tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 19 Ogos 2010

ANAK PENDERHAKA,BAPAK PENGKI.........

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, sebagai penderhaka kepada negara kerana mengeluarkan kenyataan palsu mengenai aset pertahanan negara di luar negara.

“Kenyataan itu amat jijik, tidak bermaruah dan beretika yang bertujuan memburukkan imej negara di mata dunia,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama penduduk di masjid jamek, Sungai Keli Hutan Melintang, dekat Bagan Datoh, malam semalam.

"Walaupun kita sering berbeza pendapat tetapi biar perkara (kenyataan) yang benar, jangan sampai menjejaskan imej negara terutama yang melibatkan aset pertahanan negara."


Ahmad Zahid berkata demikian semasa mengulas tuduhan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam temubual bersama akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam selain mendakwa aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.

Laporan polis

Berikutan kenyataan itu, panglima tentera laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dilaporkan berkata ketua sel pasukan kapal selam TLDM, kapten Abdul Rahman Ayub, membuat laporan polis berhubung pembohongan wakil rakyat PKR itu di balai polis Hulu Kelang.

Laporan polis juga dibuat ke atas wartawan akhbar
Malay Mail, Marhalim Abas berhubung perkara yang sama.

Ahmad Zahid berkata, beliau kesal dengan kenyataan palsu berkenaan dan menegaskan seseorang ahli parlimen sepatutnya mempunyai tata etika dan bercakap sesuatu yang benar mengenai negara ketika berada di negara luar.

“Tetapi cara beliau (Nurul Izzah) memburuk-burukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana mempunyai agenda politiknya tersendiri.

"Kedudukan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman sudah beberapa kali saya jelaskan di Parlimen, saya sebut kapal selam itu boleh menyelam, kalau tak mana boleh sampai dari Perancis hingga ke Teluk Sepanggar di Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata tindakan TLDM membuat laporan polis amat wajar bagi membersihkan nama baik ATM.

Beliau memberi amaran kepada semua ahli parlimen terutama dari parti pembangkang supaya jangan cuba mempolitikkan isu pertahanan negara yang boleh menganggu-gugat keselamatan negara.

Kenyataan palsu

"Walaupun ahli politik mempunyai perbezaan pendapat tetapi janganlah cuba mengeksploitasi perkara yang benar dengan kenyataan berunsur palsu," katanya.

Malay Mail pula dalam artikel pada 7 Julai lalu melaporkan kedudukan KD Tunku Abdul Rahman yang mengalami kerosakan dan tidak boleh menyelam.

"Saya telah beberapa kali memberi penjelasan di dalam parlimen kedudukan sebenar kapal selam itu boleh menyelam, kalau tidak bagaimana boleh menyelam dari Perancis hingga ke Teluk Sepanggar, Sabah," katanya.

BAPAK DAN ANAK SAMA SAHAJA:NURUL IZZAH CUBA MEMBOHONGI RAKYAT

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memberi amaran kepada semua ahli politik supaya berhenti melemparkan pelbagai pembohongan mengenai kapal selam negara.

Sambil menafikan dakwaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kononnya kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman masih tidak boleh menyelam, Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang berterusan mempolitikkan perkara itu.

"Kapal selam Scopene adalah aset strategik pertahanan negara dan ia bukan alat untuk meraih politik murahan. Kapal selam ini mempunyai keupayaan tinggi, diiktiraf sebagai antara yang tercanggih di dunia dan telah terbukti dalam operasi tembakan hakiki yang dijalankan oleh TLDM Julai lalu.

"Dalam operasi tersebut, KD Tunku Abdul Rahman telah berjaya menembak peluru berpandu bawah permukaan (bawah air) ke permukaan, Exocet SM39 Blok II pada kedalaman 55 meter di bawah paras air dan ia tepat mengenai sasaran yang berada sejauh 40 kilometer. Jadi di mana dakwaan kata ia tidak boleh menyelam?.

"Oleh itu, saya memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti menipu rakyat dengan melemparkan pelbagai pembohongan mengenai kapal selam negara. Kami lebih tahu mengenai keupayaan aset ini kerana kami yang mengoperasikannya dan bukannya ahli politik di luar sana," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuduhan Nurul Izzah sewaktu ditemu bual oleh akhbar Indonesia, Kompas, pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam negara masih tidak boleh menyelam selain mendakwa pembelian aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.

Mengenai tuduhan Nurul Izzah itu, Abdul Aziz berkata, Ketua Sel Pasukan Kapal Selam TLDM, Kapten Abdul Rahman Ayub telah membuat laporan polis berhubung pembohongan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut, di Balai Polis Hulu Kelang, semalam.

Menurut beliau, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai itu adalah contoh seorang ahli politik yang tidak bertanggungjawab kerana mendedahkan maklumat ketenteraan negara kepada negara luar.

"Betul atau tidak maklumat berkait dengan ketenteraan negara, ia tidak boleh sesekali didedahkan kepada negara asing. Ini soal keselamatan negara dan seharusnya ia dirahsiakan tetapi Nurul Izzah bukan sahaja berbohong malah dia juga memalukan TDLM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan negara di mata dunia.

"Sepatutnya kita tanpa mengira ideologi politik berbangga dengan pembelian aset strategik ini kerana kapal selam adalah persenjataan deterrence (pencegahan) yang tidak semua negara mampu memilikinya. Rakyat negara lain, mereka marah apabila kerajaan tidak membeli kapal selam tetapi di negara kita ia dijadikan sebagai modal politik," jelasnya.

TIADA BUKTI TEOH BENG HOCK DI PUKUL DAN DI SEKSA....

akar patologi forensik dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand hari ini menukar pandangan dengan tidak lagi mengekalkan pendapat sebelum ini bahawa 80 peratus Teoh Beng Hock mati akibat dibunuh.

Beliau yang memberi keterangan pada inkues menyiasat kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu juga mengubah pandangannya tentang koyakan pada dubur dan kecederaan pada punggung yang kononnya ditusuk objek tumpul serta dipukul.

Pornthip yang berpeluang meneliti belahan pada bahagian berkenaan semasa bedah siasat kedua sebaliknya mengesahkan kecederaan tersebut disebabkan jatuh dari tempat tinggi selain tiada bukti menunjukkan Beng Hock dipukul atau diseksa sebelum dia ditemui mati.

‘‘Daripada kecederaan yang beliau alami, tidak ada bukti keterangan forensik untuk menyokong mengenai dakwaan (dipukul atau diseksa).

‘‘Saya tidak boleh beri peratusan selepas mengikuti bedah siasat kedua. Lagipun pada masa itu saya perlu yakinkan koroner agar bedah siasat kedua dibenarkan,” katanya ketika menjawab soalan peguam pemerhati bagi kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar.

Pornthip sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila memberi pandangan bahawa kemungkinan 80 peratus kematian Beng Hock kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri sehingga Mahkamah Koroner membenarkan bedah siasat kedua dilakukan.

Pornthip yang tampil dengan gaya rambut berwarna-warni serta mengenakan baju T ketat dalam keterangannya hari ini bagaimanapun tetap mempertahankan pandangannya bahawa Beng Hock tidak membunuh diri

Katanya, mangsa mungkin tidak sedarkan diri semasa jatuh kerana tiada keretakan dan luka pada dasar tengkorak serta pada pergelangan tangan yang biasanya berlaku apabila seseorang cuba melindungi dirinya.

Menurut beliau, ia disokong oleh laporan bedah siasat pertama yang menunjukkan Beng Hock mengalami hipoksia iaitu otak tidak menerima oksigen selama sekurang-kurangnya lima minit akibat saluran darah atau tenggorok tersumbat.

Berhubung kesan lebam pada sekitar leher, Pornthip berpendapat, ia berlaku sebelum kejadian jatuh akibat hentakan kuat benda tumpul yang boleh menyebabkan mangsa pengsan atau meninggal dunia.

Meskipun mengesahkan kecederaan bukan akibat dicekik kerana kesannya yang lebih luas, namun beliau menolak ia berlaku akibat jatuh kerana kesan seperti itu tidak pernah ditemui dalam 35 kes yang pernah dikendalikannya.

Pornthip juga menolak kemungkinan lebam itu disebabkan keretakan tulang belakang, sebaliknya beliau memberi teori kemungkinan seseorang meletakkan sesuatu di tengkuk Beng Hock atau menekan kepala mangsa ke atas sesuatu.

Semasa disoal Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa, Pornthip menafikan beliau melakukan kesilapan kerana memberi paNdangan berbeza berbanding keterangan sebelum ini.

Beliau turut menafikan memberi keterangan berdasarkan imaginasi serta hanya membuat spekulasi dengan alasan kesimpulan dibuat berdasarkan pemerhatian terhadap bukti-bukti serta pengalaman dalam bidang tersebut.

Pornthip yang merupakan Pengarah Institut Sains Forensik, Jabatan Keadilan Thailand juga menegaskan kedatangan beliau bukan untuk menyerang integriti SPRM.

Sebaliknya beliau berperanan untuk mencari bukti dan memberi pendapat peribadi berdasarkan bukti-bukti saintifik tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

‘‘Saya bersuara untuk mereka yang telah mati. Saya tidak berada di sini untuk mewakili kerajaan Selangor ataupun kerajaan Malaysia. Saya mencari bukti dan mengikut bukti saintifik,” tegas beliau.

Menjawab soalan peguam yang mewakili keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo, Pornthip bersetuju bahawa sebarang nota yang dijumpai dalam kes seumpama ini adalah bukti penting dan perlu segera diuji bagi mendapatkan kesan cap jari, kesan tapak tangan, asid deoksiribonukleik (DNA) serta pengesahan tulisan.

Bagaimanapun sebagai penyiasat tempat kejadian, beliau memilih untuk lebih bergantung kepada bukti saintifik berbanding nota yang ditulis oleh mangsa sebelum ditemui mati.

Beng Hock, 30, ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di koridor tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas bersambung pada 1 September ini.

Rabu, 18 Ogos 2010

INKUES TEO BENG HOCK:DR PORN BERI KETERANGAN

Ahli patologi forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mula memberi keterangan di bangunan mahkamah di Shah Alam, jam 9.31 pagi bagi menyambung keterangan inkues kematian Teoh Beng Hock.

Beliau menceritakan penemuan dan kesimpulannya berhubung bedah siasat kedua yang dijalankan.

Pornthip, sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan mendakwa hasil pemerhatiannya mendapati kemungkinan 80 peratus kematian Teoh adalah kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri.

Kehadirannya di mahkamah pagi ini disambut tepukan gemuruh oleh penyokong Teoh yang memenuhi bilik perbicaraan hari ini.

Aktivis telah berkumpul bagi menghadiri inkues ini bukan sahaja sebagai sokongan kepada Teoh dan mendengar keterangan terbaru Pornthip tetapi juga untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pejabat Peguam Negara berhubung sekeping 'nota misteri'.

Bekas ketua forensik Unit Siasatan Lokasi Jenayah, Amidon Anan, juga berada di mahkamah hari ini. Beliau hadir atas kapasiti peribadi.

Saksi pertama

Koroner Azmil Munthapa Abas memulakan prosiding dengan memanggil Pornthip sebagai saksi pertamanya.

Beliau kemudian disoal oleh peguam, Malek Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor dengan meneliti laporannya dan beberapa gambar yang diambil pada bedah siasat kedua.

Pornthip berkata beliau mendapati pendarahan di tengkuk Teoh sehingga ke bahagian otot mangsa. Kesan berkenaan juga, katanya lebih luas daripada kesan dicekik kerana cengkaman fizikal di bahagian leher adalah lebih kuat.

Menurut Pornthip berdasarkan 34-35 kes kajiannya hasil jatuh daripada tempat tinggi sebelum ini, tidak ada yang mempunyai kesan seumpama itu. Katanya, dia berpendapat tidak mungkin lebam adalah kerana impak akibat jatuh.

Pornthip juga menolak kemungkinan lebam itu disebabkan keretakan tulang belakang. Beliau mempertahankan pemerhatiannya sebelum ini bahawa ia adalah kecederaan sebelum jatuh yang dilakukan dengan “tekanan dan kuasa yang lebih besar” berbanding dicekik.

Katanya, ia mungkin “ seseorang meletakkan sesuatu di tengkuk Teoh atau menekan kepalanya ke atas sesuatu”.

Tak sependapat dengan Dr Vaneziz

Merujuk laporan bedah siasat pertama, pakar patologi Thailand itu berkata dia tidak boleh menolak kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri semasa jatuh kerana laporan menunjukan berlaku 'cerebral edema'.

Ia menunjukkan Teoh mengalami hypoxia, di mana otak tidak menerima oksigen untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 minit. Hypoxia berlaku akibat salur darah, arteri atau trakea yang tersumbat.

Pornthip tidak bersetuju dengan Dr Peter Vaneziz bahawa tanda pendarahan di tengkuk adalah akibat keretakan pada dagu. Katanya, keretakan dagu hanya membabitkan pendarahan di kawasan kecil dan tidak merebak hingga ke dada. Juga tidak terdapat salur darah besar di dagu yang boleh menyebabkan pendarahan berlebihan.

Pada keterangannya itu, Pornthip juga memberitahu inkues bahawa tiada keretakan pada pergelangan tangan, yang lazimnya berlaku dalam kes apabila seseorang cuba melindungi diri mereka daripada kejatuhan dengan tangan.

Terdapat keretakan dan luka di atas satu daripada pergelangan kaki Teoh tetapi tiada dikesan pada dasar tengkorak mangsa. Justeru, Pornthip berkata dia tidak bersetuju dengan Vaneziz bahawa Teoh mendarat dengan kedua-dua kakinya dan mangsa sedar semasa jatuh.

Pornthip berkata kesan koyak di bahagian dubur dan kecederaan pada bahagian punggung adalah disebabkan akibat kejatuhan dan bukan kerana dipukul seperti yang disangkanya sebelum ini.

'Ini adalah protokol'

Sehubungan itu, Pornthip mempertahankan pendapatnya berhubung kecederaan sebelum kejatuhan tetapi tidak dapat mengesahkan bahawa Teoh sedar semasa jatuh. Beliau juga tidak mahu memberi peratusan punca kematian kerana kesimpulan berdasarkan laporan bedah siasat. Namun Porhthip pasti, kejadian itu bukan percubaan bunuh diri.

Malik (kanan) selesai menyoal pakar patologi Thailand itu pada jam 10.45 pagi dan perbicaraan disambung dengan giliran peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili keluarga Teoh pula untuk bertanyakan soalan.

Pornthip berkata berdasarkan pengalamannya sebagai penyiasat lokasi jenayah dan juga ahli sains forensik, sebarang nota yang dijumpai mesti diuji untuk DNA, cap jari dan cetakan tapak tangan pada kadar segera dan kemudiannya dihantar untuk ujian analisis tulisan. “Ini adalah protokol.”

Bagaimanapun bota sedemikian tidak memberi kesan ke atas siasatan kerana ia dianggap bersifat emosi. Justeru, katnya, beliau lebih gemar bergantung kepada sains.

Ketua pendakwa SPRM, Abdul Razak Musa memulakan sessinya dengan cuba mempersoalkan kelayakan Pornthip sebagai saksi yang mempunyai kewibawaan.

Abdul Razak mencadangkan bahawa keterangan Pornthip adalah bersarkan imaginasinya. Pornthip menafikan perkara itu dan berkata kesimpulannya adalah berdasarkan pemerhatian dan kerjanya.

Abdul Razak berkata berdasarkan kelayakan Pornthip, ahli patologi Thailand itu tidak layak bergelar pakar di Malaysia kerana universiti di mana beliau belajar tidak diiktiraf di negara ini. Pornthip menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar adalah satu daripada lima yang terbaik di Thailand - mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan.

Cekik diri sendiri

Razak kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya. Katanya, ini kerana empat daripada doktor telah mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan Teoh dicekik.

Gobind bangkit dan mengarahkan Razak menunjukkan bagaimana seseorang mencekik diri sendiri. Razak menyahut cabaran itu dan cuba mencekik diri sendiri sambil digelakan daripada mereka di mahkamah itu.

"Saya cadangkan bahawa anda datang ke mari untuk serang SPRM,” katanya.

Beliau memberi beberapa kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Pornthip tetapi dinafikan oleh pakar patologi Thailand itu. Menurut Pornthip, laporan yang dikemukakannya disokong dengan bukti saintifik.

Razak: Awak kata 80 peratus pembunuhan.

Pornthip: Saya telah terangkan. Awak mesti terima...

Razak:
Apabila awak beri keterangan 80 peratus adalah kes pembunuhan, ia dilaporkan di semua media negara ini.

Pornthip berulang-kali menggesa Razak supaya membaca laporannya, tetapi ketua pendakwa SPRM itu berkata: “Saya habiskan masa tiga hari membacanya.”

Orang ramai yang mengikuti perbicaraan kemudian mula berbisik yang menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara soalan Razak.

Razak kemudiannya bertanya sama ada objek tumpul yang dirujuk oleh Porthip pada awal inkues pagi ini merujuk kepada kerusi atau benda lain.

Pornthip: Saya ingin tanya sama ada awak seorang peguam?

Razak: Mungkin, saya lebih muda daripada awak tetapi saya telah berkhidmat sebagai peguam untuk 24 tahun.

Ini disambutan dengan cemuhan 'wah' daripada mereka yang hadir.

KHALID SAMAD SEMAKIN TERDESAK

Tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menawarkan kawasan baru yang lebih besar kepada sebuah syarikat pengeluar minuman keras bertujuan memancing undi bukan Melayu untuk terus kekal sebagai wakil rakyat di Shah Alam.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin berkata, sudah menjadi kebiasaan untuk mana-mana pemimpin Pas di Selangor menggadai perjuangan asal mereka untuk menubuhkan negara Islam sehinggakan tergamak membuat keputusan kontroversi asalkan boleh kekal memegang kuasa.

"Cadangan Khalid jelas menunjukkan beliau begitu terdesak kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 sudah semakin hampir dan keadaan di Selangor mutakhir ini menampakkan pengundi Melayu sudah mula jelik dengan Pas yang menjadi kuda tunggangan DAP.

"Oleh itu, Khalid tiada pilihan dan terpaksa mengemis undi bukan Melayu untuk pastikan Pas dapat mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam dan seterusnya kekal berkuasa di Selangor," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas tindakan Khalid yang mencadangkan kawasan baru lebih luas di Pelabuhan Klang kepada kilang berkenaan ketika Yang Dipertua Pas Shah Alam itu mengadakan lawatan ke kilang tersebut pada 5 Ogos lalu.

Ahmad Nawawi turut mempersoalkan tindakan Khalid itu kerana sebelum berkuasa, Pas Selangor begitu lantang menegaskan ia mahu menutup kilang arak tetapi setelah berkuasa pendirian mereka bertukar.

"Sekiranya ditawarkan sebuah kawasan baru, bagaimana pula dengan kos perpindahan ke kawasan baru itu nanti?

"Sudah menjadi kelaziman pihak yang menawarkan sesuatu terpaksa menanggung segala-galanya. Apakah kerajaan negeri akan membelanjakan duit rakyat semata-mata mahu membantu sebuah syarikat arak membesarkan hasil jualannya?

"Jadi, Khalid seharusnya menumpukan kepada tanggungjawab untuk menunaikan janji-janji dalam manifesto pakatan pembangkang sebelum mereka menang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu," katanya.

Beliau berkata, masih terdapat banyak perkara yang dijanjikan pakatan pembangkang dalam manifesto mereka masih belum dikotakan.

Antara janji itu ialah bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke pusat asuhan dan elaun untuk ibu tunggal yang layak.

Turut belum ditunaikan ialah mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis perniagaan sebanyak 10 peratus serta cuti bersalin selama 90 hari.

Ahmad Nawawi berkata, sekiranya diteliti, boleh dikatakan hampir kesemua janji dalam manifesto pembangkang belum dilaksanakan.

"Apa yang saya sebut di atas adalah sebahagiannya sahaja. Saya syorkan Khalid tumpukan tugas untuk memenuhi segala janji pakatan pembangkang di Shah Alam

MEMANG WUJUD PERLEMBAGAAN BARU

hli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mengesahkan bahawa beliau mengetahui tentang kewujudan 'perlembagaan baru' yang dibuat oleh pihak tertentu.

Lebih mengejutkan, beliau juga mendakwa bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Perkara ini memang benar-benar wujud dan ia merupakan idea PKR. Semuanya kerana PKR sedar bahawa sokongan bukan Melayu terhadap pembangkang semakin bertambah dan demi menjamin kelangsungan sokongan itu, Perkara 153 dan Perkara 11 perlu digugurkan.

"Perkara inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa saya meninggalkan perjuangan PKR dan memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas. Inilah permainan bahaya PKR yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zahrain berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau mengetahui atau tidak tentang kewujudan 'perlembagaan baru', seperti mana yang didedahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Ahad lalu.

Harussani ketika membuat pendedahan mengejutkan itu berkata, 'perlembagaan baru' itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan sekarang.

Mufti Perak itu bagaimanapun enggan mendedahkan pihak yang bertanggungjawab mewujudkan 'perlembagaan baru' berkenaan demi menjaga keselamatan negara.

Mengulas lanjut, Zahrain memberitahu, perancangan untuk mewujudkan 'perlembagaan baru' itu sudah dimulakan selepas pembangkang berjaya mencatat kemenangan besar dalam PRU Ke-12 lalu.

"Mereka sudah mula berangan bahawa langkah untuk menawan Putrajaya semakin hampir dan selepas cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) untuk membeli wakil rakyat Barisan Nasional (BN) gagal, maka perkara ini mula dirancang," katanya.

Dalam pada itu, Zahrain menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya segera mengambil tindakan tegas kerana perbuatan pembangkang mewujudkan 'perlembagaan baru' adalah satu perbuatan menghasut.

Katanya, jika pihak berkuasa lambat bertindak, beliau khuatir tragedi 13 Mei 1969 akan berulang kembali kerana orang Melayu sudah tentu tidak akan membiarkan hak mereka dicabuli.

"Orang Putih dahulu pun sedar tentang bahaya jika Perkara 153 dan Perkara 11 disingkirkan tetapi PKR tidak pernah belajar daripada perkara itu.

''Pada mereka matlamat mengejar kuasa adalah lebih penting berbanding kestabilan negara," katanya.

Selasa, 17 Ogos 2010

TEOH BENG HOCK:AKHIRNYA DR PORN DATANG JUGA....

Pakar patologi terkenal dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah hari Selasa dengan kawalan keselamatan yang tinggi.

Dr Pornthip dijadual memberikan keterangannya dalam inkues bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock di Mahkamah Koroner di sini pada Rabu.

Beliau yang dilantik khas oleh Kerajaan Selangor mencetuskan kontroversi setelah mendakwa 80 peratus Beng Hock dibunuh sekali gus keterangan itu bertentangan dengan teori bedah siasat kali pertama bahawa mendiang membunuh diri.

Dakwaan pakar itu berdasarkan pemerhatiannya pada kesan lebam di leher Beng Hock seperti dicekik dan kecederaan pada dubur seperti kecederaan ditusuk.

Namun Dr Pornthip enggan hadir pada prosiding yang sepatutnya bersambung pada 20 April lalu atas alasan menerima 'tekanan politik' daripada Kerajaan Malaysia.1

Bagaimanapun pakar perubatan forensik dari United Kingdom, Dr. Peter Vanezis menyangkal pendapat Dr. Pornthip bahawa wujudnya kesan lebam akibat dicekik pada leher Beng Hock.

Beliau sebaliknya bersetuju dengan pandangan pakar patologi dari Hospital Sungai Buloh, Dr. Shahidan Md. Nor bahawa kesan lebam yang ditemui pada leher Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor itu adalah kecederaan akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Vanezis yang turut hadir pada sesi bedah siasat kedua mayat Beng Hock sebagai pemerhati mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan demikian semasa memberi keterangan dalam prosiding inkues siasatan kematian lelaki itu di Mahkamah Koroner padea April lalu.

Beng Hock, 30, setiausaha politik Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu, di koridor tingkat lima Bangunan Plaza Masalam di sini, yang turut menempatkan pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan sama, kira-kira 10 jam selepas memberi keterangan kepada SPRM dalam siasatan penyelewengan peruntukan kerajaan negeri.

Isnin, 16 Ogos 2010

POLIS AKAN PANGGIL ANWAR

Polis akan memanggil Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merekodkan keterangannya bagi membantu siasatan berhubung penggunaan gambar Sultan Johor Sultan Ibrahim, pada kain rentang bagi satu ceramah parti itu di sini bulan lepas.

Ketua Polis Batu Pahat ACP Ibrahim Mohd Aris berkata keterangan Anwar akan diambil dalam masa terdekat supaya siasatan mengenai penggunaan gambar itu dapat diselesaikan segera.

Polis telah merekodkan keterangan daripada 52 orang individu termasuk penduduk tempatan dan ahli politik antaranya Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Ibrahim berkata polis telah merampas empat kain rentang yang dipasang di Semerah, Parit Sulong, Sri Gading dan Rengit.

Ketika bertitah pada majlis penutupan Kembara Mahkota Johor Bermotosikal di Kota Tinggi minggu lepas, Sultan Johor melahirkan rasa murka terhadap tindakan menggunakan gambar baginda itu kerana perbuatan itu boleh memecah-belahkan masyarakat.

Jumaat, 13 Ogos 2010

MP DAP TERIMA PELURU HIDUP DAN SURAT UGUTAN

Tony Pua Kiam Wee…Lu banyak berani?...Sekarang lu mau apa?... Jalan sekarang mau tengok depan, belakang, kiri, kanan bawah dan atas….Apa pasal? …Lu punya keluarga, rumah, pejabat, kereta - WHT ....004, wa sudah tau.Sendiri mau ingat…. Lu fikirlah sendiri.

Begitulah bunyi nota ancaman berserta sebutir peluru M-16 yang diterima Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara,Tony Pua menerusi bungkusan pada jam 4.30 petang Rabu di pejabatnya di Damansara.

Bungkusan itu dikirim dari Tangkak,Johor.

Tony Pua telah membuat laporan polis di balai polis Damansara Utama.

Ahli Parlimen itu baru-baru ini bikin kontroversi bila mencadangkan diskaun untuk hartanah mewah bagi bumiputra dimansuhkan.

Khamis, 12 Ogos 2010

WAN AZIZAH MASIH NAK BERDOLAK DALIK

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi amaran kepada Ezam Mohd Noor nak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika tidak menghentikan mendakwa kononnya beliau telah menelefon bekas Ketua Pemuda KeAdilan itu mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memberi amaran berkenaan menerusi satu kenyataan yang disiarkan dalam laman blog Anwar Rabu.

Kata Wan Azizah beliau tidak pernah menelefon Ezam mengaitkan Anwar seperti tohmahan itu.

Cuma silap sikit kenyataannya menyebut beliau ditanya oleh pemberita Berita Harian mengenai dakwaan Ezam itu pada pagi 10 Ogos 2010 di perkarangan mahkamah.

Sebenarnya yang bertanya soalan itu kepada beliau ialah wartawan Agendadaily,Noor Hasilah Ismail selepas majlis ringkas potong kek hari jadi Anwar ke 63 di kantin Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur .

Majlis oleh beberapa orang pimpinan PKR dan rakan Anwar itu dibuat selepas perbicaraan kes liwat melibatkan hal dakwaan hubungan Saiful Bukhari Azlan dengan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif.

Noor Hasilah telah memperkenalkan dirinya sebagai wartawan Agendadaily.Beliau dulunya pernah berkerja sebagai wartawan Berita Harian.

Dalam soal jawab semasa perbualan itu yang jelas merujuk kepada panggilan telefonnya kepada Ezam dari Washington,Wan Azizah tidak menafikan ada membuat panggilan telefon.

Katanya,” Ezam telah bagi gambaran yang lain. Saya pesan kat dia sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia (Anwar)….. ( sila rujuk kepada transkrip perbualan penuh di bawah - yang masih ada dalam pita rakaman Noor Hasilah).

Ini kenyataan penuh Wan Azizah di laman blog Anwar Rabu:


Amaran kepada Ezam untuk hentikan fitnah jahat

Pada pagi 10 Ogos 2010, di perkarangan mahkamah, pemberita Berita Harian menyatakan beliau di arahkan menanyakan soalan mengenai tuduhan Ezam Mohd Nor mendakwa kononnya saya telah menelefon beliau mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Saudara Anwar. Saya dengan tegas menafikan tohmahan jahat beliau. Ezam sengaja mereka cerita setelah beliau bersama UMNO dan tidak sebelumnya.

Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan UMNO, kerja beliau hanya mencerca kami.

Saya telah enggan melayan sebarang kenyataan beliau yang di buat hasil menerima upah pimpinan UMNO, walaubagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama saya secara peribadi, saya mengingatkan beliau supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah dan Mahkamah Syariah.

Sekian, terima kasih.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat.




Sebagai catatan Ezam mendakwa panggilan telefon Wan Azizah itulah yang mendorongnya meragui tentang perangai Anwar dan kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan Parti KeAdilan Nasional .( Sila rujuk dibawah komen Ezam ulas Wan Azizah).

Katanya sebelum itu beliau tidak pernah percaya langsung dakwaan tentang Anwar sehinggalah panggilan telefon dari Washington yang diterimanya dari Wan Azizah ketika berada di rumah lama Anwar di Bukit Damansara.

Ezam beberapa kali mendakwa hal ini dalam ceramahnya.Beliau menyatakan hal yang sama dalam interbiu dengan Agendadaily baru-baru ini. (Rujuk kepada interbiu bertajuk : Puncanya…Wan Azizah).

Ezam yang ditanya bagaimana kalau Wan Azizah menafikannya berkata beliau sanggup bersumpah untuk membuktikan beliau cakap benar.

Beliau mengulangi kesanggupan bersumpah kelmarin.

Wan Azizah pula kata beliau tak mahu campur jika Ezam nak bersumpah.

Rabu, 11 Ogos 2010

ORANG CINA KURANG BERI KERJASAMA

Sikap orang ramai, khususnya masyarakat Cina, menjadi masalah utama kepada pembanci melakukan tugas pembancian sepanjang gerakan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 setakat ini, kata Pesuruhjaya Banci dan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Beliau memberitahu Bernama bahawa terdapat antara mereka yang mendakwatidak tahu berbahasa Melayu dan Inggeris.

"Rungutan kebiasaannya datang dari masyarakat Cina yang mengatakan mereka hanya tahu berbahasa Mandarin.

"Itu tidak harusnya terjadi kerana kita sebagai rakyat Malaysia, sebagai penduduk Malaysia sejak Merdeka hampir 53 tahun, sudah pasti tahu untuk menggunakan salah satu bahasa itu," katanya.

Borang soal selidik yang mengandungi 51 soalan dengan empat bahagian dibuat dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Banci 2010 dijalankan dalam tiga fasa dan kini ia berada pada fasa terakhir yang sedang berlangsung bermula pada 7 Ogos berakhir 22 Ogos ini.

Fasa I dan II telahpun dijalankan, masing-masing dari 6 Julai hingga 22 Julai dan 23 Julai hingga 6 Ogos lalu.

Tidak beri respon

Wan Ramlah berkata bahawa dalam Fasa I Banci 2010, 70 peratus daripada mereka yang tidak memberikan respon adalah masyarakat Cina.

"Kita bukan mahu bersikap perkauman dalam mendedahkan masalah ini. Perdana Menteri sendiri menyatakan Konsep 1Malaysia adalah untuk kebaikan semua kaum.

"Kalau kita mahu laksanakan konsep ini untuk semua, ia mesti ikut statistik berdasarkan kaum dan kumpulan etnik," katanya.

Wan Ramlah berkata Jabatan Perangkaan terpaksa mendapatkan kerjasama media berbahasa Cina, petugas jabatan berbangsa Cina dan persatuan-persatuan mewakili masyarakat itu bagi memberi respon kepada pembanci.

"Malah, seperti apa yang berlaku di Johor, hampir setiap hari muka Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Johor, Tiew Chin Tong, terpampang di surat khabar Cina bagi memberi penerangan tentang pentingnya pembancian ini," katanya.

Wan Ramlah berkata masyarakat Cina tidak boleh mengatakan mereka tidak memahami soalan yang disediakan kerana kebanyakan mereka tinggal di bandar dan mendapat akses kemudahan pendidikan.

"Kita faham sekiranya ia melibatkan masyarakat seperti Iban, Kadazan, Murut yang berada di Sabah dan Sarawak yang kurang mendapat akses pendidikan," katanya.

Wan Ramlah berkata, jabatan telah menyediakan pembanci daripada kalangan masyarakat setempat bagi membantu penduduk di Sabah dan Sarawak mengisi borang soal selidik, dengan menggunakan bahasa mereka sendiri.

"Kita bimbang komuniti di daerah tertentu seperti ini, bukan saja Cina, tidak akan diambil kira jika mereka tidak respon, danakibatnya, pembangunan di tempat tertentu tidak dapat dilaksanakan dengan tepat kerana masalah penduduk yang tidak dapat dikira ini.

"Ini juga melibatkan negeri lain. Kalau negeri itu tidak mahu respon, mereka akan rugi," katanya.

Anjing dilepaskan

Masalah sikap ini juga telah dialami sendiri oleh Wan Ramlah apabila ketika membuat tinjauan, beberapa anjing dilepaskan bagi menghalang pembanci mendekati rumah.

Beliau berkata jabatan boleh mengambil tindakan terhadap orang ramai yang enggan memberi kerjasama berdasarkan Akta Banci 1960.

"Mengikut undang-undang, orang ramai dikehendaki beri kerjasama. Ramai penduduk yang tidak tahu tentang tindakan yang boleh diambil ini. Jika kami ingin ambil tindakan, sememangnya boleh," katanya.

Berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan, sejumlah 28.3 juta penduduk dan 7.5 juta tempat kediaman di Malaysia akan dibanci.

Setiap fasa akan membanci 2.5 juta tempat kediaman dan setakat Fasa I, 2.4 juta tempat kediaman telah dibanci, kata Wan Ramlah.

Kos Banci 2010 adalah sebanyak RM200.2 juta dengan kira-kira 26,000 pembanci dan 3,000 penyelia pembanci sedang berada di seluruh negara untuk melakukan pembancian ini.

WAN AZIZAH NAFI CEMAS BILA EZAM AJAK SAMA SAMA BERSUMPAH

Betulkah Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ada bercakap dengan nada cemas dalam satu panggilan telefon pada Ezam Mohd Noor dari Washington tidak lama dulu?

Ini timbul bila Ezam yang kebetulan waktu itu berada di rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara,Kuala Lumpur memberitahunya ada seorang lelaki lain turut berada di dalam rumah itu.

Difahamkan Wan Azizah kenal lelaki itu.

Waktu itu Ezam yang merupakan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) adalah orang kanan Anwar dan sering keluar masuk rumahnya.Waktu itu juga Anwar belum habis edah untuk aktif politik selepas dibebaskan dari penjara.Beliau menjadi pensyarah undangan di Amerika.

Masa kejadian itu Wan Azizah berada di Washington manakala Anwar pulang seketika ke Malaysia.

Dalam interbiu dengan Agendadaily baru-baru ini ( rujuk pada interbiu penuh dengan Ezam di blok bawah) Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik
Anwar di Kementerian Kewangan memberitahu insiden panggilan telefon itulah yang spark off

Kebetulan wartawan Agendadaily Noor Hasilah Ismail bersua dengan Wan Azizah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa perbicaraan kes liwat Anwar Selasa.

Ini adalah pertama kali isteri Anwar itu ditanya oleh wartawan dan mengulas mengenai isu panggilan telefon itu.

Beliau mengesahkan ada membuat panggilan telefon pada Ezam waktu itu tetapi menafikan ia bernada cemas. Katanya dalam panggilan itu, “saya pesan kat dia sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia…”

Wan Azizah dakwa Ezam telah beri gambaran yang lain.Beliau meminta Ezam tidak mengaitkannya untuk mengiyakan apa yang beliau dakwa.

Mengenai kesediaan Ezam bersumpah beliau cakap benar,Wan Azizah berkata,” dia nak sumpah dia punya pasal dengan Allah. Saya tak ada masuk campur.”

Namun Ezam yang dihubungi kemudiannya oleh Roslan Bian untuk mengulas hal ini
keraguannya tentang ‘perangai bosnya’ dan kemudiannya meninggalkan KeAdilan ( sebelum tukar nama pada Parti Keadilan Rakyat (PKR) . tidak berganjak dari dakwaannya. Antaranya beliau berkata,“ Wan Azizah,minta malam itu saya jangan keluar dari rumah selagi budak lelaki itu ada di rumah…untuk pastikan Anwar tidak berdua.”

Katanya mana mungkin dapat penuhi permintaan itu yang menampakkan suasana panic
Wan Azizah kerana tuan rumah dimana beliau berada ketika itu ialah Anwar.

Apapun katanya beliau gembira akhirnya Wan Azizah mengaku memang pernah menghubunginya untuk ‘jaga’ suaminya.

Bagi menentukan siapa benar Ezam mengajak Wan Azizah bersumpah secara Islam.”Dia boleh pilih ulama dan masjid mana dan cara mana yang dia mahu dan lebih baik pada bulan Ramadhan kita selesaikan.


PEMBANGKANG SUDAH MELAMPAU

Perbuatan pemimpin pembangkang menggunakan gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dalam kempen politik mereka disifatkan sebagai keterlaluan dan melampau.

Justeru Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berharap, pihak polis mengadakan siasatan segera untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam tindakan itu.

"Ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku di mana Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dibawa dalam kempen parti politik.

"Memang tidak wajar untuk mereka membawa pihak istana," katanya diminta mengulas penggunaan gambar Sultan Johor dalam kain rentang majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Batu Pahat baru-baru ini.

Abdul Ghani ditemui pada lawatan kerja ke Parlimen Sekijang di Kampung Melayu Raya di sini hari ini.

Semalam Sultan Ibrahim murka terhadap tindakan sebuah parti politik di negara ini yang menggunakan gambar baginda pada kain rentang di sebuah majlis ceramah di Batu Pahat baru-baru ini.

Di dalam kain rentang tersebut, turut dinyatakan sokongan kepada Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng sebagai calon Menteri Besar sekiranya parti pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Abdul Ghani memberitahu, banyak laporan polis telah dibuat mengenai kain rentang yang turut memaparkan lambang kerajaan negeri itu memandangkan ia turut menimbulkan kemarahan rakyat jelata.

Beliau berpendapat adalah tidak wajar kedudukan gambar Sultan Johor di dalam kain rentang tersebut diletakkan di bawah gambar Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hanya sebaris dengan Jui Meng.

Mengenai kenyataan Jui Meng dalam sebuah akhbar yang mendakwa kain rentang itu sebagai 'kerja' orang UMNO bagi menjejaskan imejnya, Abdul Ghani menegaskan dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana ia bukan amalan politik UMNO.

"Tiada siapa hendak buat pun, kita tidak pernah mengamalkan politik seperti itu. Apa yang kita tahu parti pembangkang yang membuat perjumpaan dalam tempoh berkenaan dan kain rentang yang dimaksudkan itu dinaikkan.

PEMBANGKANG WAJAR MINTA AMPUN DARI SULTAN JOHOR

: Pembangkang perlu memohon ampun dan maaf kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kerana menggunakan gambar baginda pada kain rentang sempena kempen Parti Keadilan Rakyat di Johor baru-baru ini.

Sambil menyifatkan perkara itu sebagai perbuatan melampau dan keterlaluan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa pembangkang tidak wajar mengeksploitasi dan menggunakan nama baginda Sultan bagi kepentingan politik mereka.

“Saya tak tahu sama ada perkara ini melanggar undang-undang atau tidak. Apa pun mereka perlu memohon ampun kepada raja. Mereka tidak patut mengulangi perkara ini lagi.

“Bila raja sudah murka, pihak yang dimurkai itu perlu memohon ampun dan maaf kepada baginda. Itu perkara biasa bagi adat kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran buku 'Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia' di Kompleks Kraf Jalan Conlay di sini pada Selasa.

Semalam, Sultan Ibrahim murka dengan penyebaran kain rentang yang memaparkan gambar Baginda Tuanku bersama Pengerusi Parti Keadilan Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng ketika kempen parti itu di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

Baginda menyifatkan, tindakan individu yang tidak dikenal pasti itu seolah-olah mencabar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor, yang memperuntukkan seorang Menteri Besar itu mestilah Melayu dan beragama Islam.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, pembangkang seharusnya memahami kedudukan raja sebagai payung negara dan nama baginda tidak boleh digunakan dengan perkara berkaitan politik.

“Nama baginda tidak harus dipermain-mainkan dan disalahguna kerana ia telah mengundang kemurkaan Sultan Johor," katanya.

Jelasnya, pembangkang seharusnya faham peranan Sultan dan Raja-Raja Melayu sebagai payung negara dan nama baginda tidak boleh dieksploitasi oleh mana-mana pihak.

"Apakah mereka bertujuan tidak baik? Kita tidak boleh mengeksploitasi kedudukan raja-raja kerana ia boleh menjatuhkan maruah dan martabat baginda.

"Kita harus sanjung dan menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu. Mana-mana parti politik perlu faham tentang perkara ini," katanya.

Ditanya adakah tindakan itu jelas menunjukkan pembangkang terdesak untuk menawan semula hati rakyat, Muhyiddin berkata: “Saya tidak tahu perkara itu. Pembangkang perlu menghormati kedudukan raja, jangan kita perkecil hal-hal yang boleh menimbulkan salah faham.

"Saya tak tahu kenapa ada pihak-pihak tertentu hendak mengeksploitasi kedudukan raja dan perkara ini tidak seharusnya berlaku,

Selasa, 10 Ogos 2010

UMNO TERUSKAN PROGRAM SELAMATKAN SELANGOR

Program Jelajah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan akan diteruskan bagi peringkat kedua untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai perkembangan politik semasa termasuk mendedahkan salah laku pentadbiran pakatan pembangkang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia akan diteruskan selepas Aidilfitri ini berikutan sambutan positif rakyat yang mahu penjelasan sebenar terhadap masalah serta kepincangan pentadbiran pakatan pembangkang di negeri ini.

"Kita (UMNO) akan teruskan Program Jelajah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan untuk peringkat kedua selepas hari raya. Untuk peringkat pertama ini, kita sudah laksanakan bermula 23 Julai lalu sehingga 8 Ogos.

"Alhamdulillah, sambutan rakyat untuk peringkat pertama ini di luar dugaan. Ini kerana ia banyak menyedarkan rakyat mengenai pembohongan pakatan pembangkang selama ini sama ada dalam pentadbiran negeri mahu pun kempen politik mereka," katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan ceramah pada Program Jelajah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan yang terakhir bagi peringkat pertama di Kampung Jalan Kebun di sini malam tadi.

Sementara itu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang turut hadir malam tadi menyatakan program tersebut telah berjaya mencapai sasarannya.

Selain itu, katanya, selama lebih dua tahun kerajaan pakatan pembangkang memerintah, bukan sahaja tiada sebarang pembaharuan malah mereka juga gagal menunaikan kebanyakan janji.

Justeru, menurut beliau, program selepas ini akan melibatkan lebih banyak pendedahan isu tertunggak yang belum dilaksanakan selain pembohongan kerajaan negeri seperti isu bekalan air, penghapusan hak bumiputera dan sebagainya.

Dalam masa sama, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, program sedemikian merupakan satu permulaan untuk menamatkan 'riwayat' pakatan pembangkang daripada terus menggugat perpaduan rakyat.

Malah, menurut beliau, ramai pemimpin dalam PKR ketika ini berada di 'penghujung jalan' terhadap prinsip perjuangan parti itu.

"Rakan-rakan dalam PKR yang berada di penghujung jalan, saya harap mereka bersama-sama dengan saya menerangkan kepada rakyat mengenai kebenaran yang sebenarnya

Isnin, 9 Ogos 2010

BUKTI TERBARU KES TEOH BENG HOCK

Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh Beng Hock telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor.

Prosiding yang sepatutnya disambung pada Isnin juga ditangguhkan sehingga 18 Ogos ini bagi memberi masa kesemua pihak mendapatkan arahan selanjutnya daripada anak guam masing-masing.

Koroner Azmil Muntapha Abas membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan Selangor, peguam yang dilantik kerajaan Tan Hock Chuan, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Abas dan Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.

Di luar mahkamah, Gobind memberitahu pemberita keadaan yang berlaku (bukti baru) menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang dan beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding.

"Sekarang bukti baru dikemukakan kepada kami, tetapi bukan baru bagi mereka. Mereka mempunyai dokumen itu yang dalam pemilikan mereka sejak Oktober lepas," katanya yang dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu pagi ini.

Sebelum prosiding bermula, beliau memohon supaya semua pihak berbincang dalam kamar kira-kira pukul 10.37 pagi. Sejam kemudian, Gobind dilihat keluar dari kamar dan masuk ke dalam mahkamah tanpa berkata apa-apa dan kelihatan marah.

Hanya 15 minit kemudian kesemua pihak keluar tetapi enggan menyatakan apa-apa dan menurut Tan mahkamah hanya memutuskan kes disambung minggu depan. Sejam kemudian barulah Gobind bersedia memberi sidang media.

Gobind berkata berikutan keadaan ini, beliau memohon supaya inkues dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru ini.

Sementara itu, Malik Imtiaz berkata semua dokumen yang relevan sepatutnya diserahkan kepada semua pihak dan selama ini beliau menganggap semua dokumen telah lengkap.

Katanya keadaan ini akan memberi kesan kepada semua pihak yang terlibat dan timbul persoalan di pihaknya kenapa bukti tersebut tidak diserahkan lebih awal.

Ramai saksi termasuk pegawai SPRM, pakar patologi dan rakan Teoh telah dipanggil memberi keterangan pada prosiding yang bermula sejak 29 Julai tahun lepas.

Hari ini sepatutnya pegawai penyiasat memberi keterangan manakala pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand pula dijangka memberi keterangan berhubung laporan bedah siasat kedua pada 18 Ogos ini.

KES LIWAT ANWAR.......MACAM MACAM HELAH ANWAR

TERBARU: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang Isnin menolak permohonan Karpal Singh agar Saiful Bukhari Azlan dan Farah Azlina Latif dipanggil bagi keterangan berhubung dakwaan kononnya mereka ada hubungan intim.Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah buat keputusan itu kerana ia tidak relevan dengan prosiding kes.

Setelah gagal hal itu,ada kalangan hadirin di dalam mahkamah terkejut dan tertawa bila dengar Karpal Singh nak fail pula affidavit pertikai integriti seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria kerana didakwa baru kahwin isteri kedua di Thailand.

Peguam Cara II Datuk Mohd Yusof membantah kerana ia tidak ada kena mengena dengan kes liwat ini.Hakim kemudiannya menolaknya dengan berkata, " samaada Hanafiah kahwin dua atau dimana tidak relevan dengan kes ini".

Mohd Hanafiah ialah salah seorang anggota pasukan pendakwa yang membuat affidavit menafikan maklumat kes bocor kes ekoran dakwaan adanya hubungan antara Saiful-Farah.

Sementara itu ketika sambung bicara permohonan buang kes kerana dakwaan adanya hubungan intim itu,Yusof memberitahu dalam pasukan pendakwa Farah cuma menjalankan kerja-kerja am dan menaip saja dan tidak terlibat dalam menentukan strategi pendakwaan atau boleh emmpengeruhi kes.

Katanya Farah cuma masuk sebagai anggota pasukan pendakwa pada 20 Januari,2010 sedangkan laporan polis dan perubatan Saiful sudah diketahui umum sejak tahun 2008 lagi.

Beliau menegaskan intregriti pihak pendakwaan tidak terjejas sekalipun mereka ada hubungan.

Ini,katanya kerana Farah tidak boleh membocorkan maklumat maupun berfungsi menyoal saksi.

Mahkamah akan sambung sidang esok



BERITA SEBELUM INI : Gambar diatas bukanlah Saiful Bukhari Azlan dengan Farah Azlina Latif,bekas anggota pasukan pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ini adalah gambarnya bersama bekas tunangnya Janna Mohd Zaki yang tersebar luas menerusi internet semasa dakwaan kes liwat mula bergegar dulu.

Setelah soal dokumen perubatan Saiful dan beberapa isu teknikal lain melengahkan perbicaraan kes liwat itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terpaksa alih perhatian pula kepada usaha terbaru Anwar untuk mengugurkan dakwaan terhadapnya mengunakan dakwaan kononnya Saiful ada hubungan intim dengan Farah.

Berbagai isu sampingan timbul ketika semua orang menunggu proses perbicaraan sebenar untuk tahu Anwar liwat atau tidak Saiful.

Makanya pagi Isnin mahkamah itu terpaksa buang masa lagi mendengar hujah pasukan peguam pembela Anwar dengan pasukan pendakwa atas dakwaan yang dibuat menerusi laman web Raja Petra Kamaruddin yang kini menjadi buruan polis kerana lari dari satu perbicaraan di mahkamah.

Karpal Singh mahu Saiful dan Farah dipanggil bagi keterangan di mahkamah atas dakwaan berkenaan.Dakwanya belum ada dalam sejarah negara ini atau di negara Komanwel seorang Timbalan Pendakwa Raya mempunyai hubungan degan saksi utama.

Dalam hujahnya, Karpal berkata adalah menjadi tanggungjawab hakim untuk mendapatkan kebenaran sama ada Farah atau Saiful ada mempunyai hubungan sulit kerana kedua-duanya tidak mengemukakan affidavit membidas dakwaan itu.

Peguamcara 11,Datuk Mohd Yusof menyangkal hujah Karpal dan mengatakan tuduhan itu tidak berasas. Katanya persoalan pokok ialah sama ada Saiful telah menggunakan Farah untuk mendapatkan maklumat.

Yusof memberitahu mahkamah bahawa tuduhan yang dibuat oleh anak guam Karpal adalah berasaskan daripada khabar angin.

Katanya mereka mempunyai affidavit daripada penolong pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira yang menafikan sebarang kebocoran maklumat.

Yusof berkata peguambela tidak menjawab affidavit yang dikemukakan oleh Hanafiah dan Jude dan lantas menganggap perkara itu sudah selesai.

Karpal pula mengatakan apa yang dinyatakan Anwar dalam afidavitnya adalah benar dan bukan khabar angin. Katanya, apa yang dikatakan oleh Anwar bahawa Farah mempunyai akses kepada maklumat itu juga adalah benar.

Anwar diwakili Karpal Singh, Sankara Nair, Marissa Christopher Fernando dan pasukan pendakwa diwakili Yusof, Hanafiah, Noordin Hassan, CK Wong dan Noorin Badaruddin.


Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan membuat keputusan samada hendak memanggil atau tidak Saiful dan Farah beri keterangan pada jam 2.15 petang ini.

Anwar dan isteri Datuk Seri Wan Azizah Ismail hadir di mahkamah

TUN GHAFFAR PUN PERNAH DI KENCING ANWAR

Cucu saudara Allahyarham Tun Ghafar Baba menceritakan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘ putar cakap’ tentang hajatnya untuk berjumpa dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak lama selepas dibebaskan dari penjara pada September, 2004 .

Zahid Md Arip,bekas Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional yang kini menjadi penceramah UMNO,menceritakan hal ini dalam ceramahnya di AU5 dekat Kuala Lumpur Sabtu malam ketika menyentuh tentang beberapa pembohongan yang dibuat oleh Penasihat PKR itu.

Katanya Anwar telah menelefonnya sendiri meminta mengatur satu perjumpaan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Menurut Zahid beliau telah bersusah payah meyakinkan dan memujuk Ghafar untuk bertemu Anwar.

Katanya Ghafar mulanya agak keberatan.

Hubungan Ghafar-Anwar memang diketahui dingin ekoran pemilihan jawatan UMNO tahun 1993.Ghafar tidak cukup pencalonan untuk pertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO bila Anwar umum nak bertanding.Anwar kemudiannya menang tanpa bertanding jawatan itu dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Akhirnya Tun setuju jumpa dengan syarat hanya Anwar dan Wan Azizah sahaja yang datang ke rumahnya,”katanya.

Katanya hal ini berlaku waktu bulan puasa.

Namun lain ceritanya yang berbangkit.Kata Zahid kebetulan sewaktu sedang membeli juadah berbuka puasa di Bangsar beliau bertemu dengan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional,Abdul Rahman Osman di situ.

Katanya apa yang buat beliau terkejut ialah masa bersembang Abdul Rahman bertanya kepadanya apa hal yang Ghafar nak jumpa sangat Anwar.

“Kata Abdul Rahman bahawa Anwar memberitahu mereka semua Ghafar yang minta nak jumpa dengannya.”

Zahid berkata mendengar ini beliau terus berkejar ke rumah Ghafar memberitahu hal berkenaan dan minta agar pertemuan itu dibatalkan.

“Saya ingat lagi Tun marah pada saya kata… I told you ( saya dah kata) ,” katanya.

Menurut Zahid beliau sendiri cukup marah kerana Anwar sanggup perdaya pimpinan parti KeAdilan ketika itu kata Ghafar yang nak jumpa denganya sedangkan beliau ( Anwar) yang memohon.

SEGALANYA BERPUNCA DARI WAN AZIZAH



Mustahil Ezam Mohd Noor dapat duduk bersembang lebih dua jam menceritakan satu per satu jalan cerita yang dilaluinya mengapa beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan semua orang.

Paling tidak beliau dapat memberi sedikit sebanyak gambaranya di pentas ceramah dalam jangka waktu yang terhad dan sekali sekala menerusi kenyataan media.

Makanya ada yang ‘tak sampai’ dan sukar dihayati kalau dibandingkan dapat duduk mengadapnya untuk mendengar sendiri.

Tanpa disedari sudah lima tahun lamanya waktu berlalu sejak kali terakhir mengadakan interbiu dengannya.Waktu itu beliau masih lagi bersemangat waja dalam Parti Keadilan Nasional (KeAdilan).

Cerita tentang Ezam yang kini berstatus YB Senator masuk UMNO pada 28 Mei 2008 bukan lagi ikut istilah wartawan ‘satu berita’.

Namun dari tinjauan rambang sehingga ke hari ini ada yang masih samar kenapa beliau mengambil langkah besar itu setelah dua tahun sebelum itu meninggalkan KeAdilan yakni PKR yang dulunya yang beliau sama-sama bina dalam gerakan untuk membebaskan Anwar dari penjara.

Berbanding dengan pimpinan PKR lain,beliaulah yang paling banyak menanggung azab sengsara – masuk keluar penjara dan kena ISA semata-mata kerana Anwar.

Mungkin ramai tidak tahu beliau juga orangnya yang usung Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi untuk mengadu hal dan menagih simpati pada nasib Anwar yang dalam penjara.

Dalam interbiu itu tidak lama selepas Anwar dibebaskan Ezam dengan konfiden berkata ,” Kita merasa lega kerana antara matlamat kita menubuhkan parti ini (Parti Keadilan Nasional) dan saya memimpin Angkatan Muda KeADILan adalah untuk membebaskan Anwar Ibrahim tetapi dari sudut yang lebih besar sebenarnya pembebasan Anwar ini membawa signal yang amat penting dari sudut pengukuhan negara dan dalam kes ini... adalah mahkamah ."

Kini Ezam-Anwar berdiri di garis padang yang berbeza.Masing-masing nak ‘sumbat gol’.Anwar dengan impian nak ke Putrajaya manakala Ezam bertekad nak menyekat bekas bosnya.



Soalnya kenapa bila Anwar sudah bebas lain jadinya? Kenapa waktu Anwar dalam penjara dan perjuangan Ezam memang ‘ gelap ‘ tidak mungkin dapat apa-apa ganjaran beliau nekad terus bersama bosnya?

Katakan Ezam kekal bersama Anwar dan dengan tsunami politik Mac 2008 sekurang-kurangnya beliau sudah menikmati ganjaran lebih dari jawatan hanya sebagai Senator.Lebih-lebih lagi beliau dari Selangor.

Yang nyata tidak ramai yang tangkap sebab sebenar beliau bertindak begitu.Tambah pula ia dikaburi oleh dakyah pembangkang yang terus menerus cuba menghakis kredibilitinya dengan dakwa beliau melompat kerana dibeli oleh janji pangkat dan ganjaran wang.

Toleh kiri kanan sebenarnya ramai kalangan pemerhati politik yang hairan mengapa beliau perlu tinggalkan PKR.

Adalah cakap-cakap yang mengatakan beliau berlaga angin dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Namun itu belum cukup kuat untuk mendorongnya melangkah keluar.

Sebenarnya puncanya cukup mudah dan kecil saja.Itulah selalunya berlaku dalam politik.Benda besar tidak jadi hal tetapi yang buat sangkut sampai meletop habis…hal yang kecil saja.

Ia berdetik dari naluri seorang manusia biasa yang ‘ hairan’.

Bukan kerana Azmin maupun Anwar sendiri.

Dalam hal ini Wan Azizah perlu menyalahkan dirinya.



Ini semua gara-gara panggilan telefon isteri Anwar itu dari Washington yang bernada ‘ cukup cemas’ padanya pada satu hari.Ketika itu beliau berada di rumah Anwar lama di Bukit Damansara.

Semasa dalam tempoh edah selepas dibebaskan Anwar tidak boleh aktif politik dan banyak menghabiskan masa di luar negara menjadi pensyarah undangan.

Kebetulan waktu itu Anwar kembali ke tanah air dan Wan Azizah berada di Washington.

Kalau mengikut apa yang diceritakan oleh Ezam dari perbualan telefon itu,jangan kata beliau yang sudah dewasa,budak sekolah darjah satu pun pasti akan membuat kesimpulan sepertinya bahawa ada yang ‘ tak kena’ dengan perangai bosnya itu.

Ezam menceritakan segalanya secara detail tentang perbualan telefon itu tetapi minta ia secara off the record kerana sebab-sebab tertentu - yang dapat difahami mengapa.

Itulah kata Ezam spark off keraguannya tentang Anwar dan turning point nya.

Katanya ia bukan atas sebab politik tetapi semata-mata kerana moral.

Menurut Ezam beliau mengambil masa sekitar enam bulan check sana check sini selepas keraguan itu berbangkit tentang Anwar ekoran panggilan telefon dari Wan Azizah.

Ditanya apakah buktinya tentang perbualan telefon itu,Ezam berkata beliau sedia mencabar Wan Azizah bersumpah untuk menafikannya.

Akhirnya setelah bersemuka dengan beberapa semua sumber yang layak dipercayai untuk check termasuk yang masih aktif dalam PKR ‘tentang keraguannya’ itu beliau mengambil keputusan keluar PKR dan menyepikan diri.



Ezam memetik seorang yang cukup rapat dengan keluarga Anwar sampai ke hari ini sebagai berkata dia tahu tentang ‘ perangai Anwar ‘ .

Namun kata orang itu dia masih lagi bersama PKR kerana ‘ saya kesian pada Kak Wan.’

Kata Ezam beliau terasa sangat kecewa dan malu kerana ‘itulah rupanya’ orang yang beliau pertahankan bermatian-matian selama ini.

Menjawab beberapa soalan lain yang berkaitan,Ezam menceritakan beberapa insiden secara off the record .

Ini termasuk kisah cubaanya nak buat satu deal dalam usaha untuk lepas diri dari kes liwat Saiful.

Dakwa Ezam Anwar telah temberang seorang pemimpin besar pakatan rakyat mengenai sesuatu.

Katanya beliau mendapat tahu hal berkenaan menerusi seseorang dan berpeluang meminta pengesahan kebenarannya dari orang yang dimaksudkan.

Yang pasti tentu ramai orang parti berkenaan akan ‘ mengamuk ‘ jika cerita ini terbongkar.

Namun Anwar tetap Anwar beliau boleh buat muka kering macam tak ada hal seperti juga pembohongnya tentang gerakan 16 September yang tidak menjadi sampai ke hari ini.

Ezam secara berjenaka menyifatkan Anwar kini sebagai orang yang sudah ‘kalis malu’.

Malah beliau sampai berkata sebenarnya sudah tidak guna lagi menghentam Anwar.

Ezam mengakui apa pun yang dikata tentang Anwar masih ada ramai lagi orang yang tetap taksub dan percaya padanya sampai ke hari ini.

Beliau menerima hakikat ini.Katanya bukan mudah untuk menerangkan hal sebenar dan ia mengambil masa.


Apapun katanya lagi kusut lain macam pada wajah Anwar kini tidak boleh disembunyikan lagi menerusi gelak tawanya.

Beliau memberitahu ramai kawan-kawan yang mengenali Anwar sedar tentang air mukanya yang penuh dengan tanda kerisauan itu.





MAKIN RAMAI TINGGALKAN PAS


Seramai 194 ahli Pas dari sini mengambil keputusan menyertai UMNO kerana terkilan dengan sikap pemimpin parti itu yang didakwa gagal membawa perubahan selain enggan berjuang untuk penyatuan orang Melayu di negara ini.

Mereka merupakan ahli Pas di tiga kampung di Pengkalan Chepa dekat sini iaitu Kampung Tukang Dollah, Kampung Pantai Cahaya Bulan dan Kampung Tok Betek.

Ketiga-tiga kampung tersebut sebelum ini mendapat gelaran ‘kawasan hijau’ berikutan sokongan fanatik penduduknya kepada Pas.

Kesemua ahli Pas terbabit menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sempena ceramah ‘Selamat Tinggal Pas’ yang dihadiri lebih 2,000 penduduk di Kampung Tukang Dollah di sini malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah ialah Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin dan Mudir Pondok Pok Krau Tumpat, Mohammed Zainal Abidin.

Mustapa dalam ucapannya mengisytiharkan gerakan untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) merampas kembali Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

“Beberapa bulan lalu ketika di Pasir Mas ada penyokong setia Pas termasuk pemimpin mereka menyertai UMNO dan malam ini sekali lagi anda semua telah membuat satu keputusan yang betul.

“Di sinilah kita bermula, saya mengisytiharkan gerakan habis-habisan untuk kita bersama-sama menumbangkan Pas Kelantan dan merampas semula negeri ini,” jelas beliau sambil mendapat sorakan padu penduduk yang hadir.

Sementara itu, Salmah Yahya, 66, berkata, dia telah menjadi ahli Pas sejak 36 tahun lalu kerana mengikut jejak langkah arwah ibu bapanya.

Bagaimanapun, jelasnya, selepas melihat semua dasar dan kekerasan Pas dalam memperjuangkan perpaduan, dia mulai insaf dan memilih untuk beralih arah.

“Saya pun belajar agama, belajar isu-isu semasa dan fasal perpaduan ini memang tidak boleh dimaafkan, bukan setakat pembangunan yang gagal diberikan.

“Kami tidak mahu lagi tertipu dan mengharapkan sesuatu daripada Pas kerana hanya UMNO yang mampu memberikannya,” jelasnya.

Bagi pemborong ikan, Zulkifli Jafar, 45, pula, dia telah memohon kerajaan Pas untuk membina Jeti Kuala Pak Amat sejak beberapa tahun lalu tetapi gagal, namun selepas masalah tersebut dimaklumkan kepada pemimpin UMNO, ia segera dibina.

“Sekarang jeti sudah ada dan senang untuk kami bekerja. Jadi kenapa perlu saya menyokong Pas lagi kalau selama ini mereka tidak menyokong atau membela kami,

Jumaat, 6 Ogos 2010

PRESIDEN PAS MAHU HAK KEISTIMEWAAN MELAYU DI PERTAHANKAN

Hak dan keistimewaan Bumiputera khususnya orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, realiti pada masa ini ialah golongan Bumiputera majoritinya masih miskin dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. "(Beri) kepada siapa yang berhak, majoritinya adalah Bumiputera yang miskin, yang bukan Bumiputera tidak seramai Bumiputera," katanya selepas melancarkan buku karyanya bertajuk Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin, sempena Jubli Perak Maahad Darul Al-Quran di Rusila di sini hari iniBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua daripada DAP, agar kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Abdul Hadi berkata bahawa kaum lain yang miskin juga wajib mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

Katanya tindakan Pua itu belum dibincangkan di peringkat kepimpinan parti pakatan pembangkang yang dianggotai PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau turut menganggap kenyataan Tony lebih bersifat peribadi

Khamis, 5 Ogos 2010

NIZAR SAH MEMANG GILA TALAK...

Hebat…memang hebat aksi Nizar Jamaluddin.Masalahnya cuma setakat hebat buat kecoh sajalah.Ada yang kata tak ubah macam orang ‘ gila talak’ gara-gara hilang kerusi Menteri Besar dan kerajaan pimpinannya.Nizar buat semua ini hanya kerana diri nya sudah dilupakan oleh rakyat...Jadi untuk menampakan dirinya bagai seorang jaguh beliau membuat angkara begini hanya untuk menonjolkan dirinya agar rakyat memandang beliau sebagai wira..Tapi rakyat sudah tahu bahawa ini sahajalah cara Nizar untuk ....Lu pikir la sendiri

Sebenarnya ramai yang berharap untuk melihat sidang Dewan Undangan Negeri Perak Selasa berlangsung secara berhemah berbeza dengan yang diwarnai oleh aksi mengarut para ADUN pembangkang masa dua sidang sebelum ini.

Namun Nizar & geng 27 ADUN pembangkang nampaknya seperti orang yang sudah tidak idea lain kecuali buat kecoh dan kecoh - mungkin untuk menjolok rakyat Perak agar tidak mudah lupa - mereka pernah pernah perintah negeri itu setahun.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diminta mengulas insiden sidang DUN itu mempersoalkan nilai moral pemimpin pembangkang.

"Apakah mereka tiada nilai moral yang agak tinggi. Apakah itu menunjukkan lemah pendirian mereka atas soal prinsip seperti ini. Perkara ini sepatutnya boleh dinilai oleh rakyat," katanya.

Katanya perbuatan pembangkang itu menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati sistem kehakiman negara yang sebelum ini, membuat keputusan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negeri berkenaan.

"Perkara ini seharusnya tidak timbul lagi. Mereka harus menghormati ketertiban dalam DUN. Bila speaker kata berhenti...jangan buat.

"Apa jua pangkat, jawatan dalam dewan, kita sama saja. Kita kena patuh. Jadi bila dia tak mematuhi, kita ada hak mengambil tindakan untuk menyingkirkan... mengeluarkannya.

"Sepatutnya dia menghormati sistem demokrasi berparlimen...kita ada undang-undang. Apakah ini membuktikan Pakatan Rakyat memang tidak akan menghormati keputusan mahkamah?," soalnya semasa bercakap dengan wartawan selepas satu mesyuarat di Putrajaya Rabu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula menilai aksi pembangkang itu gara-gara usaha untuk menutup malu.

Katanya rancangan pakatan pembangkang di sidang DUN untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mendakwa pembentangan usul perbekalan tambahan akan menambah jumlah defisit dalam Bajet 2010 sebanyak RM104 juta gagal.

Menurutnya niat buruk pembangkang yang diketuai Nizar untuk menghentam kerajaan BN atas alasan Perak akan berada dalam keadaan defisit yang sangat kritikal, tidak kesampaian apabila beliau membuktikan Perak akan mencapai bajet seimbang bagi tahun 2010.

"Mereka terkejut kerana perbelanjaan tambahan itu langsung tidak 'mengusik' rizab sebanyak RM800 juta yang dimiliki kerajaan negeri. Oleh itu rancangan mereka untuk menjatuhkan (kredibiliti kerajaan) tidak menjadi kenyataan.

"Maka mereka terpaksa mengalih perhatian dengan menjadikan sidang DUN semalam sebagai pentas ceramah politik," katanya kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Ipoh Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Speaker Datuk R Ganesan yang mengarah keluar dan menggantung Mohammad Nizar daripada menghadiri sidang DUN semalam kerana mencetuskan kekecohan dan berkelakuan haru-biru.

Zambry berkata sangkaan pembangkang bahawa kerajaan negeri akan menyebabkan Perak mencatatkan rekod defisit tertinggi dalam sejarah ternyata meleset setelah pembentangan sumber perbelanjaan tambahan RM80 juta bagi bajet 2010 dibuat semasa sesi soal jawab.

Katanya kesemua ADUN pembangkang dilihat mempamerkan rasa terkejut apabila diberitahu sumber perbelanjaan itu adalah daripada lebihan perolehan hasil sebanyak RM117 juta yang berjaya dikutip kerajaan negeri sehingga 31 Julai lepas.

Beliau meminta wakil rakyat pembangkang supaya tidak sewenang-wenangnya melemparkan fitnah terhadap kerajaan negeri tanpa disokong fakta yang benar.

"Kita tidak berbohong apabila kita bentangkan bahawa kerajaan negeri memperoleh lebihan pendapatan sebanyak RM117 juta. Angka ini direkodkan dan ia melibatkan wang rakyat," katanya.

Zambry berkata selain mengamalkan pengurusan kewangan yang cekap, lebihan pendapatan itu adalah pendapatan luar jangka yang diterima kerajaan negeri hasil bayaran premium tanah oleh Kerajaan Persekutuan dan syarikat-syarikat.

Ketika membentangkan usul perbekalan tambahan 2010 di sidang DUN semalam, Menteri Besar berkata RM30 juta daripada RM80 juta perbelanjaan tambahan yang dipohon akan dibelanjakan bagi tujuan pembangunan dan kesejahteraan rakyat manakala RM50 juta lagi bagi pelaburan menambah hasil negeri.

Perolehan tambahan yang berjaya dikutip itu juga akan digunakan kerajaan negeri untuk menghapuskan RM23.8 juta defisit yang diunjurkan dalam Bajet 2010.

TIADA SKANDAL ANTARA MEREKA.

Keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat, semalam menafikan pelbagai spekulasi yang tersebar sejak kedua-duanya ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala, kelmarin. Ibu Siti Rohana, Siti Badariah Ahmad, 62, menegaskan anaknya bukan isteri kedua atau ada hubungan istimewa dengan Abdul Aziz, manakala bapa Siti Rohana, Ismat Shafie, 74, berkata arwah anaknya tidak mempunyai sebarang musuh dalam politik mahupun urusan peribadinya. Anak kedua bekas ADUN itu, Norazian, 37, pula menjelaskan Siti Rohana, 43, memang rapat dengan keluarganya kerana Allahyarham adalah pembantu peribadi arwah ayahnya.

Siti Badariah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini, berkata anaknya mengenali Abdul Aziz, 64, sejak bekas ADUN itu menjadi wakil rakyat di kawasan Permatang.

“Dulu pun orang ingat dan cakap anak saya ada hubungan istimewa dengan Datuk Aziz, tetapi hubungan mereka sebenarnya tidak lebih daripada majikan dengan pekerja saja. Sebagai kerani atau pembantu khas, mestilah kena ikut bos. Anak saya ada harta sendiri dan tak kacau orang.

“Arwah kerja keras siang malam. Kejadian ini seperti kes bunuh dan saya minta polis siasat segera," katanya.
Abdul Aziz dan Siti Rohana ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala dalam kereta yang terbabas di Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh pada jam 11 pagi kelmarin.

Ismat yang ditemui pula berkata setahunya Siti Rohana tidak pernah menerima sebarang ugutan.

Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai suratan takdir, Ismat juga berkata, beliau tidak pernah mengambil tahu mengenai urusan peribadi anaknya, tetapi tahu hubungan arwah dan bekas suaminya, Abdul Aziz Hamim, 43, masih baik walaupun sudah lima tahun berpisah.

Katanya, beliau akan berbincang dengan Abdul Aziz mengenai hal berkaitan tiga anak arwah, iaitu Izati Natasha, 19; Iliani Nazira, 14 dan Mohd Izat Emir, sembilan tahun.

Ketiga-tiga anak arwah juga dikatakan masih trauma dengan kejadian yang menimpa ibunya. Izati menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Iliana belajar di tingkatan empat Sekolah menengah Kebangsaan Datuk Harun dan Mohd Izat di darjah tiga Sekolah Kebangsaan Tanjung Karang.

Sementara itu, Norazian ketika ditemui di kediamannya di Seksyen 9, di Shah Alam, meminta semua spekulasi mengenai hubungan ayahnya dengan Rohana dihentikan demi menjaga perasaan ibunya, Siti Fatimah Mohd Noor, 62.

“Ibu masih dalam keadaan terkejut dan saya berharap pihak media tidak memperbesarkan hal ini bagi menjaga perasaan keluarga kami.

"Allahyarham berkahwin dengan ibu selama 41 tahun. Sepatutnya kelmarin kami sekeluarga membuat kenduri tahlil dan membersihkan kubur arwah datuk serta nenek seperti sebelum ini, sebaliknya kejadian lain yang berlaku," katanya.

Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai bapa yang bertanggungjawab dan tidak menunjukkan apa-apa perubahan sebelum kejadian itu.

Mengenai senjata api milik Allahyarham, Norazian berkata: "Allahyarham mempunyai lesen senjata dan meminati aktiviti menembak. Ia juga difahamkan sebagai perlindungan sejak menjadi ADUN.

Rabu, 4 Ogos 2010

KEMATIAN BEKAS ADUN SATU MISTERI

Apa yang sebenarnya berlaku antara bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh,64 dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang Siti Rohana Ismat,43 yang ditemui mati dengan kesan tembakan dalam kereta yang terbabas dekat Sungai Buloh di Lebuhraya Utara-Selatan tidak jauh dari Kuala Lumpur pagi Selasa masih satu misteri setakat ini.

Yang pasti terdapat satu kesan peluru di kepala Abdul Aziz manakala dua kesan peluru di kepala Siti Rohana dan tidak ada pihak ketiga dalam kejadian yang trajis dan mengemparkan itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu siasatan awal polis mendapati tembakan tersebut dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan itu.

Beliau tidak menolak kemungkinan ia adalah satu kes bunuh dan bunuh diri.

Polis menemui sepucuk pistol jenis Revolver .38, dua butir peluru belum digunakan dan tiga kelongsong peluru dalam kereta berkenaan.Pistol itu disahkan milik Abdul Aziz.

Ini bermakna kemungkinan besar salah seorang dari mereka menembak dan kemudiannya menembak diri sendiri.

Kejadian berlaku tidak jauh dari susur keluar Sungai Buloh di lebuhraya itu menuju ke Utara.

Mereka berdua dikatakan dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis di Tanjong Karang dan dipercayai bertolak dari pejabat Abdul Aziz di Petaling Jaya.

Jika berada di lokasi itu untuk ke Tanjong Karang, kebiasaannya ialah keluar ikut susur tol Rawang menuju ke Kuala Selangor.Susur keluar tol Bukit Tagar juga boleh ke sana.

Kereta jenis Toyota Caldina berwarna putih adalah milik Siti Rohana namun ia dipandu oleh Abdul Aziz.

Dalam pada itu ramai rakan Abdul Aziz terkejut dengan berita kematiannya yang trajis itu mengenangkan beliau dikenali sebagai seorang yang cukup peramah dan sentiasa ceria.

Sewaktu awal kejadian berita yang tersebar mengatakan Allahyarham meninggal dalam satu kemalangan jalanraya.

Apa yang menjadi tandatanya besar dikalangan mereka ialah apa sebenarnya berlaku antara Abdul Aziz dan Siti Rohana dalam kereta sebelum kejadian.

Apakah tembakan itu berlaku semasa kereta itu sedang berjalan dan kemudiannya ia terbabas melanggar pembahagi jalan di tengah lebuhraya itu?

Atau apakah tembakan berlaku semasa kereta itu sudah terbabas?

Jenazah Abdul Aziz dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam selepas Isyak manakala jenazah Siti Rohana pula dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 7 1/2 Sungai Gulang-Gulang Tanjung Karang.

Abdul Aziz meninggalkan isteri Siti Fatimah Mohd Noor, 62, serta dua anak perempuan, Norazilah, 40, pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Norazian, 37, pensyarah Universiti Industri Selangor (Unisel) dan seorang anak lelaki Mohd Anis Hisham, 33, exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Abdul Aziz, menjadi wakil rakyat dari tahun 2004 hingga 2008 dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar pada 1997.

Sementara itu, Mohd Anis berkata kali terakhir beliau bertemu dengan ayahnya kira-kira 9 pagi tadi di kediamannya di Shah Alam.

"Sebelum mendapat tahu kejadian yang menimpa ayah melalui kawan saya tengah hari tadi, ayah ada cakap nak pergi satu majlis di Tanjung Karang.

"Saya amat kagum kebolehan yang ada pada ayah saya dan saya menjadikannya sebagai role model dalam bidang politik. Ayah mempunyai kebolehan berbahasa Mandarin. Ayah juga ada lesen pistol," katanya ketika ditemui.

Bekas suami Siti Rohana, Abdul Aziz Hamim, 43, yang ditemui di hospital berkata mereka dikurniakan empat anak sebelum berpisah empat tahun lepas.

Katanya anak sulung mereka berusia 20 tahun manakala yang bongsu berusia sembilan tahun.

Seorang kenalan rapat kepada Siti Rohana, Towhid Mokthi, 53, berkata Siti Rohana aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz.

"Rohana seorang yang peramah dan suka tolong orang. Dia sangat disenangi sebab itu dia terpilih sebagai Ketua Wanita Cawangan UMNO Sungai Gulang-Gulang," katanya.

Sementara itu Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar yang dihubungi Bernama berkata Abdul Aziz ialah seorang yang sangat dedikasi terhadap tugasnya dan setia kepada ketuanya.
"Hubungan saya dengan dia (arwah) sangat rapat. Saya kenal arwah sejak beliau masih bersekolah di Kuala Selangor dan saya juga pernah mengajar arwah semasa menjadi guru.

"Kemudian apabila saya menyertai politik dan menjadi Timbalan Menteri, saya ambil dia sebagai Setiausaha Sulit sebelum menjadi Setiausaha Politik apabila saya menjadi Menteri Besar," katanya.

Malah Abu Hassan berkata sehingga kini mereka masih lagi bergandingan dalam Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor, di mana beliau memegang jawatan Presiden dan Abdul Aziz selaku Bendahari.

Abu Hassan, yang sebak ketika diminta bercerita mengenai Abdul Aziz, mengakui amat sedih dengan kematian arwah yang disifatkannya sebagai anak didik, rakan dan anggota keluarga yang amat dekat di hatinya.

Turut memberi penghormatan terakhir di pengkebumian Abdul Aziz selain daripada Abu Hassan ialah bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin

Selasa, 3 Ogos 2010

NIZAR SI BARUA DI GANTUNG

Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini digantung dari persidangan dewan undangan negeri Perak selepas mengengkari arahan speaker, Datuk R Ganesan supaya duduk.

Ketika membahaskan rang undang-undang usul perbekalan tambahan RM80 juta, masa yang diperuntukkan untuk Nizar selama 15 minit telah berakhir. Namun beliau terus berucap dalam nada yang kuat apabila pembesar suaranya dipadamkan.

Sebelum itu, Nizar terus tidak mempedulikan arahan Ganesan agar beliau dirujuk sebagai 'Yang Yang Dipertua.'

Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan...

Ganesan: Saya telah beri peluang untuk bahas. Tetapi jika ini berterusan saya akan ambil tindakan. Meskipun nama saya Ganesan, di Dewan ini, jawatan saya adalah Tuan Yang Dipertua.

Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan...

Ganesan: Saya beri awak peluang terakhir!

Nizar: Terima kasih Yang berhormat...[meneruskan ucapan]

Dalam ucapannya, Nizar mendakwa RM50,000 digunakan oleh Zambry untuk diagihkan kepada cawangan MCA di Perak. Wang rakyat katanya, digunakan untuk tujuan parti.

Rakannya dari DAP, Nga Kor Ming (Pantai Remis) yang marah dengan pendedahan itu kemudian melabelkan Zambry sebagai 'pelacur politik' yang kemudiannya sekali lagi menggamatkan dewan.

Nizar juga melemparkan tuduhan 'pengecut' ke atas BN kerana tidak membenarkan media menjalankan tugas kerana mematikan talian internet.

Apabila masa 15 minit yang diperuntukkan berakhir, pembesar suara Nizar dipadamkan, namun beliau terus berucap dengan meninggikan suaranya.

Khusaisi Abdul Talib (BN-Slim River) kemudian mula berucap dan dewan menyaksikan dua ADUN berucap pada masa yang sama.

Nizar tidak menghiraukan arahan Ganesan supaya duduk dan tindakan itu memaksa beliau diarahkan keluar dewan.

Namun Nizar enggan berbuat demikian. Bentara hanya berdiri di sebelahnya dan tidak cuba mengeluarkan menteri besar yang disingkirkan itu secara paksa.

ADUN Manong, Datuk Ramly Zahari kemudian mencadangkan Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang, digantung sebagai ahli Dewan dan cadangan itu disokong semua ADUN BN.

Selepas pertikaman lidah kira-kira 30 minit, Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain mengambil keputusan meninggalkan dewan.

Sebelum itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempat membentang usul perbekalan tambahan RM80 juta daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi bacaan pertama.

Usul itu disokong ADUN Sg Rapat, Datuk Hamidah Osman.

VIDEO LUCAH HANTUI NAIB KETUA PUTERI UMNO

Lumrah kehidupan, insan yang cantik, bijak dan berwawasan akan sentiasa menjadi perhatian, apatah lagi jika dia seorang pemimpin. Tetapi tidak semua semestinya positif kerana personaliti seperti ini tidak dapat lari daripada golongan PHD (perasaan hasad dengki). Ini biasa dalam dunia politik.

Orang mengenali Shahanim Mohd Yusof sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa beliau pernah bertugas dengan Maybank selama 14 tahun dan menerima anugerah “Best Financial Executive for Maybank Finance in Malaysia” pada 2001.

Setelah memenangi anugerah itu beliau dihantar ke Barcelona, Sepanyol serta Itali dan dinaikkan pangkat kepada Eksekutif Pembangunan Perniagaan sebelum letak jawatan pada 2004 untuk menjadi usahawan dengan membuka sebuah stesen minyak dan pada masa yang sama memberi lebih perhatian kepada politik.

Namun sebaik melangkah kaki ke dunia politik, kehidupan Shahanim tidaklah seindah yang dilihat pada zahirnya. Pelbagai duri dan liku terpaksa diharungi….dan yang paling menghantui nya apabila difitnah beraksi dalam VCD lucah,mempunyai skandal dengan seorang Menteri Besar serta membuat kekayaan menerusi politik. Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini beliau dikatakan tidak sebulu pula dengan ketuanya.

Dalam satu pertemuan dengan Agendadaily, Shahanim meluahkan segala yang telah terpendam di dalam hatinya mengenai isu-isu berkenaan sehingga ada ketika tertentu, beliau tidak dapat menahan sebak di dada..

Shahanim berkata beliau menyangka dengan berdiam diri selama ini, semua fitnah dan tohmahan terhadapnya akan lenyap. Harapanya nyata meleset. Kini beliau merasakan sudah sampai masanya membuka mulut.

BACA SELANJUTNYA DISINI

DUN PERAK KEMBALI KECOH

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berjalan lancar hari ini walaupun berlaku sedikit kekecohan apabila ada beberapa orang yang tidak mempunyai pas kebenaran masuk cuba melepasi kawalan polis.

Polis telah mengadakan kawalan di sekitar laluan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan sejak awal pagi tadi.

Persidangan bermula pada 10 pagi.

Semua ADUN Pakatan Rakyat memasuki dewan dengan diketuai Menteri Besar yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mereka mula memasuki DUN di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, sejak jam 9.40 pagi ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan ADUN BN serta Bebas mula tiba pada jam 9.45 pagi dan menunggu di tempat masing-masing.

Speaker Datuk R Ganesan masuk sejurus sebelum persidangan bermula.

Dua persidangan dewan itu sebelum ini agak kecoh.

Ganesan kemudiannya mengumumkan beberapa peraturan baru yang dikuatkuasakan pada sidang dewan kali ini. Antaranya, gambar tidak dibenar dirakamkan, telefon bimbit juga tidak boleh dibawa masuk.

Ganesan juga mengingkat semua ADUN bahawa mereka perlu menghormati keputusannya selaku yang dipertua dan menghormati segala etika dan tatasusila dewan ketika berdebat.

ADUN Pangkalan Hulu, Tan Sri Mohd Tajol Rosli, mengemuka soalan pertama pada persidangan kali ini yang menyentuh soal defisit dalam bajet negeri tahun ini.

Zambry menjawab bahawa Bajet 2010 menganggarkan defisit sekitar RM23 juta tetapi ia tidak bermakna kerajaan negeri tiada wang kerana Perak masih mempunyai rizab RM847 juta dalam bentuk saham dan simpanan tetap.

Beliau berkata, rizab tinggi adalah petunjuk baik mengenai ekonomi negeri tetapi kerajaan Perak tetap berhemah berbelanja.

"Namun, usul perbekalan tambahan RM80 juta tidak kena mengena dengan rizab," katanya.

Ketika itu, Ganersan mengesan Nga Kor Ming (Pantai Remis) menggunakan kamera.

Beliau kemudiannya mengarahkan bentara untuk merampas kamera berkenaan.

Rakan-rakannya dari DAP, Ngeh Koo Ham, Thomas Su dan beberapa yang lain kemudian tampil dan mula bertengkar.

Bagaimanapun perkara itu berjaya diselesaikan dengan kamera berkenaan tidak dirampas.

Selang beberapa minit kemudian, perwakilan Pakatan Rakyat mula menganggu jawapan Zambry dan ADUN BN pula membalas - menjadikan sidang kecoh seketika dengan pertikaman lidah kedua-dua pihak.

DAP PECAT AHLI KERANA INGIN TUTUP KESALAHAN SENDIRI

Pemuda Barisan Nasional (BN) melihat tindakan DAP memecat Anggota Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock sebagai "menutup kesalahan besar" yang dilakukan beberapa pemimpin tertentu parti itu.

Pengerusinya Khairy Jamaluddin berkata DAP juga menangani isu itu secara tidak telus kerana membelakangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)dan polis.

"Kita minta penjelasan DAP di atas apa yang berlaku berhubung skandal rasuah itu yang melibatkan surat sokongan secara tidak mengikut prosedur...DAP tidak transparent dan ada menyembunyikan sesuatu dengan tidak meminta SPRM menyiasat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas Pemuda BN, di sini, Isnin.

Khairy berkata tindakan mengheret Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim ke lembaga disiplin kerana kenyataannya menerusi Twitter juga menunjukkan Tee bukan dalang sebenar dalam kes tersebut.

Sabtu lepas, DAP memecat Tee berkuat kuasa serta merta dipercayai berhubung isu salah guna kuasa membabitkan surat sokongan untuk mendapatkan kontrak MPK.

Akhbar sebelum itu melaporkan seorang anggota majlis perbandaran tersebut didakwa menggunakan kepala surat dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya mendapatkan kontrak MPK.

Ekoran pemecatan Tee, Teng mengeluarkan kenyataan berbahasa Inggeris menerusi Twitter yang berbunyi "OMG! Culprit freed" (Oh Tuhanku! Dalang dilepas).

TOKOH ULAMA MAHU NI AZIZ BUANG SIFAT EGO

Dua tokoh agama di negeri ini mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya membuang ego dan dendam untuk menyatukan UMNO dan Pas demi perpaduan umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Mudir Pondok Pak Krau, Mohamad Zainal Abidin Awang dan Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga ahli Pas berpendapat, tiada sebab untuk Menteri Besar itu terus menghalang perpaduan antara kedua-dua parti berkenaan ketika umat Islam diancam daripada pelbagai sudut.

Mohamad Zainal Abidin berkata, usaha untuk menyatukan kedua-dua parti tersebut di meja rundingan harus dilakukan secepat mungkin memandangkan kekuatan orang Melayu hampir pupus berdasarkan senario politik masa kini.

Beliau berkata, Nik Abdul Aziz wajib menerima perpaduan dengan UMNO kerana parti tersebut sentiasa mendukung Islam dan tidak pernah menghalang perkembangan agama suci itu, malah menggalakkan rakyat di negara ini mengamalkannya.

"Kenapa Pas tidak boleh bersatu dengan UMNO, atas alasan apa? Jika dibandingkan UMNO dengan Pas, UMNO lebih banyak membangunkan Islam, lihat sahaja di negeri ini, siapa yang buat masjid, sekolah, hospital dan jalan raya.

"Kita kena betulkan persepsi, Pas bukan Islam, Islam bukan Pas. Kalau mereka benar-benar mendokong Islam, Nik Abdul Aziz perlu menyokong usaha perpaduan dengan UMNO tidak kira apa cara sekali pun," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mencadangkan supaya Pas dan UMNO melupakan persengketaan melalui satu pelan damai demi perpaduan umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz dalam reaksinya menolak cadangan tersebut dengan memberikan alasan perbezaan dasar di antara kedua-dua parti itu tetapi pada masa yang sama mempertahankan kerjasama Pas dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) biar pun berbeza cita-cita.

Mohamad Zainal Abidin berkata, pada masa ini tidak timbul mengenai dasar UMNO atau Pas kerana agenda yang lebih penting ialah penyatuan umat Islam dan orang Melayu.

"Kita lihat di akhbar dan televisyen setiap hari ada tuntutan untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu. Kita harus sedar bahawa umat Islam sedang diancam, hanya perpaduan dapat menyelamatkan kita daripada terus ditekan oleh musuh Islam," katanya.

Abdullah pula berkata, mengikut hukum Islam, menolak perpaduan seseorang itu boleh menjadi fasik kerana Allah dan Rasulullah mewajibkan umat Islam bersatu padu.

"Dalam konteks negara ini, perpaduan terbahagi kepada tiga iaitu pertama, menzahirkan ketuanan dan keistimewaan Melayu; kedua, perpaduan semua kaum seperti konsep 1Malaysia dan ketiga, perpaduan kesamarataan.

"Perpaduan yang ketiga tidak boleh diterima kerana dalam Perlembagaan negara telah termaktub hak-hak keistimewaan orang Melayu hasil pengorbanan orang Melayu sebelum merdeka, jadi kita tidak boleh terikut-ikut cara DAP yang akan menghancurkan umat Islam dan Melayu.

"Oleh itu, saya menyeru kepada Nik Abdul Aziz dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menerima perpaduan dengan UMNO demi umat Islam dan orang Melayu. Hari ini tiada lagi perbezaan dasar di antara Pas dengan UMNO,

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH