Rupanya bukan wartawan saja yang tengok video seks yang riuh itu, tetapi ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul Rabu buat sidang media di ibu pejabat PKR Petaling Jaya dakwa dia pun sudah tengok.

Kalau wartawan dakwa lelaki dalam video tersebut mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, Johari Abdul dakwa sebaliknya.

Pemimpin PKR itu turut mendakwa bekas Ketua Menteri Melaka yang kini Pengerusi RISDA,Tan Sri Rahim Tamby Chik ( gambar) dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ( gambar tengah ditunjuk oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin (kiri) dan Johari (kanan) sebagai mereka di sebalik penganjuran tayangan video seks tersebut.


Menurut Johari, beliau telah ditunjukkan video itu oleh Datuk Shazryl - yang pernah berkhidmat sebagai konsul kehormat Thai di Kedah - pada 21 Mac lalu, di Hotel Flamingo di Ampang, Selangor.

Johari (gambar) mendakwa, turut serta dalam pertemuan itu adalah Rahim.

Sebelum ini, satu video seks mengenai seorang lelaki yang mirip Anwar Ibrahim, dipertontonkan kepada wartawan dan editor akhbar media perdana dan media alternatif di Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pagi Isnin lalu.

Kalangan mereka yang menyaksikannya dikatakan mendakwa yakin 200 peratus lelaki yang sedang adakan hubungan seks dengan seorang pelacur China ialah Anwar.