Justeru Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berharap, pihak polis mengadakan siasatan segera untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam tindakan itu.
"Ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku di mana Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dibawa dalam kempen parti politik.
"Memang tidak wajar untuk mereka membawa pihak istana," katanya diminta mengulas penggunaan gambar Sultan Johor dalam kain rentang majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Batu Pahat baru-baru ini.
Abdul Ghani ditemui pada lawatan kerja ke Parlimen Sekijang di Kampung Melayu Raya di sini hari ini.
Semalam Sultan Ibrahim murka terhadap tindakan sebuah parti politik di negara ini yang menggunakan gambar baginda pada kain rentang di sebuah majlis ceramah di Batu Pahat baru-baru ini.
Di dalam kain rentang tersebut, turut dinyatakan sokongan kepada Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng sebagai calon Menteri Besar sekiranya parti pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.
Abdul Ghani memberitahu, banyak laporan polis telah dibuat mengenai kain rentang yang turut memaparkan lambang kerajaan negeri itu memandangkan ia turut menimbulkan kemarahan rakyat jelata.
Beliau berpendapat adalah tidak wajar kedudukan gambar Sultan Johor di dalam kain rentang tersebut diletakkan di bawah gambar Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hanya sebaris dengan Jui Meng.
Mengenai kenyataan Jui Meng dalam sebuah akhbar yang mendakwa kain rentang itu sebagai 'kerja' orang UMNO bagi menjejaskan imejnya, Abdul Ghani menegaskan dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana ia bukan amalan politik UMNO.
"Tiada siapa hendak buat pun, kita tidak pernah mengamalkan politik seperti itu. Apa yang kita tahu parti pembangkang yang membuat perjumpaan dalam tempoh berkenaan dan kain rentang yang dimaksudkan itu dinaikkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA