tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 11 Mac 2009

Khairy Bukti Pemuda Berani Berubah

Khairy Bukti Pemuda Berani Berubah


Beberapa insiden membabitkan maruah Pemuda UMNO telah menonjolkan siapa selayaknya berada di barisan depan kepimpinan sayap parti UMNO itu. Tambahan pula, Pemuda semakin dicabar sehingga dilemparkan perkataan “celaka” oleh Pengerusi DAP Pusat , Karpal Singh.


Apa yang berlaku di perkarangan parlimen sedikit sebanyak memberi gambar sebenar taktik provokasi pembangkang yang terus menjadikan UMNO sebagai sasaran kencaman. Taktik itu memang tidak mustahil dilakukan kerana hanya UMNO yang masih memperkukuhkan kedudukan Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri dan kerajaan pusat.


Selepas berjaya menubuhkan lima kerajaan negeri, pembangkang merasakan hanya UMNO yang mampu menghalang impian meraka “menawan Dewan Rakyat” dan meletakkan Ketua Pembangkang sekarang sebagai Perdana Menteri.


Pilihan raya Umum ke 12 lalu, UMNO memeliki 78 kerusi daripada 139 yang dimiliki BN. Mengikut pecahan kerusi komponen BN dan MCA (15), MIC (3) , PBB (14), PBRS (1), PBS (3), PRS (6), SAPP (2), UPKO (4), Gerakan (2) dan LDP (1).


Selain Kelantan, pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan negeri di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor disebabkan berjaya mengikis pengaruh MCA, Gerakan dan MIC. Ketiga-tiga parti gagal mempertahankan kerusi masing-masing sekalipun UMNO berjaya mengekang tsunami pembangkang.


Sebab itu, selepas pilihan raya lalu, pembangkang terus menjadikan UMNO sebagai sasaran kritikan dalam usaha mengikis keyakinan pengundi dan masyarakat terhadap teras kerajaan BN.


Cempias turut dirasai oleh Pemuda UMNO yang kini menghadapi Perhimpunan Agung dengan semua jawatan utama dipertandingkan. Begitu juga dengan jawatan Ketua Pemuda UMNO apabila tiga calon menawarkan diri iaitu Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin.


Antara tiga calon Khairy dilihat pemimpin yang sentiasa bersedia berada di barisan depan setiap kali sayap UMNO itu diserang dan dicabar. Melihat keberanian Khairy berdepan dengan sikap rakus dan brutal pembangkang, tentunya ramai mengimbas kembali era kepimpinan Harun Idris, Jaafar Albar dan Najib Tun Razak.


Selepas era Najib, Pemuda UMNO seiring digambarkan sebagai sayap parti yang hambar, lemah dan tidak berani bersemuka dengan pemimpin-pemimpin pembangkang. Akibat sikap pasif itu, Pemuda UMNO diberikan bermacam-macam gambar buruk dan ada juga yang memberi gambaran dalam bentuk jenaka yang sinis.


Kini, sayap UMNO itu seolah-olah berputar tiga ratus enam puluh darjah apabila kembali memikul amanah sebagai banteng mempertahankan imej dan maruah parti. Pemuda UMNO juga semakin memberi gambaran bahawa mereka tidak boleh diperlekehkan atau dipersendakan.


Perubahan ini amat nyata dan bukannya perubahan disebabkan adanya pertandingan tiga penjuru merebut jawatan Ketua Pemuda yang juga duduk setaraf dengan kedudukan Naib Presiden UMNO.


Gelombang yang digerakkan oleh Khairy Jamaluddin memperlihatkan Pemuda UMNO betul-betul mempunyai semangat setiakawan dan berubah dari penakut kepada berani. Pemuda bukan lagi pemimpin yang ikut telunjuk semata-mata takut kehilangan jawatan dalam kabinet.


Keberanian era Khairy bukan saja berdepan dengan Karpal Singh, tetapi berani mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistemewaan Melayu yang cuba dilenyapkan oleh pembangkang yang berselindung disebalik suara rakyat.


Inilah antara karisma Khairy sebagai pemimpin barisan pemuda berbanding dengan pemimpin pemuda pembangkang yang terus bergantung dan berpayung kepada imej seorang pemimpin. Apalagi sikap lantang yang ditunjukkan jauh lebih beradab sekalipun dihujani pelbagai cemuhan dan kejian.


Seperkara yang sukar dinafikan, Khairy menjadi pemimpin Pemuda yang berani berdepan dengan siapa saja pemimpin pembangkang seperti yang ditunjukkan ketika berdepan dengan Husam Musa, Salahuddin Ayub dan pemimpin NGO yang memihak kepada pembangkang.


Sikap berani tapi berkarisma itu juga tergambar ketika berdepan dengan tuduhan tuduhan Karpal Singh bahawa pergerakan itu menghantar dua perluru bertujuan mengugutnya. Sambil menyifatkan perkara itu tuduhan liar, gila dan berniat jahat, Khairy mencabar Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mengemukakan bukti dalam tempoh 24 jam.


Inilah sebenarnya potensi untuk perwakilan memilih Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau bukan saja memiliki gaya kepimpinan tersendiri tapi semakin menjadi ikon kepada Pemuda.


Seperti era Harun Idris, Jaafar Albar dan Najib Tun Razak, Khairy juga sebenarnya bertindak berlandaskan ‘berani mempertahankan kebenaran’ Siapa yang akan berada di kerusi Ketua Pemuda UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 24-28 Mac ini terletak kepada kebijaksanaan dan kepekaan perwakilan menilai hala tuju Pemuda UMNO selepas ini.


Jika perwakilan sedar, Pemuda memerlukan seorang pemimpin yang berani, berkarisma dan beradat, tentunya akan memihak kepada Khairy. Tetapi, jika mereka ingin Pemuda terus pasif, dipersendakan dan diperlekehkan, tentunya akan memihak kepada calon lain.


dicatat dari www.prokhairy.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH