tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 10 April 2009

KEMANA NIZAR SELEPAS BUKIT GANTANG

Selepas memporakperanda kan negeri Perak kemana pula haluan Nizar selepas memenangi kerusi Pasrlimen Bukit Gantang.Dengan meninggalkan titik hitam dalam sejarah pemerentahan negeri Perak Nizar ibarat cuci tangan dengan meningalkan segala kemusnahan untuk dibaik pulih oleh Dr Zambry.Tidak ada dalam sejarah melayu Perak seorang MB berseteru dengan Sultan dan Nizar menjadi juara kerana berjaya sebagai seorang penderhaka.

Sebagai seorang Melayu yang prihatin dengan situasi politik terkini, saya berasa amat risau. Risau melihatkan betapa Melayu kini tidak lagi segan silu menggadai maruah bangsa dan agama semata-mata untuk beroleh kemenangan. Melihatkan ADUN Pantai Remis membaca surah yang menurut beliau Surah Aura, yang tidak pernah wujud pun di dalam al-Quran, dan dengan bacaan yang sama sekali salah dan memalukan dalam satu majlis kempen di Bukit Gantang, begitu memilukan hati. Pilu apabila tiada seorang pun ahli Pas yang tampil untuk membetulkan kesalahan ADUN DAP itu sebaliknya bertepuk tangan tanda gembira kalam Allah dipermainkan.

Situasi politik di negara ini pada hemat saya semakin buruk dan membimbangkan. Bukan Melayu semakin berani mempersoalkan hak keistimewaan bangsa Melayu, sesuatu yang jarang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12. Malahan kedudukan Islam sebagai agama rasmi juga berani diganyang oleh pihak-pihak tertentu. Malang sekali apabila tindakan ini turut didalangi bangsa Melayu beragama Islam.

Soalan saya, adakah bangsa Melayu Islam sudah bersedia untuk kehilangan hak dan keistimewaan? Isu ini amat membimbangkan saya, apatah lagi melihat rakan pakatan DAP, iaitu Pas, sebagai Parti Islam menikus apabila berhadapan dengan DAP mengenai isu Islam dan hak Melayu.

Kebimbangan saya semakin terbukti apabila melihat kesediaan Datuk Seri Nizar Jamaludin dipergunakan oleh DAP untuk menderhakai Sultan Perak dalam peristiwa hitam baru lalu. Nizar bukan saja dipuji oleh ahli Pas, malah dianggap hero yang memperjuangkan keadilan oleh rakan sekutu mereka, DAP.Drama di Perak memperlihatkan 'ketaksuban sehingga membutakan mata' orang Melayu yang menyokong pembangkang, sehingga tidak mampu lagi berfikir secara waras, malah hingga sanggup berbaring di tengah jalan.

Saya tertanya-tanya, tidak mampukah mereka mengira berapa ramaikah Exco DAP yang menguasai pentadbiran Perak,dan berapa ramaikah exco Pas? Ternyata, minda mereka tidak mampu lagi berfikir siapa sebenarnya yang menguasai Perak semasa pemerintahan pakatan pembangkang sebelum BN mengambil alih kuasa di Perak dua bulan lalu.

Kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebenarnya menggambarkan bahawa undi bukan Melayu sentiasa bersatu, kerana mereka jelas dengan matlamat dan agenda mereka. Undi Melayu pula dipecahkan oleh emosi dan kedangkalan pemikiran sesetengah Melayu yang gagal menafsir agenda tersembunyi parti serpihan PAP dari Singapura, DAP, yang sentiasa membayangi Pas dalam kempen di Bukit Gantang.

Dengan kehadiran Nizar diPusat apakah nanti DAP akan bertambah taringnya untuk terus mempergunakan Nizar bagi bagi menjahanamkan agama Islam.Mungkin selepas ini PAS boleh menggunakan Nga Kor Ming untuk membaca kutbah jumaat dan mungkin juga Nga akan lebih berani dengan mengatakan beliau juga mampu mengeluarkan fatwa yang boleh diterima TG Nik Aziz.Ini kerana PAS sentiasa mempertahan dan mempercayai Nga dari mempercayai Mufti di negara ini.Inilah sikap PAS yang baik(halal) kalau menyokongnya dan buruk (haram) siapa membantahnya.

Selagi Pas sentiasa bersama DAP orang orang melayu akan terus ketinggalan baik dari apa saja DAP akan terus mendampingi PAS kerana bagi DAP kerjanya semakin mudah untuk melemahkan melayu dan Islam.

AKHIR SEKALI MARILAH KITA RENUNG RENUNG KAN DAN LU PIKIR LA SENDIRI

18 ulasan:

  1. hoi bodoh,yg bapak tajol rosli ketika menjadi menteri besar menderhaka kat sultan smpai sultan tk cukur janggut tu mcm ner? bapak die mat salleh ke???ni ckp tk pernah menteri besar melayu menderhaka kpada sultan..pergi la baca sejarah elok2 ,,bodoh

    BalasPadam
  2. kecoh je bla derhaka kt sultan...tp btpa ramainya mnsia derhaka kt Tuhan, ..btpa ramai kt luar sana yg xikut perintah tuhan,xttp aurat,xamalkan cara hidup dan hukum islam..xde pn kecoh2.ni lah UMNO...lbh pntgkn bangsa daripada agama..

    BalasPadam
  3. Penulis artikel ini ketinggalan kapal. Masih berdendam dan hasad dengki pada Nizar. Pemikiran masih ditakuk lama dan mempercayai fitnah walaupun fakta-fakta telah dibentangkan.
    Tidak menghaitrankan kalau umno ditolak sepenuhnya pada PRU13 nanti kalau ahli-ahli umno mempunyai mentaliti begini. Dan tepat sekali, ahli-ahli umno kena fikir...atau lu fikirlah sendiri.

    BalasPadam
  4. Hentikanlah propaganda ini. Orang melayu kini bukannya bodoh seperti yang disangka kamu juak-juak umno. Kembali kepada azali. Perjuangkan islam itu.

    BalasPadam
  5. bukit teluk seraJumaat, 10 April, 2009

    tiada yg paling perit, melainkan sebuah parti berteras bangsa dan 'islam', tetapi padat sensasi dengan rasuah, nepotism, kronism. kalau org umno @ kamalfarsya tak ngaku benda ini, aku malu ngaku aku orang melayu. dan kalau kamu mengaku ini berlaku, baca perenggan di bawah.

    sebelum mengemop rumah orang lain yang lebih bersih, mop lah rumah sendiri. jangan mata melingas tengok buruk rumah orang, jika rumah sendiri penuh sawang, tikus dan lipas bermaharaja lela. ular sawa pun silap2 ada.
    kalau betul, sila baca semula perenggan atas.

    wassalam.

    BalasPadam
  6. Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah dijemput mengadap Sultan Azlan Shah 19 April depan
    untuk menghadiri majlis penganugerahan bintang-bintang kebesaran pada tarikh tersebut sempena sambutan keputeraan baginda baru-baru ini.

    BalasPadam
  7. Wa sudah renung, wa sudah fikir lama dah. Yang rosakkan agama bukannya DAP tapi UMNO sendiri!! Cakap tentang agama kan main, tapi penghayatan terhadap agama hampeh! Bila kalah mula la meracau- tk tentu pasal. Org tu salah, org ni tak betul. Yg sebonarnya kau tu yg tak boto.

    BalasPadam
  8. UMNO hebat ke dlm perjuangan mempertahankan agama?. Mana pergi tokoh agama dalam Umno di persada politik tanah air. Tokoh-tokoh seperti Dr Hamid Osman, Dr Yusuf Nor, Dr Abdullah Mohd Zin, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Datuk Awang Jabar, Datuk Ikhwan Nasir, Datuk Firdaus Ismail al-Hafiz, Nakhaei Haji Ahmad, Mustafa Taib, Datuk Dasuki, Mohd Nor Idris, Wan Mokhtar, ustazah Sharifah Dora. Tidak ada seorang pun tokoh agama yang dipilih dalam MKT Umno. Semua mereka ini sudah menjadi “kupang tembaga”. Jelas memang orang agama dalam Umno, hanya “boneka Umno” dan “kuda tunggangan Umno”

    BalasPadam
  9. UMNO kena tengok kesalahn sendiri jangan salahkan orang lain. Lihat ketrampilan Nizar jauh lebih baik dari Zamry. Walau pada hakikatnya Nizar baru dikenali baik dari Pas atau dari rakyat Malaysia seluruhnya. Mengenai Nizar derhaka atau tidak jangan setakat rujuk surah An-Nisa ayat 59. Tetapi kena rujuk case of law nya. Contoh engkar Ali pada perintah Usman. Engkar Fatimah binti Rasulullah dengan Abu Bakar. Engkar sahabat wanita dengan keputusan Umar. Engkar Imam Hanafi pada Khalifah Umaiyah dan juga Abbasiah dan menyokong Imam Zaid cucu Saidina Ali.

    BalasPadam
  10. wei, UMNO dah tadbir malaysia & perak selama 50 tahun, mengapa melayu masih ketinggalan???

    fikirlah sikit. jangan asyik mencetuskan isu perkuaman! cina juga rakyat malaysia bukan???

    sangat takut dekat cina ke??? mengapa???
    tolong jangan memalukan ajaran islam, boleh?

    BalasPadam
  11. Kamal,

    Anda berbicara sebagai nasionalis sama seperti nasionalis yahudi. Islam mengharamkan perjuangan berteraskan bangsa. Bukan salah nizar kerusi dun melayu sikit di perak. Hasil kerja terkutuk umno lah yang menyebebkan bangsa melayu taksub pada kebangsaan mengatasi taksub kepada Islam. Dalam ruang lingkup kemenangan PR di Perak, sultan telah menerima nizar sebagai MB yang sah melalui proses demokrasi tulen berbeza dengan muslihat licik UMNO menghelahkan rampasan kuasa dengan muslihat licik adun2 katak dan istana. Nizar tidak menderhaka kepada sultan tetapi mertahankan hukum keadilan, hak dan perlembagaan biarpun dituduh derhaka namun kamu sendiri pasti menerima tindakan memanda Tun Perak "menderhaka" terhadap titah sultan melaka dengan tidak membunuh tuah walau diperintah sultan. Namun tindakan tun perak akhirnya membuktikan sultan salah dan negara memerlukan pejuang tulen seperti tun perak kini iaitu nizar.

    Tanah yang nizar beri kepada cina adalah sebahagian kecil berbanding tanah2 yang diberi kepada warga Islam Perak itupun nizar beri kepada warga cina yang miskin. Inilah keadilan yang Islam tuntut dari seorang pemimpin yang beriman. Hak dan kewajipan adalah penting bagi seorang pemimpin beriman penuhi.

    Firman ALLAH yag mafhumnya
    "dan janganlah kebencian kamu kepada satu kaum memyebabkan kamu berlaku zalim. Berlaku adil lah kerana adil itu lebih hampir kepada taqwa"

    Kamu puak2 UMNO sudah melampau memainkan isu perkauman hingga melanggar hukum ALLAH SWT.

    UMNO lah yang berikan seluruh Genting kepada tauke judi. UMNO jugalah yang menyerahkan seluruh pulau singapura kepada lew kuan yew dan memenjarakan umat Islam singapura dibawah pemerintahan negara di luar tanah melayu.

    Kami tak akan lupa dosa2 UMNO...kami warga hamba ALLAH yang dahagakan keimanan dan ketaqwaan...Selamat tinggal assobiyyah dan nasionalis...

    BalasPadam
  12. Kamal,

    Anda berbicara sebagai nasionalis sama seperti nasionalis yahudi. Islam mengharamkan perjuangan berteraskan bangsa. Bukan salah nizar kerusi dun melayu sikit di perak. Hasil kerja terkutuk umno lah yang menyebebkan bangsa melayu taksub pada kebangsaan mengatasi taksub kepada Islam. Dalam ruang lingkup kemenangan PR di Perak, sultan telah menerima nizar sebagai MB yang sah melalui proses demokrasi tulen berbeza dengan muslihat licik UMNO menghelahkan rampasan kuasa dengan muslihat licik adun2 katak dan istana. Nizar tidak menderhaka kepada sultan tetapi mertahankan hukum keadilan, hak dan perlembagaan biarpun dituduh derhaka namun kamu sendiri pasti menerima tindakan memanda Tun Perak "menderhaka" terhadap titah sultan melaka dengan tidak membunuh tuah walau diperintah sultan. Namun tindakan tun perak akhirnya membuktikan sultan salah dan negara memerlukan pejuang tulen seperti tun perak kini iaitu nizar.

    Tanah yang nizar beri kepada cina adalah sebahagian kecil berbanding tanah2 yang diberi kepada warga Islam Perak itupun nizar beri kepada warga cina yang miskin. Inilah keadilan yang Islam tuntut dari seorang pemimpin yang beriman. Hak dan kewajipan adalah penting bagi seorang pemimpin beriman penuhi.

    Firman ALLAH yag mafhumnya
    "dan janganlah kebencian kamu kepada satu kaum memyebabkan kamu berlaku zalim. Berlaku adil lah kerana adil itu lebih hampir kepada taqwa"

    Kamu puak2 UMNO sudah melampau memainkan isu perkauman hingga melanggar hukum ALLAH SWT.

    UMNO lah yang berikan seluruh Genting kepada tauke judi. UMNO jugalah yang menyerahkan seluruh pulau singapura kepada lew kuan yew dan memenjarakan umat Islam singapura dibawah pemerintahan negara di luar tanah melayu.

    Kami tak akan lupa dosa2 UMNO...kami warga hamba ALLAH yang dahagakan keimanan dan ketaqwaan...Selamat tinggal assobiyyah dan nasionalis...

    BalasPadam
  13. BN sudah tidak dapat sokongan dari orang Cina dan India. Paham-pahamlah. Jadi kita mesti teruskan agenda Melayu tanpa mereka "without fear". Mereka tidak mahu bersama kita.Bukan salah kita. Teringat President Bush berkata " Either you are with us or you don't". So the struggle must go on with or without them. We just cannot continue with this kind of game play of hypocrisy by the Chinese and Indian communities. How much more sacrifice the Malays have to offer. Surely, there is a limit to everything. It looks like nothing is being appreciated.

    BalasPadam
  14. aku sokong pandangan agar UMNO berdiri sendiri, tanpa MCA,Gerakan, MIC dll. susah kan jika banyak parti dalam satu parti. bubarkan saja BN seperti pandangan Lim Kheng Yaik. nampak bagus untuk kebaikan orang melayu.

    sejauhmanakah UMNO boleh melangkah?
    jawab jgn tak jawab..

    BalasPadam
  15. inilah sikap penyokong2 pembangkang...dalam kita xsedar,melayu sesama melayu akhirnya bermusuhan,bertengkar sesama sendiri..astagfirullah..
    sama2 kita doakan kepadaNYA agar orang ISLAM berjaya dan jangan lupa firman ALLAH swt bahawa ISLAM AKAN MENANG DIDUNIA INI!!
    salam syg dari puteri UMNO!!

    BalasPadam
  16. YA LAH....BILA KERUSI MELAYU DAH SIKIT DAN MEMERINTAH KENA HARAPKAN EHSAN DAP TAK KE KITA PUN AKAN JADI MACAM SINGAPURA....

    WALAUPUN TENGKU ARPAH YANG KELUARKAN SINGAPURA DARI MALAYSIA, TAPI PKR & PAS SEDANG BERUSAHA NAK JADIKAN NASIB ORANG KAT MALAYSIA NI MACAM NASIB ORANG MELAYU KAT SINGAPURA!!!!

    ITU LAGI BESAR DOSANYA BEB...

    ISAC

    BalasPadam
  17. Mal,
    graso mcm kona yo kek ekau..,Mal camnilah bilo say baco yo cito kao pasal Nizar tu nampak bona ekau ni buto sejarah,ekau main redah yo buak cerito,nampak bona ekau ni kurang mengkaji dan membaca,atau mungkin sejarah UMNO sendiri pun ekau tak tahu dan camano pengasas UMNO itu sendiri berkofrontasi dgn pihak Istana Johor.Say harap ekau betulkan satu part jer dalam UMNO tu very simple,kao kato UMNO tu bejuang tuk agamo Islam kan?,kao tengok Datin matin maso persidangan UMNO tu rambut yo tedodah,tak lak kao nak nasihat,rambut tu aurat hukum menutupnya wajip!!,abih camno?,ni ekao sibuk duk cerito pasal pembangkang,betulkan dulu UMNO tu kok dapek!,baru ekau dikiro pencinto UMNO,lain say
    tak sanggup nak cerito lai pasal UMNO ni,"IBARATKAN DALAM KOLAM KUMBAHAN NAJIS MACAM-MACAM ADO!!.Mal sebonanyo say sayang kek ekao,sayang sebagai sedaro sesamo Islam .

    BalasPadam
  18. Saya bkn puteri UMNO ataupun muslimat PAS.
    melayu sama melayu bergaduh salah pembangkang ke?hmm...x paham la.kenape ye?dah bertahun2 umno pegang malaysia.islam ke mana.melayu ke mana.yg terus-terusan kaya adalah cina, menteri2 BN dan syarikat2 kroni mereka.bn tu pertubuhan 3 in 1. mca, mic dan umno.tp bila pakatan terbentuk,kata pas tu murtad.wah....senang la sgt nk hukum org murtad.

    Saya x menyebelahi mana2 parti.tp apa yg saya nampak kenapa perlu tunding jari pada 1 pihak sahaja?

    Yg lagi 1.isu seks anwar.harap anda semua boleh la baca n search hukum ambil tau hal dlm selimut org dan hebahan yg boleh menjatuhkan maruah seseorang sebelum beliau disabit kesalahan.kalau btl pun dia buat, kita xde hak nk sebarkan benda ni.

    Hidup islam di muka bumi malaysia~
    1 masa nnt akan terbuka semua yg terhijab.
    saya pohon kepada semua berdoa utk malaysia aman.x kisah la melalui pihak mana sekalipun. Yg penting pimpinan tersebut mampu bawa islam di muka bumi ini.bkn melayu semata2,tp kt belakang suap mulut cina

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH