
Beliau berkata, tindakan sama juga akan diambil terhadap penulis blog yang didapati menyerang peribadinya berhubung isu sama.
"Saya akan menjawab dengan tindakan undang-undang terhadap mereka yang melampaui batas ini," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, melawat Kolej Risda di Air Pa'abas di sini hari ini.
Abdul Rahim yang juga Pengerusi RISDA berkata, beliau tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan dan serangan peribadi dengan dijadikan sebagai fokus politik adalah keterlaluan.
Rabu lalu, Abdul Rahim; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim; mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.
Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah tampil untuk disoal siasat polis di Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA