SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno akan berusaha memperbaiki trend pengundian semua kaum terhadap calon dari Barisan Nasional (BN) bagi mempastikan kemenangan berpihak semula kepada parti itu.
Timbalan Presiden Umno itu berkata ini kerana berdasarkan keputusan pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang, Perak, masih belum kelihatan satu perubahan yang ketara berhubung sikap pengundi terhadap BN.
"Kalau ikut formula di situ pengundi majoritinya Melayu dan kalau ikut formula biasa majoriti Melayu kita menang tapi sekarang majoriti Melayu tidak boleh pastikan kemenangan kita kerana Melayu sudah berpecah.
"Dan kita pada waktu kempen mengharapkan mudah-mudahan undi dari kaum bukan Melayu akan berubah dan bertambah tetapi bila undi Melayu telah berpecah, undi dari bukan Melayu tidak berubah malah makin berkurang dan akhirnya kita kalah.
"Harap ini tidak merupakan satu trend tetapi ia nampak seperti itu. Sebab itu kita berhadapan dengan satu senario yang agak serius dan justeru proses pembaharuan harus dilaksanakan secepat mungkin," katanya ketika berucap pada majlis bersama petugas Umno dan Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam ini.
Pada pilihan raya kecil itu, PAS mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang apabila calonnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan memperoleh majoriti 2,789 menewaskan calon dari BN, Ismail Saffian.
Muhyiddin dalam pada itu menyeru agar bangsa Melayu kembali bersatu di bawah perjuangan Umno kerana Umno merupakan satu-satunya parti yang relevan dalam memperjuangkan nasib Melayu.
"Walaupun kita perjuangkan nasib Melayu tetapi kita juga adil pada kaum lain tetapi ada yang kata kita tidak adil kepada mereka. Justeru kita perlu bertindak sekarang sebelum terlewat.
"Kita juga perlu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan berusaha kembalikan sokongan rakyat kepada kita," katanya. BERNAMA
Kahkahkahkahkahahahahahahhahah...lucunya
BalasPadamKhairy Jamaluddin berkata pihaknya kini menyedari bahawa program-program yang dianjurkan oleh pergerakan itu sebelum ini adalah ‘program syok sendiri'.
BalasPadam"Kita buat program untuk orang yang sama, orang yang sudah totok sokong Umno dan BN,"
Kalau buat ceramah sedia dgn nasi hidang dan ayam golek pun orang tak mai, UMNO nak buat cam mana?
Jadi bukan orang yang salah,salah UMNO yang dari dulu bila naik tocang menjauhi diri drp. rakyat.
UMNO melakukan kesilapan yang besar apabila menyentuh isu perkauman dalam kempen prk yang lepas. Dengan menggelar DAP kominis dan disiarkan melalui media-media arus perdana membuatkan tiada lagi undi dari kaum Cina yang dimiliki BN kecuali sebilangan kecil dari MCA dan GERAKAN. Kaum Cina semakin benci pada UMNO apabila mencemuh pemipin mereka yang menyampaikan ceramah dan membaca ayat Quran. Kaum Cina lebih senang dengan PAS yang bersikap terbuka dan sentiasa membantu menerangkan agama Islam pada mereka agar mereka lebih memahami budaya Islam dalam masyarakat majmuk ini. Sedangkan UMNO bersikap sebaliknya. Bila DS Niza rapat dengan kaum Cina, dikatakan Nizar diperkudaKAN kominis. iNI sangat melukakan hati kaum-kaum Cina dimalaysia.
BalasPadamDalam prk ini mungkin masih banyak pengundi Melayu yang berpehak kepada BN akibat isu bacaan Al-Quran oleh DAP. Pengundi melayu akan beralih semula kepada PR atas kesedaran dakwah dan keharmonian masyasrakat.
Pasal isu bacaan Al-Ouran oleh DAP,UMNO cuba berlagak macam depa begitu arif pasal Islam & bertindak macam budak2 kecil lapaq susu.
BalasPadamPikiaq mai la sikit,berapa ramai budak2 bukan Melayu yang ambil Pengetahuan Agama Islam dalam SPM dan dapat gred yang baik. Bila depa belajaq Peng.Agama Islam depa hafal ayat2 Quran,buat tafsiran, malah ada yang lebih pandai daripada budak2 Melayu. Kenapa orang UMNO atau Menteri Pelajaran UMNO tak tegoq pun?
Tok guru2 agama kita juga pernah ambil petikan2 daripada kitab injil,tapi bangsa asing spt Kristian tak melalak macam UMNO buat.
Itulah orang kata UMNO ini lagak tak kena tempat. Adalah lebih baik ahli2 UMNO yang pi buat repot polis tu,lebih afdal kalau mereka pi lapor kpd. pejabat agama pasal orang Melayu dok beli nombor ekor 4D & toto yang berjumlah ribuan orang tiap2 hari bila ada tikam ekor kuda.
agak2 mcm mna tu nak perbaiki?yg melayu undi bn aritu pon sbb dorang ni jenis tak amik kisah pon tentang politik.biasa dr kawasan luar bandar.dorang ikut org ramai.kita ikut yg ramai la snng...org masuk gaung die pon masuk gaung.dorang pon di takut2kan.umno warisan.susah nak masuk kawasan ni.ada kaki tak bagi.dorang ni tak dapat maklumat yg betol.kalu tidak mesti dorang sokong pas.umno tau so umno halang.jenis taktau apa pun ye jgk.kena kelentong dgn umno angguk je...hehehehe.yang sokong pas tu jenis faham.nak kan perubahan.nak berubah...
BalasPadamagak2 mcm mana tu.bgla tau..aritu ko ckp melayu..melayu..melayu.kalu mcm tu umno kena tiru cara pas la...elok umno amik mix je.mak atau ayah melayu kawin dgn cina ke.tp nizar mmg mix hehehehehe..poning kepalo den.
BalasPadamungkitkanla lg isu perkauman,pastikan umno masuk kubur dlm PRU13..skg pon MIC dan MCA dah mampus..hanya tunggu UMNO masuk kubur selama2nye
BalasPadam