Datuk Seri Mohd Ali Rustam seorang "pemimpin yang setia dan akan terus memberi sumbangan kepada parti itu", kata Datuk Seri Najib Razak selepas ketua menteri itu dilarang bertanding jawatan nombor dua Umno.
"Saya percaya beliau seorang yang setia kepada Umno dan akan menerima keputusan dengan hati terbuka dan akan terus menyumbang kepada parti," katanya kepada media di Kuala Lumpur.
Beliau mengulas keputusan mengejut Umno itu susulan ura-ura naib presiden itu sedang disiasat oleh parti.
Ketua menteri Melaka hari ini didapati bersalah dalam politik wang dan lembaga disiplin Umno melarangnya bertanding merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti, hujung bulan ini.
Mengulas kemungkinan wujud bantahan di kalangan pengikut Mohd Ali ketika pemilihan parti, Najib berkata beliau harus menerima hakikat tersebut.
"Anda harus membuat keputusan, apakah anda mahu Umno dilihat sebagai sebuah parti yang bersih?
"Kita sedar ada risiko datang bersamanya (keputusan tersebut), tetapi risiko terbesar adalah Umno ditolak oleh orang ramai," katanya.
"Kita tidak boleh menanggung keadaan itu. Setiap orang harus berkorban demi (kebaikan) parti."
Bagaimanapun, kata Najib, Mohd Ali Rustam masih kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA