Wikileaks – sebuah laman web yang kini menjadi isu antarabangsa kerana menerbitkan berbagai-bagai maklumat yang diklasifikasikan sulit, Ahad, bikin gamat mengenai Malaysia pula.
Orang yang paling tidak sedap badan tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini kerana Wikileaks mendakwa Ketua Umum PKR itu ' sebenarnya ada melakukan aksi-aksi yang mana beliau kini sedang dituduh" - yakni meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Maklumat yang didakwa bocor itu bukan melibatkan ‘orang tepi jalan’ tetapi pandangan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan agensi perisik Singapura mengenai kes liwat Anwar.
Kuan Yew dan agensi perisik Singapura dikatakan percaya bahawa Anwar memang melakukan liwat.
Mereka dikatakan membuat penilaian itu berasaskan ‘ risikan teknikal’
Cuma Anwar dikatakan jatuh dalam perangkap musuh-musuhnya.
Lebih menarik dakwaan sensasi disiarkan di beberapa akhbar berpengaruh di Australia pada hari Ahad termasuk The Sydney Morning Herald.
Sejak kisah ini heboh pagi Ahad, Anwar dan orang-orang kanannya dalam PKR jenuh bersilat sakan menafikan dan cuba memperlekehkan pendedahan Wikileaks itu.
Anwar dalam respons segera melalui Twitter cuba mengaitkan Polis Cawangan Khas Malaysia dengan pendedahan Wikileaks itu.
Menjawab pertanyaan pengikut-pengikutnya di Twitter, Ketua Pembangkang itu menulis, “Sumber? Polis SB Malaysia, bukti tak ada”.
Menurut laporan The Sun-Herald maklumat dari komunikasi sulit yang dipercayai dipintas oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat ialah Kuan Yew dan pegawai risikan Singapura memberitahu agensi risikian Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan semasa bertukar pandangan mengenai kes itu.
Komunikasi berkenaan dikatakan bertarikh November 2008 iaitu lima bulan selepas kes dakwaan Saiful bahawa Anwar meliwatnya meletup.
Anwar kebelakangan ini menggunakan segala ruang yang ada untuk mempertahankan tuduhan liwat terhadapnya termasuk menunda kes di mahkamah berkali-kali.
Seperti biasa sebelum ini setiap laporan media Barat atau cakap pemimpin khususnya dari luar negara yang memihak kepadanya akan dijaja ke mana sahaja.
Cuma yang menarik, ini adalah pertama kali dakwaan paling sensasi dibuat oleh media Barat Anwar memang meliwat.
Dalam usaha untuk mempertahankan dirinya selain cuba mengaitkan Polis Cawangan Khas Malaysia, tidaklah menghairankan Anwar dan orang-orangnya memperlekeh Wikileaks yang diasaskan wartawan Australia, Julian Assange.
Assange kini sedang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual oleh Sweden.
Mereka pasti mempertikai kredibiliti wartawan itu kerana tidak menulis hal yang menyokong.
Timbalan Presiden, Azmin Ali dan pemimpin PKR lain termasuk Setiausaha Agung Saifuddin Nasution dan Naib Presiden Tian Chua beria-ria mempertahankan bos mereka itu.
Azmin dalam blognya senada dengan Anwar menyalahkan Polis Cawangan Khas Malaysia.
Seperti biasa Ahli Parlimen Gombak itu menuduh UMNO begitu terdesak melakukan apa saja untuk menghalang kebangkitan rakyat.
Saifuddin dalam satu kenyataan mempersoalkan kesahihan pendedahan Wikileaks.
Di celah-celah kekalutan ini tentu ramai ingat pada Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar yang membuat dakwaan diliwat mantan timbalan perdana menteri itu.
Beliau baru pulang daripada menunaikan ibadah haji beberapa hari lalu. |
Menulis dalam blognya, Saiful menggunakan kesempatan dan peluang di Tanah Suci dengan secukup-cukupnya untuk beribadah dan berdoa kepada Allah SWT.
Antara tempat-tempat mustajab beliau berpeluang untuk berdoa; Wukuf di Arafah, Mina, Makam Rasulullah, Raudah, Multazam, Rukun Yamani, Gua Hira' Jabal Nur dan banyak lagi.
Tulis Saiful, antara doa yang dipohon; agar terus diberi kekuatan untuk Istiqamah dalam menegakkan kebenaran, diampuni dosa-dosa, kesejahteraan dan keselamatan keluarga, agama, umat, bangsa dan tanah air tercinta.
Beliau juga, mohon rakyat dibukakan Hijjab agar diperlihatkan yang HAQ dan dilenyapkan segala yang batil!
“Sudah dua tahun setengah saya menanti agar Kebenaran dan Keadilan dapat ditegakkan. Walaupun ia belum lagi selesai, namun saya redha dan bersyukur dengan segala bantuan yang Allah berikan.
Banyak hikmah di sebalik kelewatan, penangguhan demi penangguhan. Mungkin ramai yang telah dapat lihat hikmah di sebaliknya. Itulah kebesaran Allah. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.
Saya tidak mempunyai apa-apa kekuatan, kuasa, pengaruh, wang untuk berjuang, hanya Allah SWT tempat saya mohon dan mengadu. Walaubagaimanapun, saya akan terus berdoa, istiqamah dan bersabar, tidak sesekali saya akan menyerah kalah! Kebenaran pasti akan bangkit jua akhirnya.
Justru itu meneliti laporan Wikileaks yang disiarkan oleh The Sydney Morning Herald dan The Sun-Herald , pasti ada yang terfikir adakah doa-doa Saiful sudah termakbul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA