tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 14 April 2009

PEMBANGKANG TERUS BERKHAYAL

PERKATAAN asal bagi 'bayangan' ialah bayang-bayang. Kalau 'bayang-bayang' ia dikaitkan dengan tubuh manusia atau satu objek akibat tindak balas cahaya namun ia tidak boleh disentuh tetapi boleh dilihat. Kalau kita menggunakan istilah 'membayangkan' pula ia berkaitan dengan fikiran.

Justeru tidak kisahlah sama ada ia bayangan, bayang-bayang atau membayangkan, ketiga-tiga perkataan ini berkait rapat dengan perkara yang bukan nyata, tidak pasti dan lebih tepat lagi hanyalah khayalan.

Dalam sebuah lagi yang didendangkan oleh Ibnor Riza terdapat lirik berbunyi, ''Kau bayang-bayang masa nan silam ada ketika terbawa-bawa oleh resah mimpi yang tak sudah."

Mungkin inilah sindrom yang dihadapi oleh pakatan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terbaru, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyatakan bahawa mereka akan mewujudkan Kabinet bayangan, kononnya sebagai saingan kepada Kabinet Rakyat yang ditubuhkan oleh Barisan Nasional (BN).

Bagi Anwar, beliau mahu rakyat membayangkan bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang yang akan disenaraikan dalam Kabinet bayangan berkenaan adalah Perdana Menteri (yang sudah tentu beliau sendiri), Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri.

Oleh itu, kalau rakyat berjumpa dengan mereka, rakyat mesti membayangkan bahawa Anwar dikelilingi oleh pengawal peribadi dan dilayan seperti Perdana Menteri. Begitu juga terhadap pemimpin-pemimpin yang disenaraikan.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Anwar yang terlepas jawatan Perdana Menteri apabila dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 mahu menyeret rakyat ke alam khayalannya.

Tahun lalu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, Anwar telah menubuhkan Kabinet bayangan pembangkang dengan matlamat untuk membolehkan rakyat membayangkan itulah bakal pemimpin mereka jika mimpi 16 September menjadi kenyataan.

Anwar sudah berkhayal bagaimana dirinya akan dilayan sebagai Perdana Menteri dan hadir mesyuarat Kabinet dengan dihimpit oleh dua atau tiga Timbalan Perdana Menteri.

Tidak perlulah kita menyebut siapa mereka kerana kita tidak mahu terlibat dalam dunia khayalan yang dicetuskan oleh Anwar.

Sebenarnya, pembangkang bukannya tidak mengetahui bahawa bayangan, bayang-bayang atau membayangkan adalah sesuatu yang bukan realiti, sesiapa juga boleh mencipta apa juga khayalan malah penulis pun boleh membayangkan (berkhayal) untuk menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Menteri atau Menteri, tetapi persoalannya wajarkah atau lebih tepat lagi waraskah untuk kita berbuat demikian?

Orang yang suka berkhayal atau sering membayangkan sesuatu perkara yang tidak pasti sebenarnya mempunyai krisis identiti, mereka tidak akan memikirkan apa lagi asalkan hati berasa seronok kerana membayangkan sesuatu yang mengasyikkan.

Sebelum ini pun pembangkang sudah masuk dalam dunia khayalan (bayangan) apabila membentangkan bajet tandingan selepas kerajaan membentangkan realiti Bajet 2009.

Mereka menyebut soal peruntukan berbilion-bilion ringgit tetapi hakikatnya 'habuk pun tarak', ini sama seperti seseorang membayangkan apa yang akan dia lakukan jika mempunyai RM1 juta. Dia hanya boleh membayangkan tetapi realitinya tiada.

Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak berasa gundah gulana dengan khayalan terbaru Anwar berhubung Kabinet bayangan berkenaan.

Ini selari dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan pembangkang masuh belum berputus asas cuba memberi gambara kepada rakyat bahawa mereka sedia mengambil alih kerajaan.

''Apa yang nyatakan Kabinet BN yang dibentuk menerusi saf baru bukan merupakan barisan bayangan tetapi yang sah dan mempunyai mandat serta tanggungjawab besar terhadap rakyat," kata Muhyiddin.

Sebenarnya, Anwar dan pembangkang ingin terus berpolitik, mereka sebenarnya bimbang dengan kedudukan kerajaan sekarang yang dilihat berusaha keras untuk memperkukuhkan kembali sokongan rakyat.

Gandingan mantap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin serta pelaksanaan gagasan Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan meresahkan pembangkang terutamanya Anwar.

Justeru mereka berusaha mencipta khayalan supaya rakyat akan terseret sama untuk bermimpi bersama-sama mereka.

Oleh itu apa sahaja yang akan dilakukan kerajaan akan cuba dijejaskan dengan 'bayang-bayang' tindakan mereka.

Walaupun mereka tahu ia tidak akan menjadi kenyataan tetapi demi keseronokan untuk terus berpolitik maka ia dilakukan.

Namun begitu, rakyat sudah pasti bijak untuk menilai antara realiti dan mimpi, antara kenyataan dan khayalan.

Anwar boleh membariskan berapa banyak pun bentuk anggota kabinetnya, tetapi hakikatnya yang memerintah negara sekarang ialah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Putrajaya pusat pentadbiran negara diisi oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dari parti itu.

Berdasarkan kepada fakta ini, tidak perlulah kita melayan sangat mimpi-mimpi Anwar itu, biarlah beliau seorang sahaja dengan dibantu oleh beberapa pemimpin pembangkang terus berkhayal dengan pembentukan Kabinet mereka.

Selama ini pun mereka sudah banyak berkhayal dan ia tidak pun menjadi kenyataan, sama seperti impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008. Apa yang penting Kabinet BN mempunyai tanggungjawab berat untuk membuktikan kemampuan mereka kepada rakyat.

Sememangnya jika BN terus berusaha bersungguh-sungguh bagi memenuhi segala impian (bukan khayalan) dan kehendak rakyat, maka sudah pastilah apa yang dibayangkan oleh pembangkang tidak akan menjadi kenyataan.

Mengenai telatah pembangkang pula, biarlah rakyat sahaja menilai sikap mereka itu terutamanya gelagat Anwar kerana suatu hari nanti apabila segala yang dikhayalkan oleh beliau tidak menjadi kenyataan.

Mungkin penyokong pembangkang sendiri akan 'mendendangkan' lirik lagu Ibnor Riza yang berbunyi: ''Siapakah di antara kita dengan rela menjadi pendusta siapakah dulu membina harapan dan siapa yang memusnahkan impian tanpa sebab dan alasan kau mainkan perasaan, bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang."

Jika itu terjadi, maka ketika itulah barulah pembangkang memahami maksud sebenar bayangan!

UMNO,PAS DAN PKR:BAHAYA MENANTI APABILA MELAYU TERUS BERPECAH


SUDAH tiba masanya untuk orang Melayu, walau berbeza fahaman politik, bersatu demi masa depan bangsa yang semakin kritikal ketika ini.

Kebimbangan saya ialah orang yang tidak menjadi penentu sudah menjadi penentu, orang Melayu majoriti yang sepatutnya menjadi penentu, sudah tidak menjadi penentu."

Itulah keresahan yang dizahirkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam wawancara dengan penulis di kediamannya pada Sabtu lalu.

Sebenarnya Muhyiddin bukanlah orang pertama yang melahirkan kebimbangan mengenai kedudukan kuasa politik Melayu sekarang, malah sebelum ini sudah ramai pemimpin UMNO yang berbuat demikian.

Tetapi malangnya orang Melayu masih belum sedar malah orang Melayu yang berada dalam pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan mentertawakan kenyataan sedemikian.

Mereka menganggap kenyataan hanya helah UMNO yang merasakan orang Melayu semakin tidak menyokong parti tersebut. Namun apa yang berlaku pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau jelas membuktikan bahawa orang Melayu sudah tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa penentu.

Sebaliknya, para pemimpin politik Melayu sama ada pembangkang mahu pun kerajaan terpaksa 'berbaik-baik' dengan pengundi minoriti bukan Melayu demi untuk mendapatkan undi mereka.

Mungkin bagi Pas dan Melayu dalam PKR, mereka gembira dan berasa bangga kerana bukan Melayu semakin menyokong mereka.

Malah ada pemimpin mereka dengan bangga mendabik dada dengan menganggap kejayaan di Bukit Gantang memberikan isyarat kononnya Pas dan pakatan pembangkang selangkah lagi akan menguasai negara.

Justeru atas kepentingan politik juga, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup mengatakan bahawa tidak salah pemimpin bukan Islam membaca ayat-ayat al-Quran.

Semua situasi ini, jelas membuktikan bahawa orang Melayu tidak boleh bergantung kepada sesetengah pemimpin Pas dan pemimpin Melayu PKR yang sanggup menghalalkan apa sahaja asalkan bukan Melayu menyokong seterusnya membantu mereka mendapat kuasa.

Akibat daripada kejumudan dan kerakusan pemimpin-pemimpin Melayu seumpama itulah yang menyebabkan kuasa politik Melayu semakin terhakis.

Kita kini berpecah kepada tiga kumpulan atau mungkin empat kumpulan. Perpecahan akibat ideologi politik itu telah memungkinkan kita langsung tidak boleh bersepakat biarpun untuk perkara yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu.

Tetapi ini berbeza dengan bukan Melayu terutamanya masyarakat Cina yang bersedia bersatu jika ada isu berkaitan dengan kepentingan mereka. Akibat daripada kejahilan sesetengah pemimpin Melayu pembangkang yang tidak mahu memikirkan bahaya yang menanti, ia telah membolehkan pengundi bukan Melayu 'naik tocang'.

Mereka merasakan bahawa mereka kini adalah kelompok penentu kepada nasib politik sesuatu parti termasuklah UMNO dan Pas - dua parti yang dianggotai oleh orang Melayu. Calon kedua-dua parti itu tidak akan menang hatta jika ada hanya lima peratus sahaja pengundi Cina atau India di kawasan mereka. Kalau mereka mahukan undi maka pelbagai tuntutan harus dipenuhi dahulu.

Berikutan keadaan terdesak itu, maka berlakulah situasi di mana BN dipermainkan oleh pengundi bukan Melayu apabila tuntutan mereka dipenuhi tetapi undi tetap kepada pembangkang.

Walaupun di dalam BN ada MCA, MIC dan Gerakan tetapi ternyata mereka tidak mampu berbuat apa-apa, malah mereka turut 'terpedaya' dengan lakonan pengundi bukan Melayu itu. Bagaimanapun yang pasti kaum mereka tidak rugi apa-apa, yang rugi adalah UMNO seperti mana berlaku di Bukit Gantang.

Orang Melayu kini hanya boleh melaungkan bahawa mereka masyarakat majoriti di negara ini, justeru segala-galanya harus diutamakan. Tetapi dalam masa yang sama mereka tidak fikir bahawa kuasa politik mereka semakin berkurangan. Mereka yang tidak bersetuju dengan UMNO dan kerajaan, boleh mengecam apa sahaja, bagi mereka membaca fitnah yang disebarkan dalam suara-suara rasmi parti pembangkang adalah lebih penting daripada mengetahui fakta sebenarnya kedudukan Melayu yang dipaparkan oleh akhbar-akhbar arus perdana.

Apa yang paling mengecewakan, akibat daripada semakin lemahnya kuasa politik Melayu, pelbagai pihak semakin berani mencabar kedudukan Melayu dan orang Islam.

Kononnya atas dasar kebebasan dan keterbukaan yang dirasai oleh mereka mulai Oktober 2003, mereka berkata apa sahaja dan orang Melayu tidak berdaya melawan balik.

Jika ada orang Melayu dalam UMNO bersuara mempertahankannya ia digelar macam-macam termasuk 'celaka dan gila' serta sebagainya. Biarpun penghinaan itu adalah ke atas parti induk Melayu yang sebelum ini sudah menaburkan jasa besar dalam memartabatkan orang Melayu, tetapi tidak pemimpin Melayu pembangkang akan membelanya kerana berbeza fahaman politik.

Mungkin ada orang Melayu terutamanya dalam PKR gembira dengan perkembangan sekarang tetapi mereka harus faham bahawa apa yang berlaku amat bahaya kepada masa depan generasi Melayu akan datang.

Ketika ini mereka boleh berbangga kerana berbaik-baik dengan kelompok bukan Melayu yang cauvinis demi kuasa politik tetapi percayalah suatu hari kelak, mereka akan mengetahui betapa bahayanya tindakan mereka.

Justeru seruan Muhyiddin agar orang Melayu kembali bersatu di bawah payung UMNO bukanlah suatu seruan kosong, ia mempunyai maknanya cukup besar.

Ia bukanlah semata-mata kerana kepentingan politik UMNO tetapi demi bangsa Melayu dan umat Islam. UMNO sudah berjaya membuktikan bahawa biarpun ia bekerjasama dengan parti bukan Melayu tetapi parti-parti berkenaan sentiasa patuh dan bekerjasama dengan penuh semangat persahabatan. Malah UMNO amat dihormati oleh mereka.

Tetapi apakah dalam soal ini Pas juga mendapat penghormatan yang sama daripada DAP? Apakah orang Melayu dalam PKR dibenarkan bebas bersuara mengenai soal-soal kepentingan orang Melayu dan Islam?

Bukankah pemimpin utama mereka, Anwar Ibrahim begitu rakus untuk berkuasa sehingga sanggup menggadaikan segala-galanya asalkan memperolehi kuasa politik?

Oleh itu masanya belum terlambat untuk orang Melayu memikirkan sedalam-dalamnya mengenai ancaman yang sedang menanti mereka. Jangan sampai sokongan yang diberikan kepada sesuatu parti itu kononnya atas semangat kerjasama, akhirnya menyebabkan masa depan orang Melayu tergadai.

Jadikanlah apa yang berlaku di Perak dan Pulau Pinang selepas pilihan raya umum lalu sebagai pengajaran bahawa fenomena yang sama boleh berlaku di negeri-negeri lain, jika orang Melayu terus berpecah belah. Janganlah nanti apabila tiba masanya, akibat daripada permainan politik melampau sesetengah pemimpin Melayu yang tamakkan kuasa, orang Melayu menjadi pelarian di tanah air sendiri. Menang sorak tetapi kampung tergadai.

Isnin, 13 April 2009

PILIHANRAYA BUKIT GANTANG:BUKTI BN DAPAT BANYAK UNDI MELAYU

Pengundi Cina termakan dakyah Pas, DAP: Zambry


ZAMBRY ketika ditemu bual wartawan Berita Harian di Kuala Lumpur, semalam.

Pilihan raya Bukit Gantang bukti BN dapat banyak undi Melayu

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir, berkata Pas tidak boleh mendabik dada mendakwa Pakatan Rakyat mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu walaupun parti itu menang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, minggu lalu.

Beliau berkata, kemenangan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian kerana mendapat sokongan pengundi Cina yang terpedaya dan terpengaruh dengan dakyah Pas dan DAP.

Katanya, sebelum pilihan raya itu, Mohammad Nizar dalam temu bual dengan sebuah akhbar mendakwa mendapat sokongan 70 peratus pengundi Melayu dan mempunyai kelebihan berbanding BN serta Umno dan bukan boneka kepada DAP termasuk ketika menjadi Menteri Besar Perak.

"Mereka menyatakan Pas bukan boneka DAP kerana mendapat sokongan Melayu. Namun, selepas keputusan diumumkan, terbukti BN dan Umno mendapat lebih banyak sokongan pengundi Melayu. Pas hanya mendapat 42 peratus undi Melayu, menurun daripada 47 peratus.

"Sokongan besar yang diperoleh di kawasan pengundi Cina membuktikan Pas dijadikan boneka oleh DAP. Pengundi Cina memilih calon Pas kerana menyokong DAP yang mempunyai 17 kerusi dalam DUN Perak selepas seorang wakilnya menjadi Adun bebas," katanya dalam temu bual dengan Berita Harian, di sini semalam.

Dr Zambry juga menafikan dakwaan Pas, keputusan itu menunjukkan rakyat tidak bersetuju dengan cara BN mengambil alih kerajaan Perak pada awal Februari lalu.

Beliau berkata, apa yang sebenarnya berlaku ialah cara Pakatan Rakyat membohongi rakyat dengan memberi gambaran seolah-olah BN melakukan rampasan kuasa secara tidak sah sehingga ia terpahat dalam pemikiran mereka.

Katanya, apa yang sebenarnya berlaku ialah BN menguasai kerajaan mengikut peraturan dan Perlembagaan negeri selepas mendapat majoriti dalam DUN tanpa membelakangkan undang-undang.

"Mereka memberi gambaran sehingga rakyat menyatakan ia benar-benar rampasan kuasa tanpa melihat proses itu dilakukan mengikut undang-undang. Dulu, selepas pilihan raya umum, walaupun BN parti tunggal mendapat 28 kerusi DUN, kita merelakan mereka membentuk kerajaan secara pakatan beberapa parti.

"Kita mengambil kira budi bicara Tuanku (Sultan Perak) yang memperkenankan pembentukan kerajaan pada ketika itu. Kini apabila tiba giliran kita mendapat sokongan daripada tiga Adun bebas sehingga ada majoriti 31 kerusi, mereka menipu rakyat dengan menyatakan tindakan kita salah," katanya.

NAJIB:PERDANA MENTERI YANG MENDENGAR SUARA RAKYAT

Setelah mengumumkan pembentukan Kabinet Rakyat Khamis lalu ,Perdana Menteri ,DSN meneruskan usaha pembaharuan dengan meminta rakyat dari pelbagai lapisan untuk memberi pandangan,komen serta harapan terhadap kabinet yang telah dibentuknya.

Rakyat boleh menyampaikan segalanya melalui laman blog rasmi Perdana Menteri di www,1malaysia.com.my. Perdana Menteri menegaskan yang beliau berminat untuk mengetahui harapan rakyat terhadap pentadbiran barunya.
Maklum balas daripada komen yang dihantar ke blog saya sejak pengumuman barisan kabinet dibuat adalah melegakan bagi sesetengah pihak dan menimbulkan persoalan bagi yang lain. Berdasarkan perkembangan ini, saya mempelawa anda semua untuk berkongsi pandangan terhadap barisan baru ini dan pendekatan baru yang berasaskan kemajuan yang saya akan kuat kuasakan dengan menghantar komen anda.

“Saya juga sangat berminat untuk mengetahui harapan anda terhadap pentadbiran baru ini demi memastikan kebajikan dan pembangunan untuk semua golongan masyarakat akan terbela,” katanya.

Ekoran harapannya itu, banyak komen-komen sudah disalurkan oleh pelayar-pelayar blognya yang antara lain meletakkan harapan agar kabinet baru tersebut berupaya untuk memastikan agenda pembangunan rakyat diutamakan.

Malah tidak kurang juga yang secara berterus terang mahu jemaah menteri tidak hanya menumpukan kepada program-program formal sahaja.

“Bergaul dengan masyarakat lebih kerap tanpa sebarang protokol, jangan sombong, selalu hadir ke masjid dan surau untuk berjamaah bersama rakyat. Kalau boleh surau dan masjid yang di kuasai pembangkang perlu juga datang. Sebab kita satu Malaysia. Pedulikan pendirian politik mereka. Serapkan nilai murni dalam diri mereka.

“Kalau waktu petang, kalau berkesempatan, para pemimpin BN perlu beriadah dan bersukan bersama belia. Berikan fokus kepada belia. Lebihkan penglibatan bersama belia. Jangan lebihkan bermain golf bersama orang kenamaan.

“Kalau boleh letakkan syarat kepada semua pemimpin BN, waktu petang adalah waktu beriadah dan bersukan bersama belia, tiada program formal waktu itu,” komen salah seorang pelayar laman blog Najib itu.

Selain itu pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga menarik minat banyak pihak dan mahu agar ia diwujudkan semula.

Ikuti tulisan Najib dan komen-komen yang diberikan mengenai kabinet baru itu dI www.1malaysia.com.my

BAGI SAYA INI MERUPAKAN SATU LANGKAH YANG BAIK DAN IANYA JUGA SATU PERUBAHAN AGAR RAKYAT DAPAT MEMBERIKAN PANDANGAN DAN SOKONGAN TERUS PADA PM TANPA ADA APA APA SEKATAN.INILAH PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT YANG MAHU RAKYAT BERKONGSI DENGAN KERAJAAN BAGI MEMPERBAIKI APA JUA MASAALAH.INILAH YANG DIKATAKAN KERAJAAN RAKYAT .SEMOGA BARISAN KABINET BARU AKAN MEMBAWA MALAYSIA KEARAH YANG LEBIH CEMERLANG, GEMILANG DAN GEMILANG.
KITA RENUNG RENUNG KAN LAH.............LU PIKIR LA SENDIRI.

UMNO ,BN PERLU PIKAT PENGUNDI BUKAN MELAYU DAN PENGUNDI MUDA

PETALING JAYA: Keputusan tiga pilihan raya kecil serentak yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) gagal menawan balik Bukit Gantang dan Bukit Selambau memberi isyarat tegas bahawa Umno dan BN perlu memikat kembali pengundi bukan Melayu dan atas pagar untuk kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurut pensyarah politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Ahmad Nidzammuddin, perkara tersebut dapat dilihat melalui konteks kemenangan PAS dan PKR masing-masing di Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang jelas memperlihatkan sokongan pengundi-pengundi muda terhadap pembangkang secara berterusan.

"Namun, pada masa ini ia tidak boleh dianggap sebagai referendum rakyat kerana tidak melibatkan pilihan raya di seluruh negara," katanya kepada mStar online.

Jika dilihat mengikut trend semasa, katanya, golongan muda ini mengutamakan persoalan mengenai ketelusan, akauntabiliti dan keterbukaan kerajaan yang memerintah.

"Jika mereka (kerajaan) tidak mengambil serius perkara-perkara sebegini saya risau rakyat terutamanya golongan muda ini akan menolak BN terus pada pilihan raya umum ke-13.

"Ini menyebabkan pembangkang mendapat 'political mileage' manakala BN dan Umno pula semakin tertekan untuk memenuhi citarasa pengundi muda ini," kata beliau sambil menambah, isu-isu yang bersifat objektif ini perlu diatasi dengan segara sebelum terlambat.

Ahmad mengakui isu krisis politik di Perak juga memberi kelebihan kepada pembangkang untuk memenangi pilihan raya kawasan tersebut.

"Boleh dikatakan di sini (Datuk Seri) Mohammad Nizar (Jamaluddin) turut mendapat undi simpati apabila isu krisis politik Perak dieksploitasi oleh pembangkang.

"Perasaan marah yang disebarkan oleh pembangkang menjadi sentimen kepada pengundi-pengundi untuk meluahkan kemarahan mereka dengan mengundi pihak pembangkang," katanya.

Selain itu, Ahmad menegaskan, Umno dan BN harus mengambil ikhtibar bila kritikan disuarakan oleh rakyat.

"Mereka (BN dan Umno) perlu belajar daripada kesilapan lalu. Mereka harus perbaiki kelemahan yang ada untuk terus menjadi relevan dan diterima oleh rakyat di negara ini," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Dr. Azeem Fazwan Farouk pula melahirkan pandangan berbeza dalam isu tersebut.

Beliau menyifatkan keputusan pilihan raya kecil kali ini sebagai pengekalan status quo kerusi yang telah dimenangi oleh parti-parti yang bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

"Keputusan terbaru ini bukan satu referendum rakyat kerana ia bukan pilihan raya yang melibatkan seluruh negara. Jika ia referendum kita kena ada pilihan raya umum," katanya.

Pada masa yang sama, Azeem turut menasihati semua pihak agar tidak terpengaruh dengan propaganda pihak pembangkang.

"Memang pengundi sudah buat keputusan... namun kita kena lihat apakah faktor yang mempengaruhi pengundian mereka.

"Bagi saya pengundi bukan Melayu dan pengundi atas pagar telah menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya di Bukit Selambau dan Bukit Gantang semalam.

"Golongan ini sepatutnya diberi perhatian yang lebih oleh Umno dan BN, namun mereka gagal. Golongan ini memilih parti yang akan kurang dihimpit isu bersifat provakatif.

"Mereka telah menjadi penentu kepada keputusan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.Pada masa yang sama BN harus ingat pembangkang akan mencari isu untuk mendedahkan lebih banyak kelemahan parti itu," katanya.

Jelas beliau, tanggapan bahawa kemasukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kurang memberi kesan agak sukar untuk ditafsirkan kerana ia masih terlalu awal.

"Mungkin kemasukan beliau (Tun Mahathir) dilihat tidak beri kesan... saya rasa ia mungkin tidak tepat kerana kita perlu lihat pada jangka masa panjang, mungkin Umno dan BN akan kembali kuat di bawah pimpinan Datuk Seri Najib siapa tahu?

"Dalam politik apa jua boleh berlaku, tiada yang mustahil. Cuma masa akan dapat menentukannya," katanya.

Tambah beliau, kegagalan BN di dua kerusi minggu lalu jelas memperlihatkan golongan muda dan kelas menengah terus menolak parti itu.

UMNO PERLU BERANI BERDEPAN TAKTIK AGRASIF PEMBANGKANG

MALAM Sabtu lalu, kira-kira 2,000 orang yang hadir pada majlis kesyukuran di Sri Satria, Putrajaya menumpukan sepenuh perhatian kepada amanat Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ucapannya santai tetapi penuh dengan pengajaran yang perlu dinilai oleh peringkat kepimpinan UMNO dari cawangan, bahagian hinggalah Majlis Tertinggi (MT). Beliau mahu UMNO mengubah cara metodologi politiknya.

Banyak 'leteran' yang diluahkan Najib dalam amanatnya itu. Daripada keperluan untuk berani berubah dari luaran sehinggalah teguran terhadap ahli UMNO yang kurang serius menggerakkan peranan memperkuatkan parti.

''(Malah) pernah saya lihat sesuatu kursus (mengukuhkan parti) itu sudah bertukar seminar. Dan ada seminar bertaraf 'lima bintang' bertukar kepada 'tiga bintang' sahaja, belum habis kursus 'sudah belah (pergi)'.

Sememangnya tepat dan 'terpukul' amanat Najib itu yang diungkapkannya pada majlis tersebut. Ahli UMNO dan orang UMNO pada pengamatan beliau kepada mereka yang hadir adalah berbeza. Istilah ahli UMNO hanya sekadar menjadi ahli tetapi sebaliknya yang tepat adalah orang UMNO yakni mereka yang menunjukkan semangat perjuangan luar biasa seperti mana ketara penampilan itu sekitar 1940-an dan 1950-an. Atas sebab itu, tegas Najib, cara orang UMNO mesti diubah mengikut persekitaran baru. Mereka mesti berani mendepani taktik agresif dan daya juang parti lawan. Pada setiap kali pilihan raya kecil, kerja perlu berganda dan bersungguh.

Dan jika diambil kira dalam beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini, jentera BN masih ketinggalan. Bandingan boleh dibuat misalnya berdasarkan kata-kata slogan yang terpampang hasil kreativiti pembangkang dan BN. Sedangkan dalam dunia yang serba canggih, pelbagai risalah, papan iklan, sepanduk serta karikatur yang lebih menarik dan mampu meruntun hari pengundi sebenarnya boleh dilakukan.

Mungkin petugas BN tidak kurang tenaga pakarnya. Namun elemen imbuhan menjadi keutamaan justeru hasil kerja yang sekadar siap semata-mata tidak ada pengisian roh, rasa komitmen yang tinggi dalam menjadikan bahan kempen itu lebih menarik, inovatif dan berdaya saing. Barangkali UMNO dan BN harus menggabungkan formula 5M iaitu money (wang), media, machinery (jentera), manpower (tenaga manusia) dan manipulation (manipulasi) semaksimum mungkin dengan 5M kontemporari yakni Mengenali, Mencari, Mendekati, Menjelas dan Merayu Undi.

Demikian juga dengan agensi risikan, kaedah, metodologi, sumber penilaian dan analisis harus lebih terkini. Penggunaan kuantum nisbah 50:50 dan 80:20 sudah agak ketinggalan zaman. Indikator seperti trend, simptom, kecenderungan, tingkah laku pengundi, senario semasa, sentimen dan faktor sejarah harus diambil kira dalam membuat analisis holistik bagi membolehkan tahap objektiviti ramalan mencapai peringkat tertinggi.

Dan jika ini dapat dilakukan, tidak mustahil dalam siri pilihan raya kecil akan datang, nasib lebih berpihak kepada BN.

Dan juga, jika amalan turun padang menemui rakyat yang dipraktikkan oleh Najib pada hari kedua menjawat Perdana Menteri di tiga tempat sekitar ibu negara, disusuli kemunculan timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanya khabar dan masalah peniaga di Pekan Rabu, Kedah Sabtu lalu, tidak mustahil BN mampu merencanakan penyelesaian masalah rakyat lebih cepat dalam tempoh dua tahun ini - sebelum memantapkannya dua tahun kemudian.

Inilah yang dihasratkan oleh Najib di Sri Satria kelmarin - betapa keberanian para pemimpin UMNO dituntut untuk mengubah cara metodologi politik. Matlamatnya hanya untuk memastikan parti terus relevan dan dikasihi rakyat.

KERAJAAN PULAU PINANG PULA MENEKAN RAKYAT

Semasa menjadi pembangkang Guan Eng asyik mencari kesalahan kerajaan BN dengan mengatakan BN menindas rakyat.Bila sudah ada kuasa kini giliran DAP pula untuk menindas rakyat dengan menaikan tarif air dinegeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, meminta penduduk di negeri itu mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus atau berdepan dengan kenaikan tarif air tahun depan.
Katanya, jika kerajaan negeri dipaksa menyediakan lebih banyak projek bekalan air maka pengguna terpaksa membayar bil air yang lebih tinggi.

Kaedah ini mudah, kita tidak mahu mengenakan tarif air yang lebih tinggi tetapi jika dipaksa menyediakan lebih banyak infrastruktur bekalan air, maka pengguna perlu membayar lebih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Air Sedunia 2009 di Taman Botanik di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, kadar penggunaan air domestik pada tahap isi rumah yang tinggi ketika ini akan memaksa kerajaan membina empangan yang besar, loji rawatan air, stesen pam, dan rangkaian paip yang mungkin menelan kos berbilion ringgit.

Tahun lalu, setiap orang di negeri ini menggunakan purata 285 liter air sehari berbanding hanya 157 liter bagi setiap orang di Singapura dan 219 liter di Hong Kong," katanya.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng berkata mesyuarat Exco negeri Isnin ini akan membincangkan mekanisme bantuan yang akan diberikan kepada warga emas berusia lebih 60 tahun di negeri itu.

Katanya, kerajaan negeri akan mengedar borang itu kepada warga emas menerusi agensi dan wakil rakyat mulai 1 Mei ini sempena Hari Pekerja bagi menilai dan memilih mereka yang layak menerima bantuan itu.

Katanya, selepas mengenal pasti bilangan warga emas, kerajaan negeri memerlukan tempoh masa setahun sebelum melaksanakan rancangan bantuan itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas bentuk bantuan yang akan disediakan kerajaan negeri.

BARU SETAHUN MEMERENTAH DAH NAK NAIK TARIF AIR BESOK LUSA NAIK APA LAGI,INI KE KERAJAAN KEBAJIKAN.LANGSUNG TIDAK MENCERMINKAN KERAJAAN MENOLONG RAKYAT SEBALIKNYA KERAJAAN MENINDAS RAKYAT.

BARU SEKARANG LIM GUAN ENG FAHAM BAGAIMANA NAK URUS KAN AIR.KITA RENUNG RENUNG KAN LAH...LU PIKIR LA SENDIRI

Ahad, 12 April 2009

DALAM MASA DUA TAHUN UMNO DAN BN AKAN MENJADI KUKUH

Muhyiddin tetapkan dua tahun kukuhkan BN, Umno

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menetapkan tempoh dua tahun untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) melaksanakan transformasi yang sesuai, dalam usaha mengukuh dan menguatkan kedudukan parti itu di mata rakyat.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, dalam tempoh itu, mereka harus mencari jalan untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan, bukan sahaja di kalangan orangorang Melayu, tetapi masyarakat umum, terhadap keupayaan Umno dan BN untuk terus menerajui negara.

"Orang bercakap mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

"Oleh sebab itu saya bagi masa tempoh tahun ini dan tahun depan, untuk melihat dari segi pendekatan apa yang hendak digunakan.

"Apa-apa pendekatan yang hendak digunakan, apa-apa bentuk perubahan pun kita harus mulakan seberapa segera, baik berhubung organisasi Umno, struktur atau program yang hendak dimulakan harus dimulakan secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis tahlil dan doa selamat selain meraikan kehadiran ahliahli Umno dari Bahagian Pagoh di kediamannya, di sini.

Muhyiddin telah diminta mengulas ucapan ringkasnya sebelum majlis itu yang menetapkan tempoh dua tahun untuk melaksanakan perubahan dalam parti, Umno dan BN, sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

Beliau berkata dalam tempoh itu, fokus utama adalah untuk memastikan kepimpinan di semua peringkat memahami hala tuju baru parti selain memberi perhatian kepada usaha memulihkan imej dan persepsi parti di khalayak umum.

"Saya tidak mahu rakyat tunggu agak lama, akan timbul kata-kata Umno belum berubah, akan timbul kenyataan bahawa BN seperti lama dulu. Wow factor yang saya sebut dulu masih tidak terserlah dan ini tidak baik dari segi parti kita," katanya sambil mengingatkan:

"...dalam tempoh dua tahun ini, Umno dan BN harus bekerja keras, meletakkan sasaran apa yang patut kita utamakan dan bagaimana (untuk memastikan) pimpinan parti di semua peringkat memahami aspirasi kerajaan dan dapat diterjemahkan perkara itu kepada ahli dan masyarakat.

"Kadang-kadang timbul keadaan di mana orang di atas cakap satu hal, di bawah tak faham maksud kita. Jadi kesan atau impak itu tak sebesar mana. Ini tidak baik bagi imej parti kita," katanya.

Muhyiddin berkata, walaupun tempoh pilihan raya umum kirakira empat tahun dari sekarang, tetapi dalam tempoh dua tahun ini adalah penting untuk membolehkan kepimpinan menilai tahap sokongan rakyat terhadap parti.

NIZAR TAK LAYAK MENGHADAP SELAGI TAK MOHON AMPUN

Selagi Nizar tak mohon ampun dari paduka seri Sultan Perak rasanya Nizar tak layak untuk menghadap Sultan.Nizar perlu malu pada diri sendiri kerana sudah beberapa bulan peristiwa penderhakaan Nizar gagal untuk memohon ampun dari Sultan .Kenapa sekarang bila ada jemputan dari istana Nizar mahu hadir sedangkan semasa di jemput semasa Zambry mengangkat sumpah sebagai MB beliau dan semua Adun dari pembangkang tidak mahu hadir.

Nizar dan Adun pembangkang dijemput keistana kerana jemputan dan ini telah dinyatakan oleh Nizar sendiri "Saya dijemput oleh Sultan menghadiri majlis (ulang tahun hari keputeraan)...seperti ahli-ahli politik lain (di Perak), saya dijemput, bukan (sesuatu yang) istimewa.

Kenapa Nizar menganggap jemputan Sultan ini bukan sesuatu yang istimewa...apakah Nizar masih menaruh dendam pada Sultan Perak gara gara Sultan telah melantik Dr Zambry sebagai MB perak yang sah.Sebagai pemimpin Nizar dan lain lain pemimpin patut merasa bangga dapat hadir meraikan hari keputeraan baginda.

Sebagai seorang pemimpin Nizar harus menjadi contoh ikutan pada rakyat agar memohon ampun kepada Sultan dan sepatutnya menyedari akan kesilapan yang lalu.Jangan lah dah menjadi seorang pemimpin apatah lagi baru memenangi prk di Bukit Gantang Nizar semakin sombong dan bongkak.Inikah ajaran Islam ,mengajar kita angkuh.Ini semua angkara terlalu mengikut perjuangan DAP yang tidak faham untuk menghormati Raja Raja Melayu.

Kepada Nizar ...mohon lah ampun dan berjanji akan menjadi seorang pemimpin yang memahami erti derhaka.Kepada rakyat Bukit Gantang anda mempunyai peranan untuk mendesak Nizar memohon ampun dan kembali kepangkal jalan agar Raja Raja tidak diderhakai.

KITA RENUNG RENUNG KAN LAH.....LU PIKIR LA SENDIRI.

SIAPA KATA NIZAR MENGHADAP SULTAN PERAK,NIZAR HANYA DIJEMPUT

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau tidak menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 19 April ini sebaliknya beliau diundang menghadiri majlis sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda.

"Saya dijemput oleh Sultan menghadiri majlis (ulang tahun hari keputeraan)...seperti ahli-ahli politik lain (di Perak), saya dijemput, bukan (sesuatu yang) istimewa," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Desas-desus sebelum ini menyebut beliau akan menghadap Sultan Azlan pada tarikh tersebut.

SULTAN TIDAK AKAN MENERIMA SEORANG PENDERHAKA..SEPATUTNYA NIZAR MALU PADA DIRI SENDIRI,DALAM KEADAAN BEGINI SULTAN MASIH MAHU MENJEMPUTNYA.

KITA RENUNG RENUNG KAN LA SIAPA YANG SEPATUTNYA MINTA MAAF.LU PIKIR LA SENDIRI


Jamil Khir: Dasar Islam termasuk Islam Hadhari dikaji semula

KOTA BAHARU: Kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan dasar Islam di negara ini termasuk konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi memastikan keberkesanan dari segi pendekatan dan penerimaan rakyat terhadapnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata ini adalah di antara beberapa aspek yang akan dilihat beliau secara mendalam sebaik memulakan tugas dalam portfolio agama sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib) sendiri sudah memberi mandat kepada saya untuk melihat perkaraperkara berkaitan dengan agama sebaik dipertanggungjawabkan memegang portfolio ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa (Pertemuan) GuruGuru dan Penyelia Kelas Fardu Ain (Kafa) Kelantan 2009 di Pusat Teknologi Pendidikan Kelantan, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, beliau juga akan mengkaji kedudukan gaji dan elaun kakitangan guru Kafa yang diletakkan di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Ini kerana guruguru ini penting bagi melahirkan modal insan di peringkat awal di mana seperti kata pepatah melentur buluh biar waktu rebung," katanya.

Dalam hubungan ini beliau berkata kerajaan memperuntuk lebih RM221 juta bagi melaksanakan program Kafa pada tahun ini.

Ini bagi membiayai bayaran elaun guru dan penyelia sahaja dan tidak termasuk untuk lainlain aktiviti Kafa, katanya.

Menurutnya peruntukan itu disalurkan menerusi Jakim.

Selain itu di bawah Kementerian Kewangan pula di bawah waran B.11 Perkhidmatan Am, Perbendaharaan Peruntukan Projek/Program, Jakim meluluskan sebanyak RM2 juta untuk latihan guru dan penyelia dan RM340,000 untuk perolehan peralatan bantuan mengajar kelas Kafa tahun ini.

Jamil Khir berkata, Kelantan adalah negeri tertinggi mendapat peruntukan setiap tahun di mana tahun lalu negeri ini mendapat peruntukan sebanyak RM32 juta membabitkan bilangan guru 6,194 orang, 15 penyelia dan 144,439 murid.

Katanya peruntukan itu bertambah sehingga RM37.2 juta pada tahun ini iaitu kenaikan sebanyak 16.5 peratus. BERNAMA

KUASA PENENTU MELAYU HILANG JIKA TERUS BERPECAH

Pembangkang mengatakan konsep Satu Malaysia ia sama seperti konsep Malaysian Malaysia, apa pandangan Tan Sri?

MUHYIDDIN: Ia jauh berbeza, Malaysian Malaysia lain, konsep Satu Malaysia akan diberikan kupasan oleh kerajaan. Tetapi bagi saya penekanan terhadap konsep Satu Malaysia ia menunjukkan kita harus berperasaan Malaysia dan ada rasa tanggungjawab yang sama memajukan negara dan mempunyai cita-cita, wawasan dan visi yang sama untuk menjadi Malaysia sebuah negara yang maju tetapi yang penting ialah soal semangat kerjasama dan perpaduan.

Ia kerana akhir-akhir ini kita lihat ada juga sedikit bunga-bunga berputik perasaan polarisasi, perkauman dan ia dieksploitasikan oleh pembangkang. Mereka membangkitkan perasaan tidak berpuas hati termasuk isu-isu yang sudah disepakati bersama.. Isu-isu ini memerlukan kita melihat semula semua tindakan bagi mencari pendekatan untuk menyatu padukan rakyat, keduanya ialah dari segi melihat peluang pengagihan, nikmat pembangunan bukan dikatakan sama rata tetapi mesti buat secara kesaksamaan bukan kesamarataan, yang mana perlu dibantu, harus dibantu supaya semua orang boleh menikmati kemajuan dalam konteks yang saksama dan paling adil.

Tetapi Pas melalui Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap melalui konsep Satu Malaysia itu, UMNO mula meminggirkan perjuangan terhadap orang Melayu?

MUHYIDDIN: Itu tidak betul kita tidak pernah lari daripada perjuangan asal kita, kita tahu di mana kedudukan kita. Kalau Nik Abdul Aziz berkata begitu, maknanya beliau sudah menerima gagasan UMNO walaupun kononnya Pas tidak menyebut soal Melayu hanya Islam sahaja, tetapi kita sejak dulu lagi memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan itu masih termaktub dalam Perlembagaan UMNO dan UMNO tidak pernah lari daripada asas perjuangan kita. Namun dalam konteks yang sama dan terkandung dalam Perlembagaan UMNO ialah kita juga perlu membantu bangsa-bangsa lain dalam negara kita yang ada hak dan kedudukan. UMNO tidak pernah lari daripada tanggungjawab itu tetapi UMNO juga memahami senario dan landskap politik yang berubah pada hari ini, kalau kita mengambil pendekatan yang agak sempit dan tidak mengambil kira tentang senario politik yang sudah berubah orang akan kata UMNO sudah tidak relevan maknanya kita tidak lagi dilihat sebagai mampu membela nasib bangsa kita.

Ini pembaharuan pendekatan yang digunakan oleh Presiden parti dan menunjukkan bahawa kita berlapang dada dan bersikap terbuka tetapi tidaklah kita mengorbankan kepentingan asas kita, kalau kita hanya melihat dari sudut itu tanpa melihat kepada yang lain masalah kita akan lebih besar lagi.

Kalau melihat kepada keputusan pilihan raya kecil baru-baru ini terutamanya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, ia seolah-olah menampakkan laluan BN masih sukar untuk mendapat sokongan rakyat, apa pandangan Tan Sri?

MUHYIDDIN: Saya fikir paling jelas terbukti masyarakat Cina dan India belum bersedia menerima apa-apa bentuk pimpinan kerajaan yang seperti ada sekarang ini, lebih lagi agak terlalu menonjol ialah terhadap apa yang berlaku di Perak itu sendiri. Sesetengah masyarakat di sana, melihat ia dari sudut yang rasis, kerajaan orang Cina ditumbangkan oleh kerajaan orang Melayu walaupun tanggapan itu tidak betul.

Mungkin mereka tidak berapa jelas cara dari sudut Perlembagaan dan peraturan, maka mereka melihat apa yang berlaku sebagai satu bentuk menolak hak majoriti rakyat, mereka mahu kerajaan dipilih seperti pilihan raya lepas.

Komplikasi ini menyebabkan rasa marah di kalangan orang Cina dan juga masyarakat India, jadi bagi saya itu agak menjadi faktor utama di Bukit Gantang dan kesannya sampai ke Bukit Selambau. Ini jelas apabila ada masyarakat Cina di Bukit Selambau ramai yang tidak keluar mengundi, kita tidak pasti sama ada mereka memboikot atau tidak mahu menyatakan pendirian.

Bagaimanapun petanda lain, kita melihat sokongan orang Melayu meningkat, jadi dari satu sudut ada faktor yang positif kerana masyarakat Melayu mungkin lebih yakin apabila melihat angin perubahan dalam kepimpinan negara, kepulangan Tun Dr.Mahathir Mohamad ke dalam UMNO dan lain-lain usaha yang kita buat untuk menjelaskan isu yang berlaku di Perak sebab itu mereka membantu kita.

Saya fikir ada juga faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kekalahan seperti pembangunan, faktor tidak ada keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang menyenangkan rakyat, isu tanah dibangkitkan dan mungkin dari segi bantuan sekolah-sekolah bukan kebangsaan, jadi sama ada faktor ini menggambarkan senario nasional atau pun lokal, kita akan ketahui selepas kita membuat satu kajian oleh badan bebas nanti. Di Bukit Selambau pun tidak banyak bezanya, mungkin 'angin' yang sama 'bertiup' ke sana dan kesannya hampir serupa, faktor sokongan Melayu hampir positif, kaum India sedikit ada penambah baikan tetapi tidak banyak berubah, jadi ini satu perkara yang perlu kita kaji dan teliti. Tetapi macam di Sarawak, di Batang Air, mungkin disebabkan ia jauh di pedalaman mereka melihat soal pembangunan, jadi mereka melihat kerajaan sebagai satu tempat yang mereka harapkan sangat.

Di Semenanjung pembangunan tidak menjadi isu, mereka melihat kepada isu-isu yang lebih nasional apa lagi dibebankan dengan apa yang dibuat oleh parti pembangkang. Mungkin methodologi yang kita guna masih lama sedangkan mindset baru. Ini kita akan ambil iktibar daripada itu, bagaimana kita hendak mengubah methodologi kepada suatu yang lebih sesuai dengan keadaan dan masa.

Tetapi bukankah setiap kali pilihan raya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi, malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1juta diberikan tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN?

MUHYIDDIN: Ya, kadang-kadang kita berasa terpedaya juga kerana zahirnya nampak macam 'ok', sambutan dengan tepukan gemuruh tetapi mungkin sudah ada tertanam dalam hati iaitu sesuatu tidak mudah hendak berubah, pokoknya masalah isu Perak terutamanya di kalangan masyarakat Cina yang mungkin telah dipengaruhi dengan sentimen simpati kepada Datuk Seri Ir.Mohamad Nizar Jamaluddin, kononnya dia 'dijatuhkan', lepas itu kononnya dasar memberi pegangan tanah selama 99 tahun dilihat dasar yang menguntungkan.

Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi. Pada waktu itu, kita pun tidak berharap sokongan kaum Cina akan meningkat 40 peratus dan sebagainya cuma kita berharap ada peningkatan sedikit tetapi apa yang berlaku ia mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan.

Oleh itu kita kena kaji psikologi apa yang menyebabkan masyarakat Cina tidak bersedia untuk berubah, pada zaman dahulu tidak begitu.

Persoalannya apakah mereka melihat dalam konteks senario politik baru ini, selepas kerajaan BN tumbang di lima buah negeri, mereka sudah menjadi kuasa penentu? Orang Cina rasa sekarang, walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan. Masyarakat Cina tidak berpecah mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan.

Dalam keadaan ini, mereka boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya dan apabila kesan itu dapat dilihat dalam pilihan raya umum lalu dan beberapa pilihan raya kecil, mereka fikir sekarang mereka lebih ada kuasa penentu, bukan sahaja Cina malah masyarakat India pun begitu, apa tah lagi apabila mendapat kedudukan dalam kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang dengan menjadi Timbalan Ketua Menteri, Speaker dan exco kerajaan negeri, jadi ini bagi mereka seolah-olah tawaran yang diberikan oleh pihak sana lebih baik daripada kita pernah tawarkan dalam konteks BN, jadi ini kita harus teliti.

Apakah situasi ini yang mendorong Tan Sri membuat seruan supaya semua orang Melayu bersatu kembali di bawah UMNO?

MUHYIDDIN: Saya membuat seruan itu kerana saya berpendapat dalam situasi sekarang ini, orang Melayu sudah banyak berpecah, faktor antara lain apakah kerana ia kelemahan UMNO yang tidak memahami cita rasa orang Melayu atau kerana ia perbuatan yang dilakukan oleh sesetengah kelompok contohnya Anwar Ibrahim yang memberikan kononnya satu gagasan baru atas dasar keadilan dan kesamarataan, ada sesetengah kelompok yang terpedaya, jadi dengan sebab itu selagi Melayu berpecah, saya bimbang kelompok majoriti akan menjadi minoriti.

Teras pembangunan negara kita adalah berasaskan kepada suatu jumlah masyarakat Melayu yang agak besar tetapi terpisah atau dipecahkan oleh perbezaan politik yang begitu ketara, dalam masa yang sama di pihak sana pula bukan Melayu menjadi penentu, inilah yang saya kata sudah berubah landskap politik negara kita, dan kalau hal sebegini berterusan apakah ia akan menguntungkan Melayu?

Bila saya berkata demikian bukanlah bermakna bukan Melayu akan rugi, orang bukan Melayu tidak akan rugi kerana mereka sudah maju, berjaya menguasai bidang ilmu dan ekonomi dan sebagainya. Bagaimana dengan masa depan orang Melayu? Apakah orang Melayu akan terjamin dengan situasi sebegini? Saya sudah mendapat banyak maklum balas bahawa orang Melayu berasa bimbang, mereka memikirkan soal generasi Melayu akan datang, macam mana nasib anak cucu kita. Perasaan ini wujud kerana mereka merasakan kedudukan orang Melayu sudah mula tergugat, kuasa politik Melayu melalui UMNO sudah tergugat, sedangkan dahulu kita jadi teras kita adil, saksama dan kita bantu semua kaum.

Kita menolong orang Melayu lebih kerana orang Melayu miskin, orang Melayu belum ada banyak harta dan orang Melayu belum menguasai kekayaan ekonomi dan sebagainya, jadi kita bantu beri pendidikan, biasiswa dan bantuan macam-macam lagi. Sebenarnya agenda pembangunan umat Melayu belum beres, sekarang tercabar dengan sebab berbeza politik menyebabkan orang Melayu berpuak-puak.

Oleh itu saya fikir formula yang mudah bagaimana hendak mengembalikan orang Melayu dalam satu saf. Saya tahu ia bukan mudah untuk meletakkan mereka dalam satu saf dan wadah yang sama. Kebimbangan saya orang yang tidak menjadi penentu sudah menjadi penentu, orang Melayu yang majoriti sepatutnya menjadi penentu sudah tidak menjadi penentu.

Justeru bagi kita kalau boleh sebaik mungkin mereka bernaung di bawah sayap UMNO, tetapi UMNO yang relevan dan memahami cita rasa rakyat, UMNO yang adil, UMNO yang lebih bersedia untuk melihat dengan lebih saksama, ini kita kena fikirkanlah.

Sabtu, 11 April 2009

KERAJAAN PERPADUAN :HARAPAN KU LI PADA UMNO DAN PAS

Penubuhan kerajaan perpaduan adalah antara jalan yang patut difikirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi berdepan masalah rakyat serta ekonomi yang semakin mencengkam.

Malah menurut bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, langkah itu bukan sesuatu yang baru malah bapa Najib, Tun Abdul Razak pernah melakukannya pda 1974.

“Saya rasa Najib harus respons dengan idea ini. PAS pun sudah respons,” katanya pada sidang media ahli parlimen Gua Musang itu di ibu negara, Sabtu.

Beliau ditanya perkembangan idea yang pernah dinyatakan tahun lalu malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini turut menyatakan bahawa beliau berbincang mengenai perkara itu.

“Dengan keadaan sekarang (masalah politik dan ekonomi), boleh fresh new idea. Ini patut diusaha,” katanya yang sanggup bergerak ke arah usaha itu jika dikehendaki.

"Kalau saya dikehendaki, saya bersedia membantu... saya bersedia untuk itu," katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak penting kerana ada pemimpin-pemimpin lain yang boleh memainkan peranan ke arah itu.

Katanya, semua pemimpin perlu duduk se meja memikirkan masalah rakyat serta ekonomi yang mencengkam mereka untuk terus hidup.


“Kerajaan akan terbantut jika tidak cari jalan duduk satu meja berunding tengok baik buruknya. Bagi saya lebih banyak faedah dari buruknya,” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau menolak cakap-cakap akan keluar UMNO dan akan terus bersama parti itu walaupun kini beliau menyokong parti yang tidak mendapat sokongan penuh rakyat.

Tengku Razaleigh juga meminta Perdana Menteri memberi penjelasan kepada banyak pihak yang keliru malah ada yang tidak berpuashati dengan barisan kabinet baru kerajaan yang mengangkat sumpah Jumaat.

Katanya, rakyat keliru kerana ada yang kalah pilihanraya umum lalu tetapi dilantik seperti Datuk Shahrizat Abdul Jalil selepas menang pemilihan Ketua Pergerakan Wanita sedangkan Khairy Jamaluddin tidak tersenarai dalam kabniet.

Begitu juga katanya dengan pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang selama ini dilihat saluran bagi membantu ekonomi orang Melayu.

Terdahulu, beliau mengadakan sidang media itu bagi menjelaskan laporan akhbar kononnya beliau menyatakan barisan Kabinet baru dapat memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan BN. “Sebenarnya, mereka perlu membuktikan terlebih dahulu keupayaan masing-masing untuk reform apa yang dicadangkan Perdana Menteri. Sekurang-kurangnya, kita tunggu untuk enam bulan dan mustahil saya berpendapat demikian (seperti dilaporkan) kerana mereka baru sehari angkat sumpah,” katanya.-11/4.2009

--------------------------------


Barisan kabinet mampu pulih keyakinan rakyat - Ku Li


Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata Jumaat barisan kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, perubahan adalah perlu bagi memastikan kemerosotan sokongan rakyat tidak berterusan.

Ini, katanya, dibuktikan dengan keputusan pilihan raya kecil baru-baru ini di mana BN hanya menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di Sarawak, manakala kerusi DUN Bukit Selambau di Kedah, dan Parlimen Bukit Gantang, Perak, dimenangi pembangkang.

"Sebelum ini rakyat lihat barisan kepimpinan negara tidak begitu kemas dan teratur, menyebabkan timbul kekeliruan terhadap rakyat terutama dalam bidang politik dan ekonomi negara kita.

"Kita akan tegok perkembangan kemajuan dalam kabinet baru kerajaan yang dibentuk itu dan saya benar-benar mengharapkan barisan kepimpinan baru mampu memberi nafas lega kepada rakyat untuk menikmati kemajuan," katanya.

Beliau berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 (SMKTIP 2) di sini.

Katanya, barisan kabinet ini mampu mengembalikan kekuatan ekonomi negara supaya rakyat tidak dibebani dengan masalah perbelanjaan walaupun negara turut berdepan kegawatan ekonomi global.

Katanya pimpinan baru kerajaan perlu diberi peluang untuk melakukan pembaharuan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada BN.

Tengku Razaleigh, yang juga bekas Menteri Kewangan, pernah menawarkan diri bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan parti yang lalu namun beliau hanya menerima satu pencalonan dari kawasan Gua Musang hingga tidak melayakkan beliau bertanding.

LANTIKAN MUHYIDDIN BAWA HARAPAN BARU MANSUH DASAR PPSMI

PETALING JAYA: Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menyifatkan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran yang baru seperti satu harapan positif terhadap gesaan supaya kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pengerusi GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad berkata pihaknya menyambut baik pelantikan Muhyiddin kerana beliau yakin Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri akan memandang berat mengenai isu PPSMI.

"Baguslah dah ada Menteri Pelajaran yang baru kerana kita percaya ada maksud tertentu mengenai pelantikannya (Muhyiddin).

"Sebelum beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya ada berkomunikasi dengannya dan beliau sendiri ada bertanya mengenai perkembangan GMP...jadi nampak macam ada harapanlah," katanya kepada mStar Online.

Selain itu jelas Hassan, gandingan Muhyiddin bersama timbalannya di Kementerian Pelajaran iaitu Datuk Dr. Puad Zakarshi turut mempunyai siknifikasi yang positif.

"Semua orang tahu sama ada di Parlimen atau dalam umno sendiri Dr. Puad membantah sekeras-kerasnya dasar PPSMI.

"Saya amat yakin ada tujuan atau maksud tertentu disebalik pelantikannya di Kementerian Pelajaran.

"Mungkin ada maksud atau tujuan baik untuk mansuhkan PPSMI, jika tidak mengapa nak lantik beliau kerana beliau memang lantang membantah," katanya.

Tambah Hassan lagi, pihaknya tetap konsisten dalam tuntutan mereka supaya kerajaan memansuhkan dasar yang dianggap bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Walaupun siapa yang jadi Menteri atau Perdana Menteri, kita tetap akan teruskan gesaan hingga dasar yang mempunyai banyak kelemahan ini dimansuhkan," katanya.

Menurut beliau lagi kerajaan sebenarnya tidak ada pilihan lain melainkan akur dengan permintaan rakyat yang mahu dasar PPSMI dimansuhkan.

"Bukan sahaja kaum Melayu malah kaum-kaum lain juga membantah mengenai PPSMI, rakyat mahukan pengajaran Sains dan Matematik dikembalikan ke dasar asal iaitu diajar dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda masing-masing," katanya.

Hassan turut memberitahu bahawa GMP akan mengatur pertemuan pihaknya bersama Menteri dan Timbalan Menteri Pelajaran yang baru bagi membincangkan mengenai dasar PPSMI.

"InsyaAllah kita akan meminta untuk adakan pertemuan dengan mereka dalam waktu terdekat," katanya.

UMNO CUBA PERBAIKI TREND PENGUNDIAN SEMUA KAUM

SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno akan berusaha memperbaiki trend pengundian semua kaum terhadap calon dari Barisan Nasional (BN) bagi mempastikan kemenangan berpihak semula kepada parti itu.

Timbalan Presiden Umno itu berkata ini kerana berdasarkan keputusan pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang, Perak, masih belum kelihatan satu perubahan yang ketara berhubung sikap pengundi terhadap BN.

"Kalau ikut formula di situ pengundi majoritinya Melayu dan kalau ikut formula biasa majoriti Melayu kita menang tapi sekarang majoriti Melayu tidak boleh pastikan kemenangan kita kerana Melayu sudah berpecah.

"Dan kita pada waktu kempen mengharapkan mudah-mudahan undi dari kaum bukan Melayu akan berubah dan bertambah tetapi bila undi Melayu telah berpecah, undi dari bukan Melayu tidak berubah malah makin berkurang dan akhirnya kita kalah.

"Harap ini tidak merupakan satu trend tetapi ia nampak seperti itu. Sebab itu kita berhadapan dengan satu senario yang agak serius dan justeru proses pembaharuan harus dilaksanakan secepat mungkin," katanya ketika berucap pada majlis bersama petugas Umno dan Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam ini.

Pada pilihan raya kecil itu, PAS mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang apabila calonnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan memperoleh majoriti 2,789 menewaskan calon dari BN, Ismail Saffian.

Muhyiddin dalam pada itu menyeru agar bangsa Melayu kembali bersatu di bawah perjuangan Umno kerana Umno merupakan satu-satunya parti yang relevan dalam memperjuangkan nasib Melayu.

"Walaupun kita perjuangkan nasib Melayu tetapi kita juga adil pada kaum lain tetapi ada yang kata kita tidak adil kepada mereka. Justeru kita perlu bertindak sekarang sebelum terlewat.

"Kita juga perlu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan berusaha kembalikan sokongan rakyat kepada kita," katanya. BERNAMA

Pemuda UMNO nak jadi ‘ Suara Rakyat Malaysia’ dan tiada lagi program ‘ syok sendiri’



Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menjadi ‘Suara Rakyat Malaysia’ dengan mendengar inspirasi rakyat bawahan, keluhan rakyat miskin dan terpinggir.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Datuk Abu Bakar menganggap dirinya tidak tersenarai dalam jemaah kabinet memberi satu hikmah bagi membolehkan sayap parti itu menjadi pembela kepada rakyat bawahan.

Menurut Khairy, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan digembelingkan untuk menjadi ‘Suara Rakyat Malaysia’ dengan membawa tindakan yang mencerminkan kehendak rakyat.

“Kita akan mencari beberapa isu untuk diselesaikan melalui suara pemuda. Kita akan membawa pendekatan terus kepada masyarakat, rakyat dan pada semua pihak bukan hanya tertumpu pada ahli UMNO sahaja,” jelasnya.

Beliau menyatakan kesediaannya untuk menjadi ‘golkar’ parti yang akan bekerja siang dan malam tanpa rehat bagi membawa isi hati rakyat.




Khairy berkata demikian ketika berucap di majlis Kesyukuran dan Program Exco Turun Padang serta perasmian Pasukan Gerak Khas Pemuda Selayang di Rawang malam Sabtu.

Beliau juga mengumumkan penubuhan sebuah biro khas Hal Ehwal Bandar dalam pergerakan itu khusus untuk melihat dan membantu menyelesaikan masalah generasi muda di bandar dari segi perumahan, kesihatan, ekonomi, penjaja kecil, pengusaha kecil, jenayah, keselamatan dan sebagainya.

Sementara itu semasa ditemui wartawan selepas majlis itu, Khairy memberitahu bagi menawan hati pengundi-pengundi muda dan pengundi atas pagar, Pergerakan Pemuda UMNO perlu menganjurkan program yang melibatkan orangramai dari semua kaum.

Katanya, “kita tidak seharusnya menganjurkan program syok sendiri yang hanya melibatkan ahli UMNO sahaja, kita turun ke bawah berjumpa bersalam dengan orang yang sama, kita berceramah pada orang sama, kita bercakap pada orang yang sama yang totok UMNO dan Barisan Nasional sahaja.”

“Kita kena berubah dan keluar dari ruang selesa, kita kena mendekati dan bersama mereka yang sebelum ini ragu-ragu dengan perjuangan kita, dengan pendekatan yang lebih baik akan memastikan mereka yang mengundi di saluran 4, 5 dan 6 kembali memberi sokongan pada kita pada PRU 13 nanti,” tegas Khairy.

Menjawab soalan beliau tidak dilantik dalam kabinet sebagai tidak mengiktiraf pucuk pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy menegaskan pemimpin terdahulu seperti Datuk Suhaimi Kamaruddin dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pun tidak dilantik dalam kabinet.

“Perlantikan Naib Ketua (Razali Ibrahim) sudah cukup membukti pucuk pimpinan mengiktiraf Pemuda manakala perlantikan Datuk Mukhriz juga boleh dianggap pengiktirafan kerana beliau adalah bekas exco pemuda,” tambahnya.

“Ada sesetengah pemimpin UMNO pun boleh jadi orang parti, jaga parti, kuat dan kukuhkan parti…saya salah seorang yang terpilih untuk bekerja sepenuh masa dengan parti maka saya terima cabaran ini dengan hati terbuka,”

Ditanya samada beliau rasa kecewa, Khairy berkata, “saya tidak rasa kecewa kerana banyak tugas untuk saya. Tugasan saya amat berat tetapi ianya beri semangat dan mencabar.”

“Pemuda akan konsisten dengan amanat Perdana Menteri agar ‘Rakyat Didahulukan’ melalui konsep ‘Suara Rakyat.” ujarnya.

Turut sama dimajlis itu Ketua UMNO Bahagian Selayang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang Abdul Shukor Idrus, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Sohaimi Shahadan disamping Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Lokman Nor Adam, Shafiqurrahman Shamsuddin, Mohd Afandi Yusoff dan Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Ubah cara politik UMNO

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua peringkat pemimpin UMNO bahawa mereka mesti berani membuat perubahan dengan mengubah cara metodologi politik bagi memastikan parti itu terus relevan dan dikasihi rakyat.

Berucap pada majlis kesyukuran di Sri Satria malam ini, Presiden UMNO itu menegaskan, sekiranya ahli UMNO masih alpa dan tidak mengambil kira persekitaran baru sekarang, risikonya parti itu akan tewas di tangan lawannya sekali gus lenyap dan dilupakan begitu sahaja.

‘‘Semasa zaman muda saya, waktu itu letak songkok dan pokok pisang pun, kita pasti menang tapi keadaan sekarang berbeza. Kalau kita lihat pilihan raya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, parti lawan menggunakan metodologi baru tapi UMNO dan BN masih guna yang lama.

‘‘Oleh itu salah satu penugasan yang perlu dilakukan adalah untuk kita tanya apakah yang patut kita lakukan agar metodologi kita bertepatan dengan zaman yang kita lalui sekarang. Saya anggap ini satu agenda penting bagi UMNO yang kita hasratkan akan dibincangkan metodologi ini dalam mesyuarat pertama Majlis Tertinggi UMNO nanti,” kata beliau.

Jumaat, 10 April 2009

BN PERLU DITUKAR JIKA PERLU malaysiakini



Bekas presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik hari ini meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil langkah berani dalam melaksanakan perubahan radikal untuk memastikan BN menjadi releven.

najib tun razakMalah, katanya, jika perlu Najib mesti bersedia merombak BN menjadi suatu gabungan yang baru.

"Anda perlu ikut jejak bapa anda," katanya sambil menambah, jika BN tidak sesuai lagi, maka ia perlu diganti.

Lim merujuk kepada tindakan bapa Najib - perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein - yang merombak Perikatan menjadi Barisan Nasional pada 1973, sehingga popular di kalangan pengundi.


Konsep perkongsian kuasa yang diperkenalkan oleh Razak menjadi BN kukuh sehinggalah pilihanraya umum 2008 di mana gabungan itu kalah teruk kepada pembangkang.

lim keng yaikDalam ucapan dasarnya di forum awam mengenai kewangan, Lim berkata keputusan pilihanraya kecil Selasa lalu menjadi petanda apa yang rakyat harapkan kepada BN.

"Jika perdana menteri tidak ikut jejak bapanya, maka BN akan berdepan dengan kesukaran dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang," katanya.

Najib yang mengambil alih kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Jumaat lalu, mengumumkan kabinet barunya semalam, yang turut dianggotai oleh Presiden Gerakan, Dr Koh Tsu Koon.

Dr Koh, bekas ketua menteri Pulau Pinang, turut dilantik walaupun tewas dalam pilihanraya umum lalu. Beliau dilantik sebagai senator semalam bersama lima orang lagi yang turut dilantik menganggotai kabinet baru Najib.

KEMANA NIZAR SELEPAS BUKIT GANTANG

Selepas memporakperanda kan negeri Perak kemana pula haluan Nizar selepas memenangi kerusi Pasrlimen Bukit Gantang.Dengan meninggalkan titik hitam dalam sejarah pemerentahan negeri Perak Nizar ibarat cuci tangan dengan meningalkan segala kemusnahan untuk dibaik pulih oleh Dr Zambry.Tidak ada dalam sejarah melayu Perak seorang MB berseteru dengan Sultan dan Nizar menjadi juara kerana berjaya sebagai seorang penderhaka.

Sebagai seorang Melayu yang prihatin dengan situasi politik terkini, saya berasa amat risau. Risau melihatkan betapa Melayu kini tidak lagi segan silu menggadai maruah bangsa dan agama semata-mata untuk beroleh kemenangan. Melihatkan ADUN Pantai Remis membaca surah yang menurut beliau Surah Aura, yang tidak pernah wujud pun di dalam al-Quran, dan dengan bacaan yang sama sekali salah dan memalukan dalam satu majlis kempen di Bukit Gantang, begitu memilukan hati. Pilu apabila tiada seorang pun ahli Pas yang tampil untuk membetulkan kesalahan ADUN DAP itu sebaliknya bertepuk tangan tanda gembira kalam Allah dipermainkan.

Situasi politik di negara ini pada hemat saya semakin buruk dan membimbangkan. Bukan Melayu semakin berani mempersoalkan hak keistimewaan bangsa Melayu, sesuatu yang jarang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12. Malahan kedudukan Islam sebagai agama rasmi juga berani diganyang oleh pihak-pihak tertentu. Malang sekali apabila tindakan ini turut didalangi bangsa Melayu beragama Islam.

Soalan saya, adakah bangsa Melayu Islam sudah bersedia untuk kehilangan hak dan keistimewaan? Isu ini amat membimbangkan saya, apatah lagi melihat rakan pakatan DAP, iaitu Pas, sebagai Parti Islam menikus apabila berhadapan dengan DAP mengenai isu Islam dan hak Melayu.

Kebimbangan saya semakin terbukti apabila melihat kesediaan Datuk Seri Nizar Jamaludin dipergunakan oleh DAP untuk menderhakai Sultan Perak dalam peristiwa hitam baru lalu. Nizar bukan saja dipuji oleh ahli Pas, malah dianggap hero yang memperjuangkan keadilan oleh rakan sekutu mereka, DAP.Drama di Perak memperlihatkan 'ketaksuban sehingga membutakan mata' orang Melayu yang menyokong pembangkang, sehingga tidak mampu lagi berfikir secara waras, malah hingga sanggup berbaring di tengah jalan.

Saya tertanya-tanya, tidak mampukah mereka mengira berapa ramaikah Exco DAP yang menguasai pentadbiran Perak,dan berapa ramaikah exco Pas? Ternyata, minda mereka tidak mampu lagi berfikir siapa sebenarnya yang menguasai Perak semasa pemerintahan pakatan pembangkang sebelum BN mengambil alih kuasa di Perak dua bulan lalu.

Kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebenarnya menggambarkan bahawa undi bukan Melayu sentiasa bersatu, kerana mereka jelas dengan matlamat dan agenda mereka. Undi Melayu pula dipecahkan oleh emosi dan kedangkalan pemikiran sesetengah Melayu yang gagal menafsir agenda tersembunyi parti serpihan PAP dari Singapura, DAP, yang sentiasa membayangi Pas dalam kempen di Bukit Gantang.

Dengan kehadiran Nizar diPusat apakah nanti DAP akan bertambah taringnya untuk terus mempergunakan Nizar bagi bagi menjahanamkan agama Islam.Mungkin selepas ini PAS boleh menggunakan Nga Kor Ming untuk membaca kutbah jumaat dan mungkin juga Nga akan lebih berani dengan mengatakan beliau juga mampu mengeluarkan fatwa yang boleh diterima TG Nik Aziz.Ini kerana PAS sentiasa mempertahan dan mempercayai Nga dari mempercayai Mufti di negara ini.Inilah sikap PAS yang baik(halal) kalau menyokongnya dan buruk (haram) siapa membantahnya.

Selagi Pas sentiasa bersama DAP orang orang melayu akan terus ketinggalan baik dari apa saja DAP akan terus mendampingi PAS kerana bagi DAP kerjanya semakin mudah untuk melemahkan melayu dan Islam.

AKHIR SEKALI MARILAH KITA RENUNG RENUNG KAN DAN LU PIKIR LA SENDIRI

Khamis, 9 April 2009

MELAYU BUKIT GANTANG TIDAK MERESTUI KEMENANGAN NIZAR

Keputusan sudah dibuat dan akhirnya Nizar berjaya memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang walau dengan perbezaan undi yang tidak berapa besar.Ini kerana kalau dianalisis keputusan nya sebenarnya orang melayu di Bukit Gantang tidak dapat menerima dan merestui Nizar sebagai pemimpin mereka. Orang melayu sebenarnya masih terluka dengan tindakan Nizar yang keterlaluan kerana sanggup menderhaka pada Raja Raja melayu terutama pada Raja Perak.

Orang melayu Bukit Gantang bulat bulat menolak Nizar kerana tidak mahu Nizar akan menjadi lebih besar kepala kerana orang melayu sudah faham siapa dibelakang Nizar.Tiada siapa pun yang boleh menegur Nizar baik Sultan Perak hatta sekalipun.Nizar lupa siapa yang menjadikan dia sekarang kalau bukan Sultan yang melantiknya menjadi MB Perak.

Nizar tahu yang beliau tidak akan mendapat jawatan MB sekiranya bukan sokongan dari DAP.Itulah sebabnya Nizar akan buat apa saja untuk membalas budi yang telah DAP taburkan pada Nizar.Dengan ini memperlihatkan matlamat mereka untuk menutup terus peluang orang Melayu dan Islam di negeri ini untuk maju dari segi ekonomi akan berjaya.

Malah prinsip Pas yang selama ini tidak bekerjasama dengan DAP juga seolah-olah dilupakan semata-mata ghairah untuk berkuasa sekalipun terpaksa menggadai nasib orang Melayu di Perak.Ini lah perjuangan Nizar.Pangkat adalah keutamaanya walaupun yang di korbankannya adalah bangsanya sendiri.

Jelas, Nizar lebih mengutamakan kepentingan kaum Cina semasa berkuasa dan mengabaikan kepentingan kaum lain terutama kaum Melayu, justeru seluruh umat Melayu terutama di Perak harus sedar bahawa mereka telah tersalah memilih pemimpin.Tidak salah sekiranya saya mengatakan mereka yang telah mengundi Pas telah melakukan dosa yang amat besar terhadap orang Melayu!

Saya masih ingat fatwa Haji Abdul Hadi Awang, yang menghukum orang UMNO sebagai kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi fikirlah apakah status pemimpin-pemimpin Pas yang bekerjasama dengan golongan kafir sekarang?Kepada wakil rakyat Pas di Perak, ingatlah balasan Allah kepada mereka yang bekerjasama dengan musuh Islam untuk menghancurkan Islam dan ingatlah betapa besarnya dosa anda kepada kami umat Islam di Perak seandainya anda masih tegar dengan niat anda.Apa sudah nak jadi dengan pemimpin Melayu? Di Perak, pemimpin Melayu Pas menjaga kebajikan kaum Cina dan meminggirkan untuk membela orang orang melayu,kemana orang melayu hendak pergi kalau pemimpin yang mengaku pejuang Islam tidak memperdulikan orang orang melayu.Akan menjadi melayu merempatlah orang orang melayu Bukit Gantang dibumi sendiri.

Tapi ALLAH maha kaya,kerajaan yang menzalimi bangsa nya sendiri telah tersungkur kerana kerakusan diri...Inilah balasan dari orang melayu Islam yang selama ini menyokong perjuangan PAS yang bertunjangkan Islam,tapi rupa rupanya hanya bertunjangkan kuasa yang tamak.

Kepada orang melayu Bukit Gantang teruskan perjuangan menetang kezaliman yang telah dilakukan PAS dan sekutunya DAP.Terima kasih pada semua yang mengundi BN dan Umno sendiri akan terus membela nasib anak bangsa yang dipinggirkan.

KITA RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI

SATU TUJUAN SATU PERJUANGAN SATU WAWASAN malaysiakini

najib announce new cabinet lineup 090409 05najib announce new cabinet lineup 090409 02













Senarai lengkap kabinet 2009
Apr 9, 09 12:03pm

kemaskini 4.34pm Berikut senarai lengkap barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak yang diumumkan selepas jam 3 petang di pejabatnya di Putrajaya.

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

KEMENANGAN NIZAR TIDAK MELEMAHKAN UMNO

walau pun BN gagal untuk merampas Parlimen Bukit Gantang tapi Umno menang kerana berjaya menambah undi orang melayu.Ini membuktikan orang melayu sebenarnya menolak Nizar .Jumlah pengundi Melayu yang menyokong Pas merosot kepada 43 peratus pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang semalam berbanding 47 peratus dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Hanya 15% kaum cina mengundi Barisan Nasional kali ini berbanding 30% pada 2008. Dianggarkan 9, 500 orang pengundi kaum Cina dan 1, 500 orang pengundi kaum India mengundi Pas kali ini. BN hanya menerima 1, 500 dan 500 undi. Ini bermakna pengundi bukan Melayu secara jelas masih menolak BN. Beberapa isu yang mungkin menarik undi kaum Cina terhadap YB Nizar termasuklah isu tanah dan juga sokongan simbolik kaum tersebut kepada perjuangan DAP yang sebelum ini menguasai kerajaan negeri Perak.

Di pihak BN pula jelas menunjukkan UMNO semakin mendapat sokongan kuat orang Melayu. Daripada 14, 500 pengundi Melayu yang menyokong BN pada 2008, kali ini ia bertambah 2, 500 undi lagi menjadikan 17, 000 pengundi Melayu mengundi Barisan Nasional. Pas pula kehilangan 1, 500 undi Melayu pada pilihan raya kecil kali ini. Pada 2008 Pas menerima 11, 500 undi dan kali ini hanya 9, 500 undi.

Sokongan pengundi Melayu yang cenderung ke arah BN bersandarkan beberapa isu termasuk tindak tanduk Pas ketika memerintah Perak yang tidak digemari oleh orang Melayu serta tarikan kepimpinan baru UMNO.

Jadi terbukti yang orang melayu Bukit Gantang menolak Nizar kerana mereka merasakan tindakan Nizar selama ini tidak langsung membantu ekonomi orang orang melayu.Dengan sokongan ini akan mengukuhkan Umno di Bukit Gantang dan tidak mustahil dalam pilihanraya akan datang ianya akan memihak semula pada Umno.

Dengan kemenangan Nizar apakah akan ada lagi pemberian tanah pada kampong baru terutama di Bukit Gantang.Diharap ianya tidak akan berlaku di Bukit Gantang.

APA KAH BENAR NIZAR HANYA MENJADI KUDA TUNGANGAN

Dari seorang Adun sekarang Nizar sudah menjadi seorang ahli Parlimen.Sesudah diperingkat Negeri Nizar dipergunakan apakah diperingkat nasional juga Nizar rela digunakan untuk memuaskan nafsu politik sekutunya.Mereka juga mula berjaya menjadikan segelintir orang Melayu menderhaka kepada Sultan.

Apa yang Nizar lakukan selama berkuasa di Perak.Tiada satu pembangunan yang dibuat untuk kebaikan rakyat apatah untuk bangsa melayu.Kenapa ini terjadi?Sebab Nizar hanya pada nama saja MB Perak Tapi bukan Nizar yang memutuskan semua keputusan.Pemimpin DAP mungkin masih terus bertepuk dan ketawa berdekah-dekah. Tanpa bersusah payah, mereka berjaya memporak-perandakan hubungan penduduk Melayu Perak.

Mereka tahu ada Melayu yang boleh dipergunakan untuk kepentingan mereka. Mereka tidak perlu turun padang kerana pasti ada Melayu yang akan mengikut telunjuk.Inilah padahnya apabila ada orang Melayu yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya bukan sahaja 'diperkudakan.'

Siapa bekas Menteri Besar Perak yang diperkudakan DAP? Tentunya orang Melayu. Siapa pula kumpulan perusuh jalanan yang berjubah, berserban, bertudung yang dijadikan 'balaci' DAP? Pastinya, orang Melayu juga.Ada orang lain turut serta? Tidak. Mereka tahu waktu itu mereka perlu bekerja mencari rezeki menyara keluarga.

Sebenarnya ramai yang terlalu kecewa melihat Melayu diperlakukan sedemikian rupa. Lebih mengecewakan apabila Nizar bukan sahaja dipergunakan sewaktu menjadi Menteri Besar malah berlarutan sehingga kini.Apakah sesudah bergelar ahli parlimen Nizar akan diperkudakan juga keperingkat yang lebih tinggi lagi.Dulu hanya peringkat negeri sahaja dan sekarang ada harapan untuk keperingkat nasional pula.

Sedangkan, beliau bukan sahaja berupaya membebaskan diri dan biarlah hanya sekali pemimpin Melayu Perak dijadikan kuda tunggangan.Apa yang berlaku kepada Nizar mungkin menjadi contoh terbaik untuk direnungkan. Ketika Sultan Perak perkenan melantik beliau sebagai Menteri Besar tahun lalu, keputusan itu dianggap bijak dan adil. Tetapi minggu lalu, Sultan yang sama dituduh membuat keputusan yang tidak adil, berat sebelah serta bertindak melampaui kuasa.

Apabila Melayu sudah berani mempertikaikan Sultan maka peluang ini digunakan sepenuhnya oleh orang lain untuk memperkecilkan Raja Melayu. Namun, kita patut bersyukur kerana masih ada perkumpulan Melayu yang tidak sanggup membiarkan Raja dicabar sedemikian rupa.

Di manakah letaknya nilai kesanggupan Nizar menerima realiti? Adakah hanya kerana keputusan Raja tidak menyebelahinya maka Raja harus disanggah? Sikap tidak dapat menerima kenyataan itu juga menimbulkan persoalan yang lebih besar iaitu apakah Nizar tidak boleh menerima qada dan qadar Allah?

Ketika dilantik sebagai Menteri Besar, terucap di bibirnya bahawa pelantikan itu adalah ketentuan Allah. Pelantikan itu kemudiannya dijadikan modal oleh pemimpin Pas bahawa perjuangan untuk memerintah Perak mendapat keredaan Tuhan.

Namun kini Nizar tidak dapat menerima kenyataan dan tindakan ini menggambarkan beliau bukan sahaja tidak dapat menerima kenyataan bahkan tidak reda dengan ujian Allah.Amat malang sekali apabila pemimpin Pas tidak menyedari bahawa tindakan menderhaka kepada Sultan dan orang Melayu adalah satu dosa.Prinsip Islam bagi Pas sudah diubah begitu jauh sehingga menjadikan mereka begitu taksub. Apa yang mereka lakukan semuanya dianggap betul dan baik biarpun terpaksa menjadikuda yang ditunggang oleh orang lain.

KEPADA PENDUDUK BUKIT GANTANG APA YANG DIPILIH ADALAH PILIHAN KITA DAN KITA HARUS TERIMA APA SAHAJA BAIK ATAU BURUK.KITA RENUNG RENUNG KAN LAH.....LU PIKIR LA SENDIRI.

Rabu, 8 April 2009

KENAPA MELAYU BUKIT GANTANG MENOLAK NIZAR

Sudah dikatakan tadi,kemenangan Nizar banyak dipengaruhi oleh undi cina,tapi kenapa orang melayu menolak Nizar?Susah juga untuk merungkai persoalan ini .Mungkin Nizar ada keturunan cina keberangkalian orang melayu menolak Nizar,mungkin ya atau tidak...Tapi sebagai majoriti di Bukit Gantang orang melayu merasakan Nizar telah banyak melakukan kesilapan pada orang melayu Perak.

Mungkin bagi Nizar ini tidak penting kerana beliau telah pun menang dan tidak perlu untuk membuat analisis kenapa bangsa sendiri menolak nya.Saya bukan anti pada Nizar tapi sebagai bangsa melayu saya juga bangga seorang anak melayu berjaya sebagai pemimpin.Tapi kita juga tidak mahu seorang pemimpin melayu meminggirkan bangsanya sendiri kerana mahu mendapatkan simpati pengundi bangsa lain.

Rasanya tak perlula saya huraikan kenapa orang melayu Bukit Gantang menolak Nizar,Kebanyakan kita sudah mengetahui dan faham sejak Nizar menjadi MB Perak ada beberapa perkara yang kurang disenangi oleh orang melayu atas tindakan Nizar yang banyak menguntungkan satu kaum sahaja.

Bagi saya pembaca sudah memahami akan beberapa perkara yang tidak memuaskan hati orang melayu terutama melibatkan Raja Raja Melayu .Sebagai jalan terbaik diharap Nizar tidak meminggirkan atau menolak ketepi apa jua keresahan orang melayu.Kalau dapat Nizar mengatasi perkara yang menjadi pokok Insyallah suatu hari nanti orang orang melayu akan kembali menerima beliau.MUNGKIN JUGA SATU HARI NANTI SAYA JUGA TERGERAK HATI UNTUK MENERIMA NIZAR SEBAGAI PEMIMPIN.KEMUNGKINAN....

Bagi saya kemenangan Nizar adalah satu proses demokrasi yang tulin.Tentu Pas juga sependapat yang kemenangan Nizar satu proses demokrasi,tapi jangan la sekiranya BN memenangi prk akan ada satu tuduhan yang BN mengunakan pengundi hantu.

Akhir sekali taniah pada semua yang menang dan bagi BN perjuangan sentiasa didahulukan.Pada seluruh rakyat Malaysia marilah kita bersama dengan PM kita untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.

Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional.

KITA RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI

NIZAR MENANG KERANA UNDI CINA




Barisan Nasional (BN) menepati ramalan apabila berjaya mengalahkan Parti Keadilan Rakyat bagi pilihan raya kecil DUN Batang Ai, Sarawak dengan majoriti 1,854 undi.

Bagaimanapun harapan untuk menyaksikan BN merampas semula Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak kesampaian. BN tewas di Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi dan Bukit Selambau pula dengan 2,403 undi.

Berdasarkan kepada pecahan undi yang diperolehi BN di Bukit Gantang, undi yang diperolehi oleh calon BN, Ismail Saffian bertambah sebanyak 622. Manakala undi calon PAS yang diwakili oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin meningkat kepada 1,845.

Pertambahan undi dan majoriti di Bukit Gantang itu disumbang oleh peningkatan hampir 3% atau 1,327 pengundi yang keluar mengundi.Pada pilihan raya kecil kali ini 75.1 peratus atau 41,626 orang daripada 55,462 orang telah menunaikan tanggungjawab mereka berbanding 72.65% atau 40,299 pengundi.

Daripada pertambahan undi tersebut, BN memperolehi tambahan undi sebanyak sekitar 60 undi dari DUN Kuala Sepetang yang majoriti pengundinya terdiri dari kaum Cina berbanding undi yang diperolehi pada pilihan raya umum Mac 2008. DUN Changkat Jering dan DUN Trong pula menyumbang pertambahan lebih 500 undi.

Kemampuan calon BN menambah undi di DUN Changkat Jering mempunyai makna tersendiri kerana ia tidak mencerminkan bantahan rakyat kepada keputusan ADUN kawasan berkenaan Kapten (B) Osman Jailu yang meningggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.

Manakala PAS pula selain turut mendapat pertambahan undi daripada kawasan majoriti pengundi Melayu iaitu DUN Changkat Jering dan Trong sekitar 800 undi.

Pertambahan paling ketara diperolehi PAS ialah daripada DUN Kuala Sepetang, di mana pengundinya majoriti kaum Cina iaitu kira-kira 1,000 undi.

Berdasarkan senario tersebut, isu BN menumbangkan ‘kerajaan Cina’ dipelopori oleh DAP yang pegang kerusi terbanyak dikalangan pembangkang di Perak memang menjadi faktor menyebabkan mereka memberikan undi kepada PAS.

Ia tanda jelas sentimen tebal mereka terhadap hal berkenaan itu.Kelebihan para pengundi Cina di Bukit Gantang ialah mereka menjadi ' undi penentu ' diketika sokongan pengundi Melayu terhadap BN dan PAS tidak banyak berubah.

Mengulas mengenai faktor pengundi Cina tidak memilih BN, Timbalan Presiden UMNO pada sidang medianya Selasa malam memberitahu, BN akan menubuhkan pasukan bebas bagi membuat ‘bedah siasat’ terhadap keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang secara menyeluruh.

Manakala Nizar pula dalam reaksinya menyifatkan keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang itu sebagai pengktirafan kepada kerajaan campuran pembangkang sebelum ini .

Sementara itu bagi DUN Bukit Selambau, PKR menang dengan majoriti 2,403 undi. Calon parti itu memperolehi 12,263 undi berbanding Datuk S.Ganesan yang dapat 10,229 undi.

Kesemua 13 calon Bebas yang turut bertanding memperolehi undi terkumpul sebanyak 1,326 undi dan hilang deposit

UMNO ,PKR DAN PAS SEMUA MERASA

Tidak ada satu parti pun yang menang dan kalah,semuanya dapat balik apa lagi yang nak di megahkan samaada Umno menang besar ,Pas terlalu kuat ,Pkr tak terdaya di kuburkan,semuanya dapat apa yang didapat semasa pru 12 lalu.

Kepada yang menang taniah kerana mendapat kepercayaan rakyat dan yang kalah ,teruskan perjuangan kerana perjuangan tidak terhenti disini saja dan ianya tetap diteruskan walau ianya pahit untuk ditelan.Selama ini pun Umno sudah merasai kekalahan dan akan tetap akan bangkit dalam mana mana pr pada masa akan datang..Calon anak tempatan yang dikemukakan oleh Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian gagal menyaingi populariti calon Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin - yang menjadi Menteri Besar Perak selama 11 bulan.

Taktik pembangkang melepaskan peluru penabur di saat-saat akhir dengan mensasarkan serangan peribadi kepada Ismail pada malam sebelum pengundian - sehingga tidak memberi peluang kepada beliau untuk membela diri - sedikit-sebanyak memberi kesan kepada pengundi Melayu atas pagar di kawasan Parlimen ini.

Walaupun perkembangan dua tiga hari sebelum tarikh pengundian menunjukkan seolah-olah angin perubahan telah melanda kem BN khususnya kalangan masyarakat Cina tetapi realitinya tidak begitu.Disangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di Taiping. Bandar warisan tempat penjumlahan undi bagi pilihan raya kecil P059 ini memang hujan setiap hari.

Sambutan hangat kepada program yang dihadiri Pengarah Pilihan Raya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Kuala Sepetang, tidak diterjemahkan dalam bentuk undi.

Analisis daripada kekalahan BN di Bukit Gantang, satu faktor patut menjadi renungan BN khususnya parti-parti komponen - MCA dan Gerakan - bahawa majoriti pengundi Cina tidak memihak kepada mereka lagi.Namun tentulah tidak adil untuk meletakkan kesalahan 100 peratus kepada kedua-dua parti itu sahaja. Hanya persoalannya, ke mana undi para penyokong BN yang kecewa dengan fenomena pada 2008 dan dikatakan sudah kembali menyokong BN.

Mungkin gagasan yang dibawa oleh Najib masih terlalu baru untuk diserap oleh rakyat di negeri ini. Tambahan pula rakyat Perak masih keliru dengan krisis kerajaan negeri yang berlarutan sejak hujung tahun lalu.Menjadi adat bertanding. Ada menang dan ada yang kalah. Tetapi yang menang tidaklah boleh mendabik dada bahawa mereka menang kesemuanya.

Bagi BN yang kalah, masih ada harapan untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada parti tersebut. Pilihan raya adalah satu proses demokrasi.PRU Ke-13 masih jauh lagi. Najib bersama saf kepimpinan baru yang bakal diumumkan nanti mempunyai masa untuk meyakinkan rakyat agar mempercayai konsep 'parti, rakyat, kerajaan' serta gagasan 'Satu Malaysia' yang menjanjikan kestabilan dan kemakmuran kepada negara.

Walaupun BN kalah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, perkara penting yang perlu kita lakukan ialah meneruskan apa yang telah dirancangkan sebelum ini termasuk program pembangunan untuk rakyat di sana dan terima kasih kepada pengundi-pengundi di Batang Air yang beri sokongan pada BN. Ini menampakkan kepercayaan tinggi rakyat di kawasan itu dan mereka tidak terpikat dengan isu serta sentimen semata-mata, mereka menilai dengan baik apa yang berlaku di kawasan itu.Pada masa yang sama BN yakin walaupun kalah di kedua-dua kawasan tersebut, rakyat tidak menolak BN secara total.

Akhirb sekali kepada semua bloggers teruskan perjuangan dengan hati nurani yang murni.jumpa lagi di lain PR .LU PIKIR LA SENDIRI

Selasa, 7 April 2009

PAS hampiri kemenangan di Bukit Gantang

8.20pm Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022. PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi. Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi.

PAS, PKR di depan, BN menang

PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi. Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.

PAS, PKR di depan, BN menang

Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,200 undi.

PAS, PKR, BN mendahului

Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,577 undi. PAS 14,720 undi, BN 12,143 dan bebas 32 undi.

PAS, PKR, BN mendahului

Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,380 undi. PAS 13,571 undi, BN 11,191 dan bebas 31 undi.

PAS HARUS PECAT NIZAR

Sekira nya takdir menyebelahi Nizar atau nasibnya akan tersungkur hanya akan dapat diketahui pada malam ini sebaik semua kertas undi habis dikira.Tapi sepanjang kempen di Bukit Gantang banyak diperkatakan PAS dan diri Nizar sendiri telah membenarkan puak puak(rakan-rakan karib) menggunakan ayat ayat suci Al Quran dengan sewenang wenangnya dan seluas luasnya tanpa ada sebarang rasa bersalah kepada umat Islam yang tersinggung dan terhina .

Ini diakui oleh Nga Kor Ming yang mendakwa kononnya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahunya bahawa beliau boleh memetik ayat al-Quran walaupun beliau bukan beragama Islam.Tok guru Nik Aziz sendiri telah menjelaskan kepada saya bahawa memetik ayat Quran tidak bersalah.

Sepatutnya perkara sebegini tidak akan berlaku seandainya Nizar mahu pun PAS sendiri tidak meletakan Nga sebagai penceramah apatah lagi menyentuh perihal agama Islam .Tapi untuk meraih sokongan rakyat perkara sebegini ditolak tepi dan Pas yang mengamalkan fahaman 'halalku wa harammu' merelakan orang bukan Islam berkempen menggunakan ayat suci al-Quran walaupun perbuatan tersebut disifatkan sebagai satu penghinaan kepada umat dan ajaran Islam sebagaimana dinyatakan oleh Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria.

Ini lah sikap Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dan perkara ini memang sudah dijangka kerana individu yang memperalatkan ayat suci al-Quran untuk meraih undi orang Melayu itu ialah di kalangan pemimpin DAP yang menjadi rakan kepada parti PAS.

Keengganan Pas menyatakan sokongannya secara terang-terangan kepada tindakan pemimpin DAP itu memang difahami kerana mereka tidak mahu isu itu menjejaskan sokongan pengundi Melayu kepada parti itu.Namun demikian, dengan berdiam diri dan menganggap apa yang dilakukan oleh Kor Ming itu bagus, ia merupakan satu mesej yang jelas bahawa Pas menyokong tindakan memperalatkan agama untuk kepentingan politik seperti yang dilakukan oleh Pas selama ini walaupun oleh golongan kafir.

Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh pemimpin DAP ini lebih teruk kerana menggunakan ayat al-Quran sedangkan mereka tidak beriman dengan kitab suci itu, apatah lagi mengakui Allah sebagai Tuhan Yang Esa.Lebih dikesalkan, ada orang Islam yang hadir pada ceramah itu bertepuk tangan dan bersorak gembira selepas Kor Ming membaca ayat al-Quran walaupun salah.

Apa yang berlaku ini sangat menyedihkan kerana belum pernah ada orang bukan Islam di negara ini berani mempersendakan Islam selama ini tetapi banyak berlaku sekarang termasuk penggunaan istilah Allah untuk merujuk kepada Tuhan penganut Kristian serta penghinaan ke atas Sultan dan Mufti Perak.Itulah pendekatan yang digunakan oleh Pas untuk meracuni pemikiran orang Islam untuk 'menghalalkan' apa saja yang dilakukan oleh parti itu dan rakannya demi survival politik mereka.

Jadi apa jua keputusan malam nanti PAS harus menolak Nizar kerana Nizar sudah banyak melakukan kesalahan besar yang tidak dapat dimaafkan oleh orang melayu.Orang melayu sudah tidak dapat menerima seorang yang telah menderhaka,membenarkan bukan beragama Islam mempersenda ayat2 suci AL QURAN dan sebagai jalan penyelesaian wajar Nizar dipecat dari PAS.Semoga PAS bersih dari sebarang penderhaka.

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH