Bagaimana DAP cuba memperbodohkan rakyat Malaysia bila membuat pusingan u-turn bila pertama kali DAP membangkitkan kerja buruk Anwar ini dengan segala buktinya.Tapi DAP bertukar arah bila Anwar di buang dari Umno dan DAP berpendapat inilah masanya untuk menggunakan Anwar untuk membawa DAP kearah yang lebih gemilang.DAP mempunyai strategi dan inilah masanya untuk menggunakan Anwar.
Pendedahan WikiLeaks tentang keterlibatan Anwar dalam aktiviti liwat baru-baru ini bakal menyedarkan pemimpin pembangkang lain terutama daripada Pas yang akhirnya akan mengkaji semula hubungan kerjasama antara parti pembangkang.Tapi yang menghairankan Nik Aziz tetap pertahankan kaki Ju..... untuk menjadi PM.Ini semua adalah kerana dendam NIk Aziz pada BN kerana BN telah menyingkirkan PAS dari BN.
Saya percaya yang pengikut Pas kini sudah mula hilang keyakinan terhadap pemimpin PKR itu dan saya rasa jika Pas terus bersama PKR, lebih ramai pemimpin sama ada dalam Pas atau PKR akan berundur kerana telah sedar perkara sebenar.Lihat sahaja dalam PKR sudah ramai pemimpin mereka terutama kalangan Ahli Parlimen telah keluar parti dan keadaan ini akan menyaksikan lebih ramai lagi yang akan keluar parti.
Bagi saya inilah masanya bagi DAP untuk mendapatkan kuasa mahu pun negara ini dengan menyokong perjuangan Anwar kerana bagi DAP hanya melalui Anwar sahaja DAP akan dapat merasa memerentah negara ini.Lihat apa yang terjadi di Perak dimana PAS tiada kuasa walaupun kerusi MB adalah dari PAS.Ini kerana DAP mempunyai kuasa pemutus dalam kerajaan dan ini jugalah yang akan terjadi sekiranya Anwar menjadi PM kelak.
Apa yang kita khuatirkan ialah pemimpin DAP itu menggunakan pengetahuan, maklumat dan mungkin "bukti teknikal" mengenai kegiatan homoseksual dan liwat Anwar untuk kepentingan politik mereka.Tapi rakyat tidak tahu semua ini.Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri yang kini menjadi penguambela utama Anwar pernah membangkitkan isu kegiatan homoseksual itu di Parlimen pada 22 Oktober 1997 dan mengulangi dalam satu majlis terbuka anjuran DAP pada tahun yang sama.Mengikut laporan hansard Parlimen, Karpal ketika itu telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.Tapi sekarang sudah terbalik dengan Karpal telah membela Anwar.Apakah semua ini?Persoalan pokok yang saya tertanya-tanya ialah, mengapa dengan pengetahuan seperti itu, kepimpinan DAP masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar?Jawapannya cukup jelas. Pada saya Anwar adalah kuda tunggangan terbaik bagi kepimpinan DAP untuk mendapat kuasa dalam negara ini.Melalui Anwar, kepimpinan DAP melihat cita-cita dan nafsu mereka untuk memerintah negara umat Islam ini ada peluangnya.
Cuba kita fikir! Anwar Ibrahim sering menggunakan ayat dia dikonspirasikan. Mungkinkah keadaan sebaliknya di mana dia yang berkonspirasi dengan pihak asing untuk menjahanamkan negara?Berfikirlah di luar kotak. Dia pun sering ke luar negara untuk memburukkan negara kita yang tercinta ini. Apakah itu tindakan seorang rakyat Malaysia yang patriotik? Kita harus melihat sendiri dan berfikir secara rasional tindakan-tindakan yang pernah dilakukan oleh Anwar.Jika Lim Kit Siang menjadi TPM, apakah dia tidak mengugut Anwar Ibrahim agar mengikut arahannya kerana sebenarnya semua pemimpin pakatan pembangkang, tak kira Pas atau DAP sebenarnya tahu akan perbuatan liwat Anwar.
Kepada pemimpin DAP dan PAS say mencabar menyatakan pendirian terkini berhubung pendedahan Karpal Singh di Dewan Rakyat pada 2007 bahawa Anwar Ibrahim adalah orang yang tidak bermoral.Kemana perginya pemimpin Pas yang melaungkan Perjuangan Islam tapi membisu tentang hal AIB Anwar.Kenapa Ulama Ulama Pas membisu tentang hal yang di bangkitkan oleh Karpal masa dalam Parlimen dahulu.Apakah Pemimpin PAS sudah buta hati...atau mereka takut akan kehilangan sokongan sekiranya PAS menyatakan pendirian yang sebenar.Bagi saya Ulama Pas hanya mempergunakan kelemahan yang ada pada Anwar itu untuk kepentingan politik cauvinis dan sempit mereka.
Yang menghairankan Karpallah orang yang memaklumkan kisah homoseks dan liwat Anwar kepada pimpinan Pas masa itu sehingga mereka melabel Anwar 'al Juburi' dan pak janggut iaitu Nik Aziz jugalah kononnya yang mendokong dan menyokong Anwar sekarang.Apakah Tujuan Nik Aziz sebenarnya??Bagi saya Tujuan Nik Aziz hanya satu iaitu kuasa.Nik Aziz sebenarnya dah kemaruk untuk berkuasa di peringkat pusat untuk menghapus segala penentangnya selama ini.
JADI KITA RENUNG RENUNG KAN LAH APAKAH SEBENARNYA TUJUAN NIK AZIZ DAN DAP......MEREKA SEMUA HANYA INGIN KUASA DAN SEGALANYA MUNGKIN HANYA DENGAN MENGGUNAKAN ANWAR.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA