Semua ketua cawangan Umno diminta memberi cadangan berhubung pindaan Perlembagaan Umno supaya perubahan yang bakal dilakukan memberi manfaat kepada akar umbi.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata surat kepada semua ketua cawangan sudah dihantar secara berperingkat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Katanya, ketua cawangan diberi masa selama sebulan untuk mengemukakan maklumat balas sebelum Perhimpunan Agung Umno diadakan Oktober iniTengku Adnan juga berkata, Perhimpunan Agung Umno kali ini hanya akan membincangkan ucapan dasar Presiden tanpa membabitkan sebarang usul lain.
Mengulas persediaan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan, Tengku Adnan berkata, persiapan berjalan lancar.
"Kita sudah mula menghantar jentera ke sana. Ketua Penerangan sudah berada di sana sejak semalam, sebuah pasukan lagi akan berlepas ke sana hari ini untuk memberi maklum balas kepada kita berhubung calon yang layak untuk bertanding," katanya.
Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex
-
* Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex *
Pasar forex dengan volume transaksinya yg sangat besar (mencapai triliunan
dollar per hari) terdiri d...
3 tahun yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA