tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 12 April 2009

DALAM MASA DUA TAHUN UMNO DAN BN AKAN MENJADI KUKUH

Muhyiddin tetapkan dua tahun kukuhkan BN, Umno

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menetapkan tempoh dua tahun untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) melaksanakan transformasi yang sesuai, dalam usaha mengukuh dan menguatkan kedudukan parti itu di mata rakyat.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, dalam tempoh itu, mereka harus mencari jalan untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan, bukan sahaja di kalangan orangorang Melayu, tetapi masyarakat umum, terhadap keupayaan Umno dan BN untuk terus menerajui negara.

"Orang bercakap mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

"Oleh sebab itu saya bagi masa tempoh tahun ini dan tahun depan, untuk melihat dari segi pendekatan apa yang hendak digunakan.

"Apa-apa pendekatan yang hendak digunakan, apa-apa bentuk perubahan pun kita harus mulakan seberapa segera, baik berhubung organisasi Umno, struktur atau program yang hendak dimulakan harus dimulakan secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis tahlil dan doa selamat selain meraikan kehadiran ahliahli Umno dari Bahagian Pagoh di kediamannya, di sini.

Muhyiddin telah diminta mengulas ucapan ringkasnya sebelum majlis itu yang menetapkan tempoh dua tahun untuk melaksanakan perubahan dalam parti, Umno dan BN, sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

Beliau berkata dalam tempoh itu, fokus utama adalah untuk memastikan kepimpinan di semua peringkat memahami hala tuju baru parti selain memberi perhatian kepada usaha memulihkan imej dan persepsi parti di khalayak umum.

"Saya tidak mahu rakyat tunggu agak lama, akan timbul kata-kata Umno belum berubah, akan timbul kenyataan bahawa BN seperti lama dulu. Wow factor yang saya sebut dulu masih tidak terserlah dan ini tidak baik dari segi parti kita," katanya sambil mengingatkan:

"...dalam tempoh dua tahun ini, Umno dan BN harus bekerja keras, meletakkan sasaran apa yang patut kita utamakan dan bagaimana (untuk memastikan) pimpinan parti di semua peringkat memahami aspirasi kerajaan dan dapat diterjemahkan perkara itu kepada ahli dan masyarakat.

"Kadang-kadang timbul keadaan di mana orang di atas cakap satu hal, di bawah tak faham maksud kita. Jadi kesan atau impak itu tak sebesar mana. Ini tidak baik bagi imej parti kita," katanya.

Muhyiddin berkata, walaupun tempoh pilihan raya umum kirakira empat tahun dari sekarang, tetapi dalam tempoh dua tahun ini adalah penting untuk membolehkan kepimpinan menilai tahap sokongan rakyat terhadap parti.

7 ulasan:

  1. Cakap banyak aje kau.Dah kalah dua Bukit masih mulut celupar dan bodoh..

    Anak Kampung Melayu,Penang

    BalasPadam
  2. Salam..
    Sy penyokong pembangkang, mohon izinkan sy bg pandangan kat sini.

    Semoga hasrat Tan Sri Muhyidin untuk melaksanakan transformasi UMNO tercapai dlm 2 tahun ini. Mohon pd semua ahli2 UMNO beri k/sama pd Tan Sri agar Parti UMNO ini menjadi parti yg kukuh.

    Sy nak bg pandangan lebih2 nnt ahli2 UMNo kata sy loghat... so tu jer ler dulu..

    BalasPadam
  3. nak tumpang gelap jab.

    HI HI HI HI HI HI HI HI

    BalasPadam
  4. Dua tahun lagi kami talkinkan UMNO...HE...HE

    BalasPadam
  5. Kesian Melayu UMNO. Masih tak sedar diri lagi. Majoriti orang melayu bukan UMNO dah benci dan meluat dengan pembohongan UMNO. Orang Melayu bukan UMNO dah celik tapi Melayu bukan UMNO masih tidur kerana telah terlalu lama leka dengan rasuah dan kekejaman. Melayu UMno adalah Melayu yang sombong dan tidak memahami makna Islam yang sejagat. Melayu Umno berpura pura mengamalkan islam hanya untuk memenuhkan poket poket mereka. UMNO tak akan kukuh tapi akan karam dalam 2 tahun lagi dengan izin Allah kerana sejarah telah membuktikan yang demikian. Yang kejam, rasuah, pembohong and hipocrite semuanya tidak akan kekal selamanya.Amen Dari Melayu tulen

    BalasPadam
  6. ..selepas 60 tahun, wajar lagikah UMNO menyakini sistem sekular dengan meminggirkan fikrah ISLAM???

    Apakah agaknya Allah akan tanya diAlam Barzakh & Di Padang Mashar nanti?

    BalasPadam
  7. hoho..yakin ke ni...aku xyakin la sb ahli2 umno pun skang ramai yg tlg benamkan umno lg...

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH