Asyik sungguh Tok Guru Nik Aziz dengar entah apa yang Datuk Seri Anwar Ibrahim cakap padanya.Ini adalah gambar rakaman masa ceramah di Stadium Tertutup Malawati di Shah Alam Isnin lalu.

Di majlis itu juga dibuat solat hajat.Di majlis itu juga Nik Aziz mengetuai doa untuk Anwar.

Di majlis itu juga Anwar yang tampil berbaju Melayu berucap berapi-api menangkis perihal video seks yang didakwa melibatkan dirinya.Di majlis itu juga Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang belasah sakan mempertahankan Anwar.Begitu juga Otai DAP Lim Kit Siang.

Di majlis itu juga anggaran lebih 5,000 orang hadirin yang jelas kebanyakan ahli PAS mendengar Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang sudah tengok video seks itu cerita beliau tidak percaya lelaki yang ada hubungan seks dengan pelacur China itu Anwar.

Seorang lagi aktivis PKR Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard yang tengok video itu juga membuat kenyataan pada media yang senada dengan Johari.

Pada masa yang sama ceramah-ceramah untuk selamatkan Anwar diadakan di beberapa tempat lain termasuk di Negeri Sembilan Selasa malam.Sebelum itu di Taman Melawati,Selangor.

Seluruh negara kini sedang memerhati gelagat ‘mahkamah jalanan’ ini ketika mereka lain termasuk Datuk Zaid Ibrahim dan beberapa wartawan yang berpeluang menyaksi video itu kata yakin wajah lelaki dalam video itu tidak lain tidak bukan ialah Anwar.

Berbeza dengan kes liwat pertama dulu dan kedua melibatkan Saiful Bukhari Azlan yang sedang dibicarakan di mahkamah sekarang....inilah kali pertama muncul satu dakwaan dengan videonya sekali.

Ironinya satu negara tahu ketika meletup kes video Lingam dulu,video seks Chua Soi Lek dan kes Teoh Beng Hock pembangkanglah yang pertama tampil menjerit mahukan satu siasatan rapi dibuat.

Ini kali merekalah yang yang pertama turun ke jalanan untuk menghakimkan video seks itu tanpa langsung mahu melihat atau menyiasatnya dulu.

Sasaran mereka lebih kepada mempersoalkan kredibiliti Datuk Trio – Tan Sri Rahim Thamby Chik,Datuk Sharzrly Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim – yang mendedahkan video itu.

Mereka menutup mata rapat pada pengakuan Eskay beliau adalah ‘rakan istimewa’ Anwar yang menemaminya ‘ bila menerima panggilan’.

Setakat ini empat orang yang tidak mahu nama mereka disebut memberitahu Agendadaily lelaki yang mereka lihat dalam video itu 100 peratus adalah Anwar.

Ini tidak termasuk penilaian yang dibuat Zaid dan blogger Papa Gomo.

Visual menerusi video sepanjang 22 minit bukan sesuatu yang boleh direka.Ini diakui sendiri oleh sebilangan pakar tentang filem dan video.Apa lagi pengambaran dalam video itu dikatakan melibatkan empat kamera dari pelbagai sudut menghala ke arah dimana aksi seks berlaku.

Lojik akal mengatakan ‘gila babi’ kalau visual itu tidak tulen dan meyakinkan, Rahim-Eskay-Shuib nak jadi hero kampong berani nak dedahkannya.

Senang cakap ‘mampos habis’ ketiga mereka jika video itu didapati palsu.

Juga senang cakap sekalipun UMNO dan kerajaan tidak terlibat ia akan mengheretnya masuk longkang jika video itu mengarut.

Ini boleh soal politik.Ini adalah satu dakwaan perilaku keji seorang pemimpin yang selalu guna ayat Al-Quran dalam ucapan dan ceramahnya.Cita-citanya besar... nak jadi Perdana Menteri.

Lojik akal mengatakan sepatutnya baik PAS,DAP atau PKR perlu minta ia disiasat secara terperinci.

Lagak bodoh seperti ‘mahkamah jalanan’ tidak akan bawa ke mana.Baik 10,000 orang maupun 100,000 orang hadir mendengar...akhirnya bila segalanya sudah terlerai secara jelas dan telus....rakyat yang menjadi hakim di kertas undi.

Jika akhirnya setelah siasatan baik menerusi Suruhanjaya Diraja yang diminta oleh Datuk Trio atau pakar dari dalam dan luar negara di dapati video itu tulen dan benar itu Anwar dimanakah nanti mereka yang kini gila-gila mempertahankan Anwar nak letak muka.

Nik Aziz,Haji Hadi,Kit Siang maupun isteri Anwar Datuk Seri Wan Azizah Ismail belum melihat dengan mata kepala sendiri video itu.Mereka sendiri mendengar penilaian orang lain.

Wan Azizah sebagai isteri cuba guna alasan nak elak diri dengan kata menonton video seks adalah haram di sisi Islam.

Bayangkan di lubang cacing mana Nik Aziz nak sorok muka,begitu juga Haji Hadi,begitu juga Kit Siang jika kelak mereka terpaksa mengaku hakikat video itu tulen dan pelakon utamanya ialah Anwar.

Kredibiliti PAS dan DAP sendiri berada di persimpangan dalam isu ini.

Apa PAS nak bagi alasan tentang sikap yang yang tidak usul periksa ini.Begitu juga DAP.

Tak perlu cakap bala apa yang harus ditanggong oleh Wan Azizah nanti.

Soalnya mahukah seluruh negara terus ‘ kena goreng’ oleh lelaki yang berzina dengan pelacur China itu....jika benar dia itu Anwar.

Dalam soal ini Rahim-Eskay-Shuib tidak lagi menjadi watak penting – sejahat mana – sekalipun mereka cuba dilakarkan oleh pembangkang.

Yang penting siapa pelakon utama video seks itu