Ini ditambah dengan bertambah ramai yg kehilangan kepercayaan pada PKR dalam membela nasib mereka.Kerana itulah Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah kini bertambah goyah apabila semakin ramai anggota parti itu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO, kata Ketua UMNO Tuaran Datuk Hajiji Noor.
Beliau berkata, hari ini seramai 94 anggota parti itu yang diketuai bekas ketua ranting PKR Indai Rusnin Laseh menyerahkan borang menyertai Umno kepadanya.
"Saya percaya lebih ramai lagi ahli-ahli PKR sedar dan menyertai BN (Barisan Nasional) dalam masa terdekat. Ini kerana kerajaan BN sahaja mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat,” kata Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah kepada pemberita di sini.
Beliau juga yakin penyertaan mereka ke dalam UMNO akan membantu BN untuk meraih kemenangan besar pada pilihan raya akan datang.
Sementara itu, bekas Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Pajudin Nordin yang turut hadir, berkata, beberapa lagi ketua cabang PKR Sabah bakal meninggalkan parti tersebut.
Katanya, mereka sedang mengatur strategi untuk keluar parti secara beramai-ramai dan membantu jentera pilihan raya BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Dalam pada itu Rusnin pula berkata, tindakan mereka keluar parti tersebut kerana “pucuk pimpinan parti hanya tahu berjanji dan bercakap kosong tetapi tidak mampu menunaikannya.” "PKR juga tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk membantu rakyat di negeri ini khasnya dan Malaysia amnya,” katanya yang 10 tahun bersama PKR
Anwar Ibrahim zaman kelentong rakyat dah abis
BalasPadam( hampir 30 tahun berbohing ) zaman kau dah habis pada Tong N.ajis teruskan fatwa merapu kerja kami lebih mudah