Selama Pas memerintah Kelantan yang banyak di buat Pas adalah ceramah yang penuh dengan caci maki pada kerajaan Pusat pimpinan kerajaan BN.Tiada pembangunan yang benar benar dirancang oleh kerajaan Pas sedangkan banyak sumber yang boleh dimanfaatkan oleh kerajaan negeri.Memang TGNA seorang ulama yang sangat rakyat hormati,tapi TGNA tak layak dan tidak mampu untuk membawa Kelantan keluar dari kemelut kemiskinan.Kelantan boleh dikatakan satu negeri yang jauh tertinggal kebelakang dari negeri negeri lain.Ianya terjadi kerana Pas asyik dengan ceramah dari mempertingkatkan taraf ekonomi penduduk Kelantan.Kerana itulah ramai anak anak muda yang keluar untuk mencari kehidupan yang lebih selesa.Maka jadilah anak anak Kelantan perantau yang mencari kehidupan yang lebih selesa yang tak mampu TGNA sediakan pada anak anak Kelantan.
Seharusnya kerajaan pimpinan Pas harus membangunkan sebagaimana pembangunan yang terangcang dinegeri negeri dibawah kerajaan BN.Kerajaan negeri pimpinan seorang ulama sepatutnya mempunyai pelan tindakan bagi membangunkan segala sumber semula jadi di negeri itu secara terancang, malangnya ia gagal berbuat demikian.Bagi saya ,sebagai seorang ulama TGNA sepatutnya menumpukan pembangunan bersepadu dari memikirkan Parti Pas terus kuat.INi sudah menghampakan harapan rakyat yang mahu melihat Kelantan ada pembangunan walau pun tak setanding dengan negeri negeri lain.Cara yang terbaik adalah pemimpin Pas perlu mengambil contoh kerajaan BN yang menumpukan seluruh kepercayaan rakyat pada pru 12 dahulu dengan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.
Setelah hampir dua dekad, kerajaan negeri hanya mampu menjana pendapatan RM300 juta setahun sehingga kini dengan RM120 juta daripadanya melalui premium hasil balak sedangkan kekayaan alam semula jadi boleh dieksploitasi bagi menjana pendapatan.Ia bukan satu pencapaian sebaliknya satu kegagalan kerana kerajaan negeri sepatutnya tidak terlalu bergantung kepada hasil balak tanpa berusaha mencari pendapatan melalui sumber lain.
Seolah kerajaan Negeri beranggapan bahawa berceramah yang tidak kira waktu baik siang atau malam adalah satu keutamaan sedangkan membela dan menaikan taraf ekonomi rakyat adalah yang perlu diberikan perhatian.Kerana kegagalan Pas lah Negeri Kelantan terkenal dengan negeri paling miskin dan mundur.Bagi Pas dan TGNA kegagalan dan kelemahan mereka akan di arahkan pada kerajaan Pusat bagi menutup kelemahan dan apa yang tidak mampu mereka lakukan.Inilah sikap Pas yang kelemahan diri sendiri di hamburkan pada kerajaan pusat dengan berbagai alasan.
Bagi Pas yang penting ceramah maki hamun dari menyediakan kursus atau seminar yang boleh dimanfaatkan oleh jenerasi muda Kelantan.Cuba kita lihat, Kerajaan negeri pimpinan TGNA tidak ada melakukan lawatan keluar negeri atau keluar negara untuk menimba ilmu bagi manafaat rakyat Kelantan.
Kelantan boleh maju seandainya kerajaan pilihan rakyat ini berusaha dengan jujur untuk membangunkan rakyat dengan menolak semua kelemahan diri dengan belajar dari rakan rakan dineger negeri diperentah kerajaan BN.Sepatutnya itulah yang terbaik untuk memajukan rakyat yang telah lama kehausan kemajuan.Kalau kerajaan negeri ada inovasi, ada idea semua ini boleh dicapai.Kerajaan BN juga tidak keberatan akan membantu untuk menarik kemasukan pelancong dari Jepun, Eropah dan dari negara-negara Arab untuk mengunjungi negeri kelantan.Kerajaan pimpinan TGNA harus melakukan sesuatu dengan meminta bantuan kerajaan pusat yang ada kepakaran bagi merealisasikan harapan rakyat kerana Kelantan mempunyai kepelbagaian bentuk muka bumi.Kelantan sepatutnya dieksploitasi sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan menjadikannya sebagai destinasi pelancongan utama.
Sepatutnya TGNA tidak hanya menumpukan pada soal keagamaan semata mata kerana tanpa ada usaha yang berterusan rakyat akan terus berada didalam kemiskinan.Dan prk Dun Manek Urai nanti rakyat boleh menyuarakan pandangan dan memberi peringatan pada TGNA dengan menolak calon dari Pas nanti.Hanya cara inilah rakyat dapat meluahkan pandangan yang selama ini kerajaan Pas telah abaikan rakyat jelata.
Untuk pengetahuan TGNA seramai 600,000 penduduk negeri ini terpaksa keluar mencari pekerjaan kerana tidak ada peluang untuk mereka di sini selain berkhidmat dengan sektor awam semata-mata.Nak bekerja dikilang pun tiada satu pengusaha kilang yang berani untuk dirikan kilang ,Begitu juga dari segi makanan.Walau pun kita ketahui Kelantan terkenal dengan kepelbagaian masakan yang enak enak tapi tanpa kerjasama kerajaan negeri rakyat akan terima musibahnya
PADA TGNA JANGAN LAH KERANA DIRI TU ULAMA,HANYA KEPENTINGAN UGAMA YANG DIBERI PENEKANAN SEDANGKAN SELURUH USAHA KEARAH KEBAIKAN AKAN DAPAT MENNAFAATKAN SELURUH RAKYAT KELANTAN.KELANTAN MUNDUR KERANA TG ASYIK DENGAN AGENDA CERAMAH,TAK KIRA SIANG DAN MALAM...SEMUA USAHA TG ADALAH BAIK TAPI TG KENA JUGA USAHAKAN CARA UNTUK MEMAJUKAN NEGERI YANG SEMAKIN LAMA SEMAKIN MUNDUR.RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI.....
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA