Barisan Nasional (BN) menepati ramalan apabila berjaya mengalahkan Parti Keadilan Rakyat bagi pilihan raya kecil DUN Batang Ai, Sarawak dengan majoriti 1,854 undi.
Bagaimanapun harapan untuk menyaksikan BN merampas semula Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak kesampaian. BN tewas di Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi dan Bukit Selambau pula dengan 2,403 undi.
Berdasarkan kepada pecahan undi yang diperolehi BN di Bukit Gantang, undi yang diperolehi oleh calon BN, Ismail Saffian bertambah sebanyak 622. Manakala undi calon PAS yang diwakili oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin meningkat kepada 1,845.
Pertambahan undi dan majoriti di Bukit Gantang itu disumbang oleh peningkatan hampir 3% atau 1,327 pengundi yang keluar mengundi.Pada pilihan raya kecil kali ini 75.1 peratus atau 41,626 orang daripada 55,462 orang telah menunaikan tanggungjawab mereka berbanding 72.65% atau 40,299 pengundi.
Daripada pertambahan undi tersebut, BN memperolehi tambahan undi sebanyak sekitar 60 undi dari DUN Kuala Sepetang yang majoriti pengundinya terdiri dari kaum Cina berbanding undi yang diperolehi pada pilihan raya umum Mac 2008. DUN Changkat Jering dan DUN Trong pula menyumbang pertambahan lebih 500 undi.
Kemampuan calon BN menambah undi di DUN Changkat Jering mempunyai makna tersendiri kerana ia tidak mencerminkan bantahan rakyat kepada keputusan ADUN kawasan berkenaan Kapten (B) Osman Jailu yang meningggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.
Manakala PAS pula selain turut mendapat pertambahan undi daripada kawasan majoriti pengundi Melayu iaitu DUN Changkat Jering dan Trong sekitar 800 undi.
Pertambahan paling ketara diperolehi PAS ialah daripada DUN Kuala Sepetang, di mana pengundinya majoriti kaum Cina iaitu kira-kira 1,000 undi.
Berdasarkan senario tersebut, isu BN menumbangkan ‘kerajaan Cina’ dipelopori oleh DAP yang pegang kerusi terbanyak dikalangan pembangkang di Perak memang menjadi faktor menyebabkan mereka memberikan undi kepada PAS.
Ia tanda jelas sentimen tebal mereka terhadap hal berkenaan itu.Kelebihan para pengundi Cina di Bukit Gantang ialah mereka menjadi ' undi penentu ' diketika sokongan pengundi Melayu terhadap BN dan PAS tidak banyak berubah.
Mengulas mengenai faktor pengundi Cina tidak memilih BN, Timbalan Presiden UMNO pada sidang medianya Selasa malam memberitahu, BN akan menubuhkan pasukan bebas bagi membuat ‘bedah siasat’ terhadap keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang secara menyeluruh.
Manakala Nizar pula dalam reaksinya menyifatkan keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang itu sebagai pengktirafan kepada kerajaan campuran pembangkang sebelum ini .
Sementara itu bagi DUN Bukit Selambau, PKR menang dengan majoriti 2,403 undi. Calon parti itu memperolehi 12,263 undi berbanding Datuk S.Ganesan yang dapat 10,229 undi.
Kesemua 13 calon Bebas yang turut bertanding memperolehi undi terkumpul sebanyak 1,326 undi dan hilang deposit
nampak sgt cina lg cerdik dari melayu...lebih terbuka utk menerima perubahan...
BalasPadamrakyat mahukan perubahan selepas 50 tahun pemerintahan BN...parti-parti lama di dunia banyak dah dikuburkan...tinggal di malaysia saja yang belum lagi...
Nizar menang kerana UMNO korupsi, korupsi, korupsi dan UMNO tak mau ubah. Bukti yang paling segar ialah Ali Rustam yang terbukti salah oleh UMNO tetapi Najib enggan serahkannya ke MACC. Rakyat pasti ingat, UMNO serupa sahaja: UMNO benarkan ahlinya jadi korupsi dan korupsi dan terus dibiarkan korupsi. Habis, bolehkah rakyat support parti yang "benarkan" korupsi berlaku?
BalasPadamBN kalah, Salah siapa kali ini?
BalasPadamPak Lah dah turun, takkan nak salahkan Pak Lah.
Dakwaan selama ini yang mengatakan orang tak suka UMNO dan BN adalah kerana Pak Lah sudah tidak boleh pakai lagi.
Pak Lah telah jadi lembu korban orang UMNO, tapi UMNO tetap kalah juga.
Jadi kekalahan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau hendak salahkan siapa. Adakah kerana orang tidak suka sebab Najib jadi PM?
Atau adakah Mahyudin Yassin yang salah kerana telah mendesak Pak Lah turun dari PM?
Atau adakah Mahathir yang salah kerana menyibuk berkempen, dia lupa orang Melayu sudah tidak suka dengan dia? Dia hanya lebih perasan.
Jadi sapa nak jadi lembu korban UMNO kali ini? Yang pastinya Najib tidak akan sanggup hendak menghulurkan lehernya untuk disembelih.
Rasanya Najib perlu membubarkan parlimen untuk mendapat mandat rakyat yang sebenar.
rakyat kini lebih matang untuk menilai sesuatu,tahniah pengundi bkt gantang dan bukit selambau,anda menterjemahkan aspirasi rakyat malaysia keseluruhannya
BalasPadamkalau kj tak dilantik memegang jawatan kabinet, lebih baik dia dan pengikutnya serta bapa mertuanya meniggalkan bn dan menyertai pr. tetapi perangainya kena ubah ler.
BalasPadamyobgian.
Apa ini? Ingat tidak ada sokongan Melayu Nizar boleh menang?
BalasPadamNizar menang sebab Rakyat Malaysia yang sokong bukan Cina, bukan Melayu bukan India. Tetapi kerana Rakyat Malaysia!!
Kerana mu Nizar , Malaysia ada masa depan.
Umno/BN kalah sebab kurangnya pengundi muda menyokong parti ini. sapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Mana pemuda UMNO? Sepatutnya PEMUDA dan Puteri UMNO lah yang memainkan peranan penting dalam menarik minat pengundi muda. Lebih buruk lagi kalau KETUA PEMUDA sendiri telah ditolak oleh kebanyakkan rakyat kerana RASUAH..
BalasPadamPengundi muda sekarang lebih intelektual. Walaupun sikap kerajaan yang menggunakan media arus perdana untuk berkempen berat sebelah, mereka tetap menolaknya dan mencari sumber-sumber alternatif.
Kalau UMNO/BN berterusan macam ini, tidak mustahil lagi 10 tahun UMNO/BN akan terkubur kerana pengundi-pengundi vateren yang menyokong mereka selama ini dah tiada lagi...
UMNO DULU,KINI DAN SELAMA ....HAMPESSS
BalasPadamhello...orang cina lebih cerdik kerana tahu UMNO ialah parti yang bodoh dengan hanya tahu main belakang..kalau lawan macam lelaki, UMNO akan kalah lebih banyak di bukit gantang. sama-sama tolak BN/UMNO keran parti yang sudah tidak laku di Malaysia. Rasuah politik cakap politik wang.Tak pernah belajar ke...budah sekolah rendah juga tahu rasuah tetap rasuah...bodoh UMNO. Orang cina kuala sepetang reject BN kerana kroni BN paksa orang CINA(nelayan) beli tong simpan ikan yang keluaran kroni UMNO..bodoh....ingat orang tak tahu ke...
BalasPadambodo
BalasPadamcakap la apa nak cakap, bila dap memerintah baru tahu............... melayu hilang di malaysia.......... saya rasa karpal , kit siang dan guan eng akan dilantik jadi PERDANA MENTERI.... HIDUP DAP!!!!
BalasPadamdah cukuplah tu...menang tetap menang...tak kira undi dari siapa...tiap tiap kali ada alasan saja...dulu,kini dan selama-lamanya ..
BalasPadamNizar Menang kerana beliau memang patut menang dan orang Cina juga rakyat Malaysia. Berjuanglah untuk semua rakyat Malaysia! jangan lagi berfikiran sempit dan tipu rakyat macam UMNO!
BalasPadammemang betul..orang cina lebih cerdik dr orang melayu..sbb,depa tau PAS anytime boleh dipergunakan/diperkudakan..tahniah kepada PAS..cuma,harap2 tindakan yang dibuat hari ni, xkn dikesali dikemudian hari..takut waktu tu,menyesal pun dh xdak guna..
BalasPadamMENANG KERANA UNDI MELAYU KE, CINA KE, INDIA KE, MENANG TETAP MENANG! AWAT INGAT CINA BUKAN RAKYAT MALAYSIA KE?
BalasPadamAPA PUNYA BODOH KAMALFARSYA!
DENGAN PAS, ORANG MELAYU, CINA, INDIA DAN LAIN-LAIN KAUM AKAN HIDUP HARMONI.
ORANG CINA TIDAK BODOH LAGI, KAMI TIDAK MAU DITIPU OLEH BN LAGI.
GO TO HELL BN...
"Tanpa Nama berkata...
BalasPadamcakap la apa nak cakap, bila dap memerintah baru tahu........"
Tanpa nama yg ni lah satu contoh terbaik pemikiran dangkal hasil doktrin UMNO selama lebih 50 tahun. Cuba keluar dari kelambu UMNO tu sikit & guna akal sendiri, pikir secara logik.
Habih semua kws parlimen di Malaysia ni ka DAP mau letak calon? Pas & PKR nak letak mana? Berapa banyak kawasan sangat la DAP boleh menang selain di Perak & Penang sampai depa boleh memerintah?? Hang ingat DAP boleh dapat majoriti ka di parlimen? Kalau PKR menang pun, sahih kerusi PKR & PAS akan lebih tinggi dr DAP & merekalah yg akan memerintah.... mcm UMNO skrg, BUKAN DAP!!!
Akai ada kaaa??? Lu pikir la sendiri!!!
YALAH...ORANG PAS TU SEMUANYA PANDAI2 BELAKA (AKU MASIH AHLI PAS) NANTI JADI MCM SINGAPURA BARU TAHU LANGIT TINGGI KE RENDAH!!!! MASJID NAK AZAN PUN X BOLEH....ANAK 2 AJE...MENTERI MELAYU PUN COMA JAGA ADAT & BUDAYA MELAYU....
BalasPadamADA AKHBAR GUNA UNTUK CACI MAKI, ANDAIAN2 JAHAT & UMPATAN2. PAS TU MENYOROK DIBELAKANG NAMA2 TOK2 GURU....ASTARFIRULLAH...