Pelbagai pihak tidak mahu kesucian mimbar khutbah Jumaat yang berfungsi sebagai alat untuk menyebarkan ilmu agama dan juga pusat penyatuan umat Islam digadai kemuliaannya untuk kepentingan politik.
Penasihat Agama Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij), Datuk Nooh Gadut, berkata penggunaan mimbar khutbah Jumaat bagi tujuan politik boleh menimbulkan perpecahan umat Islam serta menghakis kemuliaan masjid sebagai rumah Allah.
“Menggunakan masjid dan mimbar khutbah Jumaat untuk kepentingan politik adalah tidak wajar dan boleh dianggap salah kerana ia boleh menimbulkan bibit perpecahan dan boleh mengundang salah faham serta fitnah.
“Mereka yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat terdiri daripada pelbagai fahaman politik. Jika isi khutbah itu adalah untuk kepentingan pihak tertentu maka ia akan menimbulkan salah faham dan rasa tidak puas hati yang boleh membawa kepada perpecahan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin yang menyokong langkah meminta imam atau khatib menggunakan khutbah Jumaat sebagai cara berkempen bagi menarik pengundi kepada parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Manek Urai.
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyokong penggunaan khutbah sebagai medan berkempen bagi pilihan raya adalah tidak berhemah.
Beliau berkata, mimbar khutbah berperanan sebagai alat penyatuan umat Islam tidak wajar dipolitikkan dan sepatutnya dihargai
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
memang memalukan... dah bertahun buta fitnah baru terhegeh2 nak mintak maaf..tu pun sebab takut kena saman..kalau dah jahat tu mmg tak boleh buat apa dah..tolong la jgn buat contoh orang yang mcm ni..
BalasPadam