidup dalam keadaan aman harmoni berdasarkan status quo mereka.

“Umat Islam di situ dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dan perintah itu dikatakan dibenarkan di dalam al-Quran.

“Malahan mereka dikatakan berdosa kerana tidak mengikut al-Quran untuk membenarkan pembinaan kuil itu,” jelasnya.

Katanya, pembinaan kuil itu telah banyak diputar belit dan digembar-gemburkan sehingga menyebabkan isu sebenar pencerobohan tanah di kawasan itu untuk menghalalkan pemindahan dan pembinaan kuil yang haram terus tenggelam.

“Isu demonstrasi kepala lembu pula diputarbelitkan cerita sebagai menghina tuhan orang lain,” katanya.

Bagaimanapun Zulkifli berkata, tindakan yang dilakukan penduduk Seksyen 23 itu mengadakan perhimpunan haram dengan membawa kepala lembu dan memijaknya tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan persepsi yang negatif.

Katanya, ada banyak cara lain untuk menunjukkan ketidakpuasan hati dalam isu tersebut contohnya memfailkan saman dan injunksi menghalang keputusan kerajaan Selangor itu.

Khamis, 10 September 2009

ANWAR NIZAR PENGKIANAT BANGSA=T:UMNO BN PERLU DIJENAMAKAN SEMULA SEBAGAI SUARA RAKYAT

DALAM tempoh terdekat ini, negara akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil, iaitu yang kesembilan sejak pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu menjadikannya yang terbanyak pernah berlaku dalam sejarah politik negara. Kali ini ia membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Negeri Sembilan, berikutan kematian wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Azman Mohamad Noor, Jumaat lalu.

Tarikh penamaan calon dan hari pengundian akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Isnin ini dan besar kemungkinan diadakan akhir Oktober ini berikutan beberapa peristiwa penting, termasuk Aidilfitri dijangka jatuh pada 20 September selain Deepavali pada 17 Oktober serta juga perhimpunan khas Umno pertengahan bulan itu serta sidang Dewan Rakyat mulai 19 Oktober juga.

Apa pun pemilihan kali ini amat kritikal bagi Umno dan BN bukan saja kerana ia perlu mempertahankan kerusi itu memandangkan majoriti enam kerusi saja di DUN Negeri Sembilan, malah lebih penting ialah menahan arus prestasi buruknya dalam tujuh pilihan raya kecil sebelum ini daripada terus berlarutan.Daripada lapan pilihan raya kecil itu, BN hanya dapat mempertahankan kerusi DUN Batang Air di Sarawak. BN bagaimanapun gagal mempertahankan kerusi Parlimennya di Kuala Terengganu apabila calonnya kalah kepada Pas dengan majoriti selesa 2,631 undi berbanding majoriti hanya 628 undi yang dimenangi BN ketika pilihan raya umum Mac 2008.

Walaupun tujuh kerusi lain yang ditandingi itu adalah kerusi Pakatan Rakyat (PR), BN tidak sedikit pun dapat menjejaskan kedudukan PR. Hanya untuk kerusi DUN Manek Urai di Kelantan saja ia dapat memberikan saingan sebenar hingga mengurangkan majoriti kemenangan Pas daripada 1,352 undi kepada hanya 65 undi.

Bahkan bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti di Pulau Pinang, BN memberikan laluan percuma kepada PKR apabila tidak pun meletakkan calon. Hasilnya hanya 46 peratus daripada sejumlah 5,384 pengundi berdaftar, keluar mengundi iaitu satu jumlah undian terkecil pernah berlaku.

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada trend pengundian yang tidak langsung memihak kepada BN ini? Jelas sekali sokongan terhadap Umno dan BN semakin merosot. Tetapi apakah benar pandangan sesetengah bahawa rakyat kini sudah begitu meluat terhadap Umno dan BN hingga memilih sesiapa saja yang menentangnya?

Malangnya ramai yang berpandangan sedemikian. Inilah sebenarnya hakikat kedudukan politik negara sekarang. Dulu pernah dikatakan pengundi akan memilih sesiapa saja yang menjadi calon BN. Tetapi kedudukan itu sekarang sudah terbalik dan sesiapa pun yang diletakkan sebagai calon menentang BN, akan terpilih.

Inilah sebenarnya yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac 2008 apabila calon PR di sesetengah kawasan yang terdiri daripada mereka yang tidak pernah berkecimpung dalam politik, yang masih mentah hingga ada yang hanya boleh bertutur bahasa Melayu pasar pun terpilih.

Trend ini masih berterusan jika dilihat dalam pilihan raya kecil yang sudah berlalu.

Kesimpulannya ialah BN khususnya Umno perlu berubah sikap. Ia tidak lagi boleh berlagak seperti dulu. Pemimpinnya pada peringkat bahagian dan cawangan tidak lagi boleh bersikap bongkak atau sombong dan bertindak untuk kepentingan sendiri saja. Rakyatlah yang perlu diutamakan kalau hendakkan sokongan mereka.

Dengan itu pemilihan calon juga amat penting. Jangan ulangi apa yang terjadi di Permatang Pasir dengan memilih seorang yang tidak berwibawa dan yang berdepan pelbagai masalah termasuk masalah peribadi. Sekiranya BN ingin mempertahankan kerusi Bagan Pinang, calonnya hendaklah seorang yang tidak akan menimbulkan apa-apa kesangsian sekali pun. Sebolehnya seorang yang tidak mempunyai cacat cela atau sejarah yang menjengkelkan.

Apa pun arus yang membawa BN ke kedudukan mencemaskan ini harus disekat dan diubah kiranya BN berhasrat untuk mendapat sokongan rakyat untuk dipilih lagi menerajui kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Kalau tidak, ia juga akan mengalami nasib sama seperti menimpa Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang disingkirkan dengan kekalahan teruk selepas menerajui negara itu selama 55 tahun. Parti baru Demokratik meraih 308 kerusi berbanding hanya 119 kerusi yang dimenangi LDP dalam pilihan raya pada 30 Ogos lalu.

Malah ramai sudah pun membuat ramalan terhadap kemungkinan BN juga mengalami nasib sama seperti LDP Jepun ini jika ia tidak berubah sikap. Dikatakan ramai yang menyertai Umno sekarang bukannya untuk memperjuangkan kepentingan rakyat tetapi untuk mengisi temolok sendiri. Amalan rasuah dan politik wang perlu dihapuskan sama sekali kiranya ia mahu terus menjadi relevan.

Dengan itu perhimpunan khasnya pada pertengahan Oktober nanti akan menjadi tanda penunjuk apakah Umno sudah sedia untuk mengubah diri menghadapi keadaan baru ini. Kalau tidak ia tentunya akan mengalami nasib sama seperti yang berlaku kepada LDP.

Parti-parti komponen BN khususnya MCA dan MIC juga menghadapi masalah lebih-lebih lagi MCA yang seolah-olah sudah terbahagi dua, manakala MIC pula seperti parti yang sudah tua yang memerlukan suntikan barisan pimpinan baru.

Apakah kedua-dua komponen utama BN dapat menyelesaikan masalah dalaman masing-masing hanya masa akan menentukan. Sebenarnya BN tidak pun berdepan dengan saingan yang mantap. Lihat saja apa yang sedang berlaku antara ketiga-tiga parti yang mendokong Pakatan Rakyat khususnya Pas dan DAP.

Kedua-dua parti ini tidak langsung mempunyai matlamat perjuangan yang sama. Perbalahan terus saja berlaku antara mereka dan tentunya kerajaan yang mereka terajui juga tidak akan mantap seperti berlaku di Selangor dan Pulau Pinang. PKR pula lebih mementingkan perjuangan seorang yang begitu teringin untuk menjadi Perdana Menteri.

Walaupun demikian perasaan menyampah terhadap BN khususnya Umno kalau dibiarkan berterusan akan membuatkan pengundi memilih siapa saja yang menentangnya. Inilah kedudukan yang perlu ditangani BN sekiranya tidak mahu menjadi seperti LDP di Jepun.

ANWAR NIZAR PENGKIANAT BANGSA=T:KHALID SAMAD CUBA TUTUP KELEMAHAN SENDIRI

SEMUA orang arif peribahasa 'lempar batu sembunyi tangan'. Orang yang melempar batu cuba menyembunyikan tangan yang dilempar. Jika batu dilempar di kawasan tersembunyi, mungkin tiada mata yang nampak tangan siapa yang melempar.

Tetapi jika batu dilempar secara terang-terangan dengan sorotan wajah-wajah yang dikenali mewakili parti mana - sudah tentu tidak ada masalah untuk mengenal tangan yang melempar.

Sebab itu timbul kepelikan yang melampau apabila barisan pemimpin pakatan pembangkang terutama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak henti-henti menamakan UMNO sebagai dalang di sebalik perarakan menentang cadangan memindahkan tapak kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di Shah Alam.

Terbaru Yang Dipertua Pas Selangor itu menuduh pula UMNO sebagai perancang kekecohan dan 'kebiadapan' yang berlaku semasa sesi dialog antara penduduk di kawasan tersebut dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketika merujuk kepada 'dalang' insiden tersebut, Khalid dalam laman blognya antara lain berkata: "Semua tahu yang berperangai sedemikian bukan ahli Pas dan bukan PKR. Nafikanlah berapa kali sekali pun, rakyat tahu ini perangai UMNO."

Di bahagian penutup catatannya, beliau dengan mudah membuat rumusan: "Sambil semua perkara ini diusahakan, saya berharap semua bertenang dan bersabar. Insya-Allah masalah ini akan diselesaikan dengan baik walaupun UMNO berusaha untuk menggagalkannya. Itulah sahaja yang UMNO pandai buat. KACAU."

Mulia sungguh hati wakil rakyat Shah Alam itu apabila memuji ahli-ahli Pas dan PKR tidak berperangai biadap atau gemar menghasut orang lain untuk bertindak seperti apa yang berlaku semasa sesi dialog tersebut.

Sedangkan umum mengetahui sejauh mana 'beradap sopannya' ahli-ahli pakatan pembangkang dan 'kegemaran' mereka - berdemonstrasi, mencetuskan kekacauan, huru-hara hatta negara ini terbalik pun, tidak akan dihiraukan asal saja matlamat tersebut tercapai.

Siapa yang boleh lupa demonstrasi besar-besaran menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini dan ahli dari parti mana yang menjadi peserta terbesar sehingga mengganggu urusan harian warga kota dan mendatangkan kerugian kepada para peniaga?

Itukah adab yang dibangga-banggakan Khalid? Atau pada fikiran pemimpin itu, UMNO menjadi dalang di sebalik demonstrasi tersebut sehingga ahli-ahli yang beradab dan bersopan santun bertukar menjadi ganas dan bertindak semberono melanggar segala peraturan dan undang-undang negara.

Dan menyorot tuduhan UMNO mendalangi demonstrasi dan dialog berhubung cadangan pembinaan kuil itu, bodoh sangatkah peserta-peserta yang diakui turut menganggotai parti-parti pakatan pembangkang untuk digunakan oleh UMNO bagi mencetuskan suasana seperti itu?

Tidak berpendiriankah mereka sehingga sanggup 'diperalatkan' jika benar UMNO yang merancang supaya suasana dialog kononnya untuk mencari penyelesaian isu tersebut menjadi kecoh dan umpama manusia tidak bertamadun?

Sebab itu Khalid menuduh UMNO menjadi perancang malah menamakan menteri-menteri dalam Kabinet bersekongkol dalam kedua-dua kejadian yang hakikatnya tercetus akibat kegagalan pentadbiran kerajaan negeri menangani setiap masalah yang timbul secara bijak.

Untuk menutup kelemahan mereka - cara paling mudah seperti yang dilakukan oleh Khalid adalah dengan memindahkan kesilapan kepada UMNO, menuduh parti itu sengaja merancang demonstrasi dan kekacauan semasa dialog.

Hakikatnya, baik demonstrasi mahu pun apa yang terjadi semasa dialog itu adalah luahan rasa tidak puas hati penduduk terhadap kerajaan negeri. Isu cadangan pemindahan tapak kuil telah disuarakan sejak beberapa bulan lalu, tetapi tiada siapa yang menyahut.

Tiada tindak balas jauh sekali layanan di pihak pentadbiran untuk sekurang-kurangnya menyejukkan hati penduduk yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO dan pakatan pembangkang.

Kegagalan itu menyebabkan penduduk tidak berpuas hati lantas berarak sehingga berlaku pelbagai perkara di luar dugaan termasuk kemunculan 'kepala lembu' - insiden dikatakan di luar perancangan penduduk yang berdemonstrasi.

Kejadian yang melibatkan kepala haiwan bukan pertama kali di negara ini. Ia telah banyak kali berlaku sebelum ini, ada yang membawa kepala babi ke dalam surau tetapi tidak pula dituduh orang UMNO atau orang Pas atau orang DAP atau orang PKR yang menjadi dalangnya.

Inilah yang dinamakan 'denial syndrome'. Khalid cuba mengelabukan mata rakyat dengan membuat penafian berlapik. Walhal seperti yang diakui Penasihat DAP, Lim Kit Siang, keyakinan rakyat terhadap pakatan pembangkang kini goyah. Malah beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana beberapa isu gagal ditangani atau diselesaikan oleh pakatan pembangkang.

Mengapa pemimpin DAP boleh mengaku kelemahan mereka tetapi Khalid cuba menepis fakta yang boleh dilihat secara terang-terangan. Pemimpin Pas itu masih terus mahu menjadi jaguh sedangkan masalah yang terbentang di hadapannya belum dapat diselesaikan dengan baik.

Masih ada ada rasa tidak puas hati penduduk Seksyen 23 terhadap wakil rakyat mereka dan Menteri Besar yang diharap dapat menjadi pemudah cara bagi menyelesaikan isu tersebut dan bukannya dengan mengeluarkan kenyataan menambah kekusutan sedia ada.

Tidak terfikirkah Khalid apabila rasa tidak puas hati rakyat gagal dibendung, ia akan melimpah menjadi api kebencian lantas menyemarak membakar apa sahaja yang terlintas di hadapan mereka.

Kemarahan itulah yang menyebabkan suasana kalut dan maki hamun terhambur semasa dialog itu berlangsung. Ia bukan berpunca daripada orang lain atau didalangi oleh UMNO.

Segala-galanya bermula daripada sikap acuh tak acuh kerajaan negeri dan wakil rakyat Shah Alam itu sendiri terhadap isu yang dibangkitkan dan untuk menutup kesalahan tersebut maka selayaknya UMNO dikambing-hitamkan.

Sedangkan boleh saja orang lain menuding bahawa sebenarnya pakatan pembangkang yang menjadi dalang segala-galanya dengan satu tujuan - kerana mereka telah tahu di bahu siapa beban tersebut akan dipindahkan.

Hakikatnya, kemarahan yang mendorong tercetusnya penentangan dan demonstrasi bukan satu budaya, jauh sekali menjadi budaya UMNO.

Dan Khalid mesti ingat dalam setiap perancangan pandangan penduduk mesti diutamakan. Rakyat mengundi Khalid sebagai wakil rakyat justeru mereka mahu suara dan pandangan mereka diambil kira.

Apabila cadangan pembinaan kuil itu tidak mengambil kira sensitiviti serta pandangan rakyat maka natijahnya adalah penentangan yang berlaku semasa dialog tempoh hari. Dan ia dilakukan secara rela tanpa mana-mana parti perlu menjadi dalang.

ANWAR NIZSAR PEROSAK PERPADUAN:KEMENANGAN PEMBANGKANG PERLU DI SEKAT DI BAGAN PINANG.

Dun Bagan Pinang adalah prk yang ke 9 dan ini adalah satu prk yang amat bermakna bagi Umno Dan BN.Apa cara sekalipun Umno BN perlu memenangi kerusi ini bagi memperkuatkan lagi keyakinan rakyat yang Umno BN masih lagi diterima oleh rakyat negara ini.Sudah pasti Umno dan Pas akan berentap bagi memenangi kerusi ini.Buat Umno BN kemenangan amat amat diperlukan kerana kerusi yang dimenangi pada pru lalu adalah salah satu kubu kuat Umno di sana.

Kemenangan pembangkang harus ditamatkan kerana sekiranya Umno tersungkur juga sudah pasti pada pru nanti Umno kena bekerja dengan gigih lagi bagi memenangi hati pengundi yang baru.Kalau mengikut perkiraan undi yang BN perolehi disetiap prk lalu boleh dikatakan Umno masih diterima oleh sebilangan besar orang melayu dimana orang melayu masih mengharapkan Umno sebagai tunjang kepada kekuatan orang melayu.Jadi untuk undi dari lain lain kaum,disinilah MCA ,GERAKAN dan MIC perlu bersama Umno untuk mengembeling seluruh jentera parti agar undi bagi kaum ini nanti akan terus berada dalam gengaman BN.

Kemenangan di Bagan Pinang dilihat akan memberikan satu harapan kekuatan pada BN untuk menghadapi dengan lebih menyerlah dalam setiap prk dan pada pru nanti.Walau pun kita yakin yang Umno BN akan berjaya namun dalam politik, sekiranya tersalah percaturan - terutama soal calon - ia mampu memberi kesan besar.Disinilah soal calon yang benar benar layak harus diberi pertimbangan agar setiap apa yang kita ketengahkan walau sesiapapun nanti, calon ini nanti harus lah dilihat bersih dari sebarang keraguan agar pengundi tidak akan ragu ragu untuk memilih calon yang BN tonjolkan.

Jadi siapa yang akan terpilih nanti ,haruslah pemimpin ini akan diterima oleh seluruh penyokong BN agar tidak akan berlaku pulau memulau dibelakang nanti.Calon mesti disaring, ditapis dan diteliti daripada pelbagai aspek termasuk latar belakang peribadi agar tidak dipersoal dan dimanipulasi oleh pembangkang sewaktu kempen.Disinilah letaknya sikap kita bagi meletakan kepentingan parti dari kepentingan peribadi.

Diharapkan pada semua pemimpin dan seluruh penyokong yang mahukan kejayaan BN haruslah ingat pesanan Datuk Seri Najib Razak agar menjadikan pengalaman sewaktu PRK-PRK sebelum ini sebagai iktibar jika ingin mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang.Maka bagi menjamin kemenangan dengan majoriti lebih besar, parti-parti komponen BN mesti memainkan peranan dengan lebih proaktif. UMNO/BN harus memperkasakan strategi mempengaruhi pengundi ke arah memastikan kemenangan.

Momentum kemenangan pakatan pembangkang harus dihentikan segera. Tidak mustahil ia dapat dibuktikan di Bagan Pinang.Ingatlah hanya dengan kemenangan di Bagan Pinang sahaja yang akan mengekalkan majoriti dan kesinambungan kuasa di DUN negeri tersebut.Kekalahan akan menjadikan kerajaan BN dinegeri Sembilan akan dilihat akan semakin lemah dan ini adalah sesuatu yang mahu kita elakan.

Jadi sebelum kekalahan yang kita akan terima ..Perlulah kita berusaha dengan gigih lagi kerana hanya dengan usaha yang berterusan dan sungguh sungguh bagi meyakinkan rakyat yang akan membawa kejayaan.Jadi pada semua pemimpin kerjalah dari sekarang dan jangan kita duk mimpi yang kejayaan hanya akan datang bergolek.

SEMOGA UMNO BN AKAN TERUS DITERIMA OLEH RAKYAT TERUTAMA PENGUNDI DI BAGAN PINANG....RENUNG RENUNG KAN LA.....

ANWAR NIZAR PENGKIANAT BANGSA=T:UMNO BN PERLU DENGAR SUARA AKAR UMBI DI BAGAN PINANG

TIADA laluan mudah untuk Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dalam Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Walaupun diakui pengaruh Ketua Umno Bahagiannya, Tan Sri Mohd Isa Samad, terlalu sukar digugat di negeri itu. Istilah 5-3 menjadi sindiran dan mungkin gambaran betapa bekas Menteri Besar itu mempunyai pengaruh kuat dalam lima bahagian Umno berbanding tiga menyokong penggantinya, Datuk Seri Mohamad Hasan. Namun DUN Bagan Pinang terletak dalam kubu Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut memenangi DUN Chuah dan DUN Port Dickson. DUN Lukut pula milik DAP yang turut bernaung dalam Pakatan Rakyat.

BN turut menang satu lagi kerusi iaitu DUN Linggi. Berdepan tiga DUN pembangkang dalam Parlimen itu, ternyata tugas mempertahankan DUN Bagan Pinang bukan kerja mudah. Semestinya PKR akan menggembleng kekuatan dari luar untuk menggempur Bagan Pinang yang turut memiliki 4,854 pengundi pos, yang tentunya belum cukup untuk menjamin kemenangan mudah buat BN. "Undi pos tidak menjamin kemenangan BN sebaliknya BN perlu bekerja lebih kuat untuk memastikan kemenangan itu," kata Mohamad, semalam.

Untuk rekod BN tewas dalam enam pilihan raya kecil iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau, Manek Urai serta terbaru Permatang Pasir. BN hanya menang di DUN Batang Air, Sarawak dan tidak bertanding di DUN Penanti, Pulau Pinang. PKR pasti akan mengeksploitasi dan memanipulasi apa saja perkara untuk dijadikan modal politik dalam membina kekuatan serangan. Justeru, pucuk kepemimpinan BN dengan nasihat dan pedoman Umno Bahagian Teluk Kemang serta Umno Perhubungan Negeri mesti memilih calon yang benar-benar kalis serangan membunuh karakter yang lazim bersifat peribadi. Jika memilih Mohd Isa seperti yang digembar-gemburkan, perhalusi kemungkinan pembangkang memainkan isu beliau antaranya pernah dikaitkan 'politik wang' ketika bertanding jawatan Naib Presiden Umno.

Seperti pengundi Melayu di kawasan lain, mereka sangat sensitif dengan isu peribadi. Dengan 64 peratus pengundi adalah Melayu (8,929 orang), Cina 10.8 peratus (1,506) manakala India 20.4 peratus (2,846) dan lain-lain 4.9 peratus (683) maka pembangkang dengan mudah mampu meraih sokongan pengundi Melayu jika mereka memainkan isu peribadi. Biarpun Mohd Isa dikatakan berpengaruh di Negeri Sembilan namun kekalahan tiga calon bagi kerusi BN di DUN Chua, Lukut dan Port Dickson yang majoriti pengundi adalah Cina dan India perlu diambil kira.

Apakah 1,506 pengundi Cina di Bagan Pinang akan bersikap seperti pengundi Cina di Permatang Pasir? Apakah pertelagahan dalaman MCA kini memberi kesan dan ke mana pula undi 2,846 pengundi keturunan India ketika isu pemindahan kuil di Shah Alam belum selesai? Di kalangan pengundi Melayu, berapa yang akan memihak kepada PKR (atau Pas) serta berapa pula akan memprotes jika calon BN bukan daripada kalangan mereka?

Bagaimana pula pengaruh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Mohd Faizal Ramli, yang meraih majoriti 4,411 undi berbanding Allahyarham Azman Mohd Nor (2,333 undi)? Wajarkan beliau perlu dimasukkan dalam senarai calon BN? Justeru, tidak kira siapa yang dipilih, yang penting calon itu mesti bersih dan tidak ada masalah yang boleh dieksploitasi atau dimanipulasi pembangkang. Mengambil iktibar daripada lapan pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, faktor calon jelas menyumbang kepada keputusannya.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai, adalah contoh terbaik dan seimbang bagaimana calon memainkan peranan penting. Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dan Mohd Fauzi Abdullah (Pas) adalah orang yang disukai dan popular di situ. Kedua-duanya memiliki personaliti baik dan asas sokongan yang ampuh iaitu mempunyai kaum keluarga, sahabat handai dan penyokong yang cukup kuat. Lantas kewibawaan Tuan Aziz berjaya menurunkan majoriti undi kemenangan Pas. Tetapi peribadi dan hubungan baik Fauzi dengan masyarakat berjaya menyelamatkan beliau daripada kekalahan. Jadi, ini bukti faktor calon turut menyumbang kepada kemenangan seseorang calon pilihan raya.

Justeru, kata putus memilih calon BN di Bagan Pinang biar dibuat selepas memperhalusi kesan, keperluan dan keutamaan semua sudut. Walaupun kisah calon BN dalam pilihan raya DUN Permatang Pasir, Rohaizat Othman, hanya tinggal bualan dan sejarah namun 'kebolehan' pembangkang mengeksploitasi peribadinya sangat mengagumkan sehingga calon BN itu tidak upaya menangkis serangan bertubi-tubi sepanjang lapan hari berkempen.

Menurut seorang pemimpin masyarakat, kepemimpinan perlu mendengar suara dan maklum balas akar umbi dalam menilai seseorang untuk menjadi bakal calon parti termasuk bagi DUN Bagan Pinang. "Kemenangan atau kekalahan seseorang calon adalah satu manifestasi atau mesej daripada rakyat kepada kepemimpinan termasuk dalam memilih calonnya," kata Timbalan Pengerusi Komuniti Bestari Jelatek, Zon Titiwangsa di ibu negara, Jabbar Sartin.

Katanya, dalam banyak perkara berkaitan pemilihan calon, kepemimpinan Umno bahagian atau negeri tidak mahu mendengar suara akar umbi dan ini mendorong mereka sama ada menolak, enggan bekerjasama atau mensabotaj calon sendiri. "Pengundi akan tengok seseorang calon daripada hujung rambut sehingga ke hujung kaki," kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, sambil menyifatkan penapisan bakal calon dilakukan dengan teliti, terperinci dan mencakupi semua sudut.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Lembah Pantai, M Sazali Kamilan, berkata selain cadangan Umno bahagian, panel pemilih perlu mendengar pandangan semua Umno cawangan sebelum memutuskan seseorang layak menjadi calon parti. Malah jangan dinafi atau dipinggirkan jika seorang ahli biasa layak dicadangkan menjadi calon, katanya.

BN juga perlu mengkaji kesan kalah atau menang Mohd Isa terhadap Umno negeri dan kestabilan BN keseluruhannya. Justeru, bebaskan pemilihan calon BN di Bagan Pinang ini daripada sentimen Mohd Isa atau Mohamad. Cari calon yang mendapat sokongan kedua-dua pihak untuk menjamin kemenangan BN. Pengalaman di Permatang Pasir harus dijadikan pengajaran.

Seperkara lagi, BN perlu mengawal kehadiran individu pemimpin atau penyokong yang datang untuk menambah koleksi 'pameran kereta mewah dan berlagak' yang boleh mencetuskan rasa muak atau tidak selesa penduduk tempatan. Jika mahu melihat BN menang dan melakukan 'checkmate' terhadap kemaraan lawan, Bagan Pinang mungkin gelanggang terbaiknya.

Rabu, 9 September 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:ALAHAI TGNA,BERDAMAILAH ,AMBIL KEBERKATAN SEMPENA RAMADHAN

PINTU rundingan demi kepentingan umat Islam negara ini masih terbuka luas. Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin sekali lagi mengulangi kesanggupannya untuk berunding dengan Pas.

Namun, Presiden UMNO itu turut menegaskan, parti itu tidak akan sekali-kali menggadai maruah.

Menurut Najib, sekiranya Pas mahu menerima huluran tangan UMNO untuk berunding, rundingan itu perlu dilakukan secara baik.

Maksudnya janganlah ada pihak yang bertindak sewenang-wenangnya mempersoalkan akidah ahli-ahli UMNO.

Tawaran rundingan oleh Presiden UMNO itu seharusnya dilihat daripada sudut positif dan optimis.

Walaupun ahli-ahli UMNO telah dihina dan diperlekehkan dengan pelbagai gelaran dan tohmahan sebelum ini tetapi demi masa depan Melayu dan Islam, Najib tetap menghulurkan usaha perdamaian.

Apa yang dilakukannya itu merupakan satu pengorbanan. Dan pastinya ia dilakukan dengan mengambil kira usaha membela nasib umat Islam dan orang Melayu.

Pas seharusnya mengambil kesempatan daripada tawaran ini untuk merenung semula situasi semasa di dalam negara.

Lihatlah apa yang berlaku ketika ini. Lihatlah juga bagaimana sikap segelintir pihak yang dengan mudah memperlekeh dan memperkotak-katikkan orang Melayu dan umat Islam dewasa ini.

Jadikanlah semua itu sebagai iktibar. Sudah tiba masanya untuk umat Melayu Islam dalam UMNO dan Pas untuk bersatu. Ingatlah, ia demi masa depan survival Melayu Islam sendiri.

Najib pastinya melihat situasi semasa dengan penuh keinsafan.

Maka beliau tidak segan untuk sekali lagi menawarkan jalinan persahabatan dengan Pas. Namun beliau awal-awal lagi telah memberi 'syarat'. Beliau mahu rundingan itu dibuat secara berhemah.

Unsur berhemah sebenarnya merupakan asas untuk memastikan sesuatu rundingan itu berjaya. Lagipun ia selaras dengan tuntutan Islam. Dalam keadaan ini, kesanggupan Pas untuk menyambut huluran UMNO dinanti-nantikan.

Persoalannya, adakah Pas mahu menyambut huluran itu? Namun jika dilihat pada jalinan persahabatan Pas dan DAP, rasanya tidak salah untuk parti itu turut bekerjasama dengan UMNO.

Apa salahnya jika Pas-UMNO berunding? Setiap keputusan lebih afdal jika diputuskan melalui rundingan. Ia sangat dituntut oleh Islam. Pas pastinya lebih arif mengenainya.

Maka tidak salah rasanya untuk Pas menyambut huluran UMNO. Berundinglah demi masa depan Melayu dan Islam.

Namun seperti yang diminta oleh Najib - dan seluruh ahli UMNO - Pas perlu berhenti membuat tohmahan atau tuduhan melulu.

Parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu juga perlu mengelak daripada mempersoal tujuan UMNO menawarkan rundingan.

Jangan curiga dan jangan menaruh syak wasangka.

Fikirkanlah bahawa semua itu tidak lain tidak bukan hanya untuk membela dan mempertingkatkan kedudukan umat Islam.

Jadikan usaha membela umat Islam dan rumpun Melayu sebagai matlamat utama menjalin kerjasama.

Berlainan fahaman politik tidak salah tetapi jangan sampai berlaku perpecahan keterlaluan.

Ingatlah bahawa keadaan itu akan memberi ruang kepada banyak pihak untuk tampil "menangguk di air keruh".

Ambillah kesempatan sempena Ramadan yang mulia ini. Bermaaf-maafanlah sesama kita. Lupakan perselisihan dan permusuhan lama. Lupakan semangat 'assabiyah' yang boleh menghancurkan bangsa.

Kita percaya jika Pas dan UMNO menjalin kerjasama, Melayu dan Islam akan menjadi lebih kuat. Dan pastinya kita tidak akan mudah diperlekehkan kerana telah menjadi golongan majoriti yang bersatu.

TEOH BENG HOCK:SPRM BUAT LAPORAN POLIS

Lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk Mohd Ashraf Mohd Yunus yang juga seorang saksi dalam inkues menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Pengarah SPRM Selangor, Jaafar Mahad, memberitahu wartawan di luar IPD di sini bahawa kelima-lima pegawainya itu membuat laporan polis pada jam 4.30 petang tadi bagi menafikan mereka menggunakan kekerasan semasa menyoal siasat suspek.

"Kita menafikan kita ada mendera suspek, kenyataan yang dibuat di dalam inkues adalah berniat jahat dan ingin menjatuhkan reputasi SPRM," katanya yang mengiring pegawainya membuat laporan polis itu bagi memberikan sokongan moral kepada mereka. T Sivanesan, seorang saksi yang dikemukakan oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, hari ini mendakwa beliau pernah didera oleh SPRM semasa disoal siasat.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

PEMBANGKANG AKAN MENGGUNAKAN APA CARA SEKALIPUN UNTUK MEROSAKAN REPUTASI SPRM DAN SECARA TIDAK LANGSUNG MEMBABITKAN KERAJAAN.INILAH KERJA PEMBANGKANG YANG HANYA MAHU MENYALAHKAN SPRM.

ANWAR NIZAR PENGKIANAT BANGSA=T:NIZAR NIZAR KAU CERMIN MUKA DULU.

Keputusan mahkamah sudah diputuskan dimana kerajaan BN adalah kerajaan yang bersih dari sebarang keraguan undang undang.Mahkamah sudah memutuskan kerajaan BN adalah kerajaan yang betul dan mengikut lunas undang undang.Itu bagi BN,Tapi yang membuat rakyat marah adalah pada pembangkang terutama siNizar yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan Sultan dalam melantik Zambry sebagai MB yang baru.Sultan sebagai ketua negeri Perak yang dilindungi undang undang telah membuat satu keputusan yang tepat dimana telah menggugurkan Nizar sebagai MB bila Baginda Sultan dapati yang kerajaan Nizar sebelum ini tidak lagi mendapat kuasa majoriti untuk terus mentadbir negeri Perak.

Kadang kadang rakyat sudah tidak faham dengan tindakan Nizar yang masih juga mengadakan sidang dun mereka.undang undang dan peraturan mana yang mereka pakai.Sudahlah tiada perkenan sultan tapi masih juga bertindak keras kepala. Peraturan mana yang mereka pakai. Bahasa apa lagi yang perlu digunakan supaya benar-benar Nizar dan gengnya faham.Rakyat Perak, sudah bosan dengan politik yang berunsurkan keganasan. Tidak habis-habis melanggar undang-undang. Tidak sudah-sudah menimbulkan masalah dalam negeri yang rakyat cintai ini. Rakyat hanya mahu hidup aman dan dapat melaksanakan ibadat puasa dengan aman tanpa keresahan tentang kestabilan negeri.

Perhatian pada Sivakumar yang sama perangai dengan bosnya Nizar. Anda bukan lagi speaker DUN negeri Perak. Kalau kamu dan Sibangsa=t Nizar merasa kalian ada penyokong, BN juga mempunyairamai penyokong yang sanggup untuk bertarung dalam mempertahankan kerajaan yang sedia ada. Jadi jangan kerana sikap keras kepala kalian terutama sekali si Nizar yang degil membuatkan antara penyokong yang tidak berdosa juga bermusuhan atau saling benci-membenci.Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan lakonan kamu berdua dan apa yang rakyat inginkan adalah mengekalkan suasana harmoni sedia ada dan buat rakyat sesama Islam dapat merayakan hari raya puasa ini dengan lebih meriah.

Kepada rakan kesayangan Nizar DAP jika terus juga berdegil dengan perlakuan ini, anda sebenarnya tidak menghormati raja kami. Sejarah membuktikan yang rakyat Perak akan berbuat apa sahaja demi kedaulatan raja yang disayangi. Patuhilah rukun negara kedua jika anda adalah benar-benar rakyat Malaysia yang cintakan tanah air ini. Selama 52 tahun, belum ada lagi kumpulan yang berani mencabul prinsip-prinsip rukun negara. Tindakan anda sebenarnya membuatkan rakyat Malaysia yang cinta pada negaranya, amat benci dan marah.Pada si Nizar juga jangan kerana ingin mengekalkan kuasa MB sanggup menderhaka dan menentang Sultan hingga tidak langsung menghormati Institusi Raja Raja Melayu.Bangsa jenis apa kalau Raja sendiri tidak dihormati.

Bagi seluruh rakyat Perak yang mahu keamanan seperti mana dimasa pemerentahan kerajaan BN dahulu mengharapkan agar segala tindakan kebiadapan Nizar dan gengnya wajar dihentikan segera kerana perbuatan ADUN-ADUN yang berkesekedudukan dengan SiNizar ini sebenarnya telah mencabuli semua lima prinsip rukun negara dan memang layak dikenakan lucut kerakyatan negeri Perak.Memang layak mereka di buang daerah atau dihantar ke pulau pulau yang berada dinegara ini.

BUAT SI NIZAR CERMIN MUKA DULU SEKIRANYA LAYAK KAMU SEBAGAI MB PERAK....RAKYAT SUDAH MEMBERI SATU PELUANG PADA KAMU TAPI PELUANG ITU DISIA SIAKAN DENGAN MENGHANCURKAN HATI DAN PERASAAN RAKYAT.INGAT...SEKALI SULTAN DIDERHAKAI SAMPAI BILA PUN RAKYAT AKAN INGATINYA......

ANWAR NIZAR JAHARAM DAH:NIZAR KAU FAHAM TAK APA MAHKAMAH KATA

Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menyingkirkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh dari DAP, V Sivakumar, sebagai Speaker DUN adalah muktamad dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah.Perkara itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed, selepas membatalkan saman Sivakumar terhadap Speaker DUN, Datuk R Ganesan, di sini semalam.(KALAU NIZAR DAN SIVA TAK FAHAM JUGA MEMANG JELASLAH MEREKA NI DAH TAK GAK FAHAM FAHAM LAGI SONANG CAKAP MEMANG BERDUO NI .....MALEH DEN NAK CAKAP....KAU ORANG PIKIR LA SENDIRI)

Azahar berkata, mahkamah tidak boleh mencampuri keputusan yang dibuat pada sidang DUN Perak, 7 Mei lalu kerana ia diputuskan secara betul mengikut Perkara 72, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan urusan persidangan DUN dijalankan secara sah dan tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah."Sebarang perkara yang dibangkitkan berhubung dengan pemecatan atau pelantikan Speaker dalam sidang DUN perlu dikaji, dibincang dan diselesaikan di dewan berkenaan dan bukannya mahkamah.

DUN Perak mempunyai bidang kuasa eksklusif berhubung perkara itu. Bagi saya, begitu juga dengan mahkamah ini, keputusan dewan berkenaan pada 7 Mei 2009 menyingkirkan plaintif (Sivakumar) sebagai Speaker dan pelantikan defendan (Ganesan) sebagai Speaker adalah konklusif dan sudah ditentukan secara adil oleh sidang dewan pada tarikh itu," katanya.

Pada 15 Mei lalu, Sivakumar memfailkan saman terhadap Ganesan memohon ganti rugi ke atas serangan dan kecederaan serta tahanan secara tidak sah ketika sidang DUN itu.Sivakumar juga memohon untuk mendapat perintah injuksi terhadap Ganesan daripada menghalang beliau menjalankan tugas sebagai Speaker.Azahar berkata, tindakan Sivakumar mempersoalkan kesasihan berhubung penyingkiran dan pelantikan sama seperti mempersoalkan keesahan Perlembagaan, sekali gus bercanggah dengan Perkara 72.Sehubungan itu, katanya, mahkamah tidak mempunyai pilihan melainkan membatalkan saman Sivakumar dengan kos.


Di luar mahkamah, peguam Ganesan, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, berkata keputusan mahkamah itu selaras dengan hujah pihaknya berhubung hak keistimewaan DUN dan semua urusan persidangan itu tidak boleh dibawa ke mahkamah.Katanya, Sivakumar tidak mempunyai asas untuk menyaman Ganesan daripada menjalankan tugasnya sebagai Speaker yang sah.Semua dakwaan yang dibawa oleh Sivakumar terhadap Ganesan adalah remeh dan mahkamah tidak mahu campur tangan terhadap fungsi dan kawalan atau Sidang DUN.


Apa yang penting, kerajaan sedia ada terus menjalankan tugasnya. Saya harap ini akan menghentikan keadaan tidak menentu di negeri ini dan pelbagai saman terhadap Speaker sekarang. Perjalanan sidang DUN terkandung dalam hak keistimewaan DUN dan tidak boleh dibicarakan atau dibawa ke mahkamah.Oleh itu, penyingkiran Sivakumar sebagai Speaker dilakukan secara teratur dan sah," katanya.Peguam Sivakumar, Chan Kok Keong, pula berkata beliau akan meneliti keputusan hakim dan berbincang dengan anak guamnya sama ada untuk merayu atau sebaliknya.Selain Firoz Hussein, Ganesan diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun, Chang Mai, Syed Faizal Syed Abdullah, Abu Bakar As-Sidiq, Badrul Hishah Wahap dan Faizul Hilmi Ahmad Zamri.

MACAM MANA NIZAR.....FAHAM TAK APA YANG TUAN HAKIM KATA....LEPAS NI JANGAN KAU BERLAGAK SEBAGAI HERO PENGKIANAT PULAK....KALAU DAH HARAM TU HARAM JUGA....APA LAGI YANG KAU NAK BUKTIKAN PADA RAKYAT....SIDANG DUN DAH TOLAK KAU.SULTAN PUN DAH TOLAK KAU.MAHKAMAH PUN DAH TOLAK KAU...RAKYAT PERAK PUN DAH NAK HUMBAN KAU JAUH JAUH.....JANGAN BUAT HAL LAGI LEPAS NI....KAU IKUT JE APA KERAJAAN BN BUAT PADA RAKYAT....KAU NILAI LA SENDIRI....PAKATAN BELA RAKYAT ATAU UMNO YANG BERJUANG UNTUK RAKYAT....YANG KAU BUAT SELAMA INI HANYA KAU BELA WAKIL RAKYAT BUKAN BELA RAKYAT.....

SEBENARNYA PUNCA SEGALA HAL NI SEMUA KAU PUNYA HAL....YANG KAU RAMPAS ADUN UMNO DULU BUAT APA....BUKAN MAIN GUMBIRA LAGI KAU MASA TU...ALIH ALIH SEGALA PERBUATAN KAU TU DIBALAS OLEH KUASA ALLAH TAALA.YANG SEBAIKNYA KAU BERTOBAT JOOOOO.....

ANWAR NIZAR GILA KUASA:PAS JANGAN BONGKAK DAN SOMBONG

Nampak gaya belum lagi apa apa TGNA sudah menegaskan yang pintu rundingan Umno Pas sudah tertutup rapat.Ini menunjukan sikap sombong dan bongkak TG dalam mencari penyelasaian terbaik bagi umat Islam yang semakin tertekan.Pemimpin Pas diingatkan supaya tidak memperlekehkan usaha Datuk Seri Najib Razak yang sanggup berunding demi kepentingan umat Islam dan keutuhan bangsa Melayu.

Malah saranan Perdana Menteri itu juga wajar dilihat dalam konteks lebih positif, bukan sekadar atas kepentingan politik kepartian yang didakwa pembangkang sebagai modal atau ‘umpan’ pilihan raya

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata umat Islam dituntut berbaik-baik demi kebaikan ummah kerana sudah terlalu banyak kes umat Islam dan bangsa Melayu dihina dan dicerca. Katanya, lebih menyedihkan apabila tindakan itu dilakukan oleh mereka yang seagama dan sebangsa, sekali gus menjejaskan imej Islam.

“Semua ini kerana bangsa Melayu tidak bersatu. Saya bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri tetapi janganlah mereka sekejap cakap lain, esok buat lain,” katanya.

Beliau mengulas kesanggupan Najib berunding dengan Pas untuk kepentingan umat Islam negara ini, tetapi tidak rela jika Umno dihina oleh sesiapa sekali pun.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata sewajarnya Pas melihat kesanggupan Perdana Menteri itu dari sudut positif demi menjaga keutuhan umat Islam dan bangsa Melayu.

“Jika perjuangan politik kedua-dua parti tidak disatukan kemungkinan akan dilemahkan oleh perjuangan puak lain di masa akan datang.

“Saya berdoa seruan Perdana Menteri itu tidak diperlekehkan oleh mana-mana pemimpin Pas,” katanya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata Pas diingatkan untuk tidak cuba menyerang Umno jika mahu perundingan itu dilakukan.

“Umno sedia berjumpa Pas demi negara tetapi Pas terus menyerang Umno. Ada segelintir pemimpin Pas yang terlalu takbur dan ingat mereka hebat, mungkin sudah demam kuasa,” katanya.

Sementara itu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengulangi pendirian tegasnya yang menolak sebarang usaha rundingan dengan Umno, kerana menyifatkannya isu lama yang tidak perlu dibangkitkan lagi.

Malah, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mendakwa, perkara itu sengaja ditimbulkan Umno, sebagai 'umpan' menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Negeri Sembilan, tidak lama lagi.

"Runding apa lagi? Itu (rundingan Umno dan Pas) cerita lama, tak perlu (berunding). Kalau runding nak beri (royalti) petroleum saya setujulah, atau nak tetap tarikh bila Menteri Besar Kelantan pergi ke Kuala Lumpur (terima royalti petroleum) bolehlah," katanya di Kota Bharu, semalam.

Bagaimanapun Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mempunyai pandangan berbeza apabila mengalu-alukan kesanggupan Perdana Menteri untuk duduk berbincang demi kebaikan negara dan rakyat.

“Kami berlapang dada jika perbincangan terarah kepada kebaikan umat Islam, negara dan rakyat, bukan menjadikan perundingan itu sebagai modal pilihan raya atau untuk menangguk di air keruh,’ katanya.

HATI DAN PERASAAN TGNA TIDAK LAGI MAHU MELIHAT ISLAM BERJAYA TAPI MAHU MELIHAT ISLAM ITU LEMAH.KENAPA SEBAGAI SEORANG ULAMA TG SANGGUP MENOLAK KERJASAMA DENGAN SEBANGSA DAN SEAGAMA TAPI MASIH MAHU BEKERJASAMA DENGAN ORANG YANG TERANG TERANG MAHU MENOLAK ISLAM DINEGARA INI.....TGNA NAMA SAHAJA TUAN GURU TAPI MASIH MAHU IKUT TELUNJUK SYAITAN....SIKAP SOMBONG DAN BONGKAK NI KAN PERANGAI SETANNNNNN...............SAY A LIHAT SEJAK ADA SEDIKIT PENGARUH, PAS SUDAH JADIKAN SIKAP SOMBONG DAN BONGKAK INI SEBAGAI PEGANGAN MEREKA UNTUK TERUS BERMUSUHAN DENGAN UMNO........TAPI BERBAIK DENGAN BAPA SYAITANNNNNNNNN,....

ANWAR NIZAR PENGKIANAT RAJA:KERAJAAN PERAK JANGAN TAKUT AMBIL TINDAKAN KEATAS PENGKIANAT SEPERTI NIZAR

kalau dah buat benda yang haram memang wajar sekali pengkianat pengkianat ini diambil tindakan agar perkara begini tidak akan berlaku lagi dimasa depan.Sudahlah tidak menghormati langsung dengan Paduka Sultan Perak,kemudian buat pula undang undang sendiri dengan menghukum orang lain dengan ikut nafsu sendiri.Apa,kau orang ingat Perak ni tak ada kerajaan dan Raja.Bagi saya lebih baik mereka mereka ini dibuang daerah atau duduk kat pulau dan disana boleh la Nizar dan yanbg lain jadi Raja pulak....Buat undang undang sendiri....

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganesan sedang menimbang bentuk tindakan untuk diambil terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang yang mengadakan Sidang DUN haram dan mencabar keputusan mahkamah, baru-baru ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata beliau percaya Ganesan kini sedang melihat tindakan yang sewajarnya diambil terhadap Adun pakatan pembangkang yang kelakuan mereka dilihat semakin melampau dan tidak berpijak di bumi nyata. Seperti yang kita tahu sebelum ini, mereka (pakatan pembangkang) pasti akan mendakwa Barisan Nasional (BN) tidak mengamalkan pemerintahan demokrasi jika Speaker mengambil sebarang tindakan berdasarkan peraturan DUN terhadap mereka.

Namun, apabila mereka mencabar kedudukan Ganesan sebagai Speaker dan tidak menghiraukan perintah injuksi mahkamah, mereka mendakwa apa yang dilakukan adalah berdasarkan pada undang-undang.Zambry yang juga Pengerusi BN negeri berkata, Adun pakatan pembangkang jangan menganggap BN mengambil sikap tidak peduli.Semua tindakan dan perlakuan ada batasannya dan BN akan menggunakan saluran yang betul dan sah mengikut perlembagaan serta undang-undang bagi ‘melawan’ tindakan mereka yang sengaja menimbulkan kekacauan.

HANTAR NIZAR DAN GENG NYA KE PULAU...DISANA NIZAR JADI RAJA...DAN YANG LAIN JADI PENCACAI NIZAR...MACAM MANA ...BOLEH TAK....

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH