Sudah dikatakan tadi,kemenangan Nizar banyak dipengaruhi oleh undi cina,tapi kenapa orang melayu menolak Nizar?Susah juga untuk merungkai persoalan ini .Mungkin Nizar ada keturunan cina keberangkalian orang melayu menolak Nizar,mungkin ya atau tidak...Tapi sebagai majoriti di Bukit Gantang orang melayu merasakan Nizar telah banyak melakukan kesilapan pada orang melayu Perak.
Mungkin bagi Nizar ini tidak penting kerana beliau telah pun menang dan tidak perlu untuk membuat analisis kenapa bangsa sendiri menolak nya.Saya bukan anti pada Nizar tapi sebagai bangsa melayu saya juga bangga seorang anak melayu berjaya sebagai pemimpin.Tapi kita juga tidak mahu seorang pemimpin melayu meminggirkan bangsanya sendiri kerana mahu mendapatkan simpati pengundi bangsa lain.
Rasanya tak perlula saya huraikan kenapa orang melayu Bukit Gantang menolak Nizar,Kebanyakan kita sudah mengetahui dan faham sejak Nizar menjadi MB Perak ada beberapa perkara yang kurang disenangi oleh orang melayu atas tindakan Nizar yang banyak menguntungkan satu kaum sahaja.
Bagi saya pembaca sudah memahami akan beberapa perkara yang tidak memuaskan hati orang melayu terutama melibatkan Raja Raja Melayu .Sebagai jalan terbaik diharap Nizar tidak meminggirkan atau menolak ketepi apa jua keresahan orang melayu.Kalau dapat Nizar mengatasi perkara yang menjadi pokok Insyallah suatu hari nanti orang orang melayu akan kembali menerima beliau.MUNGKIN JUGA SATU HARI NANTI SAYA JUGA TERGERAK HATI UNTUK MENERIMA NIZAR SEBAGAI PEMIMPIN.KEMUNGKINAN....
Bagi saya kemenangan Nizar adalah satu proses demokrasi yang tulin.Tentu Pas juga sependapat yang kemenangan Nizar satu proses demokrasi,tapi jangan la sekiranya BN memenangi prk akan ada satu tuduhan yang BN mengunakan pengundi hantu.
Akhir sekali taniah pada semua yang menang dan bagi BN perjuangan sentiasa didahulukan.Pada seluruh rakyat Malaysia marilah kita bersama dengan PM kita untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.
Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional.
KITA RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Saudara,
BalasPadamSebelum anda pikirkan kenapa orang melayu menolak nizar, pikir-pikirlah kenapa orang cina menolah UMNO dan BN yang menjadi punca kekalahan UMNO di Bkt Gantang. Lihatkanlah anda sendiri dahulu sebelum mangatakan orang lain :)
Melayu tidak sepenuhnya menolak Nizar. Jika sepenuhnya pasti Nizar akan kalah kerana 63% pengundi Bukit Gantang adalah Melayu. Tetapi Melayu ini terpecah 2, mungkin 52 % UMNO, 48% PAS. Itu sahaja.
BalasPadamTahniah kepada Nizar, dan kepada BN, jika ingin menang, jangan berat sebelah dalam menyampaikan berita. Tegur sekit UM, TV3, BH dan RTM tu.
pemimpin yg rajin ke masjid dn baik ditolak tp pemimpin yg slalu ke danok di pilih dn dipuja...apa brg bai??? lu pikir la sendre...
BalasPadammngkin slh satu faktor sbb depa dpt beskal sorang satu dn duit rm300 tp org cina dpt duit cuma rm100 mna adil bai...lu pikir la sndre...
lg satu kalu PM bru kita ni bkn pembunuh nape dia diam jebai???..awat x samn akbar luar ngara tu???...lu pikir la sendre...
dan madey pun pnah kata jgnla kita taat sgt kat agung dn sultan nih...bla,bla,bla...xkn dh lupa kot???...lu pikir la sendre...
patik mohon sembah derhaka...
dari:anak jati perak.
MELAYU TOLAK sebab YB Nizar tak ambil rasuah daaa.....Den tak suka kalau tak ambik rasuah....
BalasPadamAMBIK SALAH TAK AMBIK KALAH
UMNO JADI SERBA SALAH......
kamal, cuba beri analisis pilihanraya bukit gantang mengikut peratus kaum.
BalasPadam1. berapa peratus melayu tolak nizar ?
2. berapa peratus melayu sokong nizar ?
jika orang melayu tolak nizar, nizar akan kecundang di bukit gantang. dia perlukan undi semua kaum, sama seperti ismail.
kamu hanya menulis, tanpa menganalisis dari tinjauan dan pemerhatian secara langsung. setakat tulis2.. siapa pun boleh. jagalah wibawa blog kamu.
cukuplah dengan artikle yang berunsur perkauman ini...kemenangan Nizar kemenangan rakyat tidak kira bangsa dan agama. bukan kepala otak kamu yang sempit tu ba
BalasPadamSaya Setujuh dengan pendapat saudara....Saya orang Bukit Gantang tetapi saya tidak pilih Nizar apabila Pilihanraya walaupun beliau mempunyai pendidikan tinggi tetapi beliau menghina dan tidak menghormati instutusi raja raja melayu dan apa yang saya betul betul tidak suka adalah beliau suruhan DAP.
BalasPadamKenapa bangsa, bangsa, bangsa sahaja? Cukup racist. Adakah tuhan mengajar orang Melayu menjadi racist?
BalasPadamSiapa kata pengundi melayu kepada Nizar berkurang?
BalasPadamPengundi Cina India maintain macam pilihanraya mac 2008, pengundi melayu yg menyokong PAS bertambah April 2009.
Anda perlu ulas, kenapa MELAYU beragama UMNO menolak Nazir. Itu yang perlu dititikberatkan terlebih dahulu. :)
BalasPadamcukuplah dgn racism kau tu yang nakkan Malaysia yang divided sahaja...bukan kepala ko tu yang macam udang tu..sempit sangat.
BalasPadamSyukur kerana saudara mempunyai minda dan mentaliti seorang rakyat dan juga penyokong setia UMNO yang mampu menerima erti kekalahan dengan rasa keinsafan. Seharusnya inilah pemikiran yang berjiwa demokrasi. Terkadang apa yang dilakukan oleh UMNO untuk mengekalkan kuasa membatasi budaya dan adat resam orang melayu sendiri. Kerana telah ditanam dengan fahaman imperialisme yang mengutamakan kekuasaan maka pimpinan BN sanggup untuk memperjudikan hak rakyat. Yang paling menyedihkan pimpinan BN dan UMNO masih sanggup dan rela memperbodohkan rakyat. Situasi pengambilalihan kerajaan Perak mungkin saudara yang berasal dari Perak lebih maklum. Hanya satu yang masyarakat luar fikirkan mengenai rampasan situasi di Perak iaitu tidak mampukah BN menggunakan cara yang lebih telus dan adil untuk berkuasa selain daripada menggunakan pemimpin-pemimpin yang tidak menghormati tanggungjawab dan amanah rakyat. Dua orang ADUN PKR telah mahu dikosongkan kerusi oleh PKR kerana disiasat kes rasuah sedangkan BN / UMNO senang-senang mengambil pemimpin ini untuk menubuhkan kerajaan. Apakah ini dikatakan politik yang bersih. Semestinya pilihan terbaik itu ada bagi pemimpin yang tidak tamakkan kuasa seperti UMNO. Senario Pakatan Rakyat yang agak ekstrim terhadap BN kerana mereka adalah golongan pemimpin-pemimpin yang teraniaya. Adakah rakyat Palestine itu mampu berunding dengan Yahudi tanpa perlu mengorbankan diri mereka. Dan yang paling menyedihkan pimpinan UMNO ialah bagaiamana alim dan ulamanya pimpinan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan mereka masih berani mempertikaikan kewibaannya dalam soal agama. Inilah mentaliti pemimpin-pemimpin UUMNO.
BalasPadamMungkin saudara terlalu selesa di bawah UMNO dan BN selama ini barangkali. Imej yang terdapat pada halaman saudara jelas menunjukkan pemikiran kronik saudara terhadap pemimpin-pemimpin PKR terutamanya Datu Seri Anwar Ibrahim. Apakah sebagai insan yang mempunyai hati luhur ditambah lagi dengan darah keislaman saudara maka saudara sanggup menerima penganiayaan terhadap DSAI yang dilakukan oleh Tun Mahathir.
Ketaksuban saudara kepada pimpinan UMNO membuatkan saudara terlepas fikir atau sengaja tidak mahu memikirkan bagaimana fahaman Tun Mahathir dengan jelas dan terang mempersendakan Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam isu janggut. Adakah saudara ingat bagaimana Tun Mahathir membawa bangsa Yahudi masuk ke Malaysia dengan alasan mahu mengubah minda bangsa Yahudi. Adakah tindakan itu berkesan kepada saudara seagama saudara di Palestin hari ini ? Adakah saudara ingat bahawa UMNOlah yang telah merobohkan kekebalan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu di bawah pemerintahan Mahathir ?
Sebagai insan yang masih punya nilai kemelayuan yang penuh kelembutan terpulanglah kepada saudara untuk meneruskan mentaliti saudara terhadap UMNO dan pemimpin-pemimpinnya. Namun saudara harus sedar dan harus belajar menerima kekalahan UMNO di kalangan rakyat hari ini kerana hari ini generasi baru Malaysia mahu hidup dalam sebuah bangsa yang adil , dinamis, bersatupadu, aman dan sejahtera sebagai bangsa Malaysia.
Di akhir tulisan ini satu persoalan yang ingin saya tinggalkan kepada saudara untuk menjawabnya iaitu :
KENAPA UMNO TIDAK MAHU MASUK KE SARAWAK ?
Apakah kaum MELAYU yang sedarah, sebangsa dan seagama dengan saudara yang berada di Sarawak tidak layak untuk bernaung di bawah parti yang mengatakan ia untuk orang dan bangsa melayu !
Apakah selama pemerintahan UMNO selama ini hingga sekarang mereka mampu membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu tanpa sebarang perbezaan. Sesungguhnya Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mempunyai nama UMNO sedangkan di Sarawak ada bangsa yang bernama MELAYU TULEN.
Semoga saudara terus dianugerahkan pemikiran kritis untuk membina sebuah bangsa melayu dan bangsa Malaysia yang lebih gemilang.
Saya akan kembali ke Blog saudara untuk menerima respon sebagai INSAN YANG BERDARAH DAN BERBANGSA MELAYU SETERUSNYA BERAGAMA ISLAM.
padan muka tuan blog ni..kaw kena taruk..hahaha
BalasPadamtakzah kepada umNO kerana tidak berjaya dalam pilihanraya bukit gantang.teruskan dengan pahaman politik perkauman,ugutan dan ketidakadilan.
BalasPadamterima kasih kepada tv3 dan utusan, teruskan kerja2 anda melaporkan berita yang menghiburkan org2 umNO.
semoga Allah perkenankan doa kami semua
UMNO kalah tiga kali dgn majority besar >2k undi. Kesemua tiga pilihanraya semuanya melayu majoriti 60% ke atas.Kalau nak kata, saya rasa Melayu tidak sokong UMNO lagi.. contoh di KT.
BalasPadamKalau nak compare tengok lah jentera PR .. kebanyakan orang muda dan ceramah semuanya bebilang kaum .. BN jentera kebanyakan 40-an , yang muda hanya naik motor and membuat bising , tak buat apa-apa . Jentera PR semuany a volunteer padahal BN kena bayar gaji ...
Rakyat bukan bodoh lagi ..orang muda sekarang telah menjelaskan kepada ibu bapa tentang hal sebenar ... Orang bukan melayu tidak takut pada PAS malah mereka lagi takut pada UMNO..
Sebuah parti yang kuat mesti ada sokong semua lapisan masyarakat dan bukan hanya dari bangsa sendiri ..
Fikirlah sendiri .. kalau sekali kalah boleh lah tembak pakatan .. tapi empat kali kalah dengan majority >2k masih nak tolak dalih ..
Hampeh Kau Jang BN
BalasPadamTeruskan, kite Pakatan Rakyat perlukan pemikiran seperti hang untuk menang lagi
BalasPadamKenapa la MELAYU ni suka sangat peduli pasal politik ni?Cukup la apa yang berlaku. Pentingkan diri sendiri dulu. Makan cukup ka?Anak-anak dah makan ka?Ada yang kebulur ke semalam ni duk Malaysia?Melayu duk gaduh tapi kaum lain dah maju ke depan. PAS ke UMNO ke dua-dua Melayu. Kalu PAS ke PKR jadi pemerintah, ada diri kita ni jadi kaya ker. MAsuk syurga ke?LU PIKIR LA SENDIRI
BalasPadamAgama Islam ajar umatnya berdiskriminasi ke?
BalasPadamIslam ajar umat die benci Cina? buat undang2 berdiskriminasi? berkorupsi? tidak kan?
apa kata fikirkan pulak kenapa rakyat Malaysia tolak UMNO??
BalasPadamSebelum 2008, Bukit Gantang adalah kubu kuat umno. Terlalu ramai orang-orang melayu yg berdarah biru, terutamanya dikampung-kampung. Kebiruan darah mereka ini masih tidak berubah hinggalah saat kekalahan pada PRU 2008 dan 7 April 2009. Katakan apa pun tentang Nizar dan PR, Insyaallah kebenaran pasti datang dan bakal membuka minda-minda dan hati-hati yg bedarah biru maka di saat itu Bkt Gantang tidak akan kembali kepada umno lagi.
BalasPadamMentaliti Melayu UMNO yang diracuni "taksub ajaran assobiyyah" dan digelapi dengan "mata duitan" saja yang tolak Datok Panglima Bukit Gantang II, DS Nizar!
BalasPadamOrang Melayu yang beriman dan soleh tetap teguh dengan segala perintah Allah termasuk tidak menzalimi kaum lain ....
Semoga Allah merahmati DS Nizar & sekeluarga demi perjuangan Islam.
fakta plz..fakta yang kata melayu tolak nizar
BalasPadamSalam semua,Tahniah wan simunjan,Saya sependapat dengan saudara.
BalasPadamKatakan kepada saya siapa pemimpin politik MALAYSIA yang bersih dan boleh dicontohi?Betulkah DS Nizar itu pemimpin contoh?adakah kerana DS Nizar memberi tanah kepada kaum Cina semata-mata, maka kita kategorikan sebagai tidak perkauman?Adakah hanya perkara tanah semata-mata?Adakah kerana kaum cina berkongsi pentas ceramah maka kita kategorikan PAS sebagai tidak perkauman?Adakah kerana Tuan Guru menyokong YB Nga maka PAS tidak perkauman?Politik hanya pentas lakonan semata-mata. Selagi tidak memperolehi apa yang dihajati semua masih menjadi kawan. Apakah kita lupa apa yang DS ANWAR lakukan ketika dalam UMNO?Tapi diluar UMNO sikap terus berubah. Adakah kerana MALAYSIA BARU atau niat lain yang terlindung. Tiada siapa yang tau apa muslihat DS ANWAR. Melihat sejarah dirinya dalam politik, saya percaya MALAYSIA yang diimpikan untuk aman dan maju tetap sama seperti hari ini. Tiada noktah yang boleh menamatkan gelora politik hari ini kalau orang MELAYU hanya tahu berebut KUASA. Apakah dengan memperoleh KUASA politik baru kita berhenti retorik?Semuanya terpulang kepada kita yang menentukan. Semoga ALLAH memberkati generasi akan datang. Moga-moga mereka tidak menyesal dengan pilihan kita hari ini.
BalasPadamSalam untuk semua..,
BalasPadamTebiat org M-no mmg camni..
Bila kalah dia gerenti salahkan orang lain, heran gak kenapa diorg tak tibai MCA n MIC? Penakut ke atau telor dah takde?
Laa ni heboh cakap org Melayu tak undi Nizar pulak? Nie cakap2 sentimen ke atau guna fakta?
55k pengundi, 75% mengundi, Malay 62%, Cina+India 37%.. depa berani kata Malay tolak Nizar?..
Dey tamby.. BN dah gi blanja org Cina makan-makan lah.. gi sini baca.. http://rockybru.com.my/2009/04/bukit-gantang-deciding-evening-at-kuala.html
Awat UMNO tak blanja orang melayu makan-makan camtu?.. Bangsat sangat ke Melayu nih..??? Please lah.. jgn bodo-kan orang Melayu lagi..
Saudara empunya blog, terima kasih atas tulisan saudara. Sememangnya hakikat majoriti orang Melayu di Bukit Gantang telah menolak Nizar. Walau bagaimanapun pengundi Melayu yang berusia dalam lingkungan 21-35 tahun yang menyala dengan semangat reformasinya ternyata memihak kepada Nzar.
BalasPadamDari awal saya sudah menjangkakan bahawa pengundi cina akan menyokong Nizar kerana Nizar banyak membawa kebaikan kepada mereka. Semasa menjadi MB Nizar telah banyak memberi tanah kepada mereka.
Saya sifatkan pengundi cina ini tidak tahu berterima kasih kepada Barisan Nasional. Suatu ketika dahulu calon cina dari BN diletakkan di situ dan orang Melayu menjadi penyokong kuat untuk memenangkannya. Inilah kesilapan yang telah dilakukan oleh YB Tajol Rosli.
Walau bagaimanapun jentera BN berjaya menambahkan undi Melayu kepada BN dan DAP berjaya menambahkan undi cina kepada PAS.
Yang nyata jika BN hendak menang di sini BN perlu menambat hati pengundi muda Melayu. Caranya terpulanglah kepada bijak pandai pemimpin UMNO.
YANG NYATA KEMENANGAN INI BUKAN KEMENANGAN PAS TAPI KEMENANGAN UNTUK DAP
Akhir kata... penduduk Pasir Panjang yang terabai sepanjang 13 bulan ini akan terus terabai sepanjang 4 tahun akan datang...
Surat terbuka buat ayahanda Tun Mahathir
BalasPadamAssalamualaikum Ayahanda Tun Mahathir Tun Mohammad.
Izinkan saya menyusun jari yang sepuluh kerana menulis surat terbuka kepada Ayahanda yang mana saya terpanggil untuk menulis bagi meluahkan perasaan hati saya yang terbuku selama ini sehingga saya membuat keputusan untuk terus menulis kepada Ayahanda. Ayahanda sememangnya pemimpin amat kami sanjungi dan setahu saya ,BN adalah parti yang disokong oleh keluarga kami sejak dari zaman arwah datuk saya lagi. Kini arwah datuk dan arwah ayah telah pun meninggal dunia, ayahanda adalah pemimpin idola arwah ayah dan juga arwah ayah. Tidak hairanlah kami sekeluarga sanggup bertikam lidah , bertekak dengan saudara mara yang menghina dan mengherdik Ayahanda ketika ayahanda masih menjadi Perdana Menteri dahulu.
Ketika Ayahanda membuat pengumuman untuk bersara , kami sekeluarga bagaikan tidak percaya dan kami sekeluarga begitu sugul dan amat bersedih. Sukar untuk mencari Ayahanda ketika menjadi Perdana Menteri dahulu. Namun setelah Ayahanda bersara dan jika saya tidak silap Ayahanda hanya berehat tidak sampai setengah tahun, Ayahanda sudah mula berpolitik kembali . Kami ketika itu sememangnya menyokong segala apa yang Ayahanda cakapkan , sememangnya Ayahanda adalah seorang yang bijak yang mempunyai daya fikir yang kuat dan matang. Pemikiran ayahanda sememangnya menjangkau ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun ke hadapan. Sememangnya sukar untuk kita mencari pengganti seorang lagi Tun Mahathir Mohammad. Memang sukar untuk kita mencari dan tidak mungkin akan kita ke temui lagi.
Maaf Ayahanda jika saya terkasar atau mana-mana ayat saya yang akan menyinggung perasaan Ayahanda selepas ini. Segala keistimewaan Ayahanda yang kami sanjung dahulu kini telah perlahan-lahan bertukar menjadi satu kejelekan dan kejijikan dalam hati saya . Saya cuba untuk tidak menanam perasaan kejelekan itu di hati saya , tetapi saya tidak berdaya kerana setiap hari Ayahanda menanam telah melakukan sesuatu yang membuat saya merasa jelak. Ini semua bermula hanya kerana dengan jambatan bengkok di mana di sini lah tersingkap the Through colour of Tun Mahathir.
Apa yang saya maksukan adalah :
1. Terserlah sikap dendam Ayahanda kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun Abdullah) Ayahanda telah menghina , mengherdik , mengaibkan orang yang Ayahanda pilih sendiri. Tidak cukup dengan Tun Abdullah, seluruh keluarga beliau menjadi mangsa sehingga anak perempuan Tun yang tidak pernah bersalah dan tidak langsung mencampuri urusan politik dijadikan bahan untuk Ayahanda aibkan. Menantu Pak lah yang tidak pernah menjawab atau memberikan respons terhadap setiap penghinaan Ayahanda dijadikan 'punching bag ' . Mujur Anak pasangan ini yang masih kecil ini tidak dijadikan bahan kutukan. Rakyat hanya memerhatikan sahaja dan menyimpan apa yang mereka lihat dihati mereka.
2. Ayahanda sanggup bersekongkol dengan pembangkang untuk memusnahkan UMNO kerana presiden UMNO pada ketika itu ialah Pak Lah dan akhirnya sebahagian sumbangan Ayahanda kita hampir tersungkur pada pilihan raya yang ke 12 dahulu. Tentu Ayahanda bersorak ketika itu. Akhirnya Ayahanda menekan Pak Lah untuk melepaskan jawatan. Di pendek kan cerita Pak Lah telah pun selamat menjalankan peralihan kuasa, tetapi Ayahanda masih tidak pas hati masih menyerang Pak Lah sehingga saat akhir beliau mahu melepaskan jawatan. Selepas pak Lah melepaskan jawatan Ayahanda kini menyerang pula menantu beliau setiap hari sepanjang masa hanya kerana anak Ayahanda tewas di tangan menantu Pak Lah. Untuk pengetahuan Ayahanda , keputusan lembaga disiplin UMNO yang telah diumumkan langsung tidak menjadi kudis kepada perwakilan UMNO untuk memilih Khairy Jamaluddin kerana bagi mereka , semua itu adalah susunan pengaruh Ayahanda yang baik dengan mereka di lembaga disiplin , tidak perlu saya sebutkan nama. Tujuan sebenarnya adalah untuk memburukkan nama Khairy Jamaluddin dan untuk mengenakan Khir Toyo supaya anak Ayahanda yang pada masa itu tidak mendapat sokongan agar menang tanpa bertanding. Allah SWT itu maha kaya hasrat Ayahanda tidak kesampaian. Allah lebih berkuasa untuk menentukan segala Qada' dan Qadar.
3. Ayahanda terus tidak berpuas hati dan hampir setiap hari Ayahanda mengaibkan menantu Pak Lah. Saya tidak kenal dengan YB Khairy Jamaluddin , tetapi tiba-tiba perasaan simpati saya terhadap beliau kian tertanam dan saya jangka ini bukan berlaku hanya kepada saya tetapi mungkin benih simpati itu mula tumbuh dihati ramai rakyat Malaysia. Ayahanda perlu menerima hakikat bahawa Mukhriz Ayahanda sebenarnya a sore losser dan sebenarnya bukan merupakan calon yang popular kerana di cop sebagai masih menetek dan tidur dibawah ketiak Ayahanda. Benih yang baik akan menjadi pulau jika dicampakkan ke dalam laut. Tapi kalau benih itu tak baik , siramlah baja banyak mana pun tidak mungkin akan tumbuh .
4. Ayahanda sepatutnya berehat dan melunaskan alasan yang Ayahanda berikan ketika Ayahanda mahu bersara dahulu. Mahu menghabiskan masa dengan keluarga dan anak cucu, mahu berehat dan tidak lagi mahu memikirkan perihal politik dan kepimpinan kerajaan. 22 tahun Ayahanda memimpin , rakyat sudah boleh baca apa yang mahu Ayahanda lakukan. Bila Ayahanda bercakap jujur dan ikhlas , bila Ayahanda mereka cerita, bila Ayahanda tipu sunat , bila Ayahanda tipu beragenda, mereka sudah boleh baca. Memanglah mereka akan berlumba-lumba untuk bersalaman dengan Ayahanda bila bersua dengan Ayahanda , ini adalah kerana perasaan hormat dengan jasa yang tidak siapa boleh nafikan yang telah Ayahanda berikan ketika Ayahanda memimpin negara, itu di other siide of Tun Mahathir. Tetapi the other side of Mahathir yang lagi satu membuat mereka rasa jelek dan ada kala sudah sampai ke tahap yang agak merimaskan.
5. Ayahanda mahukan perubahan, tetapi Ayahanda sendiri yang tidak berubah , sudah hampir seminggu perubahan kepimpin berlaku , Ayahanda tidak berubah barangan sehari pun. Bukti kecilnya , kita gagal didalam dua pilihan raya baru- baru ini, bukan saya mahu kata yang kita kalah kerana Ayahanda, yang ingin saya katakan adalah kehadiran Ayahanda menyokong kerajaan baru tidak merubah kan apa-apa. Ini bermakna Ayahanda tidaklah istemewa sangat dalam senario politik morden ini, Ayahanda sudah tidak relevan lagi. Rakyat sudah bosan, hari ini Ayahanda keluar parti , lepas tu masuk balik, mana tanggungjawab dan kasih sayang Ayahanda kepada parti . Bagi saya Ayahanda lari dari parti kerana tewas dengan kesabaran Pak Lah.
6. Memang betul Mukhriz tidak berkecimpung dalam politik sewaktu Ayahanda menjadi PM , tetapi Mukhriz tidak pula tidak diberikan keistimewaan dalam perniagaan, anak-anak Ayahanda semuanya mendapat keistimewaan sebagai anak Perdana Menteri, buat apa mahu berpolitik , lebih baik berniaga. Mukhzani adalah di antara 40 orang yang terkaya di Malaysia. Mukhriz kerana kini berkecimpung dalam politik tidaklah pula dapat kita trace kekayaan beliau, pasti mereka ini kaya raya. Inilah yang selalu Ayahanda ulangi , anak saya tidak dibenarkan berpolitik ketika saya memerintah, Apa salahnya jika mereka berpolitik , as long mereka tahu asas perjuangan. tetapi politik bukanlah sesuatu yang digemari oleh anak-anak Ayahanda.
7. Pak Lah sudah bersara, mungkin tidak lama lagi jambatan bengkok akan disambung kembali, kita tunggu saja dan lihat. Saya tak pasti tapi saya rasa mungkin. UMNO perlukan perubahan , jika UMNO tidak berubah maka UMNO akan diubah , jika UMNO mahu berubah tapi UMNO dipaksa berubah cara Ayahanda , tak ada maknalah perubahan itu, Ayahanda juga perlu berubah. Marilah kita sama-sama berubah. Kami sudah letih , kami sudah bosan , bergaduh sesama sendiri. Tolonglah Ayahanda.
8. DS Najib patut diberikan peluang untuk mencari identiti beliau sendiri, DS Najib patut diberikan peluang untuk merubah UMNO. DS Najib tidak patut diberikan bebanan dengan perpecahan sesama ahli parti. DS Najib patut diberikan ruang untuk berfikir sendiri. DS Najib patut diberikan masa dan waktu untuk mencorakkan kepimpinan beliau tanpa gangguan. Tidaklah perlu Ayahanda mencuri limelight dari beliau . Baru 5 hari beliau mengambil pucuk pimpinan , suara Ayahanda hampir sama banyak di dengar dari suara beliau. Sehingga kami kompius , siapa yang mengambil peralihan dari Pak Lah.
9. Biarlah DS Najib tentukan pasal Khairy, Tak payahlah hari hari Ayahanda berikan komen pasal Khairy yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan DS Najib. Perpatah Melayu ada berkata , Kalau betul Ayahanda benci biarlah berpada-pada , kita sesama umat islam. Sedangkan nabi lagi memaafkan. Tak perlulah Ayahanda menghebahkan orang ini rasuah , orang ini tidak baik , orang ini jahat , orang ini baik. Anak aku baik , anak orang jahat , menantu orang tuh jahat , menantu aku baik. Tidak ada sesiapa yang sempurna di dunia ini dan tuah kini membayar secara tunai. Takut nanti tuhan itu terbalikkan apa yang kita cakapkan .
10.Permintaan kami mudah saja, berihatlah Ayahanda, Tentu Ayahanda letih by now. Ketika Pak Lah sibuk sebagai PM , Ayahanda pun sibuk jua nak menjatuhkan Pak Lah. Pak Lah sudah berundur, beristirehatlah Ayahanda. Cukuplah kita sudah berpecah banyak kali, apa yang akan tinggal dalam UMNO nanti jika ini berterusan. Khairy juga ada penyokong. Kita berpecah pada semangat 46, kita berpecah semasa UMNO baru, ramai yang disingkir. Kita berpecah ketika Keadilan ditubuhkan, kita berpecah unoficial sewaktu kemelut Ayahanda dengan Pak lah, mampukah kita berpecah lagi, Kita ini sebenarnya sudah nazak. Ubat yang paling mujarab dan telah dikompromi olah Pak Lah adalah perubahan. Berubahlah kita.
Akhirkata , saya menyusun jari yang sepuluh, saya sedar siapalah saya mahu meulis kepada Ayahanda tetapi inilah akibat desakan hati dan nurani yang tidak tertahan lagi menunggukan perubahan dalam UMNO. Assalamualaikum.
daripada :
Mawarku Berduri.
http://www.walkdtalk09.blogspot.com
umno sekarang sombong sangat
BalasPadam