tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 1 Jun 2009

PENANTI:PKR MENANG SORAK TAPI UNDI TERBARAI DIPENANTI

Terpulang apa sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lain nak bercakap mengenai kemenangan PKR di Dewan Undangan Negeri Penanti.

Tiada apa nak dibanggakan kerana awal-awal lagi bila Barisan Nasional buat keputusan tidak letak calon dalam pilihan raya kecil itu, calon PKR Dr Mansor Othman sudah boleh tempah bush jaket dan tidur dengan mimpi sudah jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pendek kata, Anwar, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Hadi Awang boleh ketawa terbahak-bahak sebab calon PKR dapat majoriti 5,558 undi manakala tiga lagi calon Bebas hilang wang deposit.

Paling banyak cakap nanti pastinya Anwar. Entah apa lagi nak dihamburkan kepada BN atau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran kemenangan ‘orang kuat’ beliau yang sebelum ini sudah beberapa tiga kali kecundang dalam pilihan raya.

Biarkanlah Ketua Pembangkang itu nak merapu apapun. Ianya akan jadi seperti ayam jantan yang kokok berderai-derai tetapi ekor penuh tahi.

Kalau hendak diberi peribahasa baru, barangkali bunyinya begini: PKR menang sorak tapi undi terbarai di Penanti…

Ini kerana walaupun majoriti PKR kali ini meningkat dua kali ganda, tetapi jumlah undi yang diperoleh calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Dr Mansor cuma dapat 6,052 undi berbanding Mohammad Fairus Khairuddin yang memperolehi 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi pada pilihan raya umum lalu (PRU 12).

Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi.

Walaupun kali ini, Dr Mansor dapat majoriti 5,558 undi tetapi jumlah diperolehinya merosot 1,294 undi.

Tak tahulah kemana pergi undi tersebut tetapi yang pasti semua ahli dan penyokong PKR, PAS dan DAP di Penanti keluar mengundi bagi memastikan Dr Mansor menang.

Berdasarkan trend beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, jumlah undi diperolehi calon BN dan parti lawan tidak banyak berubah daripada kepultusan PRU -12.

Mengambil kira hakikat ini dan jumlah 5,127 undi calon BN dahulu boleh dikatakan jumlah diperolehi Dr Mansor merosot kerana ada pengundi yang memilih Fairus sebelum ini sudah memberikan undi kepada calon Bebas.

Tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494), Kamarul Ramizu Idris (56) dan jumlah keseluruhan undi adalah 942.

Sebab itulah boleh dikatakan PKR menang sorak tapi undi terbarai kerana sudah mulai ada tanda-tanda mereka yang menyokong pembangkang mula bosan sama ada dengan tindak tanduk PKR, DAP mahupun PAS atau sudah penat berdepan karenah pilihan raya kecil yang sengaja diadakan tanpa sebab kukuh.

Berdasarkan situasi ini, maruah Anwar dan PKR tidak mustahil tercalar andainya BN membuat keputusan bertanding di Penanti.

Jika tidak menangpun, majoriti calon PKR tentu lebih rendah.

Apapun, sama ada momentum ini berterusan, pilihan raya DUN Manek Urai di Kelantan pada 14 Julai nanti akan memberi petunjuk baru.

Andainya sudah ada rakyat mula menolak PKR, pasti selepas ini ada yang akan menolak PAS pula. Cuma yang belum teruji pengaruhnya adalah DAP.

1 ulasan:

  1. Ni lah BN baru macam ni dah riak tak tentu hala..baru analisis macam ni dah cuba nak bangga diri...

    Persoalan yg harus ditanya:
    1. berapa ramai pengundi penanti yg tak balik mengundi.
    2. jikalau bali pun berapa yakin yg balik itu balik utk mengundi BN?
    3. Jikalau yg baru 46% pun majoriti dan mengundi PR kenapa yg sokong BN yg ada di penanti tak keluar mengundi sokong BEBAS utk menunjukkan tanda protes? Itukan lebih bagus.
    4. Kemenangan PR menunjukkan bahawa penyokong mereka adalah lebih setia dgn parti mereka. Manakala penyokong BN dungu kerana mengundi adalah tanggungjawab.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH