Apa yang berlaku di ceramahya di pusat khidmat Ahli Parlimen Gombak di Taman Melawati dekat Kuala Lumpur malam tadi adalah bukti bagaimana beliau kini cuba menggunakan penyokongnya sebagai ‘pelindungnya’.Keadaan ceramah itu menjadi kecoh sekitar jam 11.30 malam apabila polis meminta beliau menghentikan ceramahnya dari waktu 15 minit yang ditetapkan. Dalam ceramah kempen DNA PKR Anwar antara lain menghentam pendedahan video seks oleh Datuk T.Sebahagian daripada penyokongnya telah bertindak ganas membaling botol air mineral dan sebagainya ke arah anggota polis. Mereka juga memaki hamum anggota polis.FRU terpaksa bertindak mengawal keadaan yang panas ketika itu.Dalam sesi ceramah yang dihadiri lebih 1,000 orang tersebut, pihak polis tetap memberi peluang kepada Anwar, selaku penceramah terakhir untuk berucap selama 15 minit meskipun, perhimpunan itu tidak mempunyai sebarang permit.
Namun, disebabkan tindakan ketua pembangkang itu yang sejak awal-awal lagi sudah mengapi-apikan kemarahan penyokongnya, sebahagian orang ramai mula bertindak ganas dengan membalik pelbagai objek ke arah polis.
Keadaan itu memaksa pihak berkuasa memohon bantuan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menyuraikan keadaan yang semakin tidak terkawal apabila semakin ramai penyokong Anwar cuba menghalang tugas polis.
Terdahulu, dalam ceramahnya, Anwar tidak pula menafikan dakwaan yang mengatakan beliau sebagai 'aktor' dalam video tersebut, sebaliknya mempertikai kenapa pihak berkuasa tidak menghalang video itu daripada didedah.
"Sudahlah dengan kes mahkamah memang nak kalah, pergi Parlimen kena gantung, kemudian tengok TV (televisyen) dia tunjuk video. Video seks. Kemudian orang yang tunjuk diagungkan walaupun berniat jahat.
"Tanya polis-polis ini. Mana-mana orang yang sebar video lucah bolehkah dibiarkan? Tangkap terus. Ingat ini semua apa? Orang yang hadir malam ini semua bodoh ke? Kamu semua tahu undang-undang, tapi mereka cuba perbodohkan.
"Ajar mereka, ajar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang bodoh. Beritahu editor, beritahu wartawan, beritahu The Star, Utusan Malaysia. Beritahu mereka kita tidak bodoh," katanya.
Dalam ceramah itu, Anwar memperlekehkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang sebelum ini membuat kenyataan bahawa siasatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati ucapan Penasihat PKR itu menyokong amalan pluralisme.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya telah menahan dua individu pada perhimpunan tersebut.
Beliau berkata, mereka yang berusia awal 30-an itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA