Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling (gambar) berkata, hanya dengan cara itu DAP boleh mendapatkan sokongan orang Melayu sekali gus memenuhi impian parti itu untuk melihat masyarakat Melayu di negara ini terus berpecah.
Justeru, katanya, tidak hairan Pengerusi DAP, Karpal Singh sanggup membela Anwar walaupun tahu mengenai perbuatan liwat melibatkan Penasihat PKR itu ketika melakukan pendedahan mengenai kes itu di Dewan Rakyat pada 1997.
“Ini semua disebabkan politik. Anwar ini umpama anak kunci kepada kekuatan pembangkang. DAP bukan perlukan PKR sangat tetapi mereka lebih memerlukan Anwar kerana beliau ada pengaruh untuk tarik sokongan orang Melayu.
“Matlamat DAP semata-mata untuk melihat orang Melayu berpecah dan mereka perlu seorang individu untuk melaksanakan misi tersebut dan orang itu adalah Anwar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong bahawa selepas sekian lama berdiam diri, Karpal akhirnya mengaku pernah mendesak Anwar disiasat kerana didakwa oleh beberapa pihak terlibat dengan perbuatan liwat.
Choo Keong berkata, Karpal dalam pengakuan yang disiarkan menerusi laman web www.malaysia-instinct.com pada Selasa lalu menjelaskan, desakan yang dibuatnya pada 1997 adalah atas kedudukannya sebagai wakil rakyat pembangkang di Dewan Rakyat.
Mengulas isu sama Zainal berkata, dalam konteks politik semasa, mahu tidak mahu orang Melayu harus sedar terhadap permainan DAP itu.
“Bagi saya, apa sahaja tindakan yang boleh memberi faedah secara langsung kepada perjuangan DAP termasuk menggunakan pengaruh Anwar, mereka akan dilakukan secara bersungguh-sungguh
Selamat Tahun Baru!
BalasPadamSaya juga ingin menjemput anda menyertai Salasilah Keluarga
Aku Yang Bingai
Bolasepak - Kontrak Rajagopal bagi telur di hujung tanduk?