tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 11 Mac 2009

Pertikaian berpanjangan merugikan Melayu

SAYA berasa terpanggil untuk menyusul berita sebuah akhbar tabloid bertajuk 'Melayu diperkuda oleh pihak tertentu' baru-baru ini.

Ia berkisar kepada titah ucapan Sultan Selangor yang kesal dengan sikap sesetengah orang Melayu yang rela membiarkan diri mereka diperkuda dan diperalatkan oleh pihak tertentu sehingga sanggup mempersoalkan kedudukan orang Melayu sendiri dan juga institusi Raja-Raja Melayu.

Walaupun keesokan harinya Menteri Besar Selangor memperjelaskan bahawa teguran Tuanku Sultan itu tidak terbatas kepada rakyat di negeri baginda semata-mata, sebagai tonggak kepemimpinan kerajaan negeri di bawah Duli Tuanku, adalah lebih bertepatan jika Menteri Besar memulakan langkah perintis menterjemahkan apa yang Duli Tuanku titahkan itu.


Baginda sebagai payung mahkota rakyat Selangor bernaung dan berteduh selama ini seharusnya sentiasa didaulatkan dengan lafaz sumpah taat setia yang tidak berbelah-bahagi oleh Menteri Besar, Exco dan semua barisan pemimpin negeri.

Kita tidak mahu terus melihat orang Melayu yang berlainan ideologi politik di Selangor terus bercakaran saban waktu.

Untuk itu, Menteri Besar perlu melaksanakan segera titah perintah Tuanku agar menjadi satu kenyataan kerana 'pengayuh sudah ada di tangan dan perahu sudah ada di air'.

Dalam pada itu, saya ingin menarik perhatian pembaca mengenai kemelut politik di sebuah negeri yang sehingga kini belum lagi terlerai kekusutannya akibat perbezaan tafsiran mengenai peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri terbabit.

Pelantikan seorang Menteri Besar baru menambahkan lagi kebuntuan sehingga timbul isu saman menyaman di mahkamah. Maka, wujudlah dua kem yang diketuai oleh kepemimpinan Melayu yang tidak sehaluan, masing-masing mendakwa sebagai ketua kerajaan negeri yang sah.

Sekali lagi pihak istana turut dikaitkan dengan pergeseran politik kepartian ini dan yang menyedihkan, orang Melayu kian terpisah dek perbezaan pendapat, cita rasa dan kehendak politik mereka.

Dalam konteks hubungan kepemimpinan politik dengan pihak istana, saya melihat Datuk Seri Abdullah Badawi memperlihatkan sifat negarawan beliau yang tinggi.

Ia dengan jelas terlihat dalam isu pelantikan Menteri Besar Perlis dan Menteri Besar Terengganu selepas selesai Pilihanraya Umum Ke-12 tahun lalu.

Walaupun dari segi kuasa politik Pak Lah boleh dan mampu memilih Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Perlis dan Terengganu, sebagai menghormati pilihan Raja Perlis dan Sultan Terengganu, Pak Lah mengetepikan semua perkiraan dan pertimbangan politik untuk mendahulukan pilihan Raja dan Sultan.

Saya rasa inilah antara contoh teladan yang amat tinggi nilainya dan boleh menjadi iktibar bagaimana kita sebagai pemimpin Melayu tulen boleh mempertahan dan memperkukuhkan institusi Raja dengan tindakan yang berhemah dan berpandangan jauh.

Saya rasa inilah kualiti sebenar kepemimpinan Melayu tulen dalam menangani isu berkaitan orang Melayu, hak Melayu dan orang Islam dan tidak kurang pentingnya memantapkan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Sebagai kepemimpinan Melayu tulen yang tidak lupa asal usul dan akar umbinya, kita sebagai teraju kepemimpinan, sama ada pihak pemerintah atau pembangkang haruslah menasihatkan kepemimpinan bukan Melayu dalam barisan kepemimpinan kita agar tidak memperlekehkan maruah dan kedudukan orang Melayu dan Islam serta kedudukan Raja-Raja Melayu.

Dengan membuka ruang yang ada, kita sebenarnya meletakkan satu krisis keyakinan terhadap institusi Melayu, Islam dan Raja-Raja yang lambat laun akan menghakis dan melenyapkan kehebatan umat Melayu Islam selama ini.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan, buruk natijahnya terhadap masa depan orang Melayu dan Islam di tanah tumpah darah sendiri.

Jika kita sebagai orang Melayu tidak mahu menghormati dan menegakkan institusi Raja-Raja Melayu dan memperjuangkan hak-hak Melayu dan Islam, janganlah pula kita mengharapkan kaum lain untuk memperjuangkan sepenuhnya hak kita itu kerana mereka juga harus memperjuangkan hak kaum mereka dalam pelbagai bidang.

Akhirnya, saya berharap orang Melayu dalam Umno, Pas dan PKR akan mencari titik persamaan dan persetujuan dalam masa terdekat bagi menyatupadukan kembali umat Melayu Islam agar kebimbangan Tuanku Sultan Selangor dan Raja-Raja Melayu seluruhnya tidak akan terus berpanjangan.

WIRA SEJAGAT,
Kuantan, Pahang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH