Seramai enam orang penulis blog akan dihadapkan kemahkamah atas tuduhan menghina sultan perak Sultan Azlan Shah atas beberapa komen dan tulisan yang telah mereka siarkan.
Dari maklumat yang diperolehi mereka difahamkan terdiri daripada dua individu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, seorang di Petaling Jaya, seorang di Kota Kinabalu, Sabah dan seorang lagi di Butterworth, Pulau Pinang.
Beberapa orang lagi dijadual didakwa di Kuala Terengganu pada hari Ahad atas tuduhan yang sama.
Difahamkan, mereka didakwa kerana menyiarkan komen yang dianggap menghina Sultan Perak berhubung krisis politik di negeri tersebut,
yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan oleh Barisan Nasional selepas tiga ahli dewan undangan negeri (Adun) keluar parti.
Unit Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman telah menyiasat kes tersebut sejak sebulan lalu.
Difahamkan individu-individu terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 kerana "mengandungi isu kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu".
Mereka yang didakwa di bawah seksyen tersebut berdepan dengan hukuman denda maksima RM50,000 atau hukumen penjara maksima.
Sebagai satu pengejaran pada seluruh pengendali dan penulis penulis blog agar apa yang kita siarkan biarlah ianya bersandarkan pada fakta yang tepat agar perkara sebegini tidak akan berulang dilain masa.
Kenapa penulis blog sahaja yang dikenakan tindakan ini,dan bagaiman pula pada ahli ahli politik yang sebagaimana yang kita ketahui telah terang terang terbabit dalam penghinaan terhadap Sultan Perak ini.
LU PIKIR LA SENDIRI
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA