tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 8 Disember 2010

ANWAR ,AZIZAH,POK NIK ADALAH ANTARA ORANG2 MELAYU YANG SUDAH DERHAKA DAN LUPA ASAL USUL DIRI

Nik Aziz pernah menyatakan yang dirinya tidak gembira dengan bangsa melayu dan dirinya sendir tidak suka sebagai bangsa melayu.Anwar dan Azizah pula mahu memadamkan dan melupuskan nama melayu itu sendir.Bermakna Pemimpin seperti Nik Aziz dan Anwar mahu meluputkan terus bangsa melayu itu dari tanah melayu ini.Apakah Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang begitu galak mahu campak buang konsep ketuanan Melayu mungkin perlu menilai adakah mereka masuk dalam kategori yang dimaksudkan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah ini. Bagi baginda orang Melayu yang mempertikai status Islam dan keistimewaan orang Melayu di negara ini melakukan penghinaan dan derhaka kepada bangsanya sendiri. Baginda semasa bertitah merasmikan Majlis Sambutan Ma'al Hijrah peringkat negeri Perak di Dewan Kolej Islam Darul Ridzuan di Ipoh Selasa, tidaklah merujuk kepada mana-mana pihak. Namun mengambil kira polimek mengenai ketuanan Melayu ekoran ucapan dasar Wan Azizah yang mahu konsep ketuanan Melayu ditinggalkan di Kongres PKR baru-baru ini yang kemudiannya didokong oleh Anwar, maka titah Sultan Perak itu wajar dijadikan bahan renungan. Dalam titah menyentuh tentang hal ini baginda yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara berharap umat Islam di negara ini tidak lupa sejarah. Menurut baginda, keistimewaan yang ada ini diperoleh melalui hasil persepakatan dan penyatuan daripada segi prinsip perjuangan dan suara tuntutan umat Islam dari seluruh pelusuk Tanah Melayu hingga mendapat pengiktirafan untuk dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara. Keistimewaan akan hanya dapat dikekalkan jika keistimewaan itu terus dipelihara dengan prinsip dan asas perjuangan yang bersandarkan kepada sejarah bumi yang dipijak dan salahsilah langit yang sedang dijunjung," tegas baginda. Sultan Azlan Shah bertitah bahawa sebarang suara yang mempertikaikan status Islam dan keistimewaan orang Melayu di negara ini adalah perbuatan yang tidak berasaskan sejarah serta bercanggah dengan Perlembagaan Negara. Baginda menegaskan jika perkara itu dilakukan di kalangan orang Melayu sendiri maka mereka itu sebenarnya telah melakukan penghinaan dan derhaka kepada bangsanya sendiri. Wasiat Raja-Raja Melayu adalah sebahagian daripada perjanjian yang menjadi landasan kepada penggubalan Perlembagaan Merdeka. Raja-Raja Melayu yang bersemayam di takhta pemerintahan pada hari ini bukan sekadar mewarisi takhta pemerintahan tetapi turut mewarisi tanggung jawab kepada agama dan bangsa, memastikan wasiat tersebut terus dijunjung.Umat Islam dan orang Melayu hendaklah jangan melakukan perbuatan mencurahkan air di tempayan kerana mendengar guruh di langit, takut-takut nanti umat Islam dan orang Melayu berakhir dengan keadaan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran lalu berdagang di tanah sendiri, laksana ayam kelaparan di kepuk dan itik kehausan di air," titah baginda.Titahnya, amat malang kepada agama dan bangsa apabila sejarah sebenar negara mahu dipadamkan dan fakta mahu diubah. Sebaliknya, titah baginda, jika ini dibiarkan, tidak ada maknanya lagi apabila bangsa di kemudian hari menghadapi sesalan kerana ketika itu telah terpinggir di bumi sendiri dan Islam dilihat sebagai satu pegangan serpihan. Barang dijauhkan Ilahi daripada berlaku...oleh itu wajib dijadikan pengajaran daripada peristiwa kejatuhan empayar dan sejarah keruntuhan pemerintahan Islam. Begitu juga kisah-kisah ketewasan tentera Islam dalam pelbagai peperangan...belajarlah daripada nasib malang yang telah menimpa umat terdahulu akibat daripada perpecahan," titahnya. Baginda menegaskan keistimewaan yang dinikmati umat Islam ini bukannya pipih datang melayang atau bulat datang menggolek kerana status agama Islam di negara ini mempunyai sejarah lama dan ketahanan umat Islam untuk tidak mudah dipesongkan daripada aqidah Islam adalah kerana telah dibina mekanisme-mekanisme secara perundangan untuk melindungi umat Islam daripada dipengaruhi oleh sebarang usaha dakyah. Sedarilah! Bahawa segala keistimewaan yang dimiliki oleh umat Islam di negara ini, adalah hasil daripada pemikiran yang dirumuskan secara strategik untuk memastikan bahawa umat Islam akan sentiasa dilindungi dan aktiviti Islam bukan sahaja dapat dikembangkan tetapi diberikan hak untuk mendapat pembiayaan negara, "titah Sultan Azlan. Titah baginda, pencapaian tersebut melambangkan manifestasi satu perjuangan asas yang kudus lagi suci yang meletakkan Islam pada martabat yang tinggi dan melindungi umat Islam dari sebarang usaha pemesongan. Demikian tahap kejayaan perjuangan yang dapat dicapai melalui perpaduan ummah iatu perpaduan yang tidak dipisahkan oleh sempadan negeri, ideologi, profesion, disiplin pengajian atau status sosial mahupun status ekonomi, titahnya.Keistimewaan akan hanya dapat dikekalkan jika keistimewaan itu terus dipelihara dengan prinsip dan asas perjuangan yang bersandarkan kepada sejarah bumi yang dipijak dan salahsilah langit yang sedang dijunjung," tegas baginda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH