tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 12 Mac 2011

ANWAR SUDAH GELABAH,TAKUT....

Anwar sekarang sudah dalam keadaan panik bila segala keaibannya akan terbongkar segalanya.Kerana itulah Anwar akan lakukan apa sahaja dalam mempertahankan sampel darahnya diambil untuk DNA.Anwar tahu sekiranya benteng terakhir ini di dapati oleh pihak pendakwa akan tebongkar segala sifat Anwar yang sebenarnya.

Kerana itulah pihak pendakwaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon agar Mahkamah Tinggi di sini menggunakan kuasanya untuk memerintahkan Ketua Pembangkang itu memberikan sampel bagi tujuan ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA).

Ini merupakan permohonan yang julung-julung kali dikemukakan dalam sejarah perundangan negara.

Hasil ujian tersebut pula akan digunakan untuk perbandingan dengan sampel DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh ahli politik berkenaan.

Permohonan itu dikemukakan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan selepas saksi pendakwa ke-26 dan terakhir, Supritendan Ahmad Taufek Abdullah selesai memberi keterangan.

“Permohonan ini adalah untuk mencari kebenaran dan keadilan terhadap semua pihak,’’ tegas Mohd. Yusof.

Permohonan itu, menurut beliau, dibuat mengikut Seksyen 73 dan 165 Akta Keterangan 1950.

Mengikut Seksyen 165, seorang hakim dalam mengetahui atau mendapatkan bukti wajar mengenai fakta berkaitan, boleh bertanyakan sebarang soalan, dalam sebarang bentuk, pada bila-bila masa, kepada mana-mana saksi atau pihak, mengenai sebarang fakta sama ada berkaitan atau tidak berkaitan.

Beliau juga boleh memerintahkan supaya dikemukakan sebarang dokumen atau benda dan mana-mana pihak atau ejen tidak berhak membuat sebarang bantahan terhadap mana-mana soalan atau perintah sedemikian atau tanpa kebenaran mahkamah, menyoal balas saksi atas sebarang jawapan yang diberikan.

Bagaimanapun, peruntukan tersebut disertakan dengan syarat bahawa penghakiman atau perintah itu dibuat berdasarkan fakta yang ditetapkan oleh akta tersebut sebagai berkaitan dan dibuktikan dengan sewajarnya.

Tiga tahun lalu, Parlimen bersetuju meluluskan Akta Identifikasi DNA 2008 yang mengklasifikasi profil DNA dan maklumat sedia ada yang berkaitan dengannya disimpan serta disenggarakan oleh Jabatan Kimia Malaysia atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Undang-undang tersebut diwujudkan bertujuan memperoleh sampel DNA daripada orang yang disyaki bersalah, tahanan atau seorang penagih dadah untuk siasatan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Bank DNA masih belum diwujudkan sehingga ini di negara ini.

Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada prosiding hari ini, Mohd. Yusof turut memohon agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menyemak semula keputusan yang dibuat sewaktu bicara dalam perbicaraan (TWT) sebelum ini.

Ia berikutan keterangan pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira dan keterangan Ahmad Taufek yang ditugaskan untuk menangkap Anwar pada 16 Julai 2008.

Dalam keterangan kedua-dua saksi, Judy telah memohon waran tangkap ke atas tertuduh pada 15 Julai tahun yang sama dan ia telah disempurnakan oleh Ahmad Taufek pada keesokan harinya.

Mahkamah menetapkan Isnin ini untuk kedua-dua pihak berhujah mengenai kedua-dua permohonan tersebut.

Selasa lalu, Hakim Mohamad Zabidin memutuskan untuk tidak menerima masuk sehelai tuala kecil Good Morning, sebatang berus gigi dan satu botol minuman plastik yang diambil dari lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008 yang menempatkan Anwar, sebagai barang bukti.

Hakim terbabit memutuskan demikian selepas mendapati barang-barang berkenaan yang diambil bagi tujuan mendapatkan profil DNA, diperoleh dengan cara yang tidak sah.

Prosiding TWT diadakan ekoran bantahan barisan pembelaan terhadap barang-barang kes itu. Bantahan ditimbulkan pada 23 Februari lalu sewaktu Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon memberi keterangan.

Dalam keterangan saksi pendakwa keenam itu, Nor Aidora menyatakan, ujian analisis DNA terhadap tuala, berus gigi dan botol minuman menunjukkan wujudnya profil DNA Lelaki Y.

4 ulasan:

  1. Pastikan Anwar tidak akan menipu lagi DNA nya. Mesti diambil secara telus, tidak dinodai dengan serpihan dari orang lain. Kalau boleh mesti di ambil di hadapan mahkamah. Pure and original.

    BalasPadam
  2. tapi apakah anwar berani.....berani kat luar je...tapi takut....anwar juga takut segalanya akan pecah.....tapi yg sebenarnya azizah dah tahu segalanya tentang perilaku anwar...

    BalasPadam
  3. gelombang ombak tsumami akan sampai ke kelantan doa minta petunjuk dan turunkan bala tok nik sampai ke serambi mekah...tungguuu

    BalasPadam
  4. Anuwar akan dapat senyum sebentar saja. Dunia ini bukan akal semata mata dan Allah akan menunjukkan kebenarannya.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH