Khairy Jamalauddin berkata beliau sedang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan parti yang akan datang.
Bercakap dalam interbiu di ruang rehat di bangunan Parlimen Selasa, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, keputusannya untuk melepaskan jawatan itu semata-mata kerana mahu memberi laluan kepada bakat baru.
Khairy berkata demikian apabila ditanya sama ada benar atau tidak beliau ada membuat kenyataan mengenai hal itu ketika merasmikan satu mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian di Pahang baru-baru ini.
“Ya, memang saya ada berkata begitu. Walaupun belum muktamad lagi, tetapi saya memang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda,” katanya.
Khairy menafikan langkah yang dilihat untuk ‘ tarik hand brake’ dalam karier politiknya itu kerana merajuk.
“Oh tidak. Kalau saya merajuk, saya terus berhenti dari politik. Tetapi saya tidak ada niat nak berhenti politik,” katanya.
Khairy ganti Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Ketua Pemuda UMNO setelah memenangi jawatan itu dalam peertandingan tiga penjuru dengan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Khir Toyo dalam pemilihan parti yang lalu.
Jawatan nombor dua yakni Naib Ketua Pemuda sekarang disandang oleh Datuk Razali Ibrahim,yang juga Ahli Parlimen Muar dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Apabila ditanya tidakkah tempoh beliau memegang jawatan nombor satu dalam Pergerakan Pemuda UMNO itu telalu singkat, Khairy berkata soal sama ada tempoh itu pendek atau sebaliknya adalah relative.
“Saya sudah memegang jawatan Exco Pemuda selama sepenggal, begitu juga sebagai Naib dan Ketua Pemuda. Kiranya dah tiga penggal saya berada dalam kepimpinan tertinggi Pemuda Umno. Dalam politik ini dah kira lama jugalah,” katanya.
“Mungkin ada orang yang cakap dia( ada pihak) tak berapa suka saya jadi Ketua Pemuda UMNO. Mungkin dalam masa setahun dua ini saya boleh mencari muka baru. Tetapi saya tidak mahu tinggalkan Pemuda kepada orang yagn sama taraf dengan saya. Falsafah saya, kalau kita nak tinggalkan, biarlah kita tinggalkan kepada orang yang lebih baik dari kita.
“Sekarang saya dalam proses mencari dan memerhati. Itulah sebabnya saya memberi banyak ruang kepada Exco kerana saya mahu melihat sama ada mereka dapat memikul tanggungjawab itu atau tidak. Kalau saya sendiri nilai, agak sukar, tetapi sekiranya mereka menonjolkan diri, saya boleh mendapat maklum balas dari rakyat.
“Saya bajet dalam dua tahun ( untuk menilai) . Saya nak selesaikan beberapa perkara, antaranya meletakkan Pemuda di peringkat centrist (kelompok tengah), membantu konsep 1Malaysia diterima semua rakyat, menamatkan program Jelajah 1Malaysia dan menyusun barisan pengganti. Kalau saya dapat selesaikan keempat-empat misi ini, Alhamdulillah,
6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti [ UMNO ] yang berjuang untuk menegakkan dan mendaulatkan AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU, NEGARA ISLAM . Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan , kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan . Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain , saya menyeru kepada seluruh ummat melayu dalam negara ini , marilah kita bersama dan bersatu dengan perjuangan Islam [ Tali Allah ] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah swt . Ingatlah Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah Ayat 258 :
BalasPadamTiada paksaan untuk menganut agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .
7. Perjuangan ummat melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar . Melanggar perintah Allah swt lalu terperangkap dalam penyelewengan , penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah . Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala , mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah swt. Tanpa segan silu dan rasa bersalah , mereka melakukan rasuah , berjudi , minum arak , mendedahkan aurat , bergaul bebas , berzina , menggelapkan wang , peras ugut dan 1001 kefasadan .
8. Persoalannya kenapa susah sangat kita orang melayu untuk kembali kepada Islam ? apakah kerena kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari wahyu Allah swt ? lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut ? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk ummat melayu , agar melayu menjadi hebat , mulia dan terpandang maka satu - satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam .
9. Hari ini , ada orang pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang melayu ? bagaimana nasib orang melayu yang kian terpinggir di kampung - kampung dan desa ? kenapa melayu mesti bercakaran sesama sendiri ? apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu ? . Menjawab kepada semua persoalan itu , saya gesa kepada seluruh pemimpin - pemimpin melayu khasnya supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam , agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu , Kitab yang satu , Nabi yang satu , Kiblat yang satu .
10. Apabila ummat melayu bersatu diatas premis yang kukuh ini iaitu Islam , maka perpaduan itu menjadikan mereka kuat dan utuh . Mereka akan miliki kuasa politik . Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam . Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka . Mereka akan bersatu dan berdamai dengan plan ukhuwwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam . Ertinya Islam menjadikan melayu hebat dan mulia
MARILAH BERSATU DENGAN TALI ALLAH
BalasPadam1. Secara umumnya , melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam . Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh ummatnya bersatu padu dan jangan berpecah belah . Antaranya apa yang difirmankan oleh Allah swt di dalam surah Aali Imran ayat 103 - 105 .
dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya .
dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan , menegakkan yang makruf [ syariat ] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan .
dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan - keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar .
2. Mengambil iktibar dari ayat di atas , kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [ Islam ] yang kukuh dan utuh . Tanpanya ummat akan binasa . Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang melayu yang rata - ratanya beragama Islam tidak boleh bersatu di atas nama Islam .
3. Orang melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya . Tinggallah faham nasionalis [ perkauman ] dan berhijrahlah jasad , pemikiran dan aqidah [ keyakinan ] kepada Islam agama yang dianuti bersama . Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat . Tanpa Islam maka apalah ertinya melayu . Aslim Taslam [ Islamlah nescaya kamu selamat ]
4. Perpaduan yang dibina diatas premis material , perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perpaduan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah swt tuhan yang mencipta kita . Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita . Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam . Lihat bagaimana penegasan Allah swt di dalam firmanNya [ surah al Anfaal. Ayat 64 ] :
dan dialah yang menyatupadukan diantara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan diantara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan diantara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana .
5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi saw juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya , namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya .