
Ini adalah satu tektik Anwar untuk mengalihkan pandangan masyarakat agar masyarakat mempercayai yang kedua-duanya cuba memalsukan keterangan serta menyembunyikan fakta dalam siasatan serangan fizikal terhadapnya oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor daripada pengetahuan umum sehingga matanya menjadi lebam.
Pada masa itu Musa seorang pegawai penyiasat, manakala Abdul Gani pula merupaka ketua pendakwaan terhadap kes rasuah Anwar.
Keputusan siasatan yang menyatakan Musa dan Abdul Ghani tidak bersalah dalam pemalsuan mata lebam itu telah dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semasa sesi soal jawab diparlimen hari ini.
Selepas keputusan hasil siasatan ini dikeluarkan ini tidak memihak pada Anwar mungkin akan ada lagi helah dan tuduhan lain pada kerajaan yang semua ini adalah satu lagi konspirasi dari umno dan BN.
Dengan tiga pilihanraya yang akan diadakan sudah tentu akan menghagatkan lagi suasana pilihanraya dan apakah BN mampu untuk menguasai ketiga tiga kerusi tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA