tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 4 Jun 2009

UMNO PAS:HARI HARI TERAKHIR UZT.NASHARUDDIN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN PAS

Nampak gaya ramai perwakilan Pas sudah nekad untuk menolak kepimpinan Nasharuddin yang pada perkiraan mereka Uzt.Nasharuddin lah yang memulakan langkah dalam mengadaskan kerjasama dengan Umno.

INILAH BUKTI YANG PERWAKILAN PAS AKAN MENOLAK UZT NASHARUDDIN :

Ust. Nasharuddin: “Saya tetap berpegang dengannya. Kerana (berbincang dengan UMNO) selepas selesai sahaja Pilihanraya umum tahun lepas adalah keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura. Selepas Pilihan Raya, isu ini memang isu hangat dalam parti, namun ianya disahkan sekali lagi di Muktamar Ogos lalu. Apa yang ramai tak faham ialah bahawa keputusan yang diterima oleh Muktamar adalah untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan ya, itulah apa sedang saya lakukan. Lihat apa yang berlaku di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang (Pilihan raya kecil yang dimenangi oleh PAS) kami (PR) telah bersama. Tapi, pada masa yang sama, kita tidak menghentikan dialog dengan yang lain, NGO atau pertubuhan politik.

Maka, apa yang saya lakukan adalah perkara yang diluluskan oleh parti. Ianya bukan keputusan Presiden seorang. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya penuh yakin bahawa semua pihak harus duduk bersama dan selesaikan semua isu demi kepentingan negara. Kita tidak sepatutnya menutup pintu perundingan walaupun dengan musuh kita. Perbincangan adalah caranya untuk menyelesaikan krisis yang sedang kita hadapi. Sekiranya ini merupakan isu utama (terhadap diri saya), saya rasa saya tidak akan mendapat jumlah pencalonan yang telah saya perolehi. Saya telah mendapat pencalonan yang lebih jika dibandingkan dengan pencalonan semasa pemilihan terdahulu (2007).

KEMPEN TERAKHIR NASHARUDDIN UNTUK MEYAKINKAN PERWAKILAN PAS AGAR TIDAK MENOLAKNYA SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN PAS:

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa memperjelaskan bahawa kepemimpinan tertinggi parti itu tidak pernah mempunyai sebarang niat atau perancangan untuk bersama dengan Umno atau BN.

Sebaliknya, kata beliau, ia hanyalah spekulasi semata-mata.

"Saya percaya adik-adik saya dalam Dewan Pemuda PAS bersama-sama saya dalam agenda ini," katanya ketika berucap merasmikan muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) di markas PAS di Taman Melewar Gombak malam ini.

muktamar 55 youth dpp 030609 stage"Akan kita pertahankan parti ini dari sebarang unsur yang cuba merobek dan menggangu keutuhan jemaah kita," katanya sambil menambah bahawa Islam yang diperjuang parti itu berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

"Al-Quran dan al-Sunnah yang megajar kita untuk mengenal siapa musuh dan siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana pula hendak untuk berdamai," katanya.

Sehubungan itu, katanya, prinsip dan dasar Islam yang perjuangkan oleh PAS tidak sesekali akan berganjak.

"Namun kaedah dan uslub (pendekatan) boleh berubah," tambah Nasharuddin yang dikaitkan dengan kumpulan pro-muqabalah yang cenderung berkerjasama dengan Umno.

nasharuddin mat isa 03Beliau akan mempertahankan jawatan timbalan presiden PAS dalam muktamar parti itu Jumaat ini - berdepan dengan dua pencabarnya - Datuk Husam Muda dan Mohamad Sabu - kedua-dua naib presiden PAS.

Perkukuh saf Pakatan Rakyat


"Kita akan perkukuhkan saf kita sendiri dan juga saf Pakatan Rakyat yang telah kita isytiharkan sebagai wadah politik kita untuk berdepan dengan Umno dan BN," katanya.

Bagaimanapun, Nasharuddin menasihat Pemuda PAS supaya jangan lupa bahawa "kita sebagai da'i (pendakwah) bertanggungjawab kepada mad'u (orang didakwah)".

"Semua di luar sana adalah mad'u kita. Kita akan terus ajak mereka untuk bersama dengan kita, berbincang, berdialog tanpa mengira siapa mereka dan ideologi politik atau kefahaman apapun yang mereka miliki," tegasanya.

muktamar 55 youth dpp 030609 crowdMenurutnya, PAS juga mesti menjadi sebuah parti yang perlu dijenamakan semula.

"Bukan sekadar sebagai parti pembangkang tetapi PAS kini adalah sebuah parti Islam yang bersedia untuk mengambil alih kepimpinan negara dalam masa terdepan dan membawa kepimpinan alternatif kepada seluruh rakyat Malaysia, dengan izin Allah.

"Minda dan tindakan kita perlu dididik dan bersedia menjadi pentadbir sebenar sebuah kerajaan," tambahnya.

Nasharuddin juga meminta ahli parti itu agar sentiasa berada dalam kancah masalah rakyat dan menangani masalah mereka.

Pertahankan syura


"Bukan hanya menuding jari kepada kerajaan, sebaliknya agresif dalam menyelesaikan kekusutan yang tersimpul dek kerana kesesatan dalam memimpin rakyat," tambahnya.

Nasharuddin juga menasihatkan Dewan Pemuda PAS supaya menampil dan memasarkan politik dan produk dakwah serta mempotretkan kepimpinan bermodelkan Islam dengan sebaik-sebaiknya.

Di samping itu, tegasnya, Pemuda juga hendaklah terus mempertahankan syura (bermesyuwarah)

"Kita perlu memperbetulkan amalan yang biasa dilakukan dan membiasa amalan yang betul.

"Kita mesti berani membuat reinvention dan rebranding yang menepati sasaran dakwah kita.

"Jangan kita berlaga sesama sendiri. Jangan kita berdusta sehingga membungkar rahsia tanzim (organisasi) kita.

"Jagalah adap-adap berjemaah dan jangan sekali-kali membiarkan diri kita dipergunakan musuh sama ada kita sedar atau sebaliknya," tegasnya.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Nasharuddin ditanya sama ada intipati ucapannya bertujuan untuk mempertahankan jawatannya.

Dalam reaksinya, timbalan presiden PAS itu berkata beliau bercakap untuk memperjelaskan dasar parti dan tiada niat sedemikian.

Beliau juga enggan mengulas ketika ditanya mengenai cabaran Husam dan Mohamad Sabu bagi jawatan timbalan presiden Jumaat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH