tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 9 April 2009

APA KAH BENAR NIZAR HANYA MENJADI KUDA TUNGANGAN

Dari seorang Adun sekarang Nizar sudah menjadi seorang ahli Parlimen.Sesudah diperingkat Negeri Nizar dipergunakan apakah diperingkat nasional juga Nizar rela digunakan untuk memuaskan nafsu politik sekutunya.Mereka juga mula berjaya menjadikan segelintir orang Melayu menderhaka kepada Sultan.

Apa yang Nizar lakukan selama berkuasa di Perak.Tiada satu pembangunan yang dibuat untuk kebaikan rakyat apatah untuk bangsa melayu.Kenapa ini terjadi?Sebab Nizar hanya pada nama saja MB Perak Tapi bukan Nizar yang memutuskan semua keputusan.Pemimpin DAP mungkin masih terus bertepuk dan ketawa berdekah-dekah. Tanpa bersusah payah, mereka berjaya memporak-perandakan hubungan penduduk Melayu Perak.

Mereka tahu ada Melayu yang boleh dipergunakan untuk kepentingan mereka. Mereka tidak perlu turun padang kerana pasti ada Melayu yang akan mengikut telunjuk.Inilah padahnya apabila ada orang Melayu yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya bukan sahaja 'diperkudakan.'

Siapa bekas Menteri Besar Perak yang diperkudakan DAP? Tentunya orang Melayu. Siapa pula kumpulan perusuh jalanan yang berjubah, berserban, bertudung yang dijadikan 'balaci' DAP? Pastinya, orang Melayu juga.Ada orang lain turut serta? Tidak. Mereka tahu waktu itu mereka perlu bekerja mencari rezeki menyara keluarga.

Sebenarnya ramai yang terlalu kecewa melihat Melayu diperlakukan sedemikian rupa. Lebih mengecewakan apabila Nizar bukan sahaja dipergunakan sewaktu menjadi Menteri Besar malah berlarutan sehingga kini.Apakah sesudah bergelar ahli parlimen Nizar akan diperkudakan juga keperingkat yang lebih tinggi lagi.Dulu hanya peringkat negeri sahaja dan sekarang ada harapan untuk keperingkat nasional pula.

Sedangkan, beliau bukan sahaja berupaya membebaskan diri dan biarlah hanya sekali pemimpin Melayu Perak dijadikan kuda tunggangan.Apa yang berlaku kepada Nizar mungkin menjadi contoh terbaik untuk direnungkan. Ketika Sultan Perak perkenan melantik beliau sebagai Menteri Besar tahun lalu, keputusan itu dianggap bijak dan adil. Tetapi minggu lalu, Sultan yang sama dituduh membuat keputusan yang tidak adil, berat sebelah serta bertindak melampaui kuasa.

Apabila Melayu sudah berani mempertikaikan Sultan maka peluang ini digunakan sepenuhnya oleh orang lain untuk memperkecilkan Raja Melayu. Namun, kita patut bersyukur kerana masih ada perkumpulan Melayu yang tidak sanggup membiarkan Raja dicabar sedemikian rupa.

Di manakah letaknya nilai kesanggupan Nizar menerima realiti? Adakah hanya kerana keputusan Raja tidak menyebelahinya maka Raja harus disanggah? Sikap tidak dapat menerima kenyataan itu juga menimbulkan persoalan yang lebih besar iaitu apakah Nizar tidak boleh menerima qada dan qadar Allah?

Ketika dilantik sebagai Menteri Besar, terucap di bibirnya bahawa pelantikan itu adalah ketentuan Allah. Pelantikan itu kemudiannya dijadikan modal oleh pemimpin Pas bahawa perjuangan untuk memerintah Perak mendapat keredaan Tuhan.

Namun kini Nizar tidak dapat menerima kenyataan dan tindakan ini menggambarkan beliau bukan sahaja tidak dapat menerima kenyataan bahkan tidak reda dengan ujian Allah.Amat malang sekali apabila pemimpin Pas tidak menyedari bahawa tindakan menderhaka kepada Sultan dan orang Melayu adalah satu dosa.Prinsip Islam bagi Pas sudah diubah begitu jauh sehingga menjadikan mereka begitu taksub. Apa yang mereka lakukan semuanya dianggap betul dan baik biarpun terpaksa menjadikuda yang ditunggang oleh orang lain.

KEPADA PENDUDUK BUKIT GANTANG APA YANG DIPILIH ADALAH PILIHAN KITA DAN KITA HARUS TERIMA APA SAHAJA BAIK ATAU BURUK.KITA RENUNG RENUNG KAN LAH.....LU PIKIR LA SENDIRI.

12 ulasan:

  1. Artikel yang panjang dan menarik utk dibaca (sahaja). Artikel ini tidak ada fakta langsung dan hanya layak utk bacaan hiburan. Penulis tak merujuk kepada fakta yg sedia ada spt masalah2 tanah2 orang Melayu yg telah diagihkan dan mendapat geran, masalah sekolah2 agama yg mendapat tanah, dll. Kalau setakat rujuk skabar dan kata Nizar tak buat apa...baik jgn tulis artikel. Nanti jadi satu lagi skabar aja...

    BalasPadam
  2. umno dah orang tak percaya....tak lama lagi mampus terus la umno tu

    BalasPadam
  3. Pasang surut arus politik bergantung kepada kebijaksanaan pengundi. Rakyat yang melantik mereka, rakyak juga yang menentukan "expiry date". Melayu tidak pernah bersatu dan tidak akan mungkin bersatu - kerana persatuan adalah berdasarkan keperluan atau memenuhi wasasan sendiri. Mimpi Pak Tani yang serba kekurangan, tak akan sama dengan mimpi peniaga atau kaum jutawan.

    BalasPadam
  4. x abis lg isu derhaka,yg madey derhaka hg x sbut pun,mlayu apa hg ni atau pun hg ni jnis mamak kuti jgak kot...
    apakah cara rampasan kuasa tu baik bg hg...
    kalu brani hg suruh pemimpin pujaan hg tu bubar dun perak...
    yg bapak tajul rosli tu derhaka hg x kata apa pun,yg pnggil agung natang di trengganu tu hg pun diam jgak,mlayu apa hg ni???
    hg kata nizar kuda tp hg tu bkn lembu ka???

    BalasPadam
  5. ulasan aku pun hg x pamirkan,x yah la hg nk suruh org komen kalu mcm ni...bacui...khak tuuiii...

    BalasPadam
  6. other than inciting hate against malaysians, i dont see any points

    BalasPadam
  7. Saya ingat Najib sudah cakap 'one Malaysia'...

    BalasPadam
  8. Ni satu lagi blok kepunyaan Barua UMNO!

    UMNO - Dulu, Kini dan Selama-lamanya KORUP!

    BalasPadam
  9. umno-bn mudah lupa....masih takder keberanian belajar kesilapan pru 12 2008....zaman politik perkauman dah berlalu...saluran 1 makin hari makin kurang....saluran 2,3,4,5,6 makin cerdik berpolitik....bagi ler basikal,beras,ringgit, tetap diorang ambil...undi ke pr juger..zaman mak ayah remaja dulu boleh ler kelentong....try harder bro...

    BalasPadam
  10. Ingat zaman kesultanan Melaka, golongan Mamak (zamry) memang lidah bercabang dan boleh memusnahkan negara.ka UMNO buat semua betul bagi tanah kepada cina, singapura dan sbg.Jika Kerajaan PR buat semuanya salah.Memang dasar Parti Perkauman terutamanya UMNO amat bahaya jika wujud di dunia ini.Tahniah Dato Sri Nizar atas kemenangan Rakyat di Bkt Gantang

    BalasPadam
  11. Kenapa lah melayu UMNO mengagung-agungkan melayu2 MAMAK (Madey Kutty dan Zambry) ni lagi??? No puns intended to all other MAMAKS in the country...

    BalasPadam
  12. tp sedar tak sedar, daripada 19,000 undi bn kebanyakkannya dari org melayu.. dan daripada 21,000 yang undi pas bnyk dibantu oleh cina dan india.. mengikut analisi, 80% chinese undi pas.. dan hanya sekitar 40% melayu mengundi nizar..

    so nampaknya bangsa sendiri tak percaya kt nizar haha.. nizar tukar logo la, jadi roket camni..

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH