Sejak berita tersebar bahawa Saiful Bukhari Azlan pergi Mekah untuk menunaikan ibadat Haji, ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaannya. Sihat ke tidak, sebab memang dah jadi kepercayaan orang Melayu, kalau kita ada buat tak betul, di Mekah nanti Allah tunjukkan.
Tengok pada gambar dan baca tulisan terbaru Saiful diblog peribadinya, kita tahu dia segar bugar, dan dapat menunaikan rukun kelima Islam itu dengan sempurna.
Saiful yang membuat laporan polis dua tahun lalu mengadu diliwat majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim rupanya pergi ke Mekah untuk menemani neneknya.
Ada gambar Saiful tolak kerusi roda nenaknya berlatar belakangkan Kaabah.
“Saya mengiringi nenek tersayang dan saudaranya. Nenek sudah berusia, memerlukan sokongan kerusi roda untuk berjalan jauh. Kami ikut pakej Muasasah Tabung Haji,” tulisnya.
Menurutnya, sepanjang 42 hari berada di tanah suci itu pelbagai ilmu dan pengalaman berharga diperolehi.
“Ramai juga kenalan baru dikalangan jemaah yang saya perolehi. Rata-rata memberikan respon yang positif, semangat, nasihat, mendoakan saya dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan masa hadapan,”katanya.
Berada di dua tanah suci iaitu Mekah dan Madinah menyebabkan Saiful tidak melepaskan peluang berdoa.
Katanya, kesempatan dan peluang berada di tanah suci digunakan secukup-cukupnya untuk beribadah, berdoa dan memohon pada Allah SWT.
“Antara tempat-tempat mustajab yang saya berpeluang untuk berdoa; Wukuf di Arafah, Mina, Makam Rasulullah, Raudah, Multazam, Rukun Yamani, Gua Hira' Jabal Nur dan banyak lagi,”jelasnya.
Saiful yang mengalami berbagai tekanan berikutan tindakan Anwar suka membuat permohonan tangguh perbicaraan kes liwatnya berkata antara doa yang dipohon; agar terus diberi kekuatan untuk istiqamah dalam menegakkan kebenaran, diampuni dosa-dosa, kesejahteraan dan keselamatan keluarga, Agama, umat, bangsa dan tanah air tercinta.
“Juga, mohon rakyat dibukakan Hijjab agar diperlihatkan yang HAQ dan dilenyapkan segala yang batil!,”katanya.
Mengulas lebih lanjut, kata Saiful, sudah dua tahun setengah dia menanti agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan.
“Walaupun ia belum lagi selesai, namun saya redha dan bersyukur dengan segala bantuan yang Allah berikan. Banyak hikmah disebalik kelewatan, penangguhan demi penangguhan. “
“Mungkin ramai yang telah dapat lihat hikmah disebaliknya. Itulah kebesaran Allah. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.”
Ujar Saiful, dia tidak mempunyai apa-apa kekuatan, kuasa, pengaruh, wang untuk berjuang, hanya Allah SWT tempat beliau mohon dan mengadu.
“Walaubagaimanapun, saya akan terus berdoa, istiqamah dan bersabar, tidak sesekali saya akan menyerah kalah! Kebenaran pasti akan bangkit jua akhirnya,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA