Sejak Lembaga Disiplin UMNO petang Selasa umum keputusan melarang Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, tersebar pelbagai cakap-cakap politik.
Paling serius ialah dakwaan ia berpunca dari kerja jahat seorang lagi calon yakni Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk ‘mengenakan’ Ketua Menteri Melaka itu agar hilang kelayakan bertanding.
Naib Presiden UMNO itu dikatakan bukan saja mempengaruhi keputusan Lembaga Disiplin malah didakwa ada bagi AP kepada anak pengerusi lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Ritahuddeen dan ia sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Soalnya kenapa saya” katanya dengan nada kesal kepada Agendadaily ketika diminta mengulas dakwaan itu yang turut disebarkan oleh pihak-pihak tertentu menerusi SMS.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ditemui Rabu malam selepas majlis taklimat Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) kepada Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Dalam perbualan kira-kira setengah jam sambil berdiri dekat pintu masuk lobi hotel berkenaan beliau mengakui sedar mengenai cakap-cakap yang tersebar itu.
Lebih menarik pemergiannya ke Dubai malam Isnin malam sejurus majlis pengenalan calon-calon dengan calon-calon Selangor di Shah Alam dikatakan untuk ' elak diri macam tak terlibat ' bila Lembaga Disiplin umum keputusan siasatan pada hari Selasa.
Sedangkan,katanya pemergiannya ke Dubai sehari semata-mata kebetulan kerana satu tugas rasminya sebagai menteri.
Muhyiddin menunjukkan telefon bimbitnya sambil memberitahu beliau sendiri ada terima sebilangan SMS fitnah yang di foward kan kepadanya.
Serentak dengan itu beliau yang kelihatan serius dan tegas mencabar mana-mana pihak yang membuat tuduhan terhadapnya untuk tampil mengemukakan bukti malah membuat laporan kepada pihak yang berkenaan.
“Saya ada maruah, saya ada integriti dan juga reputasi. Jangan buat tohaman dan fitnah hanya kerana ada orang lain yang dikenakan tindakan. Apa kaitan saya dengan tindakan yang dikenakan kepada orang lain oleh Lembaga Disiplin,” ujarnya.
Menjawab tuduhan ada beri AP kepada anak Rithauddeen beliau dengan tegas menjemput pihak yang membuat tuduhan itu bila-bila masa boleh datang ke kementeriannya untuk menyemak semua fail-fail berkenaan.
Katanya beliau tidak pernah memberikan AP kepada mana-mana syarikat individu yang baru sejak menerajui kementerian itu setahun lalu.
“Soalnya kenapa sekarang baru semua tuduhan itu dilemparkan kepada saya. Jika mereka ada bukti kenapa tidak laporkan perkara itu kepada SPRM dulu lagi. Kenapa selepas Lembaga Disiplin telah buat keputusan baru semua fitnah ini dilemparkan.
“Wallahi, saya tidak buat kerja itu semua,” kata beliau sambil memberitahu sepanjang tempoh kempen ada yang melabelkan beliau sebagai calon kedekut kerana tidak menggunakan wang untuk membeli pencalonan atau sokongan.
Menurut Muhyiddin beliau berani untuk menyatakan pendiriannya itu kerana tidak terlibat dengan amalan menggunakan wang untuk mendapatkan sokongan.
“Buktinya setelah saya memperolehi pencalonan lebih dari 90 UMNO Bahagian kenapa selepas itu, trend pencalonan berubah di mana pencalonan kepada saya semakin kurang dan perlahan. Saya rasa semua orang tahu dan boleh fikir apa sebabnya,” ujar beliau.
Ditanya apakah dengan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin itu memberi peluang yang lebih kepada beliau atau undi penyokong Ali akan beralih kepada seorang lagi calon iaitu Tan Sri Muhammad Muhd Taib, beliau berkata,
“Saya percaya ada undi yang akan pergi kepada Tan Sri Muhammad dan ada juga akan diberikan kepada saya”.
Beliau menambah, sejak proses pencalonan dari UMNO Bahagian-Bahagian, beliau mempunyai maklumat yang lengkap mengenai tahap sokongan padanya.
Kepada satu soalan berkaitan hal berkenaan ,Muhyiddin berkata beliau tidak kisah samaada bertanding dua penjuru atau tiga penjuru.
“Saya dah biasa menang dan saya juga pernah kalah”,katanya.
Beliau juga menyingkap kembali sewaktu Tan Sri Isa Samad kena tindakan Lembaga Disiplin UMNO lepas pemilihan UMNO 2004 lalu ada juga kedengaran pihak yang menuding jari kearahnya.
"Waktu itu pun ada yang tuduh saya...soalnya kenapa saya,"katanya.
Namun beliau sanjung sikap cool Isa yang tidak buat kecoh dan terima keputusan Lembaga Disiplin dengan tenang dan terus setia dan bergiat cergas dalam parti sehingga bertanding semula kali ini.
Mengenai Lembaga Disiplin, Muhyiddin berkata, ia adalah sebuah badan bebas yang dibentuk oleh Majlis Tertinggi (MT).
Malah katanya, MT dan Jawatankuasa Pengurusan UMNO telah membincangkan peranan Lembaga Disiplin dan mahu ia terus kekal sebagai entiti yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Malah katanya, sebarang keputusan yang dibuat oleh lembaga itu setelah melalui proses siasatan rapi.
MT juga,katanya bersetuju apa jua keputusan ia diumumkan oleh lembaga itu sendiri dan bukannya oleh MT atau Jawatankuasa Pengurusan.
“Peranan lembaga ini telah jelas dan difahami oleh semua ahli MT. Malah ini bukan kali pertama lembaga itu membuat keputusan… dah banyak kali termasuk selepas pemilihan parti pada tahun 2004 di mana Naib Presiden yang menang ketika itu Tan Sri Isa Samad dkenakan tindakan.
“Ketika itu semua pihak akur dan beri pandangan agar menghormati keputusan Lembaga Disiplin. Soalnya kenapa sekarang kita pertikaikan pula,” jelasnya.
Sehubungan itu beliau meminta semua pihak agar memahami peranan Lembaga Disiplin dan menghormati keputusan yang dibuat oleh lembaga itu kerana ia adalah badan yang diwujudkan dan ditentukan peranannya oleh UMNO sendiri.
Beliau merujuk kepada hukuman melarang Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan timbalan presiden, sedangkan Khairy Jamaluddin hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.
Dua penyokong itu, daripada kira-kira 50 orang, berkumpul di depan pintu masuk kompleks suruhanjaya itu di Jalan Taming Sari di bandar Melaka tengah hari tadi.
Shamsul Iskandar, yang berasal dari Melaka, berkata berlaku pertengkaran lebih kurang 15 minit di situ antara kira-kira 30 penyokongnya dengan kumpulan tersebut, yang dipercayai penyokong Mohd Ali.
Beliau bercadang membuat aduan polis berhubung kerosakan tersebut.
Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti.
Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau menghormati keputusan Lembaga Disiplin Umno walaupun "saya tidak bersalah"
Dalam reaksinya, ahli Parlimen Rembau itu berkata, apa yang penting, walaupun didapati bersalah, beliau hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam enggan mengulas sama ada akan menarik diri daripada pemilihan jawatan Timbalan Presiden Umno minggu depan.

Mesyuarat Lembaga Disiplin Umno esok menjadi tumpuan ekoran tersebarnya khabar angin sejak seminggu lalu yang menyatakan seorang pemimpin kanan Umno akan digantung daripada bertanding dalam pemilihan Umno berhubung kesalahan politik wang.
Hanya tinggal beberapa detik yang menghampiri untuk para perwakilan pemuda membuat satu keputusan yang wajar bagi memilih Ketua pergerakan itu. Semoga perwakilan akan membuat pertimbangan yang wajar agar siapa yang dipilih nanti akan dapat meneruskan perjuangan pemuda kearah yang lebih gemilang lagi.
baca disini
Apakah tujuan Anwar Ibrahim untuk mendakwa Ketua Polis Negara dan Peguam Negara dalam memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Bagi parti pembangkang demonstrasi dan menimbulkan huru hara adalah cara mereka untuk mencari jalan penyelesaian dalam apa sahaja isu yang boleh memberikan mereka keuntungan politik.




