Seperti kata kata TGNA yang menyarakan pada ahli ahli Pas “Saya cukup setuju perwakilan menolak mana-mana pemimpin mengamalkan politik sogokan, duit kita ambil, tetapi jangan undi orang macam ini, biar akhirnya dia berasa perit, bodoh dan tertipu”.Apakah kata kata TGNA ini merupakan satu galakan pada ahli Pas untuk menerima sumbangan dan hadiah dari mereka yang ingin menjadi pemimpin.
TGNA sendiri mengakui yang rasuah sudah menjalar didalam Pas dan adalah sesuatu yang malang kerana unsur rasuah sudah berlaku dalam PAS semata mata untuk menang jawatan dalam kempen pemilihan calon.Perebutan kuasa dalam Pas kini sangat ketara sehinggakan terdapat pemimpin yang sanggup memberikan hadiah kepada perwakilan bagi mendapatkan sokongan.
Rasuah memang wujud dalam Pas tetapi pemimpin mereka mentafsirkannya sebagai hadiah atau sumbangan.Bagi Pas, mereka akan menggunakan pelbagai kaedah untuk menutup amalan rasuah dalam parti mereka.Dalam Pas semua halal kerana bagi mereka ia hanya berupa sumbangan. Itulah tafsiran Pas.
Bagi saya sedikit sebanyaknya akan ada kesan pada Pas bila prk Dun Manek Urai diadakan nanti.Tentu rakyat Menek Urai akan tidak bertolak ansur dengan apa yang telah berlaku didalam pemilihan Pas.Ini merupakan sedikit kelebihan pada Umno untuk terus mempermainkan isu rasuah dalam parti Pas ini.Bagi saya kalau TGNA dan ketua dewan ulama sudah memperakuinya yang memang wujud gejala rasuah dalam pemilihan Pas,ini menunjukan yang Parti Pas sedang alami krisis yang sukar untuk membendung gejala rasuah ini.
Dan sekiranya Pas benar benar ingin menghapuskan amalan rasuah dalam parti ,Pas harus berani untuk memberi laluan pada SPRM untuk masuk dan menyiasat segala puncanya.Itu pun sekiranya Pas berani untuk membenarkan SPRM masuk dan membuktikan yang Pas juga telus dalam menghapuskan rasuah
TGNA AJAR PADA SEMUA AHLI PAS AGAR TERIMA DUIT RASUAH ITU....ULAMA JENIS APAKAH INI.....SUDAH JELAS DALAM PAS TIDAK ADA TINDAKAN DIAMBIL SEBAGAIMANA UMNO MENGAMBIL TINDAKAN PADA AHLI YANG TERBABIT DALAM KES RASUAH POLITIK.BAGI PAS APA YANG BERLAKU DALAM PARTI TIDAK SAMA DENGAN APA YANG BERLAKU DIDALAM UMNO...PAS MENTAFSIR RASUAH MEREKA ADALAH DERMA DAN MEREKA MENTAFSIR HARAM BAGI UMNO.
WALAU PUN PAS MENAFIKAN IANYA BUKAN RASUAH TAPI KALAU DAH ULAMA SENDIRI MENYATAKAN IANYA ADALAH RASUAH KATA SIAPA LAGI YANG PAS PERLU DENGAR .APAKAH PAS AKAN MEMINTA PANDANGAN UZTAZ NGAR UNTUK MEMBERIKAN NAS NAS BERKENAAN RASUAH DIDALAM PAS INI.dIDALAM PAS SENDIRI PANDANGAN DAN TEGURAN PAS SUDAH DITOLAK OLEH AHLI AHLI PAS KERANA PAS SUDAH MERASAKAN PIMPINAN ULAMA SUDAH TIDAK DIPERLUKAN LAGI DALAM KEPIMPINAN PAS YANG MAHU GOLONGAN PROFESIONAL MENGAMBIL ALIH TAMPUK KEPIMPINAN PAS.
MUNGKIN MEREKA MENTAFSIRKAN RASUAH HANYA SEBAGAI HADIAH ATAU SUMBANGAN,KERANA BAGI PAS TIDAK SALAH MEMBERI HADIAH DAN SUMBANGAN.ITULAH YANG DINYATAKAN OLEH SEORANG PEMIMPIN PAS BAHAWA AMALAN MEMBERI SEDEKAH DIDALAM PAS MUNGKIN SUDAH DISALAH ANGGAP SEBAGAI MEMBERI RASUAH UNTUK MELOBI JAWATAN.MEMANG TIDAK SALAH PAS UNTUK MEMBERI HADIAH PADA SESIAPA PUN.
MEMBERIKAN HADIAH ,MENGADAKAN JAMUAN,MEMBAWA PENYOKONG PERGI MELANCONG APAKAH INI BUKAN RASUAH DIDALAM PAS.SEKIRANYA IANYA TERJADI DIDALAM UMNO PAS AKAN MENYERANG DENGAN MENTAFSIRKAN PEMBERIAN SEDEKAH UMNO ITU SEBAGAI AMALAN RASUAH.INILAH RUPA PAS DIMANA BILA IANYA BERLAKU DIDALAM PARTI MEREKA IANYA HALAL DAN HANYA BERUPA SEBUAH SEDEKAH YANG MEREKA SENDIRI HALALKAN..
BAGI PAS ,MEREKA AKAN MENGGUNAKAN PELBAGAI KAEDAH UNTUK MENUTUP AMALAN RASUAH DALAM PARTI MEREKA DALAM PAS SEMUA HALAL KERANA BAGI MEREKA IA HANYA BERUPA SUMBANGAN,ITULA SEBENARNYA TAFSIRAN PAS.
BAGI SAYA PAS SEBENARNYA SUDAH TERJEBAK DAN TERIKUT DENGAN GAYA ANWAR YANG CUKUP DIKENALI SEBAGAI BAPA PERASUAH.KERANA ANWAR LA KEGIATAN MEMBELI UNDI BERLELUASA SEMASA BELIAU INGIN MEREBUT KERUSI TIMBALAN PRESIDEN UMNO PADA MASA ITU.DAN IANYA BERLAKU SEMASA ANWAR MENGUASAI PEMILIHAN PAS KALI INI...SUDAH DIJANGKA PERKARA INI AKAN BERLAKU KERANA ANWAR BERUSAHA UNTUK MENGUASAI KEPIMPINAN PAS MELALUI GOLONGAN ERDOGAN YANG DI TAJA OLEH ANWAR.
KERANA RASUAH SUDAH PUN MULA MENJALAR DIDALAM PAS MAKA PAS AKAN TERIMA PADAH PADA PRK MANEK URAI NANTI.RAKYAT MANEK URAI AKAN BUKTIKAN YANG RAKYAT TIDAK AKAN MEMBERI SEBARANG LALUAN PADA PAS YANG HANYA MENYALAHKAN PIHAK LAIN SEDANGKAN DIDALAM PAS SENDIRI SUDAH ADA UNSUR UNSUR ITU.
KITA RENUNG RENUNG KAN LA.....LU PIKIR LA SENDIRI.
Saya dah lama keluar pas kerana perjuangan pas sekarang hanyalah kerana nak berebut kuasa. Sebab itu mereka sanggup memaki hamun saudara segama tetapi dalam masa yang sama bersahabat dengan kafirun harbi (dap. Hukum agama diletakkan ditelunjuk mereka. Ikut suka hati mereka meletakkan hukum. Cerdik pandai agama yang menyokong mereka diangkat sebagai ulama tetapi Dato Mufti yang menegur mereka pula dicaci. Goodbye pas for all, pas for kafirun harbi.
BalasPadamSalam sedara,
BalasPadamAku rasa cerita rasuah KJ lagi hebat dari cerita rasuah PAS.
Macam dalam PAS, Ustaz Latiff yang menang lawan anak TGNA untuk jawatan pemuda PAS Kelantan tak la pula ada cerita sebelumnya bahawa dia liabiliti kepada parti.
Tapi si KJ ni satu malaysia yang kecil ngan yang besar dah tahu dia ni bagasi dan liabiliti kepada parti, tapi boleh menang.
Orang macam KJ, kalau tak pakai duit nak dapat satu undi pun sakit.
Satu lagi, kalau tak pernah berkunjung ke Manek Urai, tak payah bukak cerita berdegar-degar.
Wassalam.