tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 4 Jun 2009

UMNO PAS:HARI HARI TERAKHIR UZT.NASHARUDDIN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN PAS

Nampak gaya ramai perwakilan Pas sudah nekad untuk menolak kepimpinan Nasharuddin yang pada perkiraan mereka Uzt.Nasharuddin lah yang memulakan langkah dalam mengadaskan kerjasama dengan Umno.

INILAH BUKTI YANG PERWAKILAN PAS AKAN MENOLAK UZT NASHARUDDIN :

Ust. Nasharuddin: “Saya tetap berpegang dengannya. Kerana (berbincang dengan UMNO) selepas selesai sahaja Pilihanraya umum tahun lepas adalah keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura. Selepas Pilihan Raya, isu ini memang isu hangat dalam parti, namun ianya disahkan sekali lagi di Muktamar Ogos lalu. Apa yang ramai tak faham ialah bahawa keputusan yang diterima oleh Muktamar adalah untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan ya, itulah apa sedang saya lakukan. Lihat apa yang berlaku di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang (Pilihan raya kecil yang dimenangi oleh PAS) kami (PR) telah bersama. Tapi, pada masa yang sama, kita tidak menghentikan dialog dengan yang lain, NGO atau pertubuhan politik.

Maka, apa yang saya lakukan adalah perkara yang diluluskan oleh parti. Ianya bukan keputusan Presiden seorang. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya penuh yakin bahawa semua pihak harus duduk bersama dan selesaikan semua isu demi kepentingan negara. Kita tidak sepatutnya menutup pintu perundingan walaupun dengan musuh kita. Perbincangan adalah caranya untuk menyelesaikan krisis yang sedang kita hadapi. Sekiranya ini merupakan isu utama (terhadap diri saya), saya rasa saya tidak akan mendapat jumlah pencalonan yang telah saya perolehi. Saya telah mendapat pencalonan yang lebih jika dibandingkan dengan pencalonan semasa pemilihan terdahulu (2007).

KEMPEN TERAKHIR NASHARUDDIN UNTUK MEYAKINKAN PERWAKILAN PAS AGAR TIDAK MENOLAKNYA SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN PAS:

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa memperjelaskan bahawa kepemimpinan tertinggi parti itu tidak pernah mempunyai sebarang niat atau perancangan untuk bersama dengan Umno atau BN.

Sebaliknya, kata beliau, ia hanyalah spekulasi semata-mata.

"Saya percaya adik-adik saya dalam Dewan Pemuda PAS bersama-sama saya dalam agenda ini," katanya ketika berucap merasmikan muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) di markas PAS di Taman Melewar Gombak malam ini.

muktamar 55 youth dpp 030609 stage"Akan kita pertahankan parti ini dari sebarang unsur yang cuba merobek dan menggangu keutuhan jemaah kita," katanya sambil menambah bahawa Islam yang diperjuang parti itu berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

"Al-Quran dan al-Sunnah yang megajar kita untuk mengenal siapa musuh dan siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana pula hendak untuk berdamai," katanya.

Sehubungan itu, katanya, prinsip dan dasar Islam yang perjuangkan oleh PAS tidak sesekali akan berganjak.

"Namun kaedah dan uslub (pendekatan) boleh berubah," tambah Nasharuddin yang dikaitkan dengan kumpulan pro-muqabalah yang cenderung berkerjasama dengan Umno.

nasharuddin mat isa 03Beliau akan mempertahankan jawatan timbalan presiden PAS dalam muktamar parti itu Jumaat ini - berdepan dengan dua pencabarnya - Datuk Husam Muda dan Mohamad Sabu - kedua-dua naib presiden PAS.

Perkukuh saf Pakatan Rakyat


"Kita akan perkukuhkan saf kita sendiri dan juga saf Pakatan Rakyat yang telah kita isytiharkan sebagai wadah politik kita untuk berdepan dengan Umno dan BN," katanya.

Bagaimanapun, Nasharuddin menasihat Pemuda PAS supaya jangan lupa bahawa "kita sebagai da'i (pendakwah) bertanggungjawab kepada mad'u (orang didakwah)".

"Semua di luar sana adalah mad'u kita. Kita akan terus ajak mereka untuk bersama dengan kita, berbincang, berdialog tanpa mengira siapa mereka dan ideologi politik atau kefahaman apapun yang mereka miliki," tegasanya.

muktamar 55 youth dpp 030609 crowdMenurutnya, PAS juga mesti menjadi sebuah parti yang perlu dijenamakan semula.

"Bukan sekadar sebagai parti pembangkang tetapi PAS kini adalah sebuah parti Islam yang bersedia untuk mengambil alih kepimpinan negara dalam masa terdepan dan membawa kepimpinan alternatif kepada seluruh rakyat Malaysia, dengan izin Allah.

"Minda dan tindakan kita perlu dididik dan bersedia menjadi pentadbir sebenar sebuah kerajaan," tambahnya.

Nasharuddin juga meminta ahli parti itu agar sentiasa berada dalam kancah masalah rakyat dan menangani masalah mereka.

Pertahankan syura


"Bukan hanya menuding jari kepada kerajaan, sebaliknya agresif dalam menyelesaikan kekusutan yang tersimpul dek kerana kesesatan dalam memimpin rakyat," tambahnya.

Nasharuddin juga menasihatkan Dewan Pemuda PAS supaya menampil dan memasarkan politik dan produk dakwah serta mempotretkan kepimpinan bermodelkan Islam dengan sebaik-sebaiknya.

Di samping itu, tegasnya, Pemuda juga hendaklah terus mempertahankan syura (bermesyuwarah)

"Kita perlu memperbetulkan amalan yang biasa dilakukan dan membiasa amalan yang betul.

"Kita mesti berani membuat reinvention dan rebranding yang menepati sasaran dakwah kita.

"Jangan kita berlaga sesama sendiri. Jangan kita berdusta sehingga membungkar rahsia tanzim (organisasi) kita.

"Jagalah adap-adap berjemaah dan jangan sekali-kali membiarkan diri kita dipergunakan musuh sama ada kita sedar atau sebaliknya," tegasnya.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Nasharuddin ditanya sama ada intipati ucapannya bertujuan untuk mempertahankan jawatannya.

Dalam reaksinya, timbalan presiden PAS itu berkata beliau bercakap untuk memperjelaskan dasar parti dan tiada niat sedemikian.

Beliau juga enggan mengulas ketika ditanya mengenai cabaran Husam dan Mohamad Sabu bagi jawatan timbalan presiden Jumaat ini.

UMNO PAS:UMNO BN DI MUKTAMAR PEMUDA PAS

Ada dua cerita berbeza mengenai UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dibangkitkan dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke 50 di Taman Melewar, malam Khamis.

Ketika Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayob memperlekeh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri yang banyak masalah dan mengelarnya Mr Altantuya, Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa melihat ada kebaikan dalam kerajaan sekarang.

Maka tidak hairanlah beliau meminta pemimpin dan ahli PAS melihat kekuatan serta kejayaan kerajaan BN dalam pengurusan ekonomi dan pemikiran polisi.

Menurut Nasharudin, PAS perlu meminggirkan kekurangan dan kelemahan pimpinan UMNO dan BN yang baru senbaliknya perlu melihat kekuatan kerajaan sekarang menguruskan ekonomi dan polisi.

Malah dalam sidang media selepas perasmian itu, beliau sekali lagi menjelaskan bahawa UMNO memang lemah tetapi ada kekuatan lain yang perlu ditandingi oleh PAS.

Katanya, beliau melihat perkara itu dari dua aspek yang berbeza – UMNO lemah tetapi ada kelebihan.

Nasharudin yang dilabel "sebagai terlalu liberal ke arah UMNO" dan dikaitkan dengan usaha kerajaan perpaduan dalam ucapannya menegaskan, kepimpinan parti itu tiada niat langsung untuk sertai UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Saya ambil kesempatan di sini untuk sekelian kalinya menegaskan bahawa pemimpin tertinggi parti tidak pernah punya sebarang niat atau perancangan untuk masuk UMNO atau BN.

"Dan, saya amat percaya adik-adik saya di dalam Dewan Pemuda PAS bersama-sama saya dalam agenda ini," katanya.

Penjelasannya malam tadi ada kaitan dengan dirinya yang jadi kecaman sebahagian pemimpin PAS ekoran beliau dikatakan terbabit mengorak perbincangan menjalin hubungan dengan UMNO.

Pada pemilihan parti itu Jumaat ini, Nasharudin akan dicabar Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang dikaitkan dengan kumpulan pro-Anwar serta Mohamad Sabu.

Malah Husam pernah membuat kenyataan bahawa keputusannya mencabar Nasharudin kerana permintaan ahli parti yang kononnya tidak bersetuju dengan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

Dalam pada itu Nasharudin juga berkata, imej PAS sebagai parti pembangkang perlu dijenamakan semula.

"PAS bukan sekadar parti pembangkang - asal bantah sahaja semua tindakan parti kerajaan tetapi PAS kini adalah sebuah parti Islam yang telah bersedia untuk mengambil alih kepimpinan negara dalam masa terdekat dan membawa pimpinan alternatif kepada seluruh Malaysia dengan izin Allah.

"Minda dan tindakan kita perlu dididik dan bersedia menjadi pentadbir sebenar sebuah kerajaan," katanya.

Terdahulu, Salahudin berkata,kepimpinan ulama harus jadi tunggak perjuangan parti itu terutama oleh pemimpin muda PAS.

Beliau juga berkata, PAS tidak boleh memandang sebelah mata terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang berkeupayaan dan berkebolehan menguasai jiwa golongan muda untuk menyokong UMNO.

“Jangan nanti kita gigit jari lihat Pemuda UMNO merampas semula kepercayaan golongan muda,” ujar Salahudin yang melepaskan jawatan Ketua Pemuda PAS dan akan bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti itu Jumaat ini.

UMNO PAS:UMNO BN YAKIN DAPAT TAWAN MANEK URAI

Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, jika jumlah pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka melebihi 85 peratus.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata sekiranya ada pertandingan dalam erti kata sebenar iaitu pertemuan antara calon BN dengan pembangkang, jumlah pengundi yang keluar biasanya tidak kurang 70 peratus.

Katanya, jika boleh, BN mahu lebih 85 peratus pengundi berdaftar di DUN Manek Urai keluar mengundi pada hari pengundian.

"Saya kira, peluang BN untuk menang lebih tinggi kalau yang keluar mengundi ramai," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai jumlah pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Penanti pada 31 Mei lalu yang menyaksikan hanya 46.15 peratus pengundi keluar mengundi, peratus paling buruk dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Mukhriz berkata, berdasarkan pilihan raya kecil di Penanti itu, ia menunjukkan pembangkang tidak sehebat seperti digembar gemburkan.

Katanya, perkara itu tidak pelik kerana pemilihan dalam parti itu juga tidak sama dengan pemilihan dalam Umno yang mengekalkan proses demokrasi.

"Kita ambil contoh pemilihan Pemuda Umno. Kita ada perwakilan seramai 800 orang, dalam Pas ada berapa. Dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) saya rasa tidak ada pemilihan, pakai lantik seperti itu saja.

"Kononnya nak mempertahankan demokrasi tetapi dalam partinya sendiri tidak mengamalkan demokrasi seperti Umno dan parti komponen BN lain," katanya.

Beliau berkata, kempen pilihan raya di Manek Urai akan menggunakan pendekatan baru menggunakan pendekatan lebih berkesan dan pada masa sama rakyat akan dapat melihat bahawa BN serius ingin meningkatkan cara hidup rakyat.

Rabu, 3 Jun 2009

UMNO PAS:UMNO DAPATKAN PANDANGAN KETUA CAWANGAN PINDA PERLEMBAGAAN PARTI

Semua ketua cawangan Umno diminta memberi cadangan berhubung pindaan Perlembagaan Umno supaya perubahan yang bakal dilakukan memberi manfaat kepada akar umbi.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata surat kepada semua ketua cawangan sudah dihantar secara berperingkat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, ketua cawangan diberi masa selama sebulan untuk mengemukakan maklumat balas sebelum Perhimpunan Agung Umno diadakan Oktober iniTengku Adnan juga berkata, Perhimpunan Agung Umno kali ini hanya akan membincangkan ucapan dasar Presiden tanpa membabitkan sebarang usul lain.

Mengulas persediaan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan, Tengku Adnan berkata, persiapan berjalan lancar.

"Kita sudah mula menghantar jentera ke sana. Ketua Penerangan sudah berada di sana sejak semalam, sebuah pasukan lagi akan berlepas ke sana hari ini untuk memberi maklum balas kepada kita berhubung calon yang layak untuk bertanding," katanya.

ZAMBRY NIZAR:NIZAR MASIH TAK PUAS HATI,FAIL RAYUAN DIMAHKAMAH PERSEKUTUAN ISNIN DEPAN

Nizar masih berdendam dengan Zambry dan apa yang dilakukan Nizar ibarat cubit peha kanan terasa juga sakitnya peha kiri.Nizar sebenarnya cuba dan ingin membuktikan pada Sultan yang beliau sebenarnya yang lebih layak bergelar MB dari apa yang Sultan putuskan.Nizar sekali lagi mempersoalkan tindakan Sultan yang telah melantik Zambry dan keputusan ini telah diakui oleh mahkamah rayuan tempohari.Tapi kerana sikap Nizar yang tidak mahu menerima ketentuan ILAHI sanggup mempersoalkan kuasa Sultan yang telah melantik Zambry.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Isnin depan, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Mohammad Nizar berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat Perak, di sini, pagi tadi.

Sehubungan itu, saya mengarahkan peguam saya memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 8 Jun ini walaupun alasan penghakiman bertulis berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei lalu itu, sehingga sekarang belum lagi dikeluarkan," katanya pada sidang media di Wisma DAP tengahari ini.

Dari kata kata Nizar diatas dapat kita gambarkan yang Nizar sudah terlalu gila dengan kuasa dan kerana cara Nizar ini akan sekali lagi menyusahkan rakyat yang selama ini dahagakan pembanggunan.Nizar seharusnya menumpukan bagaimana untuk membantu rakyat yang semakin tersepit kerana kegawatan ekonomi dunia.Tidak guna Nizar terus mempertikaikan perlantikan Zambry sebagai MB kerana mahkamah rayuan telah memutuskan yang Sultan telah melakukan cara yang betul dalam perlantikan Zambry.

Seharusnya semua pihak termasuk pakatan pembangkang menghormati keputusan perundangan itu bagi memastikan kestabilan dan keamanan di Perak kerana ia adalah suasana yang dimahukan oleh rakyat.Biarlah semuanya termasuk Nizar sendiri perlu menghormati proses perundangan dan janganlah gunakan medan ceramah untuk mengherdik dan menafikan keputusan yang dibuat oleh mahkamah seperti yang telah Nizar lakukan dengan menjaja keseluruh Perak dengan mengatakan Zambry adalah MB yang haram.Sekiranya Nizar menghormati apajua keputusan mahkamah semua gejala haram mengharam ini tidak akan timbul.

Nizar harus mencontohi Zambry yang tetap tidak mempertikaikan keputusan mahkamah walaupun ada ketikanya keputusan tidak memihak pada Zambry.Bagi Nizar beliau hanya memuji sistem perundangan sebagai adil dan bagus apabila keputusan berpihak kepada mereka tetapi apabila sebaliknya, ia dikatakan sebagai zalim.Krisis politik di Perak akan terus menerus berlarutan terutamanya tindakan Nizar yang terus mengadakan ceramah merata-rata untuk menabur fitnah dan membohongi rakyat jelata.

Kerajaan Zambry yang sah hari ini perlu diberi peluang mentadbir Perak demi kebaikan rakyat tanpa diganggu-gugat oleh apa jua tindakan dan pertimbangan politik sempit Nizar.Nizar seharusnya menerima hakikat bahawa BN adalah kerajaan negeri yang sah dari segi undang-undang.Segalanya sudah jelas dan terang tentang isu di Perak dan saya berharap Zambry dapat melaksanakan tugas membela rakyat dan membangunkan negeri dan diharap Nizar tidak terus menggangu perjalanan pentadbiran kerajaan dibawah kendalian Zambry.

Bagi saya apa jua keputusan Nizar untuk membawa kes ini ke mahkamah persekutuan itu adalah hak Nizar tapi Nizar harus terbuka dalam meneima segala keputusan dan jangan hanya memuji bila mahkamah berada dipihaknya sedangkan Nizar terus menjaja dengan menyatakan mahkamah berada dalam tangan Umno sekiranya keputusan memihak pada Zambry.Nizar harus gentleman dalam segala bentuk keputusan mahkamah.

YANG TERBAIK NIZAR HARUS MENUNGGU PRU KE 13 DAN SEBELUM NYA NIZAR HARUS BERI ZAMBRY PELUANG UNTUK MEMBANGUNKAN PERAK MENGIKUT CARA BN YANG SELAMA INI TELAH MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT PERAK......KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI.....

ZAMBRY NIZAR:NIZAR DENGKI DENGAN KEJAYAAN ZAMBRY MENTADBIR PERAK.

Boleh dikatakan setiap hari Nizar akan cari keburukan Zambry.Apakah Nizar seorang yang terlalu bersih sehingga sanggup menggelarkan Zambry sebagai seorang MB haram?Nampak gaya Nizar masih merasa sakit hati dengan kejayaan Zambry mentadbir Perak lebih berjaya dari yang dilakukan Nizar.

Sejak dari tercetusnya kisah Nizar derhaka pada Sultan bermacam macam fitnah dan kata kata buruk dilemparkan pada Zambry.Antara kata kata yang telah dilemparkan pada Zambry adalah

TAK PERLU KITA MENUNJUK NUNJUK .INI SEMUA NYA DILARANG OLEH AGAMA.

Nizar senyum dengan ikhlas.. Zambry senyum kambing.Nizar senyum dengan ikhlas.. Rakyat Perak terutama orang melayu meluat tengok perangai nizar sebab Nizar sudah berjaya perbodohkan rakyat perak dengan mengheret rakyat menjadi pengikutnya untuk menderhaka dengan berdemontrasi untuk menunjukan siapa kuat samaada beliau atau istana ... Ini menyebabkan kebanyakan orang Melayu termasuk penyokong Pas merasa terguris dan kecewa dengan tindakan Nizar yang sanggup menderhaka kepada Sultan Perak.Nizar juga telah menghabiskan tanah tanah di Perak dengan memberinya pada DAP dan kerana itulah Nizar senyum meleret kerana telah merasa puas segala tanah sudah diberi pada kaum nenek moyang nya.
Bagi Zambry gelaran apapun yang dilemparkan padanya Zambry tidak pernah membalas segala apa yang dilemparkan pembangkang.Bagi Zambry yang perlu diberikan perhatian adalah memberi keselasaan hidup pada rakyat dan kerana itulah Zambry tetap dihati rakyat yang sentiasa menyokong segala tindakannya untuk meningkatkan taraf hidup rakyat yang jauh ketinggalan sejak Nizar mengambil alih kerajaan Perak.

Nizar bercakap benar… Zambry berkata benar?.Zambry tak pernah mengatakan yang Nizar tak bercakap benar.Memang nizar bercakap benar yang Pas tidak pernah atau ada niat nah dirikan kerajaan islam...“Di manakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara Islam. Saya minta pandangan dan minta jawapan di manakah dalam transkrip PAS, dalam memorandum ke ...dalam Perlembagaan PAS ... ada menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam.Kenyataan Nizar semasa perbahasan DUN ketika Nizar masih menjadi MB.Zambry berkata benar kerana Zambry takut dengan ALLAH.Sebagai pemimpin kepada rakyat itulah sumpah Zambry untuk memberi keutamaan dalam menjaga kebajikan dan keselesaan rakya.Ini dapat kita lihat bila Zambry telah mengarahkan semua agensi dan jabatan kerajaan yang berkaitan supaya segera menyalurkan bantuan kepada keluarga yang dilanda ribut awal pagi kelmarin. Sambil melahirkan rasa simpati, beliau berharap mangsa-mangsa ribut dapat bersabar dengan dugaan yang menimpa mereka.Dalam kejadian kelmarin, lebih 50 buah rumah di 10 buah kampung termasuk dua taman perumahan di Seri Manjung dan Lekir dekat sini, mengalami kerosakan dalam kejadian ribut kuat yang berlaku kira-kira pukul 2 pagi.Inilah pemimpin yang rakyat mahukan...yang rakyat mahu adalah pemimpin yang bekerja dan bukan pemimpin yang hanya banyak cakap tapi tidak memperdulikan rakyat bawah.


Nizar menghormati ulama’.. Zambry membantai ulama’..


Nizar mendampingi dan berjuang bersama ulama’,.. Zambry.. berjuang bersama duit..


Nizar menjadi imam Solat Jenazah dan mentalqin jenazah… Zambry?


Nizar makan di warung.. Zambry tak maiinnn laa..Nizar menghormati ulama’..Zambry tak pernah kata pun Nizar tidak menghormati ulama',tapi Nizar hanya hormati ulama politik seperti TG NIK AZIZ.TG Nik Aziz sendiri yang mengatakan Nizar tak sesuai menjadi calon di Bukit Gantang,tapi disebabkan nak jaga perasaan rakan terpaksalah TG akur.Walaupun DAP menetang negara islam PAS terpaksa menolak ketepi prisip hanya berkehendakan sokongan DAP.Malah Nizar mempertikaikan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.Zambry membantai ulama,Memang benar Zambry kesal dengan TG Nik Aziz kerana TG hanya mengeluarkan fatwa yang menguntungkan Parti PAS sahaja bukan fatwa yang menyentuh umat islam.Orang pertama yang dijumpai Zambry sebelum memulakan tugas sebagai MB ialah berjumpa dan mendapat restu dari Mufti negeri ,Apakah Nizar ada lakukan perkara ini semasa Nizar dilantik sebagai MB.Orang pertama yang dijumpai Nizar ialah Ngeh kor hamInilah perbezaan ketara antara Nizar dan Zambry.Bila Nizar mengadakan mogok lapar dan ditegur oleh para ulama yang menyifatkan perbuatan itu adalah salah disisi agama Islam.Tindakan Nizar dan pakatan pembangkang melancarkan kempen mogok lapar bukan sekadar mahu menarik perhatian rakyat tetapi matlamat yang lebih besar ialah mengkucar-kacirkan suasana dalam negeri.Tindakan Nizar dan pakatan pembangkang itu juga bertujuan memastikan kerajaan negeri pimpinan Zambry gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.Inilah kerja Nizar.Bukan nya membantu untuk memajukan negeri tapi nak menghancurkan negeri.Hari ini mereka mungkin bercakap soal mogok lapar, esok mungkin tentang soal lain pula, maknanya ada siri-siri yang akan diwujudkan oleh Nizar dan rakan rakannya.

Nizar mendampingi dan berjuang bersama ulama’,.. Zambry.. berjuang bersama duit..Tidak dinafikan Zambry berjuang bersama duit,tapi perjuangan Zambry adalah untuk membantu dan menghapuskan kemiskinan tegar agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang selesa.Berlainan dengan Nizar,Nizar mengunakan duit untuk mengangkut rakyat dari kampung hanya untuk melakukan demonstrasi yang mengakibatkan kemusnahan harta awam.Siapakah yang membaiki kerosakan ini kalau bukan duit rakyat.Inilah kelebihan Nizar,disuruhnya rakyat menghancurkan harta rakyat dan Nizar akan menyatakan inilah perubahan yang dilakukan olehnya.Apakah Nizar bersih dari sebarang duit...siapa yang membina tugu dibawah pokok.apakah sebagai parti islam Nizar percaya pada tugu dari mempercayai ALLAH.

Nizar cukup bangga dengan kemampuannya yang boleh menjadi imam Solat Jenazah dan mentalqin jenazah… Zambry?Memang seluruh rakyat akui Nizar seorang yang kuat pegangan agama nya,semua nya Nizar boleh lakukan .Tapi kalau perbuatan kita ini hanyalah untuk kita menunjuk nunjuk pada rakyat ini akan membawa kita kepada sifat takbur dan sombong.Apakah sifat takbur dan sombong ini tergolong dalam ajaran islam.Apakah dengan kita menunjuk nunjuk kita akan tergolong dalam orang yang mukmin.Perkara sebegini tidak akan dilakukan oleh Zambry kerana bagi Zambry kita perlu menghormati kariah yang sememangnya sudah tersusun dengan tugas masing masing yang telah diamanahkan.Ini bukan cara Zambry untuk menunjuk nunjuk .

Nizar juga menunjuk nunjuk kononnya beliau hanya makan di warung dan mempersoalkan sikap Zambry tak pernah menikmati makan diwarung.Cuba kita renung dan fikirkan.Zambry berasal dari mana dan Nizar pula berasal dari mana.Zambry berasal dari keluarga yang susah dan boleh diketegorikan sebagai keluarga yang daif.Ayah Zambry sendiri hanyalah seorang nelayan yang diibaratkan kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Dan Zambry juga melalui kehidupan sebagai seorang nelayan dengan membantu keluarga beliau.Inilah realiti hidup Zambry .Tapi dengan berkat kesungguhannya beliau mampu untuk merubah kehidupan sekeluarga kepada kehidupan yang lebuh selesa.Inilah semangat anak muda yang berusaha mengubah kehidupan keluarga dari seorang anak nelayan kepada seorang ketua pentadbiran negeri.

.Nizar hanya mahukan publishiti yang murah.Inilah sifat Nizar yang suka bergambar dan dengan gambar inilah Nizar menjaja kehulu hilir dengan menunjukan gambar yang beliau seorang yang sangat kuat bekerja.Gambar tidak menceritakan perkara yang sebenar.Hanya sifat tawadduk dan rendah diri yang diredhai ALLAH.Itu lah sifat yang ada pada Zambry.Zambry tidak mahu menipu rakyat hanya dengan gambar sekeping.Yang penting kita ikhlas dalam perjuangan membela rakyat.Tidak perlu segala publisiti kerana perjuangan yang ikhlas rakyat sendiri yang tahu menilainya.

Nizar MB pilihan rakyat … Zambry MB Haram…

Nizar mendakwa yang dirinya seorang MB pilihan rakyat.Apakah tidak terfikir oleh Nizar yang Pas hanya mempunyai enam kerusi Dun dan dengan enam kerusi Dun apakah Nizar boleh mendakwa yang beliau adalah MB yang dipilih rakyat...cermin la muka dulu apakah layak Nizar digelar MB rakyat.Zambry sebagai Mb yang telah mendapat perkenan Sultan pun tak pernah mendakwa yang beliau seorang MB rakyat.Bagi Zambry beliau hanya seoang MB yang hanya bekerja untuk rakyat.Seharusnya Nizar malu dengan Umno yang mempunyai lebih kerusi dari Pas dan dengan kelebihan itu Zambry tak pernah mempertikaikan kuasa Sultan dalam melantik Nizar sebagai MB kerana bagi Zambry perlantikan MB adalah dibawah kuasa Sultan.Tapi kenapa bila Sultan melantik Zambry sebagai MB, Nizar cuba untuk mempertikaikannya dengan membuat demonstrasi.Akhirnya Nizar sendiri yang menjadi MB haram......

Ini lah yang jadi sekiranya hati dah hitam dengan sikap busuk hati dan iri hati dengan kejayaan orang,sampai muka anugerah ALLAH pun nak dibangkitkan,orang yang macam ni tak layak nak duduki syurga ALLAH.
aku meluat skali tu yang hitam tu...muka mcm haram jadah,..,.,sia2 ada phd tapi bodoh dan buta undang2...dulu makpak dia naik kapal karam kat laut selat melaka kot...tu boleh terdampar kat pangkor.

APAKAH DENGAN WAJAH YANG DIANUGERAH OLEH ALLAH SWT KITA TERGAMAK MENGATAKAN MUKA ZAMBRY HARAM.HABIS MUKA KARPAL.KIT SIANG SAJA KE YANG HALAL?JANGAN LAH ANUGERAH ALLAH KITA HARAMKAN

APA KENA MENGENA DENGAN MAK DAN AYAH ZAMBRY?JANGAN LA SENANG SENANG NAK MENGHINA ORANG.DIRI SENDIRI PUN TAK TAHU BAGAIMANA KITA DISISI ALLAH.

SELAGI PAS ADA KUASA ...YANG HARAM DIHALALKAN DAN ANUGERAH ALLAH DIHARAMKAN...INI SEMUA KERANA HATI HATI MEREKA SUDAH MENJADI HITAM KERANA BAGI MEREKA HANYA MEREKA YANG BERADA DISISI ALLAH DAN HANYA MEREKA YANG DITERIMA ALLAH SEDANGKAN ALLAH TELAH NYATAKAN YANG FITNAH ITU LEBIH BESAR DOSANYA DARI MEMBUNUH.KITA RENUNG RENUNGKAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI.

UMNO PAS:LAKONAN HUSAM MENJELANG PEMILIHAN PAS


Husam yang bakal bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PAS menyindir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menolak hadir berhujah isu politik wang sebagai pemimpin tidak bertanggungjawab.

Keadaan itu juga memaksa Menteri Pertahanan itu mengeluarkan kenyataan menafikan bersetuju berdebat dengan Husam pada 26 Mei lalu.

Zahid menyatakan kecewa terhadap tuduhan Husam yang mendakwa beliau menarik diri sedangkan beliau atau pihaknya tidak pernah memberikan persetujuan untuk program itu.

Katanya, walaupun TV9 ada membuat jemputan tetapi beliau menolak kerana terikat komitmen terhadap acara lain yang diatur lebih awal.

Sumber PAS memberitahu Agendadaily, Husam tahu perkara itu dan sengaja mahu tunjuk hebat apabila muncul juga di stesen televisyen berkenaan pada malam tersebut.

Rupa-rupanya Husam memang merancang perkara itu semata-mata nak tunjuk dia berani dan matlamat utamanya nak pancing undi perwakilan PAS dalam muktamar dan pemilihan hujung minggu ini.

Sok sek ini nyata benar apabila kisah debat Husam ini disiarkan sebuah web http://muktamarpas.blogspot.com yang secara detail mendedahkan skrip Husam berhubung program itu.

Selain kisah disebalik debat Husam VS Zahid, turut dipaparkan 5 dalil kenapa Husam tidak layak jadi Timbalan Presiden PAS dan 10 dalil kenapa Mohamad Sabu juga tidak layak memegang jawatan itu.

Laman web berkenaan dipercayai digerakkan oleh kumpulan tertentu dalam PAS yang mahu parti itu mengekalkan kepimpinan ulama serta ‘walaq’ yakni taat kepada pemimpin dengan menolak kumpulan Erdogan dalam PAS yang pro-Anwar.

Berikut disiarkan kisah disebalik debat Husam dan Zahid seperti dipaparkan laman web tersebut.

Kisah DiSebalik Debat Husam & Zahid

Apabila Husam mengisytiharkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS, sudah semestinya beliau telah melakukan perkiraan yang munasabah. Mengenali Husam, beliau pasti mempunyai perancangan hebat untuk memenangi jawatan yang beliau idamkan sekian lama.

Tiada siapa boleh nafikan bahawa Husam mempunyai hubungan istimewa dengan pihak media kerana beliau juga merupakan bekas wartawan. Di antara pihak media yang agak rapat dengan beliau ialah Malaysiakini (hubungan kelamin),The Star dan Media Prima (TV3 & TV9).

Sebab itulah kita tidak hairan kenapa beliau selalu mendapat liputan meluas daripada pihak media sehingga menenggelamkan pimpinan PAS yang lain termasuk Presiden dan Timbalannya. Beliau menggunakan kelebihan hubungan tersebut untuk meminta pihak media sentiasa membuat liputan untuknya.

Di antara program kempen bagi jawatan Timbalan Presiden yang disusunkan khas untuk beliau ialah program debat beliau dengan Dato Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO. Sebab itulah kita melihat betapa Husam dan jenteranya begitu hebat mempromosikan program debat tersebut di mana-mana. Beliau begitu bersedia untuk menunjukkan kehebatan dirinya bila berhujah dengan lawan. Beliau yakin Zahid tidak selicik Khairi Jamaludin yang telah berjaya memalukan Husam satu ketika dahulu.

Zahid yang pada awalnya tidak menyedari perancangan sebenar Husam untuk menyeret beliau dalam program kempennya telah menerima pelawaan untuk berdebat dengan Husam. Tetapi setelah beliau diberitahu oleh seseorang bahawa Husam sebenarnya sekadar ingin berkempen untuk dirinya bagi jawatan Timbalan Presiden PAS, maka Zahid dengan serta merta menguzurkan diri dan meminta tarikh lain yang diluar dari tempoh berkempen untuk muktamar PAS.

Maka kecewalah Husam yang teramat sangat apabila diberitahu oleh Media Prima bahawa Datuk Zahid telah membatalkan kehadirannya diprogram tersebut dan sebagai gantinya mereka telah menjemput Ezam Md Nor. Bagi Husam, Ezam bukanlah tarafnya. Bagi Husam, beliau hanya setaraf Zahid Hamidi atau Muhyidin Yasin. Maka Husam pun menolak untuk berdebat dengan Ezam.

Setelah Husam menolak, pihak Media Prima dipercayai telah menghubungi Mat Sabu (seorang lagi calon Timbalan Presiden PAS) untuk menjemput beliau berdebat dengan Ezam dan telah diterima oleh Mat Sabu dengan gembiranya. Tetapi setelah Husam mendapat tahu bahawa pihak Media Prima telah menghubungi Mat Sabu bagi program tersebut, dengan pantas beliau menghubungi mereka kembali dan menyatakan kesudian beliau untukmenghadirkan diri ke program tersebut. Mungkin beliau khuatir pengaruh yang bakal diperolehi oleh Mat Sabu selepas program tersebut memandangkan Mat Sabu juga bukan calang-calang orang dalam berhujah dan berdebat.

Maka pergilah Husam ke TV9 untuk program debat tersebut. Tetapi, rupa-rupanya pemergian beliau hanyalah untuk berlakon sahaja. Kononnya beliau ingin menunggu Zahid Hamidi juga. Dan bila Zahid tidak muncul beliau pun pulang dan meninggalkan Ezam keseorangan dalam program tersebut. Apakah motif beliau berbuat demikian? Untuk apa menunggu Zahid kalau dah Zahid beritahu dari awal lagi bahawa beliau tidak akan datang. Mungkin hanya untuk menyekat kedatangan Mat Sabu atau untuk menunjukkan yang Zahid takut kepadanya.

Begitulah terdesaknya Husam untuk mempromo dirinya untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS

UMNO PAS:PAS DIINGAT JANGAN POLITIKAN KHUTBAH JUMAAT

Pelbagai pihak tidak mahu kesucian mimbar khutbah Jumaat yang berfungsi sebagai alat untuk menyebarkan ilmu agama dan juga pusat penyatuan umat Islam digadai kemuliaannya untuk kepentingan politik.

Penasihat Agama Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij), Datuk Nooh Gadut, berkata penggunaan mimbar khutbah Jumaat bagi tujuan politik boleh menimbulkan perpecahan umat Islam serta menghakis kemuliaan masjid sebagai rumah Allah.

“Menggunakan masjid dan mimbar khutbah Jumaat untuk kepentingan politik adalah tidak wajar dan boleh dianggap salah kerana ia boleh menimbulkan bibit perpecahan dan boleh mengundang salah faham serta fitnah.

“Mereka yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat terdiri daripada pelbagai fahaman politik. Jika isi khutbah itu adalah untuk kepentingan pihak tertentu maka ia akan menimbulkan salah faham dan rasa tidak puas hati yang boleh membawa kepada perpecahan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin yang menyokong langkah meminta imam atau khatib menggunakan khutbah Jumaat sebagai cara berkempen bagi menarik pengundi kepada parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Manek Urai.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyokong penggunaan khutbah sebagai medan berkempen bagi pilihan raya adalah tidak berhemah.

Beliau berkata, mimbar khutbah berperanan sebagai alat penyatuan umat Islam tidak wajar dipolitikkan dan sepatutnya dihargai

ZAMBRY NIZAR:NIZAR HARUS CONTOHI SIKAP ADUN ADUN UMNO

Nizar tak sepatutnya memanjangkan kemelut perlantikan MB negeri Perak kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat.Rakyat sebenarnya sudah jemu dengan segala lakonan Nizar yang saban hari hanya menyalahkan orang lain tanpa melihat apa kekurangan diri sendiri.Nizar harus bermusahabah diri kenapa Sultan menarik balik MB sedangkan pada awalnya Sultan yang mengesyorkan nama Nizar.Sudah tentu Nizar banyak melakukan perkara perkara yang sudah tentu tidak disenangi oleh rakyat Perak,jadi Nizar harus memikirkan semula apakah segala tindakannya selama ini akan terus menyusahkan dan menghimpit masaalah rakyat.Nizar harus meletakan kepentingan rakyat dari kepentingan diri sendiri.Tiada guna kepentingan diri diutamakan dan inilah yang telah Zambry laksanakan sekarang yang kepentingan rakyat yang didahulukan.

Bagi Nizar apa yang dilakukan selama ini semuanya mengundang persoalan apakah yang dilakukan Nizar diterima oleh sebahagian rakyat sedangkan segala tindakan Nizar bertentangan dengan ciri ciri seorang muslim.Salah satu yang Nizar lakukan yang bertentangan dengan ugama Islam adalah kempen mogok lapar yang tidak wujud dalam Islam dan bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, syariah dan akhlak Islamiah.

Nizar mungkin tahu yang mogok lapar yang dianjurkannya bertentangan dengan al- Quran, sunnah, ijmak ulama, qias dan sumber perundangan Islam yang lain. Sebarang perkara yang boleh membawa kemudaratan kepada nyawa, akal, minda, harta dan keluarga adalah haram di sisi Islam.Andai kata seseorang yang mogok lapar itu meninggal dunia, maka ia seolah-olah membunuh diri sendiri.Nizar sebenarnya lebih mengetahui apa yang dirancangkan semua ini adalah salah disisi agama tapi kerana ingin menegakan benang basah Nizar terus mempertahankan tindakannya yang salah disisi agama Islam.

Orang yang mogok lapar sama seperti golongan yang berputus asa dalam perjuangannya sedangkan Islam melarang umatnya berbuat demikian.Mogok lapar berbeza dengan puasa. Dalam Islam, puasa bertujuan menahan diri hanya untuk mendekatkan diri kepada Allah dan ini termasuk puasa wajib, sunat dan nazar.

Nizar juga lebih mempercayai benda benda yany karut dengan mempercayai tugu demokrasi dari mempercayai segala yang menimpa semua ini adalah qada dan qadar dari ALLAH SWT.Nizar seharusnya redha dengan ketentuan ILLAHI yang telah menentukan semua ini.Tiada guna Nizar terus mempersoalkan segala tindakan Sultan yang telah memperkenankan perlantikan Zambry kerana segala tindakan Nizar hanya menjurus kepada menderhaka kepada Sultan yang bagi rakyat Sultan adalah sebuah Institusi yang tak sepatutnya dihina dan ditentang.

Sebahagian besar rakyat Perak mahukan supaya krisis politik dalam negeri diselesaikan menerusi jalan baik tanpa menjejaskan ketenteraman.Untuk mengurangkan bahang dan suhu poltik negeri, ahli politik mesti bertanggongjawab iaitu melaksanakan peranan mereka dengan tidak mencetuskan suasana huru hara dengan mengadakan ceramah yang tidak bertanggungjawab dengan memainkan sentimen kebencian di kalangan rakyat.Jadi Nizar harus hormati apa yang rakyat telah luahkan dan Nizar juga harus hormati yang rakyat sudah jemu dngan semua kemelut yang sengaja Nizar panjangkan kerana perasaan tidak puas hati kerana dilucutkan jawatan.

Bagi Saya Nizar harus mencontohi sikap Adun Paloh yang telah kemukan notis permohonan maaf pada Husam yang pada perkiraan saya ianya satu jalan penyelesaian yang terbaik dari terus membiarkan ianya terus menghimpit persoalan siapa yang bersalah.Inilah sikap yang terbaik dengan kita sendiri meminta maaf kerana sekiranya ianya terus berpanjangan ianya tidak akan membawa kebaikan kepada semua pihak.(Baca sini)

PADA NIZAR,BUANG YANG KERUH DAN KEMBALI SEMULA PADA AJARAN ISLAM YANG MAHU SETIAP UMATNYA BERBAIK BAIK ANTARA SATU SAMA LAIN DISAMPING TERUS MEMBELA NASIB RAKYAT YANG DAHAGAKAN KEMAJUAN.PADA NIZAR KETEPIKAN KEPENTINGAN PERIBADI DAN UTAMAKAN KEHENDAK RAKYAT YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN JEMU DENGAN SEGALA KEMELUT YANG BERLARUTAN.FIKIR FIKIRKAN LA NASIB ANAK ANAK BANGSA YANG JAUH KETINGGALAN DARI BANGSA BANGSA LAIN....

RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI.....

UMNO PAS:ISU AKHBAR CINA:BN TAK PERLU TANDING DI MANEK URAI?

RENCANA bertajuk "Pilihan Raya Kecil Lagi? Apa Kata Barisan Nasional Tarik Diri Juga" dalam akhbar mingguan Nanyang Siang Pau hujung minggu lalu memberi pandangan mengenai kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Ismail Yaacob. Kematian itu menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya kecil sekali lagi.

Akhbar itu membangkitkan soal pilihan raya kecil yang dianggap semakin membosankan. Menurut akhbar itu, ketika negara sibuk berpolitik dan terlibat dengan pelbagai pilihan raya kecil, negara lain sibuk mengejar perkembangan ekonomi.

"Ada orang mengatakan menjadi hakim memilih ratu cantik begitu memenatkan, tetapi rakyat kita pula penat mendengar kisah pilihan raya kecil.

"Malah ada di antara pilihan raya kecil itu bukan kerana keadaan memaksa ia diadakan tetapi hanya memenuhi cita-cita ahli politik, demi memuaskan agenda individu tertentu,'' tegas akhbar itu.

Malah Nanyang Siang Pau turut mengemukakan cadangan agar Barisan Nasional tidak bertanding di Manek Urai. Sama seperti yang dilakukan sewaktu Pilihan Raya Kecil DUN Penanti minggu lalu.

Akhbar itu "berhujah'' bahawa Manek Urai di Kelantan itu adalah kubu kuat PAS. Jadi buat apa membazir duit untuk bertanding?

"Kita percaya satu hari nanti BN mampu menggerakkan langkahnya seperti yang dilakukan di Perak.

"Rakyat Malaysia memang cukup menderita, yang ingin mereka lihat tidak muncul-muncul. Tetapi yang tidak mahu didengar pula asyik berulang-ulang, sudah tujuh kali pilihan raya kecil.

"Selepas ini kita harap semua Ahli Parlimen dan ADUN menjaga kesihatan. Jangan jadikan pilihan raya kecil itu mimpi buruk rakyat."

Begitulah hujah akhbar tersebut tanpa mengambil kira pilihan raya kecil di Manek Urai terpaksa diadakan kerana kematian ADUNnya. Sedangkan kematian bukan urusan atau percaturan manusia.

Akhbar itu berhujah tanpa mempedulikan sensitiviti sedangkan situasi di Manek Urai dan Penanti ternyata sangat berbeza.

"Orang Malaysia sungguh hebat"

Rencana dalam kolum Pena Berdakwat tulisan C. K. Tay dalam akhbat Kwong Ming Daily pada Sabtu lalu bertajuk "Orang Malaysia Sungguh Hebat" menyifatkan rakyat kita tidak kisah dengan duit.

Tulisan itu mengaitkan laporan mengenai Kawasan Bebas Cukai Pelabuhan Klang yang melibatkan puluhan juta ringgit. Pihak berkuasa pelabuhan dikatakan membuat pinjaman sebanyak RM46.32 juta. Faedah ke atas pinjaman tersebut selama 20 tahun ialah RM25.6 juta. Jumlah kos penambahan seluruhnya meningkat kepada RM74.53 juta dan pada tahun 2051 nanti, ia akan menjadi RM124 juta.

Selain itu, pihak berkuasa Pelabuhan Kelang juga dikatakan perlu membayar faedah sebanyak RM14 juta kepada syarikat KBSB kerana urusan berkaitan tanah.

Menurut penulis itu, kalau gaji bulanannya sebanyak RM10,000 maka beliau akan mendapat RM120,000 setahun.

Dia mencongak dengan mengabaikan soal makan minum, bayar cukai, rumah, petrol dan sebagainya.

Katanya, jika semua duit gajinya disimpan tanpa dibelanja walaupun sesen, maka dia akan mendapat RM1.2 juta dalam tempoh 10 tahun. Maka dalam tempoh 100 tahun baru dia mendapat RM12 juta.

Sebagai rakyat golongan kerdil, RM1 juta adalah angka yang wujud dalam mimpi sahaja.

Tetapi angka itu biasa-biasa sahaja kepada negara. Pasaran saham jatuh boleh hilang beberapa ribu juta. Tol tidak dinaikkan pun boleh hilang puluhan juta ringgit.

"Nampaknya bina Menara Berkembar Kuala Lumpur juga tidak bermanfaat kepada rakyat kebanyakan. Apa kata duit itu dibahagi-bahagikan sahaja?

"Jumlah penduduk Malaysia kira-kira 26 juta. Tanpa mengambi kira usia - tua atau bayi - jika semua orang diberi RM50, baru berapa juta sahaja duit yang dibelanjakan itu,'' tegas C. K. Tay

MANEK URAI:KELANTAN MUNDUR KERANA PAS.

Selama Pas memerintah Kelantan yang banyak di buat Pas adalah ceramah yang penuh dengan caci maki pada kerajaan Pusat pimpinan kerajaan BN.Tiada pembangunan yang benar benar dirancang oleh kerajaan Pas sedangkan banyak sumber yang boleh dimanfaatkan oleh kerajaan negeri.Memang TGNA seorang ulama yang sangat rakyat hormati,tapi TGNA tak layak dan tidak mampu untuk membawa Kelantan keluar dari kemelut kemiskinan.Kelantan boleh dikatakan satu negeri yang jauh tertinggal kebelakang dari negeri negeri lain.Ianya terjadi kerana Pas asyik dengan ceramah dari mempertingkatkan taraf ekonomi penduduk Kelantan.Kerana itulah ramai anak anak muda yang keluar untuk mencari kehidupan yang lebih selesa.Maka jadilah anak anak Kelantan perantau yang mencari kehidupan yang lebih selesa yang tak mampu TGNA sediakan pada anak anak Kelantan.

Seharusnya kerajaan pimpinan Pas harus membangunkan sebagaimana pembangunan yang terangcang dinegeri negeri dibawah kerajaan BN.Kerajaan negeri pimpinan seorang ulama sepatutnya mempunyai pelan tindakan bagi membangunkan segala sumber semula jadi di negeri itu secara terancang, malangnya ia gagal berbuat demikian.Bagi saya ,sebagai seorang ulama TGNA sepatutnya menumpukan pembangunan bersepadu dari memikirkan Parti Pas terus kuat.INi sudah menghampakan harapan rakyat yang mahu melihat Kelantan ada pembangunan walau pun tak setanding dengan negeri negeri lain.Cara yang terbaik adalah pemimpin Pas perlu mengambil contoh kerajaan BN yang menumpukan seluruh kepercayaan rakyat pada pru 12 dahulu dengan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Setelah hampir dua dekad, kerajaan negeri hanya mampu menjana pendapatan RM300 juta setahun sehingga kini dengan RM120 juta daripadanya melalui premium hasil balak sedangkan kekayaan alam semula jadi boleh dieksploitasi bagi menjana pendapatan.Ia bukan satu pencapaian sebaliknya satu kegagalan kerana kerajaan negeri sepatutnya tidak terlalu bergantung kepada hasil balak tanpa berusaha mencari pendapatan melalui sumber lain.

Seolah kerajaan Negeri beranggapan bahawa berceramah yang tidak kira waktu baik siang atau malam adalah satu keutamaan sedangkan membela dan menaikan taraf ekonomi rakyat adalah yang perlu diberikan perhatian.Kerana kegagalan Pas lah Negeri Kelantan terkenal dengan negeri paling miskin dan mundur.Bagi Pas dan TGNA kegagalan dan kelemahan mereka akan di arahkan pada kerajaan Pusat bagi menutup kelemahan dan apa yang tidak mampu mereka lakukan.Inilah sikap Pas yang kelemahan diri sendiri di hamburkan pada kerajaan pusat dengan berbagai alasan.

Bagi Pas yang penting ceramah maki hamun dari menyediakan kursus atau seminar yang boleh dimanfaatkan oleh jenerasi muda Kelantan.Cuba kita lihat, Kerajaan negeri pimpinan TGNA tidak ada melakukan lawatan keluar negeri atau keluar negara untuk menimba ilmu bagi manafaat rakyat Kelantan.

Kelantan boleh maju seandainya kerajaan pilihan rakyat ini berusaha dengan jujur untuk membangunkan rakyat dengan menolak semua kelemahan diri dengan belajar dari rakan rakan dineger negeri diperentah kerajaan BN.Sepatutnya itulah yang terbaik untuk memajukan rakyat yang telah lama kehausan kemajuan.Kalau kerajaan negeri ada inovasi, ada idea semua ini boleh dicapai.Kerajaan BN juga tidak keberatan akan membantu untuk menarik kemasukan pelancong dari Jepun, Eropah dan dari negara-negara Arab untuk mengunjungi negeri kelantan.Kerajaan pimpinan TGNA harus melakukan sesuatu dengan meminta bantuan kerajaan pusat yang ada kepakaran bagi merealisasikan harapan rakyat kerana Kelantan mempunyai kepelbagaian bentuk muka bumi.Kelantan sepatutnya dieksploitasi sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan menjadikannya sebagai destinasi pelancongan utama.

Sepatutnya TGNA tidak hanya menumpukan pada soal keagamaan semata mata kerana tanpa ada usaha yang berterusan rakyat akan terus berada didalam kemiskinan.Dan prk Dun Manek Urai nanti rakyat boleh menyuarakan pandangan dan memberi peringatan pada TGNA dengan menolak calon dari Pas nanti.Hanya cara inilah rakyat dapat meluahkan pandangan yang selama ini kerajaan Pas telah abaikan rakyat jelata.

Untuk pengetahuan TGNA seramai 600,000 penduduk negeri ini terpaksa keluar mencari pekerjaan kerana tidak ada peluang untuk mereka di sini selain berkhidmat dengan sektor awam semata-mata.Nak bekerja dikilang pun tiada satu pengusaha kilang yang berani untuk dirikan kilang ,Begitu juga dari segi makanan.Walau pun kita ketahui Kelantan terkenal dengan kepelbagaian masakan yang enak enak tapi tanpa kerjasama kerajaan negeri rakyat akan terima musibahnya

PADA TGNA JANGAN LAH KERANA DIRI TU ULAMA,HANYA KEPENTINGAN UGAMA YANG DIBERI PENEKANAN SEDANGKAN SELURUH USAHA KEARAH KEBAIKAN AKAN DAPAT MENNAFAATKAN SELURUH RAKYAT KELANTAN.KELANTAN MUNDUR KERANA TG ASYIK DENGAN AGENDA CERAMAH,TAK KIRA SIANG DAN MALAM...SEMUA USAHA TG ADALAH BAIK TAPI TG KENA JUGA USAHAKAN CARA UNTUK MEMAJUKAN NEGERI YANG SEMAKIN LAMA SEMAKIN MUNDUR.RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI.....

UMNO PAS:PENYOKONG BEKAS KETUA UMNO PETALING JAYA SELATAN MASUK UMNO SEMULA

Seramai lapan penyokong bekas Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim yang keluar parti dan menyertai Pas pada Disember lalu, hari ini kembali memberi sokongan padu kepada UMNO.

Antara yang kembali ke pangkuan parti itu ialah Ketua UMNO Cawangan Sri Manja, Mohd. Yusri Ramli dan Samad Abu (Medan Setia), Ismail Mohamad (Flat PKNS Datuk Harun), Mustapa Baharudin (Rantau Panjang Medan Harun) serta Roslan Baba dari UMNO Cawangan Medan Lorong 3.

Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar memberitahu, mereka menyatakan kesediaan untuk kembali kepada perjuangan parti itu setelah tidak lagi terikut dengan Zahar yang bertindak keluar daripada UMNO.

"Kita menerima kembali lapan pemimpin UMNO cawangan ini kerana mereka ini masih lagi ahli UMNO yang sah. Kita sudah semak dan status mereka ini masih lagi ahli parti, tiada surat rasmi pemecatan dikeluarkan terhadap mereka.

"Apa yang berlaku sebelum ini mereka menyokong tindakan Zahar keluar parti disebabkan emosi sehingga terikut-ikut dengan bekas ketua bahagian itu," katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO negeri di sini malam tadi.

Pada Disember tahun lalu, Zahar membuat keputusan meninggalkan UMNO dan menyertai Pas dengan alasan mencari 'tapak' lebih sesuai untuk bergiat aktif dalam politik.

Zahar dikatakan membuat tindakan itu setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang menggantungnya daripada parti itu selama tiga tahun kerana mengkritik kepimpinan pada 2 Disember tahun lalu.

Beliau turut mewakafkan bangunan miliknya yang sebelum ini menjadi pejabat UMNO untuk dijadikan pejabat Pas di kawasan itu.

Ketika ini, jawatan Ketua UMNO Bahagian itu dipangku oleh Raja Datuk Hanipuddin Raja Datuk Nong Chik bagi tempoh tiga tahun.

Dalam pada itu, Noh yang juga ahli MT UMNO turut menyatakan kemasukan bekas penyokong Zahar itu diharap dapat mengukuhkan lagi UMNO di bahagian itu yang mempunyai 105 cawangan.

"Saya turut mengingatkan semua pemimpin dan ahli bahawa sokongan terhadap ahli perlu dibuat berasaskan kepada prinsip perjuangan parti, bukannya pemimpin kerana sudah menjadi adat pemimpin datang dan pergi," ujarnya.

PENANTI:PKR TERJERAT DENGAN PILIHANRAYA CIPTAAN SENDIRI

PAKATAN Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan hebat pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, kerana bukan saja gagal memperoleh sokongan besar, malah pengaruh parti itu semakin merosot.

Meskipun menang pada pilihan raya ciptaan mereka, dengan memperoleh sebanyak 6,052 undi, sokongan untuk PKR sebenarnya berkurangan 1,294 daripada apa yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum 2008 iaitu 7,346 undi.

PKR mungkin berbangga dengan majoriti besar yang diperoleh calonnya, Mansor Othman iaitu 5,558 undi berbanding 2,219 undi pada pilihan raya lalu, tetapi itu bukan ukurannya kerana sokongan kepada parti itu merosot. Dengan ketiadaan calon Barisan Nasional (BN), majoriti itu tidak memberi sebarang makna terhadap kemenangan PKR.

Mana mungkin boleh membandingkan majoriti PKR apabila calonnya menang ke atas tiga calon Bebas, melainkan BN meletakkan calon. PKR terjerat dengan permainan mereka sendiri.

PKR juga mensasarkan 70 peratus daripada 15,384 pemilih akan keluar mengundi, tetapi sasaran mereka ternyata meleset apabila hanya 46.15 peratus atau 7,101 pemilih menunaikan hak mereka. Pada pilihan raya umum lalu, peratusan mengundi bagi DUN Penanti ialah 82.07 peratus.

Ini satu rekod baru dalam sejarah pilihan raya di negara ini setelah rekod DUN Telang Usan pada Pilihan Raya Umum Sarawak pada 2006 iaitu 52.6 peratus, dipadam oleh Penanti.

Agak menarik untuk diperkatakan kenapa peratusan mengundi begitu rendah bagi pilihan raya kecil ini. Adakah ia membawa maksud orang ramai termasuk penyokong PKR sudah muak dengan pemimpin mereka sehingga memboikot dengan tidak keluar mengundi?

Salah satu faktor sudah tentu disebabkan penyokong BN tidak keluar mengundi kerana parti itu tidak meletakkan calon. Tetapi, persoalannya ke mana perginya penyokong PKR? Jika Mohammad Fairus memperoleh 7,346 undi, kenapa pula Mansor hanya memperoleh 6,052 undi?

Ke manakah perginya 1,294 undi yang sebelum ini menyokong PKR? Seramai 942 pengundi memilih calon Bebas dan selebihnya tidak mengundi serta mungkin bertukar kawasan pilihan raya.

Tetapi, secara mudahnya, penyokong PKR sudah mula beralih angin dengan tidak lagi menyokong parti itu walaupun Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, saban hari mendakwa Pakatan Rakyat semakin mendapat sokongan dan BN pula semakin hilang pengaruh.

Jika benar dakwaan Anwar itu, sudah tentu Mansor menang besar kerana ketiga-tiga calon Bebas bukannya lawan bakal Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang itu. Nai Khan Ari yang memperoleh 494 undi, Aminah Abdullah (392) dan Kamarul Ramizu Idris (56), bukannya lawan Mansor.

Bagi penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian, keputusan pilihan raya kecil itu sememangnya satu tamparan hebat kepada PKR kerana sering melaung-laungkan kononnya sokongan PKR selepas tsunami politik pada Mac 2008, terus meningkat.

Bagaimanapun, katanya, keputusan pilihan raya kecil Penanti tidak membuktikan dakwaan mereka, sebaliknya menunjukkan bahawa sokongan terhadap parti itu semakin terhakis.

“PKR berharap pilihan raya kecil Penanti menjadi kayu ukur untuk menunjukkan sokongan terhadap BN semakin terhakis dan BN semakin hilang kuasa, tetapi itu tidak berlaku,” kata Timbalan Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM itu.

Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan kemerosotan undi PKR disebabkan ada penyokong parti itu yakin Mansor akan menang dan sudah selesa dengan kedudukan itu, lalu tidak keluar mengundi.

Apa yang nyata, tindakan PKR yang mahu mencipta gelombang pilihan raya kecil sudah disedari dan tidak disenangi rakyat kerana tidak mendatangkan faedah terutama dalam keadaan negara yang dilanda kegawatan ekonomi global.

PKR perlu sedar bahawa rakyat sudah bosan dan muak dengan tindakan parti itu yang 'memaksa' Mohammad Fairus meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, kira-kira seminggu setelah melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri I.

Rakyat sudah sedar keputusan Mohammad Fairus melepaskan jawatan Adun adalah semata-mata untuk memberi laluan kepada Mansor memegang jawatan nombor dua dalam kerajaan negeri. Lantaran itu, mereka menggunakan kuasa yang ada untuk menunjukkan apa yang dilakukan itu tidak rasional dan tidak boleh diterima.

Umno Pulau Pinang pula berpandangan apa yang berlaku kerana rakyat menolak pendekatan PKR yang dengan sewenang-wenangnya memaksa diadakan pilihan raya kecil yang tidak perlu.

Timbalan Pengerusi Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Othman, menjelaskan pengundi sudah memberi mesej yang jelas kepada PKR terhadap tindakan mereka yang tidak menghormati keputusan dan mandat rakyat pada 2008.

“Mereka tidak suka dipermainkan dan enggan diheret sama mengikut rentak permainan Pakatan Rakyat yang hanya tahu menyusahkan rakyat dengan mengadakan pilihan raya tanpa alasan kukuh. Rakyat sudah menunjukkan kuasanya.

“Rakyat sebenarnya tidak memerlukan pilihan raya kecil yang 'diwujudkan' tanpa alasan munasabah. Mereka mahu kerajaan termasuk kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat supaya memfokuskan kepada usaha meningkatkan ekonomi serta menaik taraf kehidupan rakyat,” katanya.

Apa juga alasan yang bakal dilemparkan berikutan kemerosotan sokongan ke atas PKR selepas ini, sudah tentu BN akan dijadikan sasaran belasahan kepada 'kekalahan' sokongan itu, seperti dilakukan ketika tempoh berkempen seminggu lalu.

Sewajarnya, PKR menerima hakikat rakyat sudah muak dengan gelagat mereka, bukannya asyik menyalahkan orang lain di atas kesilapan sendiri.

Selasa, 2 Jun 2009

UMNO PAS:BN RANGKA PELAN UNTUK TINGKATKAN TARAF PENDUDUK MANEK URAI

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menyiapkan laporan sosioekonomi dan politik di kawasan Manik Urai, Kuala Krai bagi membolehkan semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) merangka pelan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di situ.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata laporan itu dijangka siap sebelum hari penamaan calon bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 6 Julai ini.

"Kami di kementerian akan melihat keadaan di Manik Urai secara lebih dekat dan akan menyiapkan laporan sosioekonomi dan politik bagi kegunaan pihak tertentu," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan pegawai dan kakitangan kementerian itu di RTM di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Manik Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, allahyarham Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung.

Rais mengakui ujian getir akan dihadapi oleh BN untuk menawan hati penduduk di Manik Urai yang bakal mengundi bagi memilih wakil rakyat baru pada 14 Julai ini.

Katanya bagaimanapun rekod baik yang ditunjukkan BN selama memerintah negara sewajarnya menjadi perhatian utama pengundi di situ bagi membuat pilihan siapakah sebenarnya yang boleh membela nasib mereka.

"Saya yakin BN mampu menyusun gerak kerja yang berkesan dan mampu memberi nafas baru kepada rakyat di Manik Urai," katanya.

Sementara itu, Rais berkata kementerian itu akan menganjurkan pertandingan bagi mencungkil bakat baru dalam pelbagai bidang di negerinegeri Pantai Timur yang dijangka akan bermula bulan depan atau awal Ogos.

"Kementerian akan mencungkil bakat baru dalam bidang lawak, seni ukir atau berbentuk kebudayaan lain yang terdapat di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan untuk diketengahkan kepada masyarakat negara ini.

"Mereka ini kemudiannya akan dibawa ke merata tempat bagi masyarakat luar mengetahui bakat seni mereka manakala bagi Sabah dan Sarawak juga akan diadakan juga program yang sama," katanya


MANEK URAI:KELANTAN MUNDUR KERANA PAS.

Selama Pas memerintah Kelantan yang banyak di buat Pas adalah ceramah yang penuh dengan caci maki pada kerajaan Pusat pimpinan kerajaan BN.Tiada pembangunan yang benar benar dirancang oleh kerajaan Pas sedangkan banyak sumber yang boleh dimanfaatkan oleh kerajaan negeri.Memang TGNA seorang ulama yang sangat rakyat hormati,tapi TGNA tak layak dan tidak mampu untuk membawa Kelantan keluar dari kemelut kemiskinan.Kelantan boleh dikatakan satu negeri yang jauh tertinggal kebelakang dari negeri negeri lain.Ianya terjadi kerana Pas asyik dengan ceramah dari mempertingkatkan taraf ekonomi penduduk Kelantan.Kerana itulah ramai anak anak muda yang keluar untuk mencari kehidupan yang lebih selesa.Maka jadilah anak anak Kelantan perantau yang mencari kehidupan yang lebih selesa yang tak mampu TGNA sediakan pada anak anak Kelantan.

Seharusnya kerajaan pimpinan Pas harus membangunkan sebagaimana pembangunan yang terangcang dinegeri negeri dibawah kerajaan BN.Kerajaan negeri pimpinan seorang ulama sepatutnya mempunyai pelan tindakan bagi membangunkan segala sumber semula jadi di negeri itu secara terancang, malangnya ia gagal berbuat demikian.Bagi saya ,sebagai seorang ulama TGNA sepatutnya menumpukan pembangunan bersepadu dari memikirkan Parti Pas terus kuat.INi sudah menghampakan harapan rakyat yang mahu melihat Kelantan ada pembangunan walau pun tak setanding dengan negeri negeri lain.Cara yang terbaik adalah pemimpin Pas perlu mengambil contoh kerajaan BN yang menumpukan seluruh kepercayaan rakyat pada pru 12 dahulu dengan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Setelah hampir dua dekad, kerajaan negeri hanya mampu menjana pendapatan RM300 juta setahun sehingga kini dengan RM120 juta daripadanya melalui premium hasil balak sedangkan kekayaan alam semula jadi boleh dieksploitasi bagi menjana pendapatan.Ia bukan satu pencapaian sebaliknya satu kegagalan kerana kerajaan negeri sepatutnya tidak terlalu bergantung kepada hasil balak tanpa berusaha mencari pendapatan melalui sumber lain.

Seolah kerajaan Negeri beranggapan bahawa berceramah yang tidak kira waktu baik siang atau malam adalah satu keutamaan sedangkan membela dan menaikan taraf ekonomi rakyat adalah yang perlu diberikan perhatian.Kerana kegagalan Pas lah Negeri Kelantan terkenal dengan negeri paling miskin dan mundur.Bagi Pas dan TGNA kegagalan dan kelemahan mereka akan di arahkan pada kerajaan Pusat bagi menutup kelemahan dan apa yang tidak mampu mereka lakukan.Inilah sikap Pas yang kelemahan diri sendiri di hamburkan pada kerajaan pusat dengan berbagai alasan.

Bagi Pas yang penting ceramah maki hamun dari menyediakan kursus atau seminar yang boleh dimanfaatkan oleh jenerasi muda Kelantan.Cuba kita lihat, Kerajaan negeri pimpinan TGNA tidak ada melakukan lawatan keluar negeri atau keluar negara untuk menimba ilmu bagi manafaat rakyat Kelantan.

Kelantan boleh maju seandainya kerajaan pilihan rakyat ini berusaha dengan jujur untuk membangunkan rakyat dengan menolak semua kelemahan diri dengan belajar dari rakan rakan dineger negeri diperentah kerajaan BN.Sepatutnya itulah yang terbaik untuk memajukan rakyat yang telah lama kehausan kemajuan.Kalau kerajaan negeri ada inovasi, ada idea semua ini boleh dicapai.Kerajaan BN juga tidak keberatan akan membantu untuk menarik kemasukan pelancong dari Jepun, Eropah dan dari negara-negara Arab untuk mengunjungi negeri kelantan.Kerajaan pimpinan TGNA harus melakukan sesuatu dengan meminta bantuan kerajaan pusat yang ada kepakaran bagi merealisasikan harapan rakyat kerana Kelantan mempunyai kepelbagaian bentuk muka bumi.Kelantan sepatutnya dieksploitasi sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan menjadikannya sebagai destinasi pelancongan utama.

Sepatutnya TGNA tidak hanya menumpukan pada soal keagamaan semata mata kerana tanpa ada usaha yang berterusan rakyat akan terus berada didalam kemiskinan.Dan prk Dun Manek Urai nanti rakyat boleh menyuarakan pandangan dan memberi peringatan pada TGNA dengan menolak calon dari Pas nanti.Hanya cara inilah rakyat dapat meluahkan pandangan yang selama ini kerajaan Pas telah abaikan rakyat jelata.

Untuk pengetahuan TGNA seramai 600,000 penduduk negeri ini terpaksa keluar mencari pekerjaan kerana tidak ada peluang untuk mereka di sini selain berkhidmat dengan sektor awam semata-mata.Nak bekerja dikilang pun tiada satu pengusaha kilang yang berani untuk dirikan kilang ,Begitu juga dari segi makanan.Walau pun kita ketahui Kelantan terkenal dengan kepelbagaian masakan yang enak enak tapi tanpa kerjasama kerajaan negeri rakyat akan terima musibahnya

PADA TGNA JANGAN LAH KERANA DIRI TU ULAMA,HANYA KEPENTINGAN UGAMA YANG DIBERI PENEKANAN SEDANGKAN SELURUH USAHA KEARAH KEBAIKAN AKAN DAPAT MENNAFAATKAN SELURUH RAKYAT KELANTAN.KELANTAN MUNDUR KERANA TG ASYIK DENGAN AGENDA CERAMAH,TAK KIRA SIANG DAN MALAM...SEMUA USAHA TG ADALAH BAIK TAPI TG KENA JUGA USAHAKAN CARA UNTUK MEMAJUKAN NEGERI YANG SEMAKIN LAMA SEMAKIN MUNDUR.RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI.....

UMNO PAS:PAS JANGAN ASYIK BERCERAMAH,KENA INGAT RAKYAT DAN NEGERI SAMA

Cerita ini semua orang dah tahu. 18 tahun mentadbir Kelantan, antara program keutamaan pemimpin PAS negeri itu ialah ceramah dan ceramah. Pantang ada isu sahaja, maka siri ceramah akan dianjurkan dan berpusu-pusulah orang mendengar bintang-bintang ceramah menghamburkan hujah masing-masing.

Tidak ramai yang menegur pentadbian PAS mengenai perkara itu. Ini kerana ceramah seolah-olah sudah memadai bagi pengikut setia tanpa mempedulikan sama ada pentadbiran negeri itu mampu membawa pembangunan baru, pelaburan baru atau memajukan negeri tersebut.

Mungkin kerana semua itu itu bersifat duniawi.

Namun semua itu tidak kena pada mata dan pandangan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang berstatus bebas walaupun pada pilihan raya umum ke-12 beliau bertanding atas tiket PAS.

Bagi beliau, pentadbiran Kelantan telah mengabaikan aspek pembangunan di negeri itu hanya dek kerana terlalu memberi tumpuan kepada ceramah politik.

"Kerajaan negeri sepatutnya lebih kreatif dan fokus untuk menarik lebih ramai pelabur bukan asyik berceramah politik dengan mengambil kesempatan daripada pelbagai isu. Kita ada kawasan indah seperti pantai, gua serta kebudayaan yang unik termasuk makanan, tetapi perkara ini tidak diberi perhatian yang serius oleh kerajaan negeri," katanya kepada wartawan selepas merasmikan majlis pelancaran Khidmat Masyarakat di Pasir Mas hari Ahad.

Selain itu menurut Ibrahim, adalah malang bagi Kelantan yang mempunyai pelbagai bidang untuk dimajukan untuk menarik pelancong atau pelabur tetapi ia tidak dimanfaatkan.

Keadaan ini tambahnya telah menyebabkan Kelantan ketinggalan dan mundur berbanding dengan negeri-negeri lain.

Difahamkan, Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak kebelakangan ini tidak berada di pejabat sepanjang waktu pejabat dan lebih banyak masanya berada di rumah atau mengadakan program ceramah.

Walaupun perkara ini menjadi rahsia umum, namun kerana ia membabitkan Nik Aziz dan kepimpinan PAS, ia tidaklah menjadi isu kepada mereka yang sering mengkritik soal kemampuan pentadbiran.

Malah tidak berada di pejabat lapan jam sehari sekiranya tiada acara rasmi kerajaan menimbulkan tanda tanya hukum gaji yang diterima. Kalau kena pada orang lain sudah dituduh tidak amanah dan sebagainya. Tapi di Kelantan tak apa sebab PAS, parti yang imejnya Islam, jadi jangan diungkit mahupun dikritik.

JANGAN ADA YANG MATI:SEMUANYA SALAH KERAJAAN DAN POLIS

Jangan ada orang yang disyaki melakukan jenayah mati. Apatah lagi jika dia berketurunan India, pasti cepatlah bangkit ahli-ahli Parlimen pembangkang tertentu menuduh ini semua salah kerajaan dan menjatuhkan hukuman bersalah kepada polis.

Terbaru, seorang yang dipercayai terbabit dengan kes pecah rumah mati pada 30 Mei lalu setelah dihantar ke hospital di Port Dickson kononnya disebabkan oleh kekerasan pihak polis.

Yang membuat tuduhan adalah Ahli Parlimen Kapar Selangor, S Manikavasagam. Tuduhan dibuat dalam tulisan di laman web rasminya. Beliau dengan terang-terang menuduh polis bertanggungjawab di atas kematian S. Tilak dan menyifatkan ia satu lagi keganasan polis.

Malah beliau turut membangkitkan persoalan sama ada Tilak dipukul semasa di dalam lokap polis.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai dakwaan cuba mengaitkan kononnya sebelum dihantar kepada polis Tilak telah dipukul oleh polis berpakaian biasa serta tangannya bergari semasa dihantar ke hospital dan gari hanya dibuka setelah disahkan mati.

Semua tuduhan berkenaan dibuat seolah-olah beliau melihat kejadian tersebut. Membaca tulisannya itu sudah tentu akan membangkitkan rasa marah pihak-pihak tertentu. Berdasarkan komen yang dihantar oleh pembaca laman webnya, ia mengundang rasa marah mereka kepada polis sehingga membawa kepada cadangan supaya kaum India mengadakan perhimpunan seperti dianjurkan oleh Hindraf.

Malah komen itu juga mengaitkan kejadian di Sri Lanka apabila pemimpin Tamil Tiger dibunuh dengan menyatakan Tamil di Malaysia bukan sasaran yang mudah seperti di Sri Lanka tetapi akan menunjukkan kepada Najib (Perdana Menteri) siapa mereka sebenarnya.

Namun Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh hari Ahad tampil menempelak Manikavasagam kerana membuat tuduhan tersebut, sedangkan suspek tidak pernah ditahan dalam lokap serta tidak pernah menjadi tahanan polis.

''Laporan yang dikeluarkan itu tidak adil. Saya tidak pasti bagaimana laporan berkenaan menyebut mangsa dibiarkan sahaja berlumuran darah dan terbaring di atas lantai. Inilah yang berlaku apabila ahli politik campur tangan dan enggan meminta penjelasan sebenar dari pihak berkuasa,” katanya.

Menurut Osman, polis tidak pernah menahan Tilak dalam lokap dan dia tidak pernah menjadi tahanan polis.

Memperincikan insiden yang berlaku, beliau menjelaskan, Tilak diserahkan kepada polis pada 7 pagi Sabtu lepas setelah dia dipercayai dipukul sekumpulan lelaki yang mendapati dia telah melakukan pecah rumah pada Khamis lepas menyebabkan kehilangan barangan kemas bernilai RM30,000.

Semasa Tilak diserahkan kepada polis, ia turut disaksikan oleh ahli keluarganya.

Selepas mengambil keterangan daripada lelaki yang menahan Tilak, polis tambahnya, telah menghantar Tilak ke Hospital Port Dickson dalam tempoh sejam tetapi dia disahkan mati pada tengah hari.

Hasil bedah siasat yang dijalankan tidak dapat diterima oleh ahli keluarga Tilak dan polis telah meminta bantuan forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjalankan bedah siasat kedua.

''Namun keluarga mangsa tetap tidak berpuas hati dan menganggap polis sengaja melengah-lengahkan penghantaran Tilak ke hospital," tambah beliau.

Namun apa yang dikesalkannya, ada pihak-pihak tertentu dalam parti pembangkang menghantar SMS meminta masyarakat India berkumpul di hadapan rumah mayat Hospital Port Dickson walaupun pihak berkuasa telah berusaha membantu sedaya upaya mangsa dan keluarganya.

Malah menurut beliau, dua lelaki yang disyaki memukul Tilak telah pun ditahan sejurus selepas kematiannya.

Apa yang berlaku tersebut memberikan gambaran, jangan ada yang mati, nanti ada yang akan jerit "makkal shakti

UMNO PAS:MANOHARA BUAT FITNAH BAGI AIBKAN SUAMI DAN ISTANA

Sahabat karib Tengku Temenggong Kelantan, Mohd. Soberi Shafii menyifatkan bekas model Manohara Odelio Pinot sedang meracuni orang ramai dengan fitnah bagi mengaibkan suami dan mencemari Istana Kelantan.

Beliau berkata, Tengku Mohammad Fakhry rela menerima hukuman jika dakwaan tersebut mempunyai bukti tetapi jika sebaliknya, Manohara juga mesti bersedia berhadapan dengan tindakan.

Menurut beliau, fitnah terbaru kononnya Manohara melarikan diri dari Singapura semalam adalah tidak berasas kerana Tengku Temenggong merestui kepulangan beliau ke Jakarta.

“Apa yang dipaparkan di laman-laman web mengenai fitnah Manohara terhadap Tengku Temenggong hanyalah untuk meraih simpati orang ramai terhadap dia dan ibunya, Daisy Fajarina.

“Semasa di Singapura, Tengku dan Manohara menginap di Hotel Royal Plaza apabila tiba-tiba ibunya muncul bersama-sama anggota polis dan wakil kedutaan Amerika Syarikat.

“Tengku menyambut baik kedatangan mereka dan apabila diadakan perundingan, Manohara meminta untuk pulang ke Jakarta mengikut ibunya dan Tengku mengizinkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, katanya tidak timbul soal Manohara membuat kecoh untuk melepaskan diri kerana tidak ada sekatan atau halangan kerana dia dibenarkan pulang dengan baik.

“Jika betul dakwaan Manohara didera suami, kenapa tidak terus membuat pemeriksaan doktor untuk membuktikannya tetapi sebaliknya pergi kepada media,’’ katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan, apa yang sedang dilakukan oleh Manohara sekarang ini kerana dipengaruhi ibunya.

“Isu yang diperkatakan oleh ibunya sama seperti kenyataannya pada April lalu ekoran mahu menutup perasaan malu dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana.

“Aktivis wanita yang membantu Daisy membuat laporan polis mengenai dakwaan penderaan suami ke atas Manohara tetapi apabila tidak ada bukti, dia telah menarik diri daripada terus membantu,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau berkata, buat masa ini Tengku Temenggong tidak akan mengambil apa-apa tindakan kerana mahu menunggu perkembangan seterusnya daripada Manohara dan ibunya.

“Biar mereka habis dahulu dengan kenyataan-kenyataan yang hendak dikeluarkan dan selepas ini jika masih tidak mempunyai bukti, kebenaran dan keadilan akan menjelma,

UMNO PAS:ISU RASUAH AKAN MENENGGELAMKAN PAS DI MANEK URAI

Isu rasuah politik yang dikatakan menular dalam Pas boleh memberi kesan terhadap usaha parti itu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai ini.Pendedahan Ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud Iraqi kononnya wujud gejala rasuah menjelang pemilihan dalam parti itu satu tamparan buat Pas yang selama ini rakyat menaruh kepercayaan pada parti Islam Pas dan sudah tentu sedikit sebanyak akan menjejaskan Pas pada prk di Manek Urai.

Seperti kata kata TGNA yang menyarakan pada ahli ahli Pas “Saya cukup setuju perwakilan menolak mana-mana pemimpin mengamalkan politik sogokan, duit kita ambil, tetapi jangan undi orang macam ini, biar akhirnya dia berasa perit, bodoh dan tertipu”.Apakah kata kata TGNA ini merupakan satu galakan pada ahli Pas untuk menerima sumbangan dan hadiah dari mereka yang ingin menjadi pemimpin.

TGNA sendiri mengakui yang rasuah sudah menjalar didalam Pas dan adalah sesuatu yang malang kerana unsur rasuah sudah berlaku dalam PAS semata mata untuk menang jawatan dalam kempen pemilihan calon.Perebutan kuasa dalam Pas kini sangat ketara sehinggakan terdapat pemimpin yang sanggup memberikan hadiah kepada perwakilan bagi mendapatkan sokongan.

Rasuah memang wujud dalam Pas tetapi pemimpin mereka mentafsirkannya sebagai hadiah atau sumbangan.Bagi Pas, mereka akan menggunakan pelbagai kaedah untuk menutup amalan rasuah dalam parti mereka.Dalam Pas semua halal kerana bagi mereka ia hanya berupa sumbangan. Itulah tafsiran Pas.

Bagi saya sedikit sebanyaknya akan ada kesan pada Pas bila prk Dun Manek Urai diadakan nanti.Tentu rakyat Menek Urai akan tidak bertolak ansur dengan apa yang telah berlaku didalam pemilihan Pas.Ini merupakan sedikit kelebihan pada Umno untuk terus mempermainkan isu rasuah dalam parti Pas ini.Bagi saya kalau TGNA dan ketua dewan ulama sudah memperakuinya yang memang wujud gejala rasuah dalam pemilihan Pas,ini menunjukan yang Parti Pas sedang alami krisis yang sukar untuk membendung gejala rasuah ini.

Dan sekiranya Pas benar benar ingin menghapuskan amalan rasuah dalam parti ,Pas harus berani untuk memberi laluan pada SPRM untuk masuk dan menyiasat segala puncanya.Itu pun sekiranya Pas berani untuk membenarkan SPRM masuk dan membuktikan yang Pas juga telus dalam menghapuskan rasuah

TGNA AJAR PADA SEMUA AHLI PAS AGAR TERIMA DUIT RASUAH ITU....ULAMA JENIS APAKAH INI.....SUDAH JELAS DALAM PAS TIDAK ADA TINDAKAN DIAMBIL SEBAGAIMANA UMNO MENGAMBIL TINDAKAN PADA AHLI YANG TERBABIT DALAM KES RASUAH POLITIK.BAGI PAS APA YANG BERLAKU DALAM PARTI TIDAK SAMA DENGAN APA YANG BERLAKU DIDALAM UMNO...PAS MENTAFSIR RASUAH MEREKA ADALAH DERMA DAN MEREKA MENTAFSIR HARAM BAGI UMNO.

WALAU PUN PAS MENAFIKAN IANYA BUKAN RASUAH TAPI KALAU DAH ULAMA SENDIRI MENYATAKAN IANYA ADALAH RASUAH KATA SIAPA LAGI YANG PAS PERLU DENGAR .APAKAH PAS AKAN MEMINTA PANDANGAN UZTAZ NGAR UNTUK MEMBERIKAN NAS NAS BERKENAAN RASUAH DIDALAM PAS INI.dIDALAM PAS SENDIRI PANDANGAN DAN TEGURAN PAS SUDAH DITOLAK OLEH AHLI AHLI PAS KERANA PAS SUDAH MERASAKAN PIMPINAN ULAMA SUDAH TIDAK DIPERLUKAN LAGI DALAM KEPIMPINAN PAS YANG MAHU GOLONGAN PROFESIONAL MENGAMBIL ALIH TAMPUK KEPIMPINAN PAS.

MUNGKIN MEREKA MENTAFSIRKAN RASUAH HANYA SEBAGAI HADIAH ATAU SUMBANGAN,KERANA BAGI PAS TIDAK SALAH MEMBERI HADIAH DAN SUMBANGAN.ITULAH YANG DINYATAKAN OLEH SEORANG PEMIMPIN PAS BAHAWA AMALAN MEMBERI SEDEKAH DIDALAM PAS MUNGKIN SUDAH DISALAH ANGGAP SEBAGAI MEMBERI RASUAH UNTUK MELOBI JAWATAN.MEMANG TIDAK SALAH PAS UNTUK MEMBERI HADIAH PADA SESIAPA PUN.

MEMBERIKAN HADIAH ,MENGADAKAN JAMUAN,MEMBAWA PENYOKONG PERGI MELANCONG APAKAH INI BUKAN RASUAH DIDALAM PAS.SEKIRANYA IANYA TERJADI DIDALAM UMNO PAS AKAN MENYERANG DENGAN MENTAFSIRKAN PEMBERIAN SEDEKAH UMNO ITU SEBAGAI AMALAN RASUAH.INILAH RUPA PAS DIMANA BILA IANYA BERLAKU DIDALAM PARTI MEREKA IANYA HALAL DAN HANYA BERUPA SEBUAH SEDEKAH YANG MEREKA SENDIRI HALALKAN..

BAGI PAS ,MEREKA AKAN MENGGUNAKAN PELBAGAI KAEDAH UNTUK MENUTUP AMALAN RASUAH DALAM PARTI MEREKA DALAM PAS SEMUA HALAL KERANA BAGI MEREKA IA HANYA BERUPA SUMBANGAN,ITULA SEBENARNYA TAFSIRAN PAS.

BAGI SAYA PAS SEBENARNYA SUDAH TERJEBAK DAN TERIKUT DENGAN GAYA ANWAR YANG CUKUP DIKENALI SEBAGAI BAPA PERASUAH.KERANA ANWAR LA KEGIATAN MEMBELI UNDI BERLELUASA SEMASA BELIAU INGIN MEREBUT KERUSI TIMBALAN PRESIDEN UMNO PADA MASA ITU.DAN IANYA BERLAKU SEMASA ANWAR MENGUASAI PEMILIHAN PAS KALI INI...SUDAH DIJANGKA PERKARA INI AKAN BERLAKU KERANA ANWAR BERUSAHA UNTUK MENGUASAI KEPIMPINAN PAS MELALUI GOLONGAN ERDOGAN YANG DI TAJA OLEH ANWAR.

KERANA RASUAH SUDAH PUN MULA MENJALAR DIDALAM PAS MAKA PAS AKAN TERIMA PADAH PADA PRK MANEK URAI NANTI.RAKYAT MANEK URAI AKAN BUKTIKAN YANG RAKYAT TIDAK AKAN MEMBERI SEBARANG LALUAN PADA PAS YANG HANYA MENYALAHKAN PIHAK LAIN SEDANGKAN DIDALAM PAS SENDIRI SUDAH ADA UNSUR UNSUR ITU.

KITA RENUNG RENUNG KAN LA.....LU PIKIR LA SENDIRI.

UMNO PENANTI:KEMEROSOTAN UNDI PKR TANDA UMNO MASIH DIHATI RAKYAT.

Walau Pun Pkr telah memenangi Dun Penanti tapi kemenangan tersebut tidak boleh diibaratkan sebagai kemenangan Pkr yang terbaik kerana walaupun Umno tidak bertanding undi pada Pkr telah merosot dan ini satu tanda protes rakyat yang rakyat tidak mahu prk diadakan hanya kerana ingin menguji kekuatan.Keputusan prk Penanti semalam menunjukkan BN masih mempunyai kekuatan setelah undi yang diperoleh PKR merosot teruk.

Peratus keluar mengundi yang rendah dan terburuk dalam sejarah pilihan raya negara juga menandakan rakyat membuat protes dan sudah bosan dengan permainan politik pakatan pembangkang. PKR sepatutnya dengan BN tidak bertanding, parti pembangkang itu mampu mendapat undi yang lebih besar daripada wakil rakyat sebelum ini.Secara tidak langsung sebenarnya BN mempunyai kekuatan, cumanya BN hanya tidak bertanding.

Walaupun calon PKR hanya bertanding dengan tiga calon Bebas yang lain, beliau cuma mampu memperoleh undi sebanyak 6,052 sahaja.Jumlah itu berkurangan sebanyak 1,294 berbanding undi yang diperoleh oleh calon PKR, Fairus pada Pru 12 lalu iaitu 7,346 undi.Sekutu pakatan pembangkang iaitu Pas sebelum ini turut melahirkan rasa tidak senang dengan cara peletakan jawatan Fairus sehingga menyebabkan satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan.Rakyat menunjukkan tanda protes mereka kerana perbuatan PKR memaksa diadakan satu lagi pilihan raya kecil adalah perbuatan yang tidak demokratik.Keputusan prk itu menunjukkan bahawa rakyat tidak suka dipermainkan dengan sistem demokrasi yang ditafsirkan sendiri oleh pihak pembangkang.

KEMENANGAN PKR INI AKAN MEMBUAT ANWAR AKAN LEBIH BESAR KEPALANYA DENGAN AKAN ADA SAHAJA PERKARA YANG AKAN MEMPERLEKEHKAN DAN MEMPERKECILKAN KEMAMPUAN PM.TAPI RAKYAT SUDAH TAHU SIAPA ANWAR YANG SENTIASA AKAN MERAPU,IBARAT AYAM JANTAN YANG SENTIASA BERKOKOK TAPI EKOR PENUH DENGAN TAHI

KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI

Isnin, 1 Jun 2009

UMNO PAS:ISU RASUAH AKAN MENENGGELAMKAN PAS DI MANEK URAI

Isu rasuah politik yang dikatakan menular dalam Pas boleh memberi kesan terhadap usaha parti itu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai ini.Pendedahan Ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud Iraqi kononnya wujud gejala rasuah menjelang pemilihan dalam parti itu satu tamparan buat Pas yang selama ini rakyat menaruh kepercayaan pada parti Islam Pas dan sudah tentu sedikit sebanyak akan menjejaskan Pas pada prk di Manek Urai.

Seperti kata kata TGNA yang menyarakan pada ahli ahli Pas “Saya cukup setuju perwakilan menolak mana-mana pemimpin mengamalkan politik sogokan, duit kita ambil, tetapi jangan undi orang macam ini, biar akhirnya dia berasa perit, bodoh dan tertipu”.Apakah kata kata TGNA ini merupakan satu galakan pada ahli Pas untuk menerima sumbangan dan hadiah dari mereka yang ingin menjadi pemimpin.

TGNA sendiri mengakui yang rasuah sudah menjalar didalam Pas dan adalah sesuatu yang malang kerana unsur rasuah sudah berlaku dalam PAS semata mata untuk menang jawatan dalam kempen pemilihan calon.Perebutan kuasa dalam Pas kini sangat ketara sehinggakan terdapat pemimpin yang sanggup memberikan hadiah kepada perwakilan bagi mendapatkan sokongan.

Rasuah memang wujud dalam Pas tetapi pemimpin mereka mentafsirkannya sebagai hadiah atau sumbangan.Bagi Pas, mereka akan menggunakan pelbagai kaedah untuk menutup amalan rasuah dalam parti mereka.Dalam Pas semua halal kerana bagi mereka ia hanya berupa sumbangan. Itulah tafsiran Pas.

Bagi saya sedikit sebanyaknya akan ada kesan pada Pas bila prk Dun Manek Urai diadakan nanti.Tentu rakyat Menek Urai akan tidak bertolak ansur dengan apa yang telah berlaku didalam pemilihan Pas.Ini merupakan sedikit kelebihan pada Umno untuk terus mempermainkan isu rasuah dalam parti Pas ini.Bagi saya kalau TGNA dan ketua dewan ulama sudah memperakuinya yang memang wujud gejala rasuah dalam pemilihan Pas,ini menunjukan yang Parti Pas sedang alami krisis yang sukar untuk membendung gejala rasuah ini.

Dan sekiranya Pas benar benar ingin menghapuskan amalan rasuah dalam parti ,Pas harus berani untuk memberi laluan pada SPRM untuk masuk dan menyiasat segala puncanya.Itu pun sekiranya Pas berani untuk membenarkan SPRM masuk dan membuktikan yang Pas juga telus dalam menghapuskan rasuah

TGNA AJAR PADA SEMUA AHLI PAS AGAR TERIMA DUIT RASUAH ITU....ULAMA JENIS APAKAH INI.....SUDAH JELAS DALAM PAS TIDAK ADA TINDAKAN DIAMBIL SEBAGAIMANA UMNO MENGAMBIL TINDAKAN PADA AHLI YANG TERBABIT DALAM KES RASUAH POLITIK.BAGI PAS APA YANG BERLAKU DALAM PARTI TIDAK SAMA DENGAN APA YANG BERLAKU DIDALAM UMNO...PAS MENTAFSIR RASUAH MEREKA ADALAH DERMA DAN MEREKA MENTAFSIR HARAM BAGI UMNO.

WALAU PUN PAS MENAFIKAN IANYA BUKAN RASUAH TAPI KALAU DAH ULAMA SENDIRI MENYATAKAN IANYA ADALAH RASUAH KATA SIAPA LAGI YANG PAS PERLU DENGAR .APAKAH PAS AKAN MEMINTA PANDANGAN UZTAZ NGAR UNTUK MEMBERIKAN NAS NAS BERKENAAN RASUAH DIDALAM PAS INI.dIDALAM PAS SENDIRI PANDANGAN DAN TEGURAN PAS SUDAH DITOLAK OLEH AHLI AHLI PAS KERANA PAS SUDAH MERASAKAN PIMPINAN ULAMA SUDAH TIDAK DIPERLUKAN LAGI DALAM KEPIMPINAN PAS YANG MAHU GOLONGAN PROFESIONAL MENGAMBIL ALIH TAMPUK KEPIMPINAN PAS.

MUNGKIN MEREKA MENTAFSIRKAN RASUAH HANYA SEBAGAI HADIAH ATAU SUMBANGAN,KERANA BAGI PAS TIDAK SALAH MEMBERI HADIAH DAN SUMBANGAN.ITULAH YANG DINYATAKAN OLEH SEORANG PEMIMPIN PAS BAHAWA AMALAN MEMBERI SEDEKAH DIDALAM PAS MUNGKIN SUDAH DISALAH ANGGAP SEBAGAI MEMBERI RASUAH UNTUK MELOBI JAWATAN.MEMANG TIDAK SALAH PAS UNTUK MEMBERI HADIAH PADA SESIAPA PUN.

MEMBERIKAN HADIAH ,MENGADAKAN JAMUAN,MEMBAWA PENYOKONG PERGI MELANCONG APAKAH INI BUKAN RASUAH DIDALAM PAS.SEKIRANYA IANYA TERJADI DIDALAM UMNO PAS AKAN MENYERANG DENGAN MENTAFSIRKAN PEMBERIAN SEDEKAH UMNO ITU SEBAGAI AMALAN RASUAH.INILAH RUPA PAS DIMANA BILA IANYA BERLAKU DIDALAM PARTI MEREKA IANYA HALAL DAN HANYA BERUPA SEBUAH SEDEKAH YANG MEREKA SENDIRI HALALKAN..

BAGI PAS ,MEREKA AKAN MENGGUNAKAN PELBAGAI KAEDAH UNTUK MENUTUP AMALAN RASUAH DALAM PARTI MEREKA DALAM PAS SEMUA HALAL KERANA BAGI MEREKA IA HANYA BERUPA SUMBANGAN,ITULA SEBENARNYA TAFSIRAN PAS.

BAGI SAYA PAS SEBENARNYA SUDAH TERJEBAK DAN TERIKUT DENGAN GAYA ANWAR YANG CUKUP DIKENALI SEBAGAI BAPA PERASUAH.KERANA ANWAR LA KEGIATAN MEMBELI UNDI BERLELUASA SEMASA BELIAU INGIN MEREBUT KERUSI TIMBALAN PRESIDEN UMNO PADA MASA ITU.DAN IANYA BERLAKU SEMASA ANWAR MENGUASAI PEMILIHAN PAS KALI INI...SUDAH DIJANGKA PERKARA INI AKAN BERLAKU KERANA ANWAR BERUSAHA UNTUK MENGUASAI KEPIMPINAN PAS MELALUI GOLONGAN ERDOGAN YANG DI TAJA OLEH ANWAR.

KERANA RASUAH SUDAH PUN MULA MENJALAR DIDALAM PAS MAKA PAS AKAN TERIMA PADAH PADA PRK MANEK URAI NANTI.RAKYAT MANEK URAI AKAN BUKTIKAN YANG RAKYAT TIDAK AKAN MEMBERI SEBARANG LALUAN PADA PAS YANG HANYA MENYALAHKAN PIHAK LAIN SEDANGKAN DIDALAM PAS SENDIRI SUDAH ADA UNSUR UNSUR ITU.

KITA RENUNG RENUNG KAN LA.....LU PIKIR LA SENDIRI.

MANEK URAI:UMNO SELAMI KESUSAHAN RAKYAT DALAM KEMPEN MANEK URAI

Tidur di rumah penduduk dan bersama menoreh getah adalah antara pendekatan jentera penerangan Umno bagi menarik sokongan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dalam kempen menjelang pilihan raya kecil pada 14 Julai ini.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, berkata petugas BN perlu merasai susah senang penduduk di situ yang sebahagian besarnya bekerja kampung untuk menambat hati mereka bagi mengundi BN.

"Jentera penerangan Umno dilancar secara rasmi hari ini, dengan tidur di rumah penduduk, dan jentera ini akan merasai susahnya pekerjaan mereka seperti bekerja kampung.

"Ceramah akan tetap diadakan tetapi lebih penting kita bertemu sendiri pengundi dan menerangkan apa pentingnya mereka memilih BN pada pilihan raya kecil nanti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Umno Kelantan di sini hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob daripada Pas akibat sakit jantung pada 22 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai tarikh penamaan calon.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata BN seboleh-bolehnya akan bertemu dengan lebih 12,000 pengundi di kawasan DUN itu dengan cara berkunjung ke rumah, surau dan juga di tempat kerja mereka.

"Jika perlu jentera juga akan menggunakan SMS kepada pengundi tetapi apa yang lebih penting jentera BN ini perlu mematahkan serangan Pas yang memperkecilkan pemimpin dan usaha BN memajukan negara," katanya.

Beliau berkata, perpaduan dalam Umno dan BN di Kelantan adalah sangat utuh.

"Ada sinar di hujung terowong," katanya.

UMNO PAS:APA NAK JADI DENGAN TERENGGANU NI,TAK HABIS HABIS!!!!!!

Politik Terengganu bakal bergolak lagi setelah bertiup khabar angin bahawa kumpulan 18 ADUN BN Terengganu akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam sidang DUN Ogos ini jika kemelut politik di negeri masih gagal diselesaikan.

Bagaimanapun, menurut sumber yang rapat dengan mereka, undi tidak percaya itu merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu sejak lebih setahun lalu.

"Mungkin satu usul tidak percaya terhadap Datuk Ahmad akan dibuat dalam sidang dewan yang dijadualkan Ogos ini.

"Kumpulan 18 ADUN masih percaya krisis politik Terengganu akan selesai jika Ahmad meletakkan jawatan sebagai menteri besar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Namun, sumber itu berkata, ADUN BN berkenaan berharap pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein boleh menyelesaikan kemelut tersebut sebelum sidang DUN bermula.

Katanya, kemelut tersebut dianggap selesai oleh pihaknya jika menteri besar diganti.

Menurutnya, kumpulan 18 ADUN berkenaan mahu isu tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.

"Sebab itu dalam pertemuan dengan Datuk Seri Hishammuddin di Putrajaya, kita bercakap semua yang menjadi punca kemelut politik Terengganu," katanya.

Pertemuan tersebut turut membabitkan lapan ketua Umno bahagian Terengganu yang diadakan untuk mencari jalan untuk menyelesasikan kemelut tersebut.

SMS ugutan

Selain Ahmad, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh turut hadir dalam pertemuan di pejabat Hishammuddin di kementerian dalam negeri di Putrajaya itu pada 20 Mei lalu.

Pada 14 April lalu, 10 ADUN BN memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan hari ini selepas beberapa orang daripada mereka menerima SMS ugutan "YB tak sayang nyawa?".

Sebelum itu, sebahagian ADUN BN Terengganu mahu Ahmad digantikan atas alasan tidak berkeupayaan mentadbir negeri itu.

Manakala 10 daripada mereka tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini apabila tiga daripada mereka menerima SMS ugutan.

Bagaimanapun mereka menghadiri hari terakhir sidang DUN tersebut atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, sebuah blog melaporkan ada kemungkinan beberapa ADUN kumpulan berkenaan dijangka mengumumkan menjadi ADUN bebas dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun, bekas setiausaha badan perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid - salah seorang ADUN yang paling lantang mahu menteri besar digantikan - menafikan laporan blog itu.

"Itu cerita mengarut, kalau saya nak masuk bebas, kita tidak buat senyap-senyap. Kita akan buat sidang akhbar (kalau menjadi ahli bebas)," katanya.

PENANTI:PKR MENANG SORAK TAPI UNDI TERBARAI DIPENANTI

Terpulang apa sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lain nak bercakap mengenai kemenangan PKR di Dewan Undangan Negeri Penanti.

Tiada apa nak dibanggakan kerana awal-awal lagi bila Barisan Nasional buat keputusan tidak letak calon dalam pilihan raya kecil itu, calon PKR Dr Mansor Othman sudah boleh tempah bush jaket dan tidur dengan mimpi sudah jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pendek kata, Anwar, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Hadi Awang boleh ketawa terbahak-bahak sebab calon PKR dapat majoriti 5,558 undi manakala tiga lagi calon Bebas hilang wang deposit.

Paling banyak cakap nanti pastinya Anwar. Entah apa lagi nak dihamburkan kepada BN atau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran kemenangan ‘orang kuat’ beliau yang sebelum ini sudah beberapa tiga kali kecundang dalam pilihan raya.

Biarkanlah Ketua Pembangkang itu nak merapu apapun. Ianya akan jadi seperti ayam jantan yang kokok berderai-derai tetapi ekor penuh tahi.

Kalau hendak diberi peribahasa baru, barangkali bunyinya begini: PKR menang sorak tapi undi terbarai di Penanti…

Ini kerana walaupun majoriti PKR kali ini meningkat dua kali ganda, tetapi jumlah undi yang diperoleh calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Dr Mansor cuma dapat 6,052 undi berbanding Mohammad Fairus Khairuddin yang memperolehi 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi pada pilihan raya umum lalu (PRU 12).

Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi.

Walaupun kali ini, Dr Mansor dapat majoriti 5,558 undi tetapi jumlah diperolehinya merosot 1,294 undi.

Tak tahulah kemana pergi undi tersebut tetapi yang pasti semua ahli dan penyokong PKR, PAS dan DAP di Penanti keluar mengundi bagi memastikan Dr Mansor menang.

Berdasarkan trend beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, jumlah undi diperolehi calon BN dan parti lawan tidak banyak berubah daripada kepultusan PRU -12.

Mengambil kira hakikat ini dan jumlah 5,127 undi calon BN dahulu boleh dikatakan jumlah diperolehi Dr Mansor merosot kerana ada pengundi yang memilih Fairus sebelum ini sudah memberikan undi kepada calon Bebas.

Tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494), Kamarul Ramizu Idris (56) dan jumlah keseluruhan undi adalah 942.

Sebab itulah boleh dikatakan PKR menang sorak tapi undi terbarai kerana sudah mulai ada tanda-tanda mereka yang menyokong pembangkang mula bosan sama ada dengan tindak tanduk PKR, DAP mahupun PAS atau sudah penat berdepan karenah pilihan raya kecil yang sengaja diadakan tanpa sebab kukuh.

Berdasarkan situasi ini, maruah Anwar dan PKR tidak mustahil tercalar andainya BN membuat keputusan bertanding di Penanti.

Jika tidak menangpun, majoriti calon PKR tentu lebih rendah.

Apapun, sama ada momentum ini berterusan, pilihan raya DUN Manek Urai di Kelantan pada 14 Julai nanti akan memberi petunjuk baru.

Andainya sudah ada rakyat mula menolak PKR, pasti selepas ini ada yang akan menolak PAS pula. Cuma yang belum teruji pengaruhnya adalah DAP.

PENANTI:PERATUSAN UNDIAN PENANTI CATAT REKOD PALING BURUK

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mencatatkan sejarah peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah pilihan raya negara apabila hanya 46.15 peratus atau 7,100 daripada 15,384 pemilih berdaftar keluar mengundi.

Walaupun calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman hanya bertanding dengan tiga calon Bebas yang lain, beliau hanya mampu memperoleh undi sebanyak 6,052 sahaja.

Jumlah itu berkurangan sebanyak 1,294 berbanding undi yang diperoleh oleh calon PKR Mohammad Fairus Khairuddin pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu iaitu 7,346 undi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mengesahkan peratusan tersebut jauh lebih rendah dan rekod paling buruk dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Keputusan pilihan raya tersebut juga jelas menunjukkan sebahagian besar pengundi tidak mahu keluar mengundi kerana tidak bersetuju dengan cara pilihan raya itu diadakan hanya semata-mata kerana mahu menyelesaikan masalah dalaman PKR.

Tindakan Mohammad Fairus meletak jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu bagi membuka jalan kepada satu pilihan raya kecil juga dilihat sebagai satu ‘penyalahgunaan demokrasi’ secara terang-terangan oleh PKR selain membazirkan wang rakyat.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, peratusan yang kecil itu merupakan ‘protes’ yang jelas bahawa rakyat sudah muak dan tidak merestui permainan politik pembangkang yang hanya menyusahkan rakyat.

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH